“..akhi..apa hadaf kita..”
Bismillah..
Uhuk..Uhuk..!! *batuk..Berhabuk dah
Blog ni..lama sangat tak bercoretan..
Sibuk nak urus sal kenduri kahwin senanya.. * eh..?
:) kembali kepada Tajuk..bermulalah
satu kisah..
“..ok..kita akan raikan adik-adik
baru ni..kita bawak diorang pergi main-main pantai..amacam..?”kata pemuda
hensem bernama Afdhal Ismail..“..ok..tapi akhi..apa hadaf kita..” balas
sahabatnya..
“..kita nak rai adik-adik la..mandi
pantai ke..main bola pantai ke..?” “..yea..tapi takkan tuh hadaf utama kita
buat program yang tak rasmi ni..?”
Itulah kali pertama saya dipersoal
tentang HADAF atau nama Melayunya OBJEKTIF ketika meng”handle” sebuah program..sebelum
ini hanya tercatat di KERTAS KERJA semata-mata untuk menepati kehendak piawaian
Universiti untuk menerima KERTA KERJA itu..
Tapi itu dulu..ketika bersama
organisasi rasmi kampus..tapi sekarang medan yang lebih mencabar..mengurus
sebuah kumpulan yang wujud tanpa organisasi yang RASMI..tanpa akta penubuhan
persatuan kampus(main bedal je nama akta)..
Dan disinilah saya belajar soal
PENTINGNYA HADAF/OBJEKTIF sebuah gerak kerja Jami’e mahupun Organisasi..
Sebelum ini dari sekolah hingga
jawatan akhir di kampus ini lah dialog yang sering berlaku dan mungkin berlaku
pada anda yang juga mengurus ORGANISASI :
SITUASI : BUAT KERTAS KERJA.
Mr Presiden : Ok..kita nak program KEPIMPINAN..tapi nama program biar gempak sikit cadangan..?
Mr Exco : KEPOK
Mr Orgnsasi : *krik krik..
Mr Presiden : KEPOK stand for..?
Mr Exco : KEm Pemimpin Ohsem Power.(..krik..krik..)
Mr Presiden : wow..!! ohsem..!! ok Mr S/U buat kertas kerja sekarang..sambil kita semua ada ni..pakai kertas kerja lama je tukar nama program tarikh tentatif dan belanjawan janji program lulus..
Mr S/U : ok… *type.. em..nama program KEPOK..eh ni kertas kerja KURSUS KAHWIN ni.. Banyak kena edit ni Mr.Prsdn..Objektif kat sini “..memberi pendedahan kepada peserta soal suka duka Rumah tangga..” nak tukar apa..?
Mr Presiden : ala bedal je..cam biasa la.. mengeratkan ukhwah..membina jati diri..macam tak biasa bedal..asal program lulus..dia bukan check pun.
Mr S/U : Ok..tentatif camne..?
Mr Presiden : copy yang lepas je..
Mr Exco : KEPOK
Mr Orgnsasi : *krik krik..
Mr Presiden : KEPOK stand for..?
Mr Exco : KEm Pemimpin Ohsem Power.(..krik..krik..)
Mr Presiden : wow..!! ohsem..!! ok Mr S/U buat kertas kerja sekarang..sambil kita semua ada ni..pakai kertas kerja lama je tukar nama program tarikh tentatif dan belanjawan janji program lulus..
Mr S/U : ok… *type.. em..nama program KEPOK..eh ni kertas kerja KURSUS KAHWIN ni.. Banyak kena edit ni Mr.Prsdn..Objektif kat sini “..memberi pendedahan kepada peserta soal suka duka Rumah tangga..” nak tukar apa..?
Mr Presiden : ala bedal je..cam biasa la.. mengeratkan ukhwah..membina jati diri..macam tak biasa bedal..asal program lulus..dia bukan check pun.
Mr S/U : Ok..tentatif camne..?
Mr Presiden : copy yang lepas je..
