SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Wednesday, February 13, 2013

Mr Soleh for Mrs Solehah

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Pengasih.
Aku Berlindung dari Syaitan Yang Direjam.

Assalamualaikum dan Olla :)
terdengar bisikan hati seseorang..
"..afdhal ni..dah start nak jiwang-jiwang dah..tak habeh sal cinta and kahwni dia ni.."

Oppsss Oppss..
terlalu awal untuk andaian anda.. 
^_^ tajuk je nak hot sebenarnya..tapi dalam catatan ini..hanya nak berkongsi tadabbur quran je.. 

ohyeah..
sudah ada quran ditangan..??
opss..wudhu dulu..
ok..Quran terjemahan taw..
^_^ ok lets go..!!

AMARAN :
BILA SEBUT TADABBUR..IA LEBIH KEPADA KEFAHAMAN HASIL PENGHAYATAN INDIVIDU SENDIRI..JADI IA BOLEH DIPERTIKAIKAN..
TAPI INI TADABBUR PERIBADI SAYA..
SETUJU TERIMA..TIDAK BUANG KETEPI AJA.. :)

ayuh kita bukak surah An-Nur 26
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

waaahhhh.. *mata bersinar-sinar tengok ayat ni

dah..dah..tak payah nak poyo sangat..
:)

Bila sebut ayat ni..semua hati akan berbunga-bunga..
yang laki membayangkan gadis yang berpurdah berjalan dihadapannya..
dengan mata yang indah..

yang perempuan pula membayangkan lelaki berjanggut dikepalanya ada kopiah..
berjalan dihadapan matanya..
"..oppa..!! oppa...!! *dalam hati ..
Opppak atas hidung sekali..

maka penuh la wall-wall facebook..
gambar-gambar "Islami"..
di post..

"..Cukuplah sekadar soleh walaupun tiada rupa buat ku.."
"..ku hanya inginkan iman dan taqwa mu menjadi maharku.."
"..saya sedang menjadi solehah untuk soleh.."

Wahh..indah-indah blake..?
Ke guane..??*ustaz azhar kate.

tanpa kita sedar..
Matlamat kita pada Allah sudah lari jauh.. *mungkin
kalau tidak Alhamdulillah iman dan taqwa anda MANTAP..
tahniah..

akan tetapi bagi saya ayat ini punya makna dan maksud yang lebih dalam dari apa yang kita sering gambarkan..

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

:) renung jap ayat ini sedalamnya..
ayat ini dimulakan dengan PEREMPUAN.. 
*..kenapakah perempuan dahulu Allah sebut..*
jap..jap..sila faham yea..ini adalah TADABBUR bukan TAFSIR.. :)
jadi Tadabbur ini lebih kepada pandangan dan rasa individu itu sendiri..

ok sambung..
kenapa perempuan dahulu..??
.sebab yang utama adalah kerana lelaki yang mencari..
peringatan ini diutamakan buat lelaki..kerana lelaki yang akan mencari..lelaki yang akan memimpin..
Allah pesan awal-awal lagi.. 
"..hang nak kat perempuan..?perempuan yang jahat untuk laki yang jahat..engat.."

Allah tak pesan..
"..lelaki yang jahat untuk perempuan jahat dahulu.."
TERLEBIH DAHULU..
tapi Allah pesan..
"..perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.."

jadi yang pertama Allah nak ingatkan adalah Mr.Soleh :)
akan tetapi realiti alam maya sekarang sudah terbalik..

kebanyakan yang duk post-post sal "..Imam dan Makmum ke Syurga bla bla.."
adalah MUSLIMAH..
yang sedikit sebanyak sebenar mengguris sedikit "..Kecantikan.." muslimah..

mungkin dalam alam maya kita tak rasa sangat apa yang kita tulis itu satu perkara..
yang bawa mudharat atau tidak..

camni la senang citer..
cuba letakkan seorang muslimah di hadapan khalayak ramai..
bagi mic satu..

suh dia citer soal IMAM dan MAKMUM..
soal Mr.Soleh dan Mrs.Solehah..
contoh duk depan tuh cakap gini..
"..saya tidak memandang rupa..saya hanya nak iman dan taqwa awak sebagai mahar.."

