SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Monday, December 24, 2012

Aku dan Palestin : Mimpi 3

Aku dan Palestin: Mimpi ke 3

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari Syaitan Yang Direjam.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari penyakit-penyakit hati yang merosakkan amalku.
Allahummasollia a’la Muhammad..

                Sekali lagi Allah kurniakan satu mimpi yang agak menggerunkan hati diri dan kali ini benar-benar mencemaskan diri..mimpi saya bermula..



“pada satu pagi..saya keluar melihat suasana diluar kawasan rumah..memandang ke langit melihat helikopter dan jet-jet memenuhi ruang angkasa..tiba-tiba satu jet telah melepaskan bom dan tepat jatuh di hadapan rumah saya..namun letupan dia tidak kuat..hati bergoncang kencang..pergi mencari ahli keluarga yang lain dan mengejutkan mereka semua..bunyi jatuhan bom dan roket masih lagi kedengaran akan tetapi tidak meletup di mana..selepas mengejutkan semua keluarga lain atuk dan nenek dan lain-lain terus pergi ke luar rumah untuk melihat sekitarnya..masih lagi penuh helikopter dan jet berlegar-legar di ruang udara..ternampak tergantungnya bendera Palestin di sebuah pokok dalam kawasan rumah saya..kerana begitu takut..saya buang bendera itu dan simpan dalam poket..
Tiba-tiba..

Ketika masih lagi saya berlindung dalam rumah..mendaratlah satu helikopter betul-betul di hadapan rumah saya membuat diri rasa amat takut..tiba-tiba keluar tentera dari helikopter dan menggeladah masuh dan mengumpulkan kami semua di kawasan ruang tamu dan mengacukan senapang yang subhanallah BESAR dan betol-betol berada di kepala kami semua..dalam hati tuh… “ya Allah aku tak nak mati” lalu tentera itu bertanya pada saya.
.”ko cakap..apa hubungan ko dengan Palestin..?” “apa ko bantukan dan salurkan pada mereka…!!”

Saya menjawab “aku tak pernah buat apa-apa untuk mereka..kami tak de apa-apa pun dengan mereka”
Lalu mereka geladah rumah kami..dan senapang itu masih lagi berada di kepala kami..
Hati amat takut..tiba-tiba entah bagaimana Allah beri saya kekuatan untuk bertindak..lalu saya tarik senapang itu dan tumbuk setiap tentera yang berada di situ..namun ada seorang yang melarikan diri ke helikopter..lalu saya kejar..bila mana saya kejar senapangnya betol mengadap diri saya dan BANG…!!

Tersedar dari mimpi itu..berfikir dan berfikir..apa mesej kali ini yang Allah ingin sampaikan..
Astaghfirullah..saya sedar sesuatu hasil dari ungkapan saya sendiri pada mimpi itu :
  •  Bila jatuh roket dihadapan saya..lalu hati bergetar ketakutan.. : ia bermakna hati saya masih lagi belum kuat..
  • Bila mana saya sanggup buang bendera Palestin kerana ingin menyelamatkan diri saya : ia bermakna saya amat MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dari ISU UMMAH.
  •  Bila mana ditanya kepada saya tentang Palestin lalu saya menjawab sedemikian : ia bermakna hati saya belum ikhlas sepenuhnya dalam perjuangan isu Palestin.. Allahuakbar..
  •  Bila mana saya tiba-tiba bangkit : Allah menggambarkan diri saya..hanya akan benar-benar sedar bila mana dalam suasana yang amat kritikal..

Allah..banyak lagi kekurangan dalam diri ini..
Saya kisahkan pada anda bukan menunjukkan kelemahan dan kekurangan saya..ini satu petanda peringatan dari Allah..dan wajib untuk saya sampaikan buat semua..agar kita benar-benar MUSLIM yang peka terhadap isu Palestin.
Dah 3 mimpi Aku dan PALESTIN : kesemuanya menunjukkan diri masih lemah.. :(
Mimpi 1 dan 2 ada saya ceritakan di Post yang lepas :

Doakan saya sahabat..
Assyahid Afdhal Ismail
1326 Terengganu
(24/12/2012-11Safar1434)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Wednesday, December 19, 2012

Aku Dan Palestin


Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari Syaitan Yang Direjam.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari penyakit-penyakit hati yang merosakkan amalku.