…………………………………………………………………………………………………………
Itulah situasi kebanyakan organisasi..yang
kadang-kadang hanya bermatlamatkan PROGRAM semata-mata..mungkin dengan
banyaknya PROGRAM tanda sebuah organisasi untuk bergerak dengan baik..dan ia
makin parah andai ORGANISASI ISLAM juga memandang PROGRAM sebagai matlamat
organisasi mereka.
Ayuh kita renung sejenak hadis yang
mendapat hits 1,000 000 disetiap pelusuk Malaysia..
Hadis pertama dalam hadis 40 Imam
Nawawi :
Dari Amirul
Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
: – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap
orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya
maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya.
Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya
maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Apa yang kita dapat adalah apa yang
menjadi hadaf/matlamat/objektif kita..
Inilah satu sebab ketidak
kerberkesanan Organisasi-Organisasi Islam peringkat sekolah,kampus mahupun
masyarakat. *saya juga sama ketika diberi amanah memimpin organisasi islam di
kampus..
HADAF DAN PERSATUAN ISLAM
Kita dalam persatuan/organisasi
ISLAM diajar untuk dibanyakkan PROGRAM..PROGRAM dan PROGRAM dan kurang dari
segi pembinaan yakni TARBIYAH..
Program itu satu wasilah dakwah
yang termaktub dalam susunan Manhaj Dakwah Al-Banna..namun ia bukanlah
satu-satunya kaedah atau wasail Dakwah..walaubagaimanapun..permasalah utama
adalah dari segi OBJEKTIF dan HADAF sebuah program itu.
Kita tidak boleh memandang
HADAF/OBJEKTIF itu hanya satu catatan di KERTAS KERJA..tapi KERJA kita perlu
menuju kepada HADAF yang kita bina sendiri..umpama..
“..kita ingin bermusafir..sudah
semestinya kita akan tetapkan hala tuju kita..kalau tidak bermusafir tanpa hala
tuju hanya akan menyesatkan perjalanan kita..”
Samalah dari sudut pengurusan
persatuan rasmi ataupun tidak..HADAF itu lah yang perkara pokok yang perlu
dibincangkan..bukan nama program,tentative program dan sebagainya.
Kerana bila diri kita sudah
bergelar muslim..HADAF kita hanya dua :
“Dan
aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi
kepada-Ku.” (51:56)
“Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(2:30)
Dari hadaf utama inilah kita
membina hadaf-hadaf kecil untuk dijadikan matlamat kita dalam perjuangan
organisasi dan persatuan kampus..
Persatuan Islam sudah mesti dan wajib menjadikan
asas organisasi dan persatuan mereka berpandukan ayat ini :
“Kamu
adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli
Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang
beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (3:110)
Jangan sesekali kita
beralih dari hadaf dan matlamat ini..jadikan lah ia sebagai asas pembinaan
Hadaf-hadaf kecil untuk gerak langkah anda sebagai ahli persatuan islam.
Mr Presiden : ok..hari ni kita nak bincang buat satu
program..?
Mr Exco dan S/U :
hadaf dia apa..?
Mr Presiden : ^_^
KEKUATAN dan NILAI
KEBERKESANAN KITA TERLETAK PADA NIAT,HADAF DAN MATLAMAT.
AYUH TAJDID NIAT ANDA
BERPERSATUAN..TETAPKAN HADAF dan MELANGKAH.. :)
"..penyelewangan dakwah ini bukan berlaku ketika MATLAMAT kita
secara totalnya/sepenuhnya berubah..akan tetapi walau sedikit
matlamat kita teralih..maka kita sudah berada dalam penyelewangan di jalan
ini.."
(Mustafa
Masyhur : Jalan dakwah antara keaslian dan Penyelewengan)
PROGRAM
ITU ALAT BUKAN MATLAMAT.
ALAT ITU
DIGUNAKAN UNTUK CAPAI MATLAMAT.
NAMUN
SEBELUM TENTUKAN ALAT APA YANG MESTI DIGUNAKAN PERLU ADA MATLAMAT :)
By:
Assyahid
Afdhal Ismail.
(ex
boyfriend Persatuan Mahasiswa Kotemporari Islam )