BAYANGKAN..
muslimah bertudung labuh ke apa ke..
duk depan ramai orang cakap..
cakap camtu..

apa respon kita tengok camtu..?
mungkin ada kata Swittnyeeee..
mungkin ada kata GEDIX..

so..Muslimah..usah banyak berbicara soal ini di khalayak realiti atau maya..
kerana KAMI yang akan mencari anda.. :)


itu yang pertama tadabbur saya tentang ayat ni yang nak dikongsikan..
yang kedua..
adalah 2 perkataan..
"JAHAT dan BAIK"

kenapa Allah fokuskan pada
KEBAIKAN dan KEJAHATAN..

Dalam dunia ini..memang sudah termaktub dua perkara yang akan menjadi pilihan utama manusia..
iaitu KEBAIKAN dan KEJAHATAN..
hasil 2 sumber ini la..
ada DOSA DAN PAHALA..
ada SYURGA dan NERAKA..

tapi dari mana SUMBER KEBAIKAN DAN KEJAHATAN ini..

Kebaikan itu hanyalah kita dapat dari Allah s.w.t..
hanya dari Allah..
dan kejahatan itu sebaliknya..kita boleh dapat dari musuh Allah s.w.t..

dalam ayat ini Allah berfirman :
"..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.."

ramai yang faham LAPISAN atas ayat ni je..
"..oooh..kira kalau aku nak dapat suami baik..aku kena jadi baik la.."
"..ooh..nak dapat isteri baik..aku kena jadi baik la.."
"..AKU TEKAD UNTUK JADI YANG SOLEH/SOLEHAH.." *semangat membuak-buak.

Rosak lagi matlamat kita.. T-T
bagi saya..ayat ini bukan nak suruh kita jadi baik untuk dapat yang baik..
tapi suruh cari SUMBER KEBAIKAN itu sendiri..
iaitu Allah S.w.t..itulah Ghayah/Matlamat kita..

Allah yang memberikan segala kebaikan..maka untuk kita dapat KEBAIKAN..
kita kena cari Allah..bukan cari jodoh.. *jangan marah

Cari Allah..untuk mendapat kebaikan..bila Allah dan kita punya ikatan yang kukuh dan kuat..
maka segala yang kita dapat adalah perkara yang baik..
syurga..pahala..dan sebagainya..
termasuklah..
ISTERI SOLEHAH/SUAMI SOLEH
antara kebaikan yang dijanjikan pada kita..

hayatilah sirah-sirah anbiya' dan para sahabat-sahabat..
 kita tidak dengar KESOLEHAN mereka kerana nak kahwin..
semua berlumba untuk syahid..semua berlumba untuk infaq..

tapi kerana KEIKHLASAN mereka..
Allah kurniakan keluarga dan keturunan yang menyejukkan hati dan mendekatkan diri mereka pada Allah..

kesimpulan :
bila kita ingin jadi baik..carilah Allah..maka Allah akan beri yang terbaik..
bukan nak yang terbaik baru cari Allah..

* sila baca kesimpulan ini 2x agar tidak salah faham.

Insyaallah..
ingatlah Hijrah kita adalah menuju Allah..

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
MOGA ALLAH REDHA.
ASIF JIDDAN.
by: Muhammad Afdhal Ismail ( Tok Kadi alam maya )


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, February 11, 2013

2 tahun dah titew.!


Alhamdulillah..dengan izin Allah..
Blog ini dah 2 tahun dilahirkan..

banyak yang dipelajari..
dari penulisan yang bermatlamatkan manusia..
hinggalah..
diri sedar akan hakikat sebuah penulisan..

doakan moga Allah thabat dan ikhlaskan hati..
dijalan dakwah PENA ini..