Bila mana satu ungkapan yang berbunyi PALESTIN disebut,tergambar di setiap pemikiran dan lintasan hati kita suasana yang sungguh dasyat dan sadis,gambaran sebuah kezaliman yang berpanjangan dan itu petanda ISU ini sudah lama umurnya namun hakikat dunia kini..
HANYA BERSUARA BILA IA BANJIR DARAH.
Atas erti kata lain bila mana ia diserang sedasyat-dasyatnya walaupun hakikat MEREKA 24 JAM sentiasa diserang walaupun sebelum peristiwa PILLAR OR CLOUD yang mengorbankan pemimpin tentera Al-Qassam di Gaza iaitu Assyahid Ahmad Jaabari pada 14 November 2012.
ASSYAHID YANG TELAH DIJANJIKAN

Namun satu ungkapan syukur ALHAMDULILLAH.Bukan kerana apa yang berlaku di Palestin akan tetapi satu Ketukan buat PINTU DUNIA ISLAM agar lebih sedar akan hakikat yang berlaku disana.

HAKIKAT PALESTIN AKAN BEBAS :
Namun Hakikatnya Palestin atau Al-Quds TETAP akan menang dan tetap akan merdeka kerana itu janji Allah..siapa kata..?

Rasulullah Bersabda :
                Sentiasa akan ada sekolompok dari Umatku yang berjuang bersama-sama kebenaran,mencabar dan menentang musuh-musuh mereka,Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi  mudarat kepada mereka sehingga Allah datangkan keputusannya.Mereka TETAP dalam keadaan demikian.Maka Para Sahabat bertanya “Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah..
“DI BAITULMAQDIS”.
(riwayat Bukhari)

Bila mana disebut Kata-kata yang hadir dari Mulut Rasulullah nescaya itu adalah WAHYU dari ALLAH dan ia benar berlaku hingga kini dan mereka akan menemui kemenangan..!!

(-__-) / nak tanya ni..
“..dah kalau mereka akan menang ..buat apa kita sibuk nak derma..sibuk nak tolong..sibuk nak boikot..biarkanlah..tunggu jela imam mahdi..”

KENAPA AKU PERLU MEMBANTU :
Kerana kita adalah ummat yang menjadi saksi antara ALLAH , RASUL dan UMMAH..berdasarkan firman Allah :

“Dan demikian telah kami jadikan kamu(Ummat Islam)  sebagai UMMAT PERTENGAHAN agar kamu menjadi SAKSI atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi SAKSI keatas KAMU…”
Al-Baqarah 143

Bila mana kita ditugaskan menjadi SAKSI nescaya akan ada persoalan-persoalan atas apa yang kita SAKSIkan..Mungkin..
“..ketika kamu hidup..kamu melihat saudaramu bermandi darah..apakah tindak kamu atas penyaksian kamu..? “
Kita sebagai SAKSI kena cari ALASAN YANG KUKUH seperti firman Allah.

“Rasul itu adalah sebagai pembawa gembira dan peringatan agar tidak ada ALASAN bagi manusia untuk membantah Allah setelah Rasul-Rasul itu diutus…”
An-Nisa’ 165

Rasulullah sudah mengajar pada diri kita untuk mengambil berat akan saudara-saudara kita..
Dan tiada lagi alasan kita dihadapan Allah “aku tidak tahu ya Allah”..

HAKIKAT PENDERITAAN :

Derita bumi Al-Quds sudah lama berdarah 64 tahun tempoh waktunya..
Datangnya mereka ke pusara Salahuddin lalu menendang dan berkata..
“ohh wake up Salahuddin..we are Here..!!” kata Henry Gouraud (Panglima Tentera Perancis)
Inilah nilai penghinaan terhadap bumi suci Al-Quds.Bumi suci siapa..?
Saya,anda dan mereka..MUSLIM.
Dibom,dibakar,ditembak itu perkara biasa bagi mereka hinggakan kajian doctor disana mengatakan bahawa KANAK PALESTIN yang hidup dalam suasana sedemikian disebabkan sentiasa kedengaran bom dan sebagainya setiap masa menyebabkan mereka MAMPU MENEKA jenis-jenis bom itu dengan tepat.. “BOOOOMMMM..!!” “ouh itu roket kereta kebal..” “shhhuuuu..BOmmmm..!!..” “ooh..itu roket F16”.. Allahuakbar..
Kekuatan kanak disana berbeza dengan ANAK MUDA kita disini ..

KISAH-KISAH SIAPA MEREKA :
-Contoh yang paling hebat yang saya sentiasa ingat dan sampaikan andai diberi amanah untuk berkongsi soal PALESTIN ialah al-kisah FARIS AUDAH.

