SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Friday, September 30, 2011

D.a.k.w.a.h _Quran n Me( Surah Taha )_

Dalam Perjalanan Dakwah..
Seorang Sahabat amatlah bernilai..
kerana dalam kita berMusafir di Jalan ini..
Banyak Liku dan Dugaan yang bakal kita tempuhi..

Andai Kita Jatuh..
sungguh sukar untuk kita bangun andai tiada PEMAUTNYA..
Andai Kita Luka..
Sungguh Sukar untuk sembuh tanpa PENGUBATNYA..

Sahabat dalam Perjuangan..
Adalah segala-galanya..
Kerana..
Kita Takkan Mampu Bergerak tanpa jemaah..

Aku sering merintih..
agar dihadirkan seorang sahabat dalam perjuangan ini..
sungguh sukar..
dan kadang-kadang berputus asa ditengah jalan..
kerana tak mampu lagi..
menerima ujian sendirian..

Ketika Aku hampir Jatuh Tenggelam..
dilautan Putus Asa..
Allah memperingati aku melalui seorang sahabat lama...
dia MengHADIAHkan aku..
Satu surah untuk aku membaca dan menghayatinya..


"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas"
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku"
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, 
"Supaya mereka faham perkataanku; 
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
"Iaitu Harun saudaraku; 
"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, 
"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
"Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami". 
"Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!"
SURAH TAHA 24-36

Sebak dihati tiba-tiba datang megenggam..
sekeping hati yang dibasahi dakwat hitam ini..
Allah Amat Dekat dengan hambanya..

Merintihlah padanya..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, September 29, 2011

D.a.k.w.a.h _Sunnah Orang Berjuang_



Berjuang tak pernah senang. Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..




Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata






Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga










BerJuang Ertinya Terkorban,,
Rela Terhina kerana Kebenaran
Antara dua pilihan..
Dunia Yang Fanaa Atau Syahid






Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, September 27, 2011

D.a.k.w.a.h _Pemain VS Pengkritik_


Setiap permainan ada gelanggang. Untuk bermain, kita harus masuk ke dalam gelanggang, merasa segala sepak terajang di dalamnya.
Umpama bermain bola, kita harus berada di dalam gelanggang untuk dapat menjaringkan gol. Jika kita menjadi pengkritik, kita takkan menjulang piala kemenangan. Pasukan A melawan pasukan B, salah satu akan menang.
Mungkinkah pengkritik menang? Pengkritik boleh mengulas sesuka hatinya tentang tindakan pemain, namun dia takkan pernah merasai apa yang dilalui pemain, selagi dia belum terjun ke dalam gelanggang menjadi pemain.
Gelanggang Kehidupan
Dalam kehidupan, banyak gelanggang yang ketandusan pemain, atau mungkin pengkritik yang ada lebih banyak daripada pemain. Mungkin itu berlaku dalam perlawanan bola sepak, biasa. Namun dalam kehidupan nyata, haruskah seperti itu? Jika dunia itu sendiri adalah gelanggang atau arena, maka kitalah pemain-pemain yang berada dalam gelanggang kehidupan. Apakah ertinya?
Kitalah Pemain
Ertinya status kita adalah pemain! We are all players! Segala sepak terajang dalam kehidupan ini akan kita lalui, bahkan harus kita lalui. Bagaimanakah agaknya keadaan apabila seorang pemain mempunyai mentaliti pengkritik? Seorang penjaga gol duduk saja dan mengkritik, lupa bahawa hakikatnya dia adalah seorang penjaga gol. Gawang gol terbiar. Perlawanan takkan terhenti. Penjaga gol terus mengkritik dan tidak menjaga gol. Maka terseksalah pemain-pemain yang serius dan bersungguh-sungguh bekerja, terbeban dan terhakislah potensi  pemain pertahanan. Hakikatnya, kita adalah pemain dalam gelanggang kehidupan. Jika kita tidak bekerja dan terus mengkritik, siapakah yang akan terbeban dan terseksa? Potensi siapakah yang kita sedang kikis? Itulah realiti.
Apakah Pilihan Kita?
Tidak tepat jika kita persoalkan sama ada kita ingin menjadi pemain atau pengkritik. Hakikatnya kita adalah pemain! Kita punya amanah dan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang soleh dan bertaqwa. Kita punya peranan dalam mempertahankan kebenaran dan menyebarkannya. Kitalah pemain dan pekerjanya. Itu termaktub dalam perjanjian yang telah kita buat dengan Allah.
Pilihan sebenarnya adalah sama ada kita ingin bekerja dengan serius dan bersungguh-sungguh atau ingin menjadi pekerja yang tidak bekerja dan memanipulasi potensi pekerja lain. Kerja itu adalah kerja kita. Berdakwah adalah kerja kita. Mengajak orang ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kewajipan kita. Bukan lagi persoalan kita perlu buat atau tidak, tetapi kita ingin buat atau tidak. Firman Allah:
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (Al-Ahzab, 33:36).
Jika ditanya kepada kita "siapakah yang akan memperjuangkan agama Allah?" Apakah jawapan kita?
Jawablah "Nahnu Ansharullaah!" (Kami Tentera Allah!)

Copied from Iluvislam.com

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, September 26, 2011

d.a.k.w.a.h _Airmata_

Seperti didalam Post Hijab Yang Sempurna
aku berhasrat untuk menyeru sahabat-sahabat akhawat ku..
dalam mencapai kesempurnaan aurat ini..

dan aku mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada
mereka yang berbunyi 

Salam Akhawat PERINTIS TARIBYAH ISLAMIYAH sekalian semua..esok hari isnin hari yang sunatkan untuk kita berpuasa..jom kita berpuasa..bagi menghidupan roh jiwa diri yang bertarbiyah..
dan apa kata bagi akhawat yang ada tudung labuh..jom pergi kelas dengan bertudung labuh..
disamping kita melahirkan jiwa dan roh tarbiyah dalam diri kita..kita sama2 wujudkan suasana tarbiyah yang insyaallah dinaungi Allah..ayuh teman..tiada sesalan dalam menuju jalan Allah..tiada paksaan muka mengajak antunna mencuba.. :)

dan alhamdulillah ada respon yang baik..
tetapi ada juga yang mempertikaikan tindakan aku..

ko pesal eh..?selalu ajak kitorang n paksa kitorang buat benda cmni..?
memang tak salah nk amar makruf nahi munkar..
tapi ko kena pk lah hati kitorang..jangan sedap hati ko je nk suh kitorang buat tuh..buat nih..
pk la sikit pendapat dan perasaan kitorang..

ketika aku membaca..kalam-kalam yang dihantarkan ini..
hancur berkecai hati ini..
mengalir sebak airmata membasahi pipi..

sungguh hiba dan kecewa..

Salahkah aku mengajak korang kearah kebaikan..?
sering engkau perkatakan untuk memikirkan pendapat dan soal hati kalian..
tapi pernah kah engkau berfikir..

mengenai beban yang aku tanggung ini dalam mengingatkan kamu mengenai agama Allah...?
mengenai susah dan payah aku dalam mengajak kalian ke jalan Allah..?

ia tidak membawa satu sen untung pun terhadapku..
tetapi kenapa aku tetap meneruskannya..

kerana kalian adalah SAHABATku..
bila kasih dan sayang lahir dari seorang sahabat..
terhadap sahabatnya..
maka inilah yang aku mahukan..
yang terbaik untuk sahabatku..

airmataku ketika itu..tidak dapat ku hentikan..
sungguh pedih ujian dijalan mu Allah..
didalam kesedihan itu..
aku coba untuk kembalikan semangat yang hampir terhapus itu..

dengan mendengar lagu Sunnah Berjuang..
dan ketika itulah..
hatiku terfikir..
bagaimanakah ujian Nabi Muhammad dan Sang Murabbi terdahulu..?
Ujian mereka jauh lebih pedih..
pernahkan mereka berputus asa..?

Astaghfirullah..
ampunkan Aku Ya Allah..

Panji inikan dikibar..
dengan langkah pertama menuju destinasi yang penuh onak dan cabaran..

Kuatkan hati duhai Pendaie..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

d.a.k.w.a.h _Pedih dan Hikmah_

Dakwah itu bukan jalan mudah..
bukan pula jalan yang mewah..
jangan pisahkan ia dengan sabar dan tabah..
karena ia pengahapus resah..

Memang Itulah hakikat dakwah..
susah dan penuh keperitan dan kepedihan...
tetapi..
andai sabar dan tabah ditanam dalam diri sang pendakwah..
dengan izinnya..resahkan terhapus..

dalam 2-3 hari ini...
ujian dakwah semakin melunturkan semangat 
dan kekuatanku..

AKU SEDARI DAKWAHku SALAH :

Di dalam post aku sebelum ni..
sal kawan aku yang memakai jeans tuh..
aku telah melakukan satu cara dakwah yang salah..
dan cara itu telah mengaibkannya..

aku memang berasa sesal dengan perbuatanku itu..
dan aku memohon maaf..

Allah cuba menyampaikan aku sesuatu dengan peristiwa itu..
dan peristiwa dimana..
ketika aku menunggu ikhwanku untuk ke SMK BELARA di surau..
ketika itu tazkirah maghrib sedang disampaikan..

dalam tazkirah itu seolah-olah..
ditujukan kepada aku..
dengan tajuk..
Dimana Hikmah Dakwah kita..

memang ia menusuk terus kedalam kegelapan tompokan
hatiku ini..
Alhamdulillah..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, September 23, 2011

S.y.a.b.a.b _Buka Mata_

di Kampus..
Mahupun di Sekolah dulu..
aku dikelilingi suasana..
dimana..
setiap daripada kami..
mempunyai ilmu agama yang mantap..

tapi ia membuatkan 
aku lupa..
dan leka..

bahawa masih ada yang belum..
menemui dan mengenali agama ini..
belum mengetahui soal hukum hakam..
belum mengetahui sirah2..
belum mengetahui soal aqidah dan tauhid..

bila diri biasa dekelilingi..
sang pencari ilmu agama..
aku lupa dunia di luar sana..

ini semua aku belajar..
ketika menjadi salah seorang fasi daripada 8 orang fasi..
kepada peserta yang berjumlah..
124 orang..
di SMK BELARA..
bagi program Qiamullail dan Motivasi..


Aku lupa bahawa..
masih wujud syabab-syabab atau adik-adik aku..
yang belum kenali apa itu Qiamullail..
yang belum kenali apa itu sirah..
kisah Anbiya' mereka lupai..

AKU LUPA..
aku sering memperingati dan mentarbiyah sang pencari ilmu agama..
tapi aku lupa golongan seperti mereka..

Ampunkan dosaku Ya Allah..
Siapa lagi yang akan membentuk mereka melainkan kita..!!
Pelajar Agama..!!
itu tujuan Allah memberikan kita ilmu agama sahabat...!!
untuk kita sedar..ada lagi mereka diluar sana yang memerlukan..!!


Ya Allah..
Naungilah adik2 aku ini dengan iman dan hidayahmu..
tiupkanlah ilmumu kedalam hati-hati mereka..
agar mereka dapat merasai nikmat cinta mu..

berikanlah kejayaan kepada mereka..
dan jadilah kejayaan mereka itu sebagai wadah..
mereka mencari mu Ya Allah..
amin..

Semoga Kalian..dipilih menjadi sang Pejuang..
satu hari nanti..insyaallah..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Wednesday, September 21, 2011

E.i.d.u.l.f.i.t.r.i _Hijab yang Sempurna_

hari isnin ini..
aku telah menetapkan kepada muslimah kelas aku..
untuk mereka semua memakai tudung labuh..

ada yang menerima dengan terbuka..
ada yang membantah dengan pelbagai alasan..

" Pakai hijab labuh mana boleh dipaksa nanti tak ikhlas "

aku tersenyum sahaja bila mendengar kata-kata itu..
dari sang sahabat..

PAKSA..
kadang-kadang suatu perkara..
ia perlu dipaksa..
andai tidak dipaksa..
sampai akhir hayat kita pun..
ia tak terlaksana..

.kalau kita tak paksa diri kita macam mana kita nk laksanakannya..
contoh ia sama cm study : kita malas nak study..tapi kita paksa diri kita sbb nak exam..sebab kita nk capai kejayaan akademi..
try kita amalkan PAKSA DIRI dalam kita mencapai kesempurnaan hidup syariat..
Copy from my Facebook..

dah lama aku memperbetulkan soal aurat mereka..
tapi..masih ada yang memekakkan hati..dan membutakan jiwa..

kadang2 terfikir ia satu perkara yang sia-sia bila berdakwah kepada sahabatku..
tapi Allah masih inginkan aku berada dijalan dakwah..

setiap hari semangatku diasah oleh senior2 yang cintakan islam seperti
kita,.

20/9
9.30PM

aku menerima satu kejutan yang amat dasyat pada malam itu..
disaat aku bersama dua sahabatku cuba meningkatkan ilmu bersama..
di cafe..

mataku terpandang..
seorang sahabat sekelasku..

yang sebelum ini..apa aku fikirkan just soal stokin mahupun tudung yang tidak..
melengkapkan syarak..

rupanya ada sahabatku..
yang berpakaian sedemikian rupa..
dengan jeans yang amat ketat..
baju yang amat singkat..

seluruh susuk tubuh kakinya..
bagaikan dibalut sahaja..

hatiku tiba-tiba sebak..
merasakan diri ini amat lemah..
diri ini seorang yang gagal..

kerana aku tak mampu..
memberi kesan terhadapnya..

walaupun aku sentiasa mengingati mereka..
rasakan usahaku tiada hasilnya..

" ingat Afdhal..Jalan Dakwah itu sukar..dan Beruntunglah mereka yang Sabar "
terlintas dihatiku..
kata-kata ini..

aku mohon ya Allah..
engkau selamatkanlah sahabat ku itu dari kegelapan jahiliah..
berikanlah cahaya islam yang dapat menembusi kegelapan itu..

aku harap..
26/9 nanti..
hari bersejarah buat aku dan sahabat..
untuk melihat kesemua sahabatku mencapai..
kesempurnaan menutup aurat...
walaupun sehari..

ameen ya Allah..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

e.i.d.u.l.f.i.t.r.i _dakwah itu pedih_

sungguh sukar perjalanan dakwah ini..
hati kian hancur..

pernah aku gugur ditengah jalan dakwah..
yang masih jauh perjalanannya..

kerana 
aku tidak tahan dengan tomahan manusia..
terhadap agama Allah ini..

ilmu agama didada mereka tidak mampu..
meruntuhkan ego mereka..

ditambah pula dengan kata-kata dakwah..
hati mereka tetap angkuh..

" Kamu Menolong Agama Allah..Maka Allah akan Menolongmu "
inilah satu-satunya sumber kekuatan dakwah..

aku yakin dengan janji mu ya Allah..

tiada yang mudah dalam berdakwah..

Ya Allah..
engkau bukakanlah hati-hati..
sahabat-sahabatku ya Allah..
jadikanlah kami sebahagian dari hambamu yang dinaungi..
iman dan hidayah..
aku mohon ya allah..
jadikanlah kata-kata 
kami sang pendaie..
sebahagian dari hidayahmu ya allah..
ameen..




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, September 20, 2011

E.i.d.i.l.f.i.t.r.i _Mimpikan dia_

Mimpi Pertama :
aku bermimpi..aku mendapat mesej dari arwah abah..
dalam mesejnya..
dia memberi tahu..
" abah sedang beli sampin nih..nak cari untuk adik satu "

Allah melahirkan firasat di dalam hatiku..
Arwah Abah dalam kegembiraan..
dan dia juga mahu aku bersamanya dalam kegembiraannya..

Mimpi Kedua :
Aku bermimpi..melihat abah menangis..
dan datang satu makhluk yang tidak berkulit..
cuba menyerang abah..

tubuhku tergerak untuk melindungi dirinya..
lalu aku pantas memukul makhluk itu hingga hancur..
dan menjadi serpihan daging yang meleka di lantai..

firasat hati Allah lahirkan lagi
Arwah abah amat memerlukan amalan dan doa aku..
untuk menjadi penyelamat baginya di alam itu..

Ampunkanlah dosa abah ya Allah..
tempatkanlah dia ditempat orang yang beriman..

Al-Fatihah..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

E.i.d.u.l.f.i.t.r.i _Permulaan_

Masih lagi terpinga-pinga di dada aku..
pesan ustaz aku di MPi..
"Afdhal,dimana sahaja enta berada,jangan sesekali ikut orang..
biar orang yang ikut enta."

jubah itu sunnah..
jangan kamu memandang remeh mengenai sunnah..
hari ini aku memulakan jejak aku..
dalam mewujudkan suasana islam di kampus..

dah lama aku menunggu seseorang siswa..
hadir ke kelas dengan berjubah..
tinggal seminggu lagi untuk mengakhiri semestar..

aku beranikan diri untuk memulakan jejak dakwah dan
tarbiyah ini..

Hari ini aku hadir ke kelas dengan memakai jubah..
keyakinan diri mula pudar apabila..
menjejakkan kaki ke kawasan kuliah...

terasa amat pelik..
bila dipandang sedemikian rupa..oleh orang lain..
seolah-olah jubah itu pakaian kuno..
masyaallah..

"wooo...ustaz tu..!"
terdengar suara sumbang dari saudara seagama yang mengambil
kursus Teknologi Maklumat..

tetapi aku beranikan diri..
dan tekad..untuk berjubah ke kelas..
sama ada hari khamis atau isnin..

insyaallah..
ini satu permulaan..
semoga suasana tarbiyah dapat ku wujudkan..
dengan bantuan dari sahabat..insyaallah..

kemanisan menghidupkan sunnah jelas terasa dihati aku..
manis sungguh mengikuti sunnah dengan hati dan niat yang benar...

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, September 18, 2011

E.i.d.u.l.f.i.t.r.i _CONVO_

Yea..!
Tahniah kepada mereka yang akhirnya..
selesai berjuang di medan Kampus ini..

Bahagia rasa dihati..
bila tengok senior2 menyarung jubah Konvo..
memegang segulung ijazah yang tinggi nilainya
disisi siswa dan siswi..
selamat 4 or 3 tahun mereka..
mengorbankan OTAK mereka..haha

tapi..
sayu di kalbu aku ni..
tetap terasa..

bila melihat ibubapa mereka tersenyum tak terkata..
melihat anak2 mereka berdiri berjaya..
Family Photo juga diambil..

itulah impian aku sebelum ini..
ingin melihat..
arwah abah n mama aku gembira..

aku tak pernah 
membuat mereka tersenyum gembira..
kerana kejayaan ku..

tapi itu semua..
tinggal harapan..
yang menjadi..
PEMBAKAR SEMANGAT 
aku..

insyaallah..tahniah..dan tahniah..
yang bertanggungjawab dalam..
membarakan semangat tarbiyah aku..
Tahniah A.Iz..
sebelah kanan tu a.iz

doakan ana plak yea..
:)

By: Assyahid Afdhal Ismail


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, September 11, 2011

E.i.d.u.l.f.i.t.r.i _Jumpa Di Sana_

Sebak..
Semangat..
Sabar..

Itulah perasaan yang hadir ketika menghantar sahabatku

yang akan ke Jordan..

Yang Pakai Kopiah putih

Ketika Bersalaman dengannya..
dan memeluknya..

"Jumpa anta disana la nanti"

Tertitislah setitis airmata yang tiada harganya..
semangat..
insyaAllah..

KITA AKAN JUMPA DI SANA..
Bersama Geng Pentadbiran Islam
di Airport..
Sultan Mahmud.







JUMPA di Sana..
By:
Assyahid Afdhal

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

e.i.d.i.l.f.i.t.r.i _takziah_

Setelah Menikmati Kegembiraan cuti dan raya..
dalam kesibukan kita semua kembali ke Kampus..

Tersentap Hatiku..
Bila Menerima Khabar..
Bapa Seorang Sahabat Ku..
telah kembali ke rahmatullah

Saat Kita Semua Masih bergembira dengan 
bahang hari raya dan cuti..
Allah memilih sahabatku ini..
untuk memperoleh oleh satu kebaikan..
dengan ujian 
yang sungguh berat..


rakan sekelas dan rakan senegeri..

Aku amat memahami perasaan itu..
semoga Allah Berkati Roh Ayahnya itu..

Dan Semoga Allah menguatkan hatinya..
tabah...dan terus tabah..

Al-Fatihah..
:barangsiapa Allah mengehendakinya kebaikan..maka Allah akan mengujinya:
HADITH RIWAYAT BUKHARI

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, September 6, 2011

E.i.d.u.l.f.i.t.r.i :_Selamat Jalan_

Dah tiba waktu..
sahabat2 ku akan pergi berjuang di luar negara..
semoga Allah melindungi dan merahmati mereka..


Mat Rakin
Pengerusi Briged Bakti MPI
2009/2010
Pok Loh
Sahabat SIP/SSR

(orang kata dia kembar aku..haha..kami sendiri pun tak tahu mana persamaanya)
Sahabat SIP/SSR

Miswar Abdul Halim
Sahabat SRI AMAN

Luqman Shafie
Sahabat UNISZA


Meor Muhamad Hakim
Sahabat Soutul Kauthar
Semoga aku dapat
menjejakkan kakiku..
seperti kamu semua..

Ameen..




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V