Mohon Sahabat-sahabat tinggalkan Nasihat dan pesanan buat saya..
di ruangan komen post ini..

Moga-moga ia menjadi kekuatan dan peringatan buat saya..
Terima Kasih atas kesudian sahabat..


by :
Bapak AF.COM


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, February 8, 2013

Sweetnya Baitmuslim *muka merah

Indahnya Baitmuslim *muka merah.
.

Indahnya bila sudah melangkah ke alam baitulmuslim.
Hidup saya tak sunyi dah..ada makmum yang akan sentiasa bersama saya solat..
Bersama saya baca Al-Quran..jalan-jalan bersama saya dalam keadaan halal..
Saya betulkan purdah awak..awak betulkan serban saya..
Kita bercinta hingga syurga yea wak..! : )
By : Imammu yang tembam. : )

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wooooooooooooo…!!! : ) jauhnya berangan..
Bismillah..
Itulah fantasy awang nano nano nano nano nano nano dikalangan para ustaz/ustazah MUDA yang sakan sangat nak bercinta..nak bernikah..nak bersweet halal style *eh..itu saya la..
Oh kantoi..itulah diri dahulu..

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam.


Benar sahabat-sahabat sekalian akan firman Allah..

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum: 21)

SAHIH..!! memang benar BAITULMUSLIM itu adalah tempat yang sangat-sangat indah..! *macam dah lalui je.
Tetapi bila kita nak kepada kebaikan…jalan kita tidak semudah itu..bukan sekadar akad nikah..
“..aku nikahkan dikau Muhammad Afdhal Bin Ismail dengan si fulanah binti fulan dengan mas kahwin sehelai kain kapan made in india..sah..?”
Yeah..!! BAHAGIA..kita akan lalui kisah-kisah yang sweet-sweet yea sayang.. *hantuk muka ke dinding
Ayat paling best.. “CINTA KE SYURGA” ..
Bila mana disebut mengenai Syurga..tiada jalan yang mudah kesana..tiada jalan yang cepat untuk kesana..perjalanan ini PERIT..kerana Syurga itu indah.
.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut : 2 )

KITA TAKKAN KE SYURGA TANPA IMAN..DAN KITA TAKKAN ADA IMAN TANPA UJIAN..

Bila sebut UJIAN adakah ia sesuatu yang indah..?
Saya bukan nak takutkan kalian dengan UJIAN ALLAH..tapi saya nak kita semua sedar bahawa di dunia ini tidak selamanya INDAH..tambahan pula pabila kita bersama dalam PERJUANGAN ISLAM..PERJUANGAN AD-DEEN..PERJUANGAN DEMI ALLAH..
Lagi tercabar BAIT MUSLIM kita..Lagi banyak cabaran BAIT MUSLIM kita..lagi banyak rintang kita menuju CINTA TILL JANNAH..
Kerana definisi sebenar BAIT MUSLIM..
Adalah sesuatu yang lebih BESAR..bukan sekadar untuk menjaga MARUAH DIRI..bukan sekadar untuk melengkapkan IMAN..seperti mana hadis Rasulullah..

Dari Anas Bin Malik,
Rasululullah bersabda :
Barangsiapa telah menikah maka ia telah melengkapi separuh agamanya..
Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara separuhnya lagi.
(Riwayat Bukhari,Thabrani dan Al-Hakim)
Tetapi..
Sebagai salah satu binaan-binaan tangga menuju satu perubahan ummah yang bermatlamatkan Allah.
KITA NAK BINA HAMBA ALLAH YANG TAAT YANG BERTAQWA DAN BERIMAN.
NAK BINA JALAN MENUJU SYURGA.. yang seperti saya katakana sebelum ini..BUKAN INDAH SENTIASA..

