SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Saturday, August 23, 2014

Cinta Seorang Al-Akh


Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Pengasih..
Aku berlindung dari syaitan dan anasirnya yang direjam..

POST INI KHAS BAGI IKWAH AKHAWAT YANG BERSAMA DALAM TARBIYAH
JIKA TIDAK ANDA AKAN SUKAR UNTUK MEMAHAMINYA 

Sebelum ini saya ada manulis soal antara Dakwah Dan Cita
kali ini menarik diri untuk menulis soal CINTA dan DAKWAH bagi seorang Al-Akh Yang Menggalas tugas dakwah tarbiyah yang makin ditinggalkan pada hari ini.

Bila mana bicara akan CINTA sudah menjadi lumrah semua manusia hatta AL-AKH kerna akhirnya AL-AKH seorang MANUSIA juga malah kadang-kadang Al-Akh lebih bersemangat bicaranya akan CHENTA akan PERNIKAHAN akan BAITULMUSLIM.. :) namun bicara dan kefahaman AL-AKH akan arti CINTA itu sama sekali harus berbeda/berbeza dan lebih tinggi nilainya.

-Definisi Cinta Seorang Al-Akh-

Cinta bagi seorang Al-Akh tidak hanya CINTA yang membawa kepada REDHA ALLAH seperti definisi "pendakwah cinta" tapi ia lebih kepada menuju pembinaan masyarakat muslim yang Syumul,Hidup dan BERGERAK.Cinta Seorang al-akh tidak sekadar membawa kepada keluarga mawaddah tapi juga membentuk keluarga jundiyah yang hidup mati keluarga tersebut untuk Allah.Yang mana setiap ahli dalam keluarga tersebut hasil cinta seorang al-akh itu menjadi BATERI kepada masyarakat yang memainkan peranan dalam menghidupkan setiap manusia yang berdekatan dengannya.

Definisi Cinta Seorang Al-Akh tidak lagi berakhir dengan keluarga bahagia..berakhir dengan Solat berjemaah bersama isteri..bukan lagi berakhir dengan mengajar isteri dan anak-anak baca al-quran..bukan lagi berakhir dengan menyuruh isteri berpurdah dan anak-anak menutup aurat tapi..
lebih dari itu hinggakan kadang-kadang seorang al-akh perlu lupakan segala kemanisan kehidupan bait muslim kerana dalam membentuk keluarga yang HIDUP tidaklah mudah malah al-akh pun sudah tahu betapa peritnya dan sukar untuk mengHIDUPkan seorang INDIVIDU ..inikah pula KELUARGA..
MENGHIDUPKAN dan MENJAGA KEHIDUPAN mereka..

- Cinta itu Ujian Bagi Seorang Al-Akh -

Percayalah ikhwah dalam jiwa-jiwa Al-Akh pasti ada jiwa-jiwa yang titik kelemahan dia adalah disini*sambil tunjuk hati..yakni PERASAAN CINTA itu sendiri walaupun ikhwah itu adalah Al-Akh yang qowiy dalam Fikrahnya dalam penyampaiannya dalam pembinaan rijalnya tapi soal hati tiada siapa yang tahu apatah lagi seorang ikhwah pasti akan kuatkan dirinya dihadapan ikhwah yang lain namun bila menyendiri Allah sahaja yang tahu.Ramai sebenarnya ikhwah yang menyimpan perasaan kepada insan tertentu tapi terhalang kerana DAKWAH..kerana DEFINISI CINTA SEORANG AL-AKH yang saya sebut diatas tadi.Saya tidak mahu berbica soal cinta seorang Al-Akh dengan Al-Ukht tapi Cinta Seorang Al-Akh dengan Orang Biasa atau Orang yang tidak bersama Tarbiyah

dalam menuju realiti kepada definisi yang kita akui tidak mudah itu menyebabkan seorang al-akh perlu tanya pada diri sendiri..
"..adakah dengan aku campakkan cinta aku pada dia,aku boleh realitikan definisi itu..?"
hinggakan ada ikhwah yang terus degil dengan hati mereka akan memberi jawapan sebegini..
"..insyaallah..ana boleh jaga dakwah ana..and boleh bina tarbiyah isteri ana nanti slow-slow.."
namun realiti selepas itu berbeza..bukan slow-slow membina kefahaman isterinya tapi dia menjadi terlalu slow..hingga tiada lagi waktu untuk turun ke medan tarbiyah..bila ditanya..
"..ana sibuk dengan family.."
tapi realiti ikhwah lain yang memilih insan yang tepat untuk dakwahnya terus melaju malah lebih laju disebabkan push dari isterinya atau suaminya..

"..habis tuh macam mana akhi..?ana dah simpan perasaan kat dia sebelum ana kenal tarbiyah lagi..susah akhi nak lepaskan dia.."

- Menuju Realiti Vs Perasaan Hati -

” Dihiasi dalam diri manusia rasa kecintaan yang besar terhadap wanita, anak-anak, harta benda yang banyak berupa emas dan perak, kuda terlatih, binatang ternak dan tanah ladang. Itulah perhiasan dalam kehidupan dunia. dan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali.”(QS. Ali Imron : 14)

saya tidak akan menulis jika saya tidak melalui detik ini..sukar itu memang sukar ikhwah..kadang-kadang al-akh pasti akan memasang pelbagai perangkap tarbiyah untuk memerangkap pilihan hatinya agak termasuk dalam golongan tarbawi ini seterusnya PERASAAN HATI diselamatkan MENUJU REALITI..
Dakwah pun dapat..Cinta pun dapat..kan? :)
tapi realiti SMILEY itu tidak lah sebegitu..ada yang berjaya memerangkap ada yang tidak..bagi yang berjaya TAHNIAH dan TAKZIAH dan bagi yang tidak berjaya bagaimana?kadang-kadang seorang al-akh yang diuji sebegitu bila dipadankan oleh makcik pakcik dengan akhawat 4-5 kali dia tolak..bukan tak nak berbait muslim tapi dalam hati tidak mampu menghakis perasaan terhadapnya..

Jangan diingat Ujian Dakwah itu hanya PEDANG DAN PELURU..Jangan diingat ujian Dakwah itu hanya DUIT dan MASA..malah untuk MENGORBANKAN PERASAAN CINTA itu satu ujian..Tujuan Hidup Kita Allah hanya untuk IBADAH dan KHALIFAH menuju JALAN AMAL yang kita yakini..maka apa-apa sahaja yang tidak membawa kearah perlaksanaan tujuan itu sewajarnya kita tinggalkan..

"..setiap manusia akan diuji pada titik diri dia yang paling lemah.."

- Tiada Istilah ANA MAMPU SURVIVE -

Ada al-akh seperti saya sebut diatas..BERDEGIL untuk bersama pilihan hatinya walaupun bukan orang yang faham akan tugas dakwah al-akh yang disulam bungkusan "..ana boleh survive walaupun dia tak ada fikrah lagi.." walhal Baitmuslim ini bukan lagi soal SURVIVAL tapi soal PECUTAN MELAJU sebagai BOOSTER DAKWAH bukan bersifat statik kaku mati..

Tiada masa untuk kita beralih fikir soal SURVIVE bila melangkah tangga maratib amal seterusnya tapi apa yang harus difikir LAJU atau TIDAK? survival dakwah kita sudah diterap ketika kita seorang individu dan disitu kita perlu fokus membina diri kita untuk survive tapi bila melangkah ke tangga seterusnya kita kena belajar untuk MELAJU..

- Bait Dakwah itu Bait Fikrah bukan Semata-mata Bait Jemaah dan sepatutnya bait haraki(bergerak) -

"..kahwin cinta sesama jemaah ini satu benda yang jumud.!!" kata seorang sahabat saya yang berfikiran sosialis..bagi saya yang utama bukan latar belakang JEMAAH tapi latar belakang FIKRAH..
ramai sahaja yang bersama dengan ikhwah akhawat SEJEMAAH tapi mati kerana apa? yang utama itu FIKRAH..pernikahan sesama jemaah itu tidaklah jumud tapi sebagai memudahkan urusan dalam penerusan fikrah kita..

tidak semestinya dalam satu bahtera itu punya fikiran yang sama..ada yang berfikiran nak ke destinasi bahtera ini kena lalu jalan ini..ada yang yang berfikiran kena lalu jalan itu..walaupun satu kapal atau bahtera dia juga ada sebegitu..nak menyelaraskan cara jalan itu la yang lebih utama..bagi saya asal Al-Ukht itu FAHAM seperti saya dan BERKERJA seperti saya walaupun BAHTERA berbeza maka itu sudah cukup..
FIKRAH boh FIKRAH..!
:)

tapi tidak bermakna kita boleh terus memilih luar dari takungan tarbiyah kita kerana perlambakan akhawat sangat membimbangkan pada saat ikhwah sikit..
Wahai..!

- Ana tak nak Ukht Qowiy-
ini satu lagi sahaja penyakit Al-Akh..segala benda inginkan berada di Zon Selesa..tidak mahu langsung untuk mencabar diri..akhirnya konon untuk menjaga dakwah tapi akhirnya mematikan dakwah..bimbang Ukht terlalu jauh kedepan tidak termampu untuk kufukan..padahal ia satu booster dakwah yang bagus bila mana mendapat pasangan yang lebih dari kita..ramai sahaja ikhwah yang makin pekat fikrahnya bila beristerikan akhawat yang jauh lagi qowiy darinya.

- Akhi..Kuatkan Dirimu -

maka akhi..apa-apa sahaja yang tidak memberi manfaat kepada Ibadah Khalifah kita maka harus ditinggalkan kelak dia akan mematikan matlamat kita..memang tidak digelar jalan dakwah jika tanpa pengorbanan yang paling perit..

jika tidak mampu mengorbankan perasaan cinta untuk dakwah maka doakan moga pilihan itu dikurniakan kefahaman seperti mana kita diberikan kefahaman namun jika tidak maka moga dikuatkan diri.
titik lemah inilah yang sebenanrya jika berjaya kita kuasai maka inilah BOOSTER kekuatan..paling kelemahan kita paling lemah kita hebatkan maka lemah yang lain akan mudah kita tewaskan..

satu lagi..
sibukkanlah diri mu untuk menyempurnakan muwasafat dan kefahaman kamu terhadap dakwah ini  nescaya cinta mu pada dakwah akan melebihi cinta pada yang lain..

- Buat Ukht -
Selamilah Kisah Zainab Al-Ghazali Sebelum Melangkah Jauh.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."
[al-Furqan, 25:74]

* doakan saya..memasang hasrat untuk awalkan seawalnya..tapi perancangan Allah itu lebih baik..
memasang niat baru..untuk akhiri 3 tahun lagi sebelum melangkah..
Moga Allah redha dan Mudahkan..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, August 19, 2014

Tarbiyah? Krik Krik Krik..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kasih
Aku Berlindung dari Syaitan dan Anasirnya yang direjam

Akhi..
dengar kata ikhwah kita kena kutuk sebab pendirian politik dia berbeza?
tulah..mereka tak kenal sapa sebenarnya ikhwah kita tuh suka hati jee..bla bla bla bla..

Akhi..
tarbiyah kita macam mana?daurah dan bahan tarbiyah kita macam mana?
~krik krik krik krik


REALITI IKHWAH PADA HARI INI

Hairan sebenarnya dengan situasi pada hari ini,para ikhwah yang berpumpang pumpang tentang hak tarbiyah mereka dan takungan mereka kini dianggap sebagai orang yang BANYAK CAKAP DARI BEKERJA malah dikatakan JUMUD dan para ikhwah yang maju kedepan banyak cakap soal politik dan isu semasa adalah ikhwah YANG MAJU KEDEPAN.Tidak pernah saya menolak soal Politik dan Isu Semasa malah menjadi kewajipan seorang Al-Akh untuk Sentiasa cakna dan peka isu berkaitan namun yang menjadi permasalahan ialah bila yang asas tidak lagi menjadi FOKUS UTAMA.

umpama BANGUNAN MAKIN TINGGI PADA SAAT TAPAK KIAN REKAH apa mungkin akan berlaku kelak?
benar-benar bangunan yang tinggi pasti akan dikenali dan dilihat orang tapi yang membahayakan adalah orang yang didalam bangunan tersebut yang asasnya kian merekah.Tenaga untuk menambah ketinggian itu ramai tapi tenaga yang ingin menjaga dan memperbaiki asas itu sangatlah sikit.

Tarbiyah dilaungkan para ikhwah kini tiada beza lagi dengan Dakwah walhal konsep ini sangat berbeza namun tidak dapat terpisah.Badan Badan Ikhwah yang sepatutnya menjadi pintu Tarbiyah atau ikhwah di Indonesia memanggil badan-badan mereka adalah PERANGKAP TARBIYAH kini tidak lain tidak bukan hanya DAKWAH yang sentuh dan tinggalkan atau TOUCH AND GO seperti Contoh,Kelab Sukarelawan Palestin yang dikerahkan turun untuk mengutip tabung atau flashmob sepatutnya menjadi medan kepada Tajmik/Pengumpulan dan menyusun baik aktiviti kelab dengan unsur tarbawi atau takwin yang diadjust kearah jiwa sukarelawan Palestin agar mereka tidak hanya menjadi manusia yang hebat akan isu Palestin,Turun sana sini tapi juga akan MELAHIRKAN orang yang sebegitu juga kelak.

Namun Apa yang terjadi hari ini?
Tika isu Palestin kita cari manusia baru dan selepas isu itu kita biarkan mereka atau situasi dua ikhwah-ikhwah yang bertanggungjawab di tempat lain jugalah yang perlu turun bersama..
dialah IKHWAH IPT..dialah IKHWAH REMAJA..dan dialah IKHWAH PALESTIN dan dialah SEGALANYA namun kita tidak pernah merasakan kita KEKURANGAN TENAGA malah sentiasa rasa bangga dengan kehebatan ikhwah yang sanggup berkorban bersama dan melabel ikhwah yang tidak bersama adalah ikhwah yang FUTUR malah tidak langsung berfikir untuk berkerja menambah tenaga tapi lebih selesa menanti tenaga yang dibina orang lain.

Maka Apa Beza DAKWAH seorang IKHWAH dengan DAKWAH seorang AMMAH?
apa nilai TARBIYAH yang ada dalam seorang IKHWAH terhadap cara DAKWAH mereka?
dalam muqadimah buku MUNTALAQ karya Ahmad Arrasyid menyebut :

"..Untuk menyelesaikan masalah dunia islam hari ini sebenarnya tidak perlu kepada berpindahnya lebih ramai orang yang lalai dan menyeleweng kepada islam tetapi apa yang lebih diperlukan dari itu ialah MENYEDARKAN DENGAN CEPAT mereka yang sudahpun berpegang dengan islam,membangkitkan himmah mereka dan memperkenalkan kepada mereka Toriq Amal Dan Fiq Dakwah.."

ini adalah fokus bagi seorang al-akh.Macam mana dengan orang yang lalai dan menyeleweng takkan nak biar gitu je akhi?
tidak pernah kita meninggalkan mereka malah kita sebenarnya membantu mereka dengan menyedarkan orang yang sudah komit dengan islam akan toriq amal dan fiqh dakwah.Bila mana kita melahir MUKMIN yang HIDUP dan FAHAM maka percayalah Sekelilingnya akan di ISLAHKAN seperti mana ungkapan yang kita pernah denganr dari Al-Banna :
"..bangkitlah islam dalam diri kamu..nescaya akan bangkit islam di sekeliling kamu.."

Begitu juga Kata Syed Hawwa dalam bukan IFAQI TA'LIM
"..dimana adanya rijal dengan kefahaman dan pemikiran albanna..pasti akan hidup komuniti disitu.."

namun ia tidak berlaku sebegitu kerana TERLALU RAMAI MUSLIM KOMIT yang tidak HIDUP menyebabkan ISLAM RAHMATAN LIL ALAMIN juga tidak MENYUBUR.Dan Dalam kita menghidupkan MUSLIM YANG KOMIT itu perlunya kepada 3T dan 3T :

Tilawah Tazkiyah dan Taalim = TARBIYAH
dan
Takrif Takwin dan Tanfiz = MANHAJ DAKWAH

dan seorang AL-AKH sepatutnya menjadikan setiap amal mereka berpandukan kepada 3T ini namun sebaliknya berlaku.Al-Akh kini lebih gemar mengikut langkah Dakwah seorang AMMAH dari mengikut konsep DAKWAH seorang IKHWAN.Segala amal kini berbentuk TAKRIF tiada TAKWIN dan TANFIZ..segala amal kini berbentuk TAALIM tiada TAZKIYAH DAN TILAWAH..akhirnya..
PIRAMID DAKWAH kian MENGECIL seterusnya akan ROBOH..
akhi..dakwah sudah terlalu ramai orang buat+orang tak ikut tarbiyah pun boleh buat dakwah..
tapi orang buat TARBIYAH mana??

bila ini dibaca oleh IKHWAH mungkin ada yang akan kata..
"..ENTA JUMUD.."
walhal ini bukan soal menyempitkan TARBIYAH ini soal ASAS yang kian merekah..

saya rindu akan suasana bila mana berbincang dengan ikhwah apa yang dibincang ialah "..macam mana mad'u enta.." "..tarbiyah macam mana.." "..bahan apa dah dikuasi.." "..hadis dah hafal berapa.." "..usrah jalan ke tidak.." tapi kini..
"..politik.." "..program masyarakat.." "..sukan.." 
malah bila bersuara "..LAMA DAH TAK DAURAH KAN KITA?"
semua akan membisu diam terpaku..KRIK KRIK KRIK..

tapi bila mana "..Sapa nak Join Sukan?" "..Jom Makan.." "..Jom Kutip Tabung.."
FASTABIQUL KHAIRAT DIAMALKAN..

Kita banyak sembang dan bercita-cita besar dari menyediakan orang yang akan menggalas cita-cita yang besar itu.kita terlalu sibuk menyusun sistem yang besar dari menyediakan penggerak sistem yang ramai.Kita terlalu mengejar dikenali masyarakat daripada menyediakan individu muslim harapan masyarakat..bagaimana MARATIB AMAL untuk akan melangkah kukuh andai asas kian rapuh?

adakah kita antara AL-AKH yang bila mana SOAL TARBIYAH..
kita akan KRIK KRIK KRIK..
Allah Jauhkan kami dari Perkara Yang Tidak Awla Bagi Kami

رَبَّنَا وَٱبۡعَثۡ فِيهِمۡ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُزَكِّيہِمۡ‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
AlBaqarah-129


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V