SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Friday, July 29, 2011

r.a.m.a.d.h.a.n _TARBIYAH_

Kiri:dulu
kanan:sekarang

Seseorang telah menyedarkan aku..
dan telah menyebabkan aku tekad untuk berubah..

tapi..
adakah aku berubah kerana Allah..?

Terdetik dihatiku soalan itu untuk tempoh yang lama..
tapi 
aku lupakan persoalan itu..

yang penting bagiku sekarang aku mahu BERUBAH...

Namun Akhirnya Persoalan itu terjawab
oleh Ustazah Tasnim yang mengajarku Nahu dan Sorof..

"Perubahan kita atau hijrah kita..mungkin bukan kerana Allah
tapi ia kehendak Allah..bila kamu berubah..insyaallah hati dan niat kamu akan BERUBAH sedikit
demi sedikit"

Mungkin kita pernah dengar ayat camni ..

"aku baru balik Haji..aku nak pakai kopiah..tapi mesti orang cakap aku pakai kopiah semata-mata 
sebab pergi haji..tak nak pakai la camtu"

"hmm..aku nk pergi surau..tapi mesti orang cakap aku ni time bulan puasa je nak solat berjemaah
tak nak pergi la camtu "

Jangan Takut Untuk Berubah kepada yang baik
walaupun permulaan kita bukan kerana Allah..
kerana Benda Yang Baik akan Membawa 
Hati Dan Niat kita kepadaNYA..

_SEMOGA RAMADHAN MENJADI BULAN TARBIYAH UNTUK KITA_

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, July 28, 2011

r.a.m.a.d.h.a.n _iktibar_




Nun di sana anak kehilangan

Ibu dan ayah... entah di mana..















Kesedihan melanda
                             
        Derita yang berpanjangan









Belas kasihan pengharapan
        Dari redup mata yang lemah  Tak siapa dapat                               merasa





Di manakah belas kasihan



Ramadhan menginsafkan kita

Kesusahan mereka semua Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya padaNya
Kembalilah kepadanya



                                                             Nun di sana masih ada jalan
Putih peluang kebaikan
Sebulan di bulan Ramadhan
Nun di sana masih kedengaran

Tangisan insan yang kelaparan




..............................................................................

Kita mungkin tidak sabar untuk menyambut Ramadhan..
suasana berbuka dengan hidangan yang enak..
kemanisan Terawih Yang Aman..
KeBahagiaan Sahur yang sunyi..


Tapi..
Adakah mereka merasai nikmat yang Sama dengan kita..?


Ya Allah..
Kurniakan Ramadhan ini..
Ramadhan yang menjadi Titik Tarbiyah kami..
Kurniakan Kebahagiaan Ramadhan..
kepada Saudara-saudara ku yang lain..
Ameen..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, July 26, 2011

L.i.f.e _Da'ie 2_

PESANAN IMAM HASSAN AL-BANNA

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

mencerminkan diriku..
sekali lagi aku katakan..
tak ada pesanan ini yang telah aku laksanakan 
dengan penuh istiqamah


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, July 24, 2011

L.i.f.e _Da'ie_


" Aqidah Yang Sejahtera "
(Salimul Aqidah)

"Ibadah Yang Sahih"
(Sahihil Ibadah)

"Akhlak Yang Sempurna"
(Matinul KhuluQ)

" Tersusun Urusannya "

"Sihat Tubuh  Badannya"
(Qawiyal Jism)

" Berdisiplin Dengan Masa "
( Harithun ala Wakhti )

" Pandai Berdikari "

" Bersungguh-sungguh melawan Nafsu "
( Mujahadah Ala Nafsu )

" Bermanfaat untuk orang Lain "
( Nafiaun Lil Gharihi )

" Berilmu dan Berpengetahuan "
( Mustaqqal Fikri )

): Aku memandang diri ku :(
 ): tiada satu pun sifat ini berada di dalam hati dan jasad ku :(

Ya Allah..
Tanamkanlah Benih-benih Sifat da'ie ini..
dalam diri ku dan sahabatku..
 : ameen :


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _ Rasuah Bulan Puasa ? _


ingat tak kita..
zaman kecik-kecik dulu..

dulu..
kalau puasa sehari mesti dapat rm1..
30 hari : RM30
huhu..itu dulu..
rasuah tuh..!!
haha,,bukanlah,,itu sumber semangat..

nak tahu camne rasuah puasa..?
ini kisahnya..

action je nih..haha

Abu,Ahmad dan Ali (bukan nama sebenar )berkawan baik..
mereka berada di darjah 1.
mereka bertemu dan berbual-bual pada waktu rehat..

ketika itu adalah hari pertama pada bulan puasa..
bezanya pagi ini tiada bekal mereka bawa.

kata Abu : Ayah saya berjanji nak bagi Rm1 sehari kalau saya berjaya berpuasa sehingga tamat 30 hari"

jawab si Ahmad:saya juga nak mintak Rm1 sehari daripada ayah saya.


Ali pula bersuara :"saya nak jugak" .


SELEPAS MENCECAH HARI KE 15


Abu : Saya dah dapat Rm14.
Ali dan Ahmad : Wowww..!!(terlopong mulut mereka mendengarnya)


Ahmad : Saya baru je dapat Rm10(dengan nada kecewa)
Abu dan Ahmad : ha Ali..! awak dapat berapa dah ..??


Ali : saya dapat Rm100...!!(dengan penuh bangga)
Abu dan Ahmad : ha..!! berapa hari puasa..!!??


Ali : Saya tak puasa pun..ini ayah saya hadiahkan saya Rm100 supaya saya tidak
membocorkan rahsia ayah saya.
AYAH SAYA LANGSUNG TAK BERPUASA..'

Hahaha...Ini Baru Rasuah Bulan Pose..


Selamat Menyambut Ramadhan..!! :)


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, July 17, 2011

L.i.f.e _Taat Setia_

HACHIKO
CLICK PAUSE KT LAGU KT SEBELAH SEBELUM TENGOK KISAH ANJING INI

Kisah Benar Seekor Anjing yang sungguh setia..
menunggu saat tuannya pulang..
tetapi..
suatu hari tuanya meninggal dunia..
si anjing ini masih menunggu kepulangannya di stesen kereta api..
dan akhirnya mati disitu..

itulah ketaatan dan kesetiaan seekor anjing terhadap tuannya..

itu haiwan..

kita macam mana..?
macam mana taatnya kita dengan Tuan kita...?

renung-renungkan..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Saturday, July 16, 2011

Li.f.e _The Real USRAH_

alhamdulillah..
BERSAMA NAQIBKU
BROTHER IZHAR SYAFAWI :)
minda aku makin terbuka..
inilah yang aku cari selama ini..

the real USRAH..
minda aku dibuka dengan begitu luas..

Hidup Bukan Sekadar Hidup..
Matlamat kita perlu jelas..

iaitu Khalifah dan Ibadah..


matlamat aku sudah jelas..mengapa Allah menghantar ke UNISZA..

untuk membawa perubahan..
untuk menjadi Khalifah..!!
kembalikan manusia kejalan yang sebenar..!!

Insyallah...
dengan kesatuan yang akan kami bina..

apa yang aku perlu buat untuk menyampaikan matlamat aku..
Fard MusLim(tarbiyyah diri aku dan roomate ak) > 
Baitulmuslim(tarbiyyah sahabat2 aku dan classmate >
 Mujtama' Muslim(tarbiyyah semua Fakulti Islam dll menyedarkan mereka) >
  ISLAH HUKUMIYAH(ISLAM MENAWAN UNISZA)
MATLAMAT TERTINGGI 

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Wednesday, July 13, 2011

A.f.d.h.a.l _My First Birthday_

13-7-2011
aku sekarang sudah 18 tahun..
a new level of life..

alhamdulillah..

kalau time ni..mesti abah aku call..
lepas tuh dia ajak aku keluar ptg..

dalam kete dye pown cakap..
"tahun ni adik nk hadiah pe..?"

tapi tak dapat dh dengar kata-kata tu lagi..
Last Present dia bagi..
<motor>
DBN 1565

:) but thats All tinggal kenangan..
Afdhal..pandang ke depan..
ingat kata ni afdhal
"abah..harapkan adik untuk tolong abah di akhirat"

Lepas jumpa msti di sium dahi aku..
"adik...kena tunjuklah kt mama n abah cara adik syg kat kita"

T-T

aku akan pegang amanah itu sepegang-pegangnya..

abah..adik janji adik akan pegang amanah abah..
adik akan jadi cam abah..suka tolong orang..
n..
adi akan jadi cam abah..seorang pentadbir dan pemimpin yang dihormati...

AFDHAL BIN ISMAIL
13-07-93

kesedihan aku berkurangan sedikit...
bila kawan2 ak wish kt ku..


yang paling aku gembira
bila si "DR" yang jadi orang first wish kat aku..
walaupun tak cukup masa lagi..huhu..

thanks all for da wish..
:)

TO MY MUM.. :
tanpa mama mungkin tak wujud insan nama Afdhal atas muka bumi ini..
tanpa mama mungkin Afdhal tak akan lahir pada tarikh ini..
tanpa mama mungkin Afdhal tak dapat kenal erti kehidupan..
thanks mum..
..iLoveu..



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, July 10, 2011

L.i.f.e _BERSIH_


Duhai Pemuda Pemudi..
Cukup ke Bagi kita sekadar mengejar kejayaan semata-mata..?

Bila Bertanya kepada sahabat aku yang berpelajaran di campus..
bila nak bercakap mengenai negara dengan mereka..
ini mereka jawab..
"..ala ko ni..kita muda lagi..belajar sungguh2 dulu..tak perlu taw lagi sal nih..buang masa study ko je.."

siapa lagi yang menjadi suara rakyat kalau bukan kita..
orang berpelajaran..
berilmu..
bayangkan ini ibu kamu..?cukup ke sekadar tengok je..?
anak muda..

siapa yang akan memimpin negara nanti ..
KITA..!!

TAK CUKUP 
SEKADAR KITA DAPAT SPM 12A

TAK CUKUP 
SEKADAR KITA DAPAT POINTER 4.0

RAMAI YANG BERKATA..
"AKU TAK NAK LIBATKAN DIRI DENGAN BENDA2 CAMNIH
NANTI KENA REJECT UNIVERSITI LA"

ini jawapan mereka yang tak 
YAKIN 
dengan

الله
apa yang terjadi..
itu semua kehendak Allah..

bernafas.berjalan.tidur.belajar.melihat
itu semua dengan izin 
ALLAH..

Jadi yakinlah!!
rezeki kita juga ditangan ALLAH..
bukan
KERAJAAN..

:) ayuh teman..
kejar..
REDHA ALLAH..

bukak niat menyebarkan angin politik..
tapi ini hakikat..

jom tengok apa kata Dunia tentang Kita..


cukup ke kita tengok je..?

pak cik ini diterajang tanpa belas kasihan.
bayangkan ini adalah ayah kita..?
cukup dengan tengok saja..?




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Saturday, July 9, 2011

A.f.d.h.a.l _Nasyid_

2011
2010
2009
Rindu saat-saat ini..
selama 3 tahun aku memegang sebagai Ketua Kumpulan Nasyid

saat kejayaan pun aku tak dapat bawak balik..

2009-tempat kedua
2010-tempat ketiga
2011-tempat ketiga

baru aku sedar dimana silapku...
NIAT..
 :) semoga aku diberi peluang untuk menebusnya..
Kenangan Terindah Lepas Kalah..

SOUTUL KAUTHAR

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Wednesday, July 6, 2011

c.a.m.p.u.s _islam_

السلام علايكم
 .. setelah sebulan ..
aku bergelar siswa
aku bergelar Yatim..
karya pertama ku.. :)



banyak perkara yang aku belajar
seorang sahabat baru kepada ku..
walaupun baru mengenalinya..
dia seolah-olah amat memahamiku..

kata-katanya yang sering menjadikan aku bersemangat
"engkau insan terpilih afdhal,tak semua orang dapat ujian cam engkau aku yakin ada benda luar biasa akan berlaku kt kau"

الحمدلله
dia juga sering bersamaku dalam membincangkan isu syiar islam di campus ni..

setelah 13 tahun aku menuntut ilmu di tempat yang disinari syiar islam..
akhirnya..Allah dah membuka mindaku..
bahawa...
ramai lagi insan tidak memahami
اسلام
ketikaku selesai solat maghrib di surau..
datang seorang senior..
"salam akhi..sem 1 ke"

"yeap..ana kos pentadbiran islam"

"masyaallah..barakallah"

lalu aku berbual..mengenali diri masing-masing..
lalu senior itu mencerita sebuah kisah Nabi Muhammad..

RINGKASNYA.
KETIKA NABI MUHAMMAD SEDANG BERBUAL BERSAMA SAHABAT..
MAKA TERLIHATLAH SEORANG YAHUDI..
LALU TIBA-TIBA NABI MUHAMMAD MENITISKAN AIR MATA..
LALU SAHABAT BERTANYA..
"YA RASULULLAH..KENAPA KAMU MENANGIS"

"AKU MENANGIS KERANA AKU TIDAK MENYELAMATKAN SI YAHUDI ITU"

LALU..SAHABAT BAGINDA TERDIAM..

Nabi Muhammad menangis kerana tidak dapat membawa si yahudi itu ke jalan yang benar..
itu YAHUDI..
sungguh sayang Nabi kpd umatnya..

lalu abang tu bertanya kepada ku..
"nak ke kita buat Nabi Muhammad menangis di atas sana kerana kita membiarkan sahabat-sahabat kita yang lain teros dalam kesesatan..?
Nabi Muhammad sampai tahap menangis kerana seorang yahudi..
apatah lagi umat islam yang tidak memahami islam...
siapa yang akan memainkan peranan ini selepas Rasulullah kalau bukan kita..

........aku terdiam.......
menusuk ke hati aku bila mendengar kata-kata itu

tiada orang lain melainkan kita..

Tertitis air mata ku ..
sebelum ini..
aku merasakan diriku sudah cukup ilmu agama..
suduh cukup untuk membawa ke syura..
tapi nak ke kita..
ketika diatas

الصرات

satu sahaja langkah untuk sampai ke syurga..

TIBA-TIBA

datang seorang penghuni neraka..
menarik kita untuk bersama mereka..
lalu mereka berkata..

"KAU KENA BERSAMA KAMI.!!
SEBAB ENGKAULAH..!!KAMU JATUH KE SINI..
DISEBABKAN ENGKAU..!!
KAU TAK INGATKAN KAMI TENTANG AGAMA..!!
DISAAT KAMI LEKA BERMADU ASMARA..
DIMANA KAU..!!
DISAAT KAMI LEKA DENGAN URUSAN DUNIAWI.!!
DIMANA KAU..!!
DIMANA KAU DISAAT KAMI DALAM KESESATAN..!!

masyaallah..
hanya kita dapat mengubahnya..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, July 5, 2011

Tanggung Jawab aku semakin besar..

1.55AM
TIDAK DAPAT TIDUR..TERFIKIR PESANAN SEORANG ABANG..
TENTANG TANGGUNGJAWAB SEORANG PENDAKWAH..

NUKILAN INI KU TUJUKAN PADA MEREKA BERGELAR..
PELAJAR ISLAM

Pesanan kepada Penuntut ilmu agama :
-tidak cukup bagi kamu dengan hanya sekadar mempunyai ilmu dan hanya mengamalkan untuk kamu sendiri..pernahkah kamu terfikir di dalam kubur nanti..datangnya munkar dan nakir dah bertanya kepada kamu..
SIAPA TUHAN KAMU..?
dengan mudah kamu menjawab..Allah tuhanku..
SIAPA NABI KAMU..?
dengan mudah kamu menjawab..Nabi Muhammad adalah nabiku..
APA KITAB KAMU..?
dengan mudah kamu menjawab..Al-Quran kitabku..
APA AGAMA MU..?
dengan mudah kamu menjawab..Islam Agamaku..
KEMANA KAU HABISKAN MASA USIA MUDA MU..?
dengan mudah kamu menjawab..aku menuntut  ilmu dalam mencapai redho Allah..
BILA TIBA SOALAN INI..
KEMANA KAU HABISKAN ILMU ITU..?
...............aku habiskan ia sekadar untuk menyelamatkan diriku dari api neraka Allah.........
disaat itu..Allah membuka mata hati mu..
dan melihat sahabat-sahabat sekuliah mu...sahabat satu universiti dengan mu..
sahabat satu asrama dengan mu..sahabat satu persatuan dengan mu..
Melaung-laung akibat seksaan Allah..!!
"KENAPA KAMU TAK SEDARKAN AKU SATU KETIKA DULU..!!"
"KENAPA KAMU TAK MEMBERI PERINGATAN KEPADA AKU DULU..!!"
"KENAPA KAMU TAK MENCEGAH AKU DALAM MELAKUKAN MAKSIAT DULU..!!"
"KENAPA KAU SEKADAR TENGOK AKU BERDUAAN-DUAAN DULU..!!
"KENAPA KAU HANYA BERDIAM DIRI DISAAT AKU LEKA DULU..!!
Persoalan :
adakah kita sanggup melihat mereka sedemikian rupa..?
dimana tanggungjawab kita..?
SEBAGAI PELAJAR ISLAM DAN JURUSAN ISLAM..
AMANAH SEMAKIN BESAR..BERSAMALAH KITA BERSATU DALAM MENEGAKKAR SYIAR ISLAM DI KAMPUS INI..
: dari hamba dhaif..
saya sendiri tak mampu untuk membantu..tapi andai kita semua berjemaah insyaallah..Allah bersama kita..
ayuh..bangkit..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V