 “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban.
Assyahid Imam Hassan Al-Banna

Kita bernikah..membina bait Muslim adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kita pada Allah..bukan untuk bercintan cintun semata-mata..KASIH dan SAYANG suami dan isteri itulah yang menjadi wasilah untuk capai CINTA ALLAH.
Realiti kini..kita lebih banyak dimomokkan/diSHAREkan mengenai keindahan-keindahan Baitmuslim/Rumah tangga berbanding HAKIKAT yang berlaku..
“sedangkan lidah lagi tergigit..inikah pula suami isteri..” * P.Ramlee skit boh.. :D
Persediaan kita untuk menempuhi jalan ini amat la penting sahabat-sahabat *macam saya dah kahwin plak.
Usahlah kita letakkan Baitmuslim itu SEGALANYA INDAH kerana hakikat disebaliknya punya banyak amanah dan beban.
KITA SEDANG BINA TAPAK ISLAM DI DUNIA.
BINA TANGGA MENUJU SYURGA.
Dan ia tidak sesekali MUDAH DAN INDAH..KERANA yang indah hanya bila kita berjaya capai penghujungnya..
“..Dunia ini penjara bagi orang yang beriman..”

Kita bina baitmuslim di DUNIA..sudah mesti ada ujian yang sedang menanti..
Nasihat saya kepada sahabat..

“..usah kerap membayangkan keSWEETan rumah tangga..Usah kerap SHARE dan POST di wall sosial kita akan perkara yang melibatkan cinta mahupun nikah..kerana ia hanya melarikan kita dari realiti..bukan kita sahaja..orang yang membacanya juga akan berada diaalam fantasi awan nano..seperti mana berlaku pada diri saya dahulu..”

Sekali lagi saya cakap..
BAITMUSLIM adalah TAPAK MEMBINA SEBUAH DUNIA yang ISLAM menjadi USTAZNYA.. :)
Besar tanggungjawab dan amanah..dan amanah itu bukan INDAH selagi mana belum kita laksanakan ia dengan baik..
BERSEDIA itu lebih baik dari ASYIK BERCAKAP DAN BERADA DI AWANGAN FANTASI RUMAH TANGGA INDAH AWAN NANO NANO NANO NANO.. :)

Penulisan ini agak entah pape..sebab tak ada pengisian ilmu sangat..sekadar nak meingatkan diri kita bersama..
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ
By :



Yang Sedang Bersedia..
Assyahid Afdhal Ismail
(Bekas Presiden Penulis “NAK KAHWIN JE KEJA” )
Moga Allah Redha.



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, February 7, 2013

Arghhh Pipiku Tembam.!

Arghhhh…Pipiku Tembam..!

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Aku berlindungan dengan Syaitan yang direjam..

Berjalan dengan bergaya mengadap cermin..
“…arghhhhh..!! pipiku makin tembam..!!..”
Cuba mencari pose-pose yang tidak menampakkan lemak berlebihan di pipi..
*mengiring ke tepi “..arghhhh..!! perutku ke depan..!!
Hilang keyakinan nak ke kelas..huh..! hati berbisik.. “..AKU MESTI KURUSKAN BADAN..”
Dan ia bertahan selama 56minit 30saat..

Alhamdulillah..yang kalian baca diatas itu hanya intro..
Realiti saya dan anda.. *merah muka.
Bila mengadap pada cermin..yang berlemak dengan cara berlemaknya..yang bergelap dengan cara bergelapnya..yang berjerawat dengan cara berjerawatnya..
Masing-masing akan lahir keluhan di hadapan cermin..
Dengan permulaan ayat.. “..arghhhhh..!!” *ini melampau la sampai tahap ni.
Selepas 56minit 30saat saya berusaha menguruskan badan..lalu terdetik dihati saya..

UNTUK APA SEBENARNYA AKU NAK KURUS..
“..agar aku lebih yakin berjalan dihadapan muslimah solehah..dengan ketegapan jalan ku..tanpa perut mendahului ku..tanpa pipi menutup pandangan ku..” *jujur.

Fikir lagi kali kedua..UNTUK APA..??
“..bukankah yang menyejukkan mata manusia melihat kita..adalah ALLAH..bukankah yang melontarkan perasaan itu..ALLAH..bukan hati-hati manusia milik ALLAH..” *background music lagu Adamu-NajwaLatif

Diri tersenyum dan kembali menambahkan lemak pada minit ke 57..
Hakikatnya sahabat-sahabat..kesukaran untuk kita BERSYUKUR apa yang kita ADA..bila TUJUAN DAN MATLAMAT KITA selain ALLAH..

Contoh :
“..aduh..jerawat naik..malu la aku nak jumpa bidadariku..” tak pernah plak kita dengar..
“..aduh..jerawat naik..malu la aku nak solat mengadap Allah..” huh..!
Tak ada kan..?? sebab kita pun sudah tahu penilaian Allah dimana

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian.. Al-Hujuraat: 13.

Nilai balik diri kita..
“..pipi aku tembam..perut aku kedepan..tapi aku sehat je..boleh je nak solat..senang je nak ambil wudhu..boleh je nak cakap..semua boleh..”
Dah tuh..?? dah kalau segala benda yang kita nak bina taqwa kita dengan Allah sudah ada..boleh digunakan BERSYUKURLAH..!!
“..muka aku gelap la..” *muka gelap tak leh semayang ke..?

: ) hakikatnya..kita sudah cukup sempurna disisi Allah..

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian..At-Tin:4

Tapi bila Allah tidak diletakkan tempat tertinggi maka kita akan banyak persoal kenapa itu kenapa ini..
Kerana disisi mata manusia..tiada yang sempurna..!!
“..eh awak..awak..tudung titew lawa tak…” “..hurm..tak masuk la dengan baju awak..”
Hok alorh gitu pula..
“..hurm..tudung aku ni Allah suka tak..” *tutup aurat,tak terlalu menarik perhatian,simple,tak nipis.
“..alhamdulillah..” simple..

Contoh lagi::
Seorang pempuan ambik masa 39 minit 15 saat untuk siap make up ke kelas..
Tapi orang berniqab..seminit je pakai niqab..tak payah fikir nak make up..gigi tak gosok pun tak pe.. * ?-?
Jadi bila kita persoal sesuatu pada diri kita..tanya pada diri kita..
“..ADAKAH INI DEMI KEBAIKAN AKU DENGAN ALLAH..” “..ADAKAH INI DEMI KEBAIKAN URUSAN AKU DENGAN ALLAH..”
Bila kita fikir sedemikian maka dengan mudah kita BERSYUKUR..dan andai ia perlu pada perubahan..
PERUBAHAN LILLAH.. :
“..aku gemok sangat ni..nak lari pun susah..nak baca quran pun nafas pendek…kena kurus ni..mudah untuk aku ibadah..baca quran..”
INI BARU PERUBAHAN LILLAH..!! bukan nak Nampak macho dihadapan bidadari-bidadari dunia.
Kesimpulan :
Segala penilaian dan matlamat kita..jadikan..
ALLAHU GHAYATUNA…!! ^^
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Ibrahim : 7

Sentiasa la kita bersyukur apa yang ada dalam diri…

By :



Afdhal Ismail
(Presiden Budak Tembam cawangan Kota Bharu)
“ BIAR TEMBAM ASAL COMEL DISISI ALLAH “ *moto persatuan.

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, February 5, 2013

Ini Bahteraku


Ini Bahteraku.

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam.
AMARAN: SEGALA DIBAWAH ADALAH PENDAPAT DAN PEGANGAN PERIBADI YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN DAN DIPERSOALKAN NAMUN INI PEGANGAN PERIBADI SAYA.
ANDA TAK NAK TERIMA MEMANG TIADA MASALAH SEBAB INI SAYA PUNYA : ) HEHE.

Alhamdulillah dengan izin Allah tangan diberi kekuatan untuk mencoret sedikit bingkisan hati.
Ok dah..habis intro..teruskan kepada isu sebenar.. J tak nak ambik masa anda semua lama sangat.
Alhamdulillah setelah setahun merangkak-rangkak mencari punca air “dakwah dan tarbiyah”
Allah pertemukan saya dengan antara sumber yang ada..
Dan air “dakwah tarbiyah” inilah menemukan saya sebuah bahtera pelayaran..
Yang bernama “IKRAM”.

Ha..! bia btol..??
Enta dan betol-betol tekad ke..??
Argh..enta jangan menyesal..!?
^_^
Teruk sangat Reaksi, macam ana dah gadaikan agama kea pa.

Dengan nama Allah aku berlindung dari Syaitan yang direjam.
Pelbagai respon yang saya dapat..yang saya terpaksa hadapi..dan telan..
(hamper kesemua ikhwah akan rasa perkara ini)
Dengan gaya macho dan cool..”ana tekad untuk pilih bersama bahtera ini..fullstop..!”
Macho tak..? J
Antara persoalan yang sering dan wajib setiap ikhwah akan hadapi..
“..enta tahu tak..yang kita nak perjuangkan islam..politik tak leh dipinggirkan..tapi bahtera enta mana ada politik syeikh..!! “
^_^ bismillah.
Yea benar..memang dalam islam POLITIK tidak sama sekali boleh dipisahkan dari kehidupan.
Namun yang pertama kita sedar hakikat kelahiran sebuah JEMAAH ISLAM..
Apakah sebenarnya matlamat sebuah kelahiran Jemaah islam..

“DAKWAH dan TARBIYAH”

Bersumberkan..
Al-Quran Dan Sunnah.
Itu MATLAMAT UTAMA sebuah kelahiran jemaah islam..
DAKWAH dan TARBIYAH membawa manusia kepada syariat islam.

Set mind kita bahawa itu tujuan kita menyertai jemaah.
Jemaah mana-mana pun..
Abim,Isma,Haluan dan Pas serta bahteraku memang itulah sebenarnya yang sepatutnya kita utamakan.
Kerana itulah tunjang ummah..
Agar ummah bisa kembali kepada Ad-Deen.
Kerana tugas kita sebegai rijal dakwah :
·         Menceritakan hakikat islam dengan jelas
·         Mengajak beramal dengan islam yang syumul
·         Menjadi al-quran dan assunah rujukan utama.
·         Berjuang terus hingga syahid.

Stop…! Jelaskah kita matlamat kita..?
Alhamdulillah..
“afdha..!! tapi dengan politik kita boleh capai semua matlamat itu..”
Afdhal jawab.. “..yeah..betol..ana setuju..”
Jom kita semak sedikit sirah Rasulullah.

Rasulullah adalah Al-Amin di Mekah ketika masih muda dan keturunannya merupakan pembesar-pembesar Quraisy.
Dari atuknya,ayah saudaranya dan ramai kerabat Rasulullah seorang pembesar di Mekah.
Ketika dakwah baginda berjalan pelbagai tawaran dan hadiah ditawarkan..
Dari harta hinggalah kuasa menjadi pembesar Quraisy.
Tapi Rasulullah menolaknya.

Bukankah Rasulullah boleh guna kuasa itu untuk DAKWAH pada masyarat mekah waktu itu..?
Tapi kenapa Rasulullah menolaknya.

Kerana itu bukan jalannya pada waktu itu.
PEMBINAAN MASYARAKAT BUKAN MELALUI KUASA.
Tapi MELALUI TARBIYAH.
Ketika itu Rasulullah sedang melalui proses pembinaan
QAