SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Monday, June 27, 2011

A.b.a.h _Final Chapter i_

8.00AM
6-6-2011
-UNISZA-
Hari Pendaftaran Pelajar Baru..

Tempat pendaftaran penuh sesak dengan kehadiran ibubapa dan anak-anak mereka..

"afdhal pergi jumpa abang-abang tuh tanya nak cepatkan pendaftaran tuh k"

"ok.."

tepat jam 8.45AM..selepas selesai sesi pendaftaran teros bertolak ke kelantan..

sepanjang dalam pejalanan ke sana..
air mataku tiada hujungnya..
terdetik di hati..
"kenapa abah pergi sebelum adik mampu memegang ijazah untuk dihadiahkan kepada abah"
"kenapa Hari ini Abah tinggalkan Adik pada hari adik menjejakkan kaki ke IPTA.."

dan aku terlelap dlm linangan air mata yg mencurah..

10.30AM
--------------------------------
"bangun afdhal..sapa doh..!!"
aku terbangun dan teros masuk ke rumah abahku..
tanpa menghiraukan manusia disekeliling..

tiba di muka pintu biliknya..
Aku Hanya Nampak..
Sekujur Tubuh Yang Kaku..
ditutupi Kain Kapas..
dan itulah..
abah adik..

aku segera dipeluk seorang saudara terdekat..
sebak didada tak dapat tertahan dek kerana melihat
abah aku yang kaku terdiam..

aku segera menghampiri jasadnya yang sedang dikapankan...
"mintak isteri dan anak-anak arwah datang kucup arwah buat kali terakhir"
imam berkata..

melihat abang dan kakak2 ku mencium ayahku buat kali terakhir..
bila tiba giliran ku..
"jaga air mata tuh..jangan bagi menintis atas arwah"

saat bibir ku menyentuh pipinya..
kesebakan di dada,,
tidak dapat tertahan..

Sejuk bibir ku mencium kedua pipinya dan dahinya..
terpancar nur cahaya di dahinya..
terukir snyuman diwajahnya..

air mata setitik demi setitik aku hapuskan..
agar ia tidak menyentuh kulit abahku.

.....................selesai solat jenazah di Masjid Qudus yang dimamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz...................
aku bersama abangku mengiringi ayahku di dalam van jenazah itu..
untuk dibawa pulang tempat abah dilahirkan..

12.30PM
Masjid Tok Ayah Kolam

sahabat-sahabatku menunggu kehadiran aku disana..
tibanya aku..
diusung ia ke dalam masjid..

"kita kena simpan jenazah lepas zohor"
bicara imam kepada ku dan abangku..

semua jemaah mengelilingi jasan abahku..dan bersama membacakan quran..

1.15PM..
waktu zohor sudak pun masuk..
aku segera bertemu imam dan mengatakan hasrat ku..
"Ustaz,Izinkan saya menjadi suara azan yang terakhir didengari ayahku"
silakan..smoga allah menjadikan kamu anak yang soleh..
balas imam..

ketika aku memegang mikrofon di masjid itu..
para jemaah semua memandang kearahku..
ramai yang tidak mengenali aku..


!!...الله اكبر الله اكبر


menitis air mataku saat aku memulakan azan..
kali pertama dan kali terakhir..
abah mendengar anaknya azan..
dan itulah azan terakhir beliau di bumi Allah..

..................................


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

2 comments:

  1. dik,sedihh sgt baca ni..huhuhu :'( moga Allah kuatkan dirimu

    ReplyDelete
  2. Nilah entry pertama yang dibaca waktu first time jumpa blog ni. Pedih macam potong bawang.

    Stay strong. Himneseyo.

    ReplyDelete