Kisah Faris Audah ini saya tidak mahu kongsikan namun sahabat-sahabat boleh baca al-kisahnya di Link di bawah.SUMPAH anda akan tergugat hati anda.
https://www.youtube.com/watch?v=jGI8BqWQJVA(LINK FARIS AUDAH)

-Ini alkisah yang saya dengar dari Murabbi saya yang bertanggungjawab menjaga pelajar Malaysia di Mesir dan juga seorang aktivitis Aqsa Syarif yang minah kisah mengenai seorang ibu tua yang telah SYAHID HAMPIR kesemua anak-anak dan Cucunya..Bila mana ditanyakan kepada makcik itu..”adakah ibu tidak sedih atas kehilangan itu..” mak cik itu tersenyum lalu menjawab..”PATUTKAH SOALAN INI DITANYA?”kalau mereka masih ada..nescaya saya akan suruh mereka keluar BERJIHAD dan SYAHID”..
Subhanallah.. :(
Gagahnya hati-hati mereka…

-Alkisah kedua juga dikisahkan oleh murabbi saya yang berkali-kali memasuki gaza bersama Aqsa Syarif..Kisah seorang ibu yang kehilangan anaknya syahid..namun ibu itu juga masih ada anak dalam kandungannya..lalu dia berkata.. “andai anak di dalam perut ini dilahirkan..aku akan suruh dia jejak langkah seperti anakku yang lain…SYAHID..”

Bak kata Murabbi saya :
“Mereka hidup disana umpama Syurga didepan mata..MATI,PELURU,BOM tidak langsung mereka gentar”

(0___0)/ SAYA INGIN BERJIHAD..!! ANDAI SAYA ADA DI PALESTIN NESCAYA SAYA AKAN BUNUH SEMUA YAHUDI..(ini adalah dialog hati saya ketika mana selesai melihat video TEARS OF GAZA”boleh search YOUTUBE”)

MAMPUKAH KITA :
Bila mana anda melihat video-video Palestin..nescaya Hati akan terasa BARA SEMANGAT..
Dan Keluarlah ungkapan diatas seperti saya..namun Allah telah berikan saya satu petunjuk..

Pada satu malam saya bermimpi :
                Melihat satu perkampungan di hadapan saya..lalu tiba-tiba perkampungan itu meletup dan terbakar..kelihatan orang berlari-lari menyelematkan diri..namun saya tidak mampu menggerakkan kaki..kerana begitu takut..lalu kelihatan satu Helikopter menuju pada diri saya..tiba-tiba datang seorang makcik mengheret diri lari menyelematkan diri.kaki bergetar-bergetar kaku..mak cik itu bawa saya bersembunyi dalam sebuah kedai..beberapa waktu selepas itu..saya keluar untuk melihat suasana..bila mana saya keluar..Helikopter itu benar-benar berada di hadapan saya..HATI BERGONCANG..hingga ingin MENANGIS..lalu datang seorang perempuan yang BENGIS mukanya dan berkata.. “ENGKAU JUGA SASARAN ISRAEL”..lalu diri tersedar dalam keadaan yang akan takut dan bergoncang hati..

APAKAH MESEJ YANG ALLAH INGIN SAMPAIKAN..?

Beberapa hari selepas itu satu lagi mimpi :
                Datang murabbi saya itu pada diri saya dan berkata..”ana nak enta cari rijal-rijal yang hebat dan mantap untuk kita bawa ke Palestin..” lalu saya mencari akan tetapi saya tidak memilih diri saya sendiri..
Ia bermain di fikiran..lama kelamaan akhirnya terjawab hasil dari status  Facebook murabbi saya yang mengatakan..

Antara pakej utk masuk ke tanah suci Gaza ini...kita mesti bersedia dgn SABAR yg tinggi...bnykkn istighfar..kerana bermula kita bergerak ke sana...amat banyak kepayahan dan ujian kesabaran yg akan kita temui...namun tetap tak sama dgn mehnah dan ujian yg amat jauh lebih besar dihadapi oleh penduduk Gaza sendiri...
Ujian mereka amat besar kerana mereka adalah calon Ahli Syurga..harapnya kita juga mndpt percikan...bauan syurga itu .


Baru saya sedar..bahawa pentingnya pembinaan hati yang mantap semantap MEREKA di PALESTIN andai ingin benar-benar berjuang bersama mereka…
“ANDAI  AKU MAMPU KE PALESTIN NESCAYA AKU AKAN BERJUANG DISANA” itu mulut yang bercakap..
Namun hati..kaki sudah kaku berdiri di hadapan sebuah letupan :( Allahurabbi..jauhnya darjat kita.
Dan Kesimpulan saya dapat hasil petunjuk dan ilmu serta ilham dari Allah..
Bahawa penting diri kita untuk ASLIH NAFSAK/Perbaiki diri kita sebaiknya yang utama adalah HATI..bila mana HATI disulam iman dan FIKRAH islam..maka tegaklah islam di masyarakat mu..
Dengan kekuatan masyarakat itu ada mampu membantu PALESTIN dengan lebih berkesan seperti mana berlaku kini di MESIR.

Petikan kata-kata DR.Morsi :
“..Israel kena ingat..bahawa MESIR dahulu dan MESIR kini berbeza..andai tidak menghentikan serangan mereka terhadap PALESTIN..maka nantikan kebangkitan rakyat MESIR..”

Allahuakbar.. Moga Allah Redha diri kita untuk perkuatkan diri kita..dan membantu MEREKA disana..
Terus BOIKOT…Teruskan DOA..Teruskan SHARE isu Palestin..Teruskan INFAQ..
Jangan biarkan SUASANA membentuk diri anda..biar ANDA yang MEMBENTUK SUASANA..!!
ALWAYS PRAY FOR PALESTIN ..!

Insyaallah next post saya akan cuba Huraikan konsep :
DOA UNTUK PALESTIN
Moga Allah Redha.



Assyahid Afdha Ismail
Terengganu.
0248(19/12/2012-6 Safar 1434H)


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, December 17, 2012

Rukun Impian : IMAN



Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari Syaitan Yang Direjam.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari penyakit-penyakit hati yang merosakkan amalku.

            Alhamdulillah.. setelah hati mencari-cari waktu..”bilakah hati ini benar diredhai Allah untuk menukilkan sedikit coretan perkongsian buat sahabat” kini Allah berikan. Syukur pada Allah.
AKU PUNYA CITA-CITA dan IMPIAN.
namun..BAGAIMAN AKU INGIN MENCAPAINYA.


            Bila mana disebut mengenai CITA-CITA maka bermain difikiran kita berjuta-juta impian dan cita-cita termasuk diri saya sebab saya pun masih muda lagi ok… :D sudah menjadi lumrah buat jiwa berdarah muda ini mempunya pelbagai impian dan cita-cita yang ingin mereka capai.Namun kadang-kadang impian itu tidak tercapai dan kadang-kadang ia tercapai namun merosakkan diri nauzubillah mohon kita semua dijauhkan.

            Saya nak berkongsi la sedikit kefahaman dan ilmu-ilmu yang saya terjumpa ditepi jalan menuju jalan syurga yang panjang lagi sukar ini.bila mana disebut soal PEMUDA anda,dia dan saya..serta pakcik dan makcik yang baca nukilan ini juga layak bergelar PEMUDA andai dalam diri mereka punya cita-cita dan impian yang beribu.

            Kembali soal BILA MANA DISEBUT PEMUDA..maka saya nak kaitkan sedikit…yeke sedikit..silap3..nak kaitkan BANYAK dengan RUKUN PEMUDA yang Disusun Assyahid IMAM HASSAN AL-BANNA. Yang Mana Tercatat dalam RUKUN PEMUDA itu 4 perkara :

1-Keimanan      2-Keikhlasan    3-Semangat    4-Usaha.

            Dari 4 Rukun Pemuda ini saya cuba kaitkan pada CITA-CITA dan IMPIAN kita sebagai Seorana Pemuda ISLAM. Apa kaitan 4 rukun pemuda ini dengan Cita-Cita dan Impian seorang PEMUDA..?

            Ayuh kita bergosip sop sep.. ^^
Yang pertama ayuh kita lihat pada RUKUN pertama iaitu KEIMANAN.kenapa KEIMANAN dengan IMPIAN itu satu ikatan..? Sabarlaa..nak habaq mai la nih.. ;) Bila mana disebutkan KEIMANAN maka ia berkait dengan Soal Hati.dan bila mana ia sebut SOAL HATI maka teringatlah kita pada Hadis Rasulullah yang sangat Femes dan Ohsem dan sepatutnya menjadi tatapan Manusia di dunia berbanding dengan GANGNAM STYLE yang merosakkan manusia.apa hadisnya.?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Ooohh Hadis ni..tahu..tahu..biasa dengar dah..
Namun dengar itu tidak mencukupi andai ia tidak benar masuk kedalam hati kita.apa kaitannya dengan IMPIAN dan CITA-CITA?
           
            Bila mana Impian dan Cita-Cita yang datang dari hati yang BERIMAN nescaya perjalanan menuju CITA-CITA itu dibantu oleh ALLAH.. :) kerana Syarat untuk dibantu Allah adalah HAMBAnya itu seorang yang BERIMAN. Berdasarkan Buku “AL-Ghuraba’ by Yusuf Al-Qardhawi” tercatat di situ SYARAT UNTUK DIBANTU ALLAH ialah ANDA PERLU BERIMAN kerana berdasarkan beberapa potongan ayat Al-Quran :

“Dan Ingatlah..Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Malaikat – Sesungguhnya Aku bersama kamu(memberi pertolongan) maka tetapkanlah hati orang orang yang BERIMAN “ Al-Anfal 12

Jap..jap..ada lagi..

“Allah taala menurunkan Sakinah(ketenangannya kepada Rasulnya dan Para MUKMININ”
At-Taubah 29

Satu lagi.. :) biar anda yakin..bahawa bila mana kita BERIMAN makan Allah kurniakan pertolongannya.
“ DIAlah yang menguatkan kamu dengan pertolongannya dengan sokongan orang-orang yang BERIMAN” Al-Anfal 62.

(-_-)/ saya nak tanya ni..habis tuh tengok orang bukan islam ramai yang Berjaya dalam cita-cita dan impian mereka…?
Saya ceritakan disini adalah untuk kita jadikan IMPIAN dan CITA-CITA yang kita kehendak itu satu perkara yang akan menjadi saham kita di akhirat CITA-CITA yang mendekatkan kita pada SYURGA.
Mungkin Orang bukan islam Berjaya dalam Cita-Citanya namun di akhirat mereka tidak pasti Berjaya selagi belum beriman.dan kita sebagai muslim perlu ada PERBEZAAN :) kerana kita ummah yang SPECIAL EDITION ^_^kerana kita ada AD-DEEN agama yang menjadi cara HIDUP KITA..AD-DEEN inilah yang saya ingin serap dalam IMPIAN dan CITA-CITA kita berdasarkan satu hadis .

“Bila mana Allah turunkan nikmat dunia..dia akan berikan pada kesemua hambanya yang dicintainya mahupun tidak..namun Bila mana Allah turukan Nikmat AGAMA..dia hanya akan turunkan pada Hamba yang dicintainya” HR Ahmad.

AGAMA itulah yang kita nak serap dalam kehidupan kita.Kembali kepada soal KEIMANAN dan IMPIAN.
Kekuatan iman itu amatlah diperlukan untuk kita melangkah mencapai IMPIAN kita kerana disitulah punca KEKUATAN kita dan REDHAnya ALLAH.
Kerana itulah Perjuangan Rasulullah sebelum dianugerahkan mereka DAULAH ISLAM yang pertama iaitu MADINAH apa yang ditekankan Rasulullah bukan soal ekonomi mahupun langkah-langkah..namun ia FOKUS kepada pembinaan IMAN dalam diri SAHABAT-SAHABAT seterusnya IMAN itu membentuk Kehidupan mereka dan akhirnya EKONOMI mereka kerana ALLAH.PENTADBIRAN mereka kerana ALLAH.CITA-CITA mereka kerana ALLAH kerana itu mereka teguh dan kuat kerana apa..?
BANTUAN ALLAH KEPADA ORANG YANG BERIMAN.

Jadi Untuk kita mulakan langkah mencapai CITA-CITA dan IMPIAN kita..
Sama ada Jutawan,mahunpun Doktor,Mahupun Ustaz,Mahupun Jurutera.
ASAS UTAMA adalah KEIMANAN.

Itu baru yang pertama.ada 3 lagi yang saya akan cuba huraikan.
Insyaallah next Post andai ALLAH redha. ;)
Jom Kita bina KEIMANAN kita.kerana itu ASAS KEKUATAN IMPIAN dan CITA-CITA kita.

To be continued. :)
Assyahid Afdhal Ismail
Terengganu.
0511 (17/12/2012-4Safar1434H)


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, December 2, 2012

Bismillah:Kembali dengan Lindungan Allah

Bismillah.. ^^

saya merasakan ia mesti kembali bernafas dari dibiarkan berdebu..
dari dibiarkan berkulat..dari dibiarkan mati sebegitu sahaja..

hasil nasihat dari Murabbi..
"..tak perlu hentikan..cuma bukalah dimensi yang baru.."

Insya Allah dengan Izin Allah..
dengan lindungan dari Allah

Moga ia bermula satu dimensi baru..
penukaran nama ni..sebenarnya adalah bertujuan agar ia lebih kelihatan personal blog..
agar lebih mudah untuk berkongsi dan mencoretkan..

pengalaman dan pandangan peribadi..
:) dan tidak terikat dengan apa-apa pengkhususan..

doakan.Moga Allah redha..

P/s: Internet di bumi Terengganu agak slow berbanding di kampung.. :)
jadi tak rancak sangat la blog ini diwaktu tidak cuti..
namun..
"biar sikit..asal ada manfaat buat semua.."

Moga Allah Redha.
Assyahid Afdhal Ismail
Terengganu Darul Iman.



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, September 27, 2012

Amrullah with Mua'dz

^_^ sambungan dari post Aku Bertemu Pemuda Ohsem.

diakhir program..malam terakhir..
Alhamdulillah..

redha Allah untuk kami mengadakan Malam Palestina..
bersama 
Bro Mu'adz..!!




antara tetamu jemputan yang paling hamba suka..
walaupun dia hadir sehari sahaja..
tetapi..
Ukhwah yang dia bina terasa amat dekat..
dan kami dapat rasa keihkhlasan perjuangan dakwah dia di arena nasyid.

Pada malam itu jugak ada sedikit perkongsian dari Aktivitis Palestin.
yang baru sahaja pulang dari Palestin.

banyak gambar-gambar..perkongsian demi perkongsian..
yang membuatkan hati terasa sunggu teruja untuk kesana..
AL-QUDS..!!

pada malam itu jugak la..
Allah lahirkan satu lagi cita-cita baru dalam jiwa..
AKU INGIN MENJADI SEORANG AKTIVITS..

insyaallah..!!
biirruuhhh..!!Bidddaamm..!!
nafdikaya Aqsa..!!


jom layan lagu Bro Mu'adz..!!



satu hari nanti..
AKU MELANGKAH MENUJU AL-QUDS..!!
doa..for them..

who..?
our brothers and sisters..
All over the world..!

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Hilal and IM Najdi

^^ Assalamualaikum he yooo...
brothers and sisters..!!

pe koba adik kakok mak cik pak cik..?? ^^
(tak payah nak over sangat la kan..)

-__-" ok fine..
exited sebab diberi 
Redha Allah..nak update blog titew yang dah lama kecunyian ini..
(serius tak comel..)

-__-" ok fine..

Alhamdulillah..
satu impian telah Allah hadirkan dalam hidup..
Satu anjakan pardigma merubah sedikit langkah hamba dalam kehidupan..
seorang KHALIFAH menuju jalan IBADAH..

disebuah program di kampus hamba..
dengan kekuatan ukhwah bersama sahabat-sahabat..
dapat jugak laksanakan program 3 hari..
yang diberi nama..
Minggu Aspirasi Raudhah Ilmu
(MARI)..
best tak nama..?? :)

Alhamdulillah..AGAIN.. ^^




dipertemukan dengan..
Hilal Asyraf dan IM Najdi.

for this post..
hamba hanya nak fokus kepada Akh Hilal.
 slot yang diberikan adalah Bedah Buku : Irkam ma'ana..
buku yang agak dekat sebenarnya kepada jiwa-jiwa da'ie..
proses pembinaan..
SUPER MUSLIM OHSEM OHYEAAH.. @_@

perkongsiaan yang agak menarik..
diselit pula dengan sedikit perkongsian pada bukunya Sebelum Aku Bernikah..
Sumpaahhh Cool..!!

sepanjang penceritaannya dan perkongsiaannya..
hamba rasa agak dekat pemikiran dan hati hamba dengan insan..
bernama Hilal Asyraf..

apa yang difikirkan hamba sebelum ini..
sama seperti pemikiran dan perkongsiaan Hilal..

kisah isi hatinya terhadap cinta juga punya persamaan..
dan menyebabkan hamba berfikir..

"kenapa Hilal boleh..kenapa aku tak boleh.."

23 tahun umurnya..sudah menghampiri 20 biji buku termasuk novel..
lamunan itu dihapuskan..
dengan persoalan dari Hilal..

"siapa anda 5 tahun lagi..?apa usaha anda buat islam 5 tahun lagi.."

Biusss semangat..!!
5 tahun lagi..

Novel?Buku Motivasi?
Cinta Sang Da'ie
by 
Assyahid AI  

 Ameen..insyaallah..

(ko berangan je lebih afdhal) -kata2 disebalik hati gelap berkata-

huh..!


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, August 17, 2012

V.dakwah " Lu Stress..?try ini barang baik punya..


SAYA ANTI ROKOK..
(ini hanya lakonan semata-mata)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, August 6, 2012

Tahjud Ramadhan *malu boh

"hari ni..aku kena bangun sahur..tidur awal!!"
(dengan hati membara berapi bak bakaran barbecue)

tidurlah si mamat tuh..
Zzz.zz.z.

titt~titt
bangun la mamat tuh secara tiba2..
lihat jam pada hanphonenya yang penuh calaran dan tingkaman..
(5.25AM)

"sempat lagi bangun sahur ni.."
keluarlah mamat tuh dari biliknya..

lalu dilihatlah sahabat2nya yang lain sedang solat..
"bagusnye..mereka bertahajud..."

terus ke dapur..
"peeeeiiikkkkk.."
(bunyi peti yang berumur sudah umurnya..)

air sejuk diambilnya..dituangkan dalam gelas..
"glupp2..glupp2..glupp..ahh..sempat juga amek barakah sahur.."
(lega dapat minum air..)

hati berbisik..
tak lama dah nak subuh..tunggu la jap atas tilam..
-__-" (bila tunggu atas tilam..faham2 la yea)

Zz..z.zz..zzz..
"Afdhal3..!!bangun2..solat subuh la.."(oit terkantoi sudah nama mamat itu)

"dah subuh ke..?"
(balas mamat itu dengan mata yang sepet ala2 pelakon korea)

"mabuk ke ko ni ha..!! tadi kitorang solat subuh la..!!"

HA..!!
Matanya terbeliak..seluas Shah Rull Khan..
"bukan ke hang solat tahjud ek..?"

"ho ho ho horlick..!!"
(eh silap dialog..)

"ho ho hotak hang..!!sedap2 je ko bedal air time orang solat subuh.."
pandang jam..sekarang baru" kul 6.00 la..?"
tengok jam orang lain..perghhh..!!
jam mamat tuh lambat 30 minit..!!

T-T gulp..(menelan airliur..xpe..tak batal)


Rezeki nak wat cmne... :)


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Ramadhan dan Tarbiyah

ramadhan nak tinggal beberapa waktu je lagi..
baru Allah redha hamba nak berceloteh di ruangan coretan hati yang berwarna warni ini..


separuh dah ramadhan pergi meninggalkan kita..
sejauh mana agak amalan kita..??(Termasuk saya skali).. adeh..

berat nanang..

awal-awal ramadhan dulu..
perghhh...quran sejuzuk sehari..kadang2 lebih sejuzuk..
exited mengejar ramadhan..terawih full..!! :) mmg daboom la..

tapi sampai2 pertengahan..
makin kurang jadinya..

KENAPA YEA..??!!
kita lupa akan hakikat..
bahawa Ramadhan itu sebenarnya Bulan Tarbiyah sahabat..
TARBIYAH..

Tarbiyah bukan mengambil masa dua tiga hari..
bukan secara Derastik bin plastik terus..!! 

Tarbiyah itu perlukan masa..dan perlukan cara yang lembut dan halus..

naqib hamba pernah cakap..
"kita nak buat ibadah ala-ala supersaiya 4..!!kita kena ikot step nak capai supersaiya level demi level.."

BILA KITA NAK BERSEDIA..??
Rejab dan Sya'bah itulah tempat kita bersedia serapinya..!!
agar..
pada bulan Ramadhan kita takkan pancit di tengah jalan..!! :)

tapi..
Rejab..??
"ala..rilex la..nanti sya'ban akan mula2 slow.."

Sya'ban..??
"Ramadhan nanti..aku pecut ler..."

"orang yang lumba lari..dia perlukan latihan..kerana disitu akan bina ketahanan diri..baru pecutan mereka tahan lama..
begitulah juga ibadah di bulan Ramadhan.."

Headshot..!! atas pale ku..!!

^_^ sebenarnya post ni mmg nak tikam diri sndiri.. 


jadi..beribadah yang sikit tapi berterusan itu lebih baik dari ibadah yang banyak tapi putus di tengah jalan..
tapi 
IBADAH YANG BANYAK DAN BERTERUSAN..
itu lebih OHSEM..!! ooh yeah..!!

Jom jadi SuperRamadhan..!! ^^


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Wednesday, July 18, 2012

ko masih BUDAK..!!

masa pantas berlalu..
amanah terus berat dibahu..

T-T
 bila seorang budak menjadi pemimpin..
banyak cabaran dan tomahan perlu hadapi..

"aduh..budak sem 3 bertanding jawatan tuh..boleh harap ke budak2.."
"hurm..baru setahun jagung..dah masuk pilihan raya persatuan..boleh harap ke.."

:( Allah..
bila meniti sedikit jejak...

"budak sem 3..jadi ketua persatuan besar cam ni..??memang hancur la.."

Allah.. :(
aku seorang budak..

menyebabkan diri sering kebelakang..
sedangkan aku juga berhak bersama kalian..

Hati Gusar seribu duka..

"rilex afdhal..sabarlah..biasalah tuh..itulah pemikiran yang dipupuk dalam diri kita zaman berzaman..
BUDAK tak layak memimpin..diorang tak ajak ko bersama..tak perlu bimbang..jalankan amanah mu..
ingat..siapa Saidina Ali ketika hijrah Rasulullah..?"

SEORANG BUDAK..

:) terima kasih akh..
aku seorang BUDAK..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, July 16, 2012

Sannah Helwah Ya Akhi

 
Tahun ini..adalah ulang tahun kelahiran paling istimewa..

kerana disambut..

bersama DAKWAH dan TARBIYAH..

walaupun hidup sudah 19 tahun..tapi.
belum genap setahun lagi..

diri mengenali tujuan sebenar kehidupan..
demi..
Ibadah dan Khalifah..

13.7.2012
pagi ketika itu diisi dengan Daurah bersama ikhwah..
Daurah ISK(Ini Sejarah Kita)

kali kedua hadir ISK..
untuk upgrade diri menjadi..
Daie SuperSaiya..!! ^__^

tapi kelibat naqib2 dan ikhwah usrah yang lain tidak tahu apa2 mengenai..
tarikh itu..sampai la hamba pulang selepas tamat program lepas jumaat...

pada waktu malamnya..
saat diri seorang diri di rumah..
tiba2..kereta dua biji datang menyinggah..

"Sannah Helwah Ya Akhi.."

T-T ya Allah..abang2 dan sahabat2 usrah..
kesemua hadir..
dengan 3 biji pizza dan air revive(ketika ni..naqib hamba tahu hamba demam)

sungguh terharu..belum pernah dirai sebegini..
Akhi Azizi..Naqib hamba..sepanjang setahu menganali dakwah dan tarbiyah..





Akh Azizi belajar kat unisza..dalam kos TESL.. :)
dakwah bukan untuk Ustaz ngan Ustazah je k..??
Usrah itu indah..Syukran Akhi..
ni la mastermind.. :)
Akh Fahmi..antara naqib yang ohsem..!!
tapi..
bulan 9 ni..dia dah tak de..
dia akan sambung Master kt Australia.. :(
in FoodBio..

ni Akhi yang mula tarik diri hamba ke kandang..
Ibadah yang sebenar..mula kenal dakwah..
melalui Akh Izhar.. :)
bakal membina baitulmuslim..
tapi..
akan berpisah juga dengan dia bulan 9 ni..
sambung belajar di UKM dalam bidang usuluddin..

Allah..Bertemu belum genap setahun..akan hadapi perpisahan.. :(
ketika mereka hendak pulang..

Tangan dihulur dengan satu kenangan..
yang hamba akan ingat..
sampai nafas akhir..

 Sebuah Lampu.. :)
tapi Cahaya lampu ni tak bisa lawan..
Cahaya Iman dan Islam yang diberikan oleh mereka semua..

syukran akh..
kerana mengenalkan daku..
kepada kekasih sebenar muslim..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Wednesday, July 11, 2012

Ku Ingin Guru


Ku sunyi dari seorang murabbi..
yang bisa bimbing aku..
yang bisa pimpin aku..

menunjukkan jalan buat ilmu-ilmu ku..
menujukkan jalan buat dakwah ku...

Allah..hadirkanlah seorang murabbi buat ku..
yang bisa megenggam tangan dan ilmu...
mengenal diri mu..
mengenal jalan syurga..

Allah..aku ingin seorang guru..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, July 8, 2012

The Line Is Busy..

Ku masih belum diredhai..untuk melakar kata-kata hati disini..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, May 29, 2012

ku mohon dimudahkan..

ini peluang kedua..

setelah dulu kamu sia-siakan...

setelah dulu kamuu permainkan amanah kamu..

amanah ini peluang kamu..

ini peluang kedua kamu muhammad afdhal..


beberapa hari bersama 7 sahabat saf ikhwah..

menyusun persediaan menepis budaya-budaya jahiliyah yang akan bersiap siaga
untuk meresap..

dalam jiwa-jiwa adik-adik baru yang akan melangkah dunia yang penuh kebebasan..

Allah..permudahkan urusan kami..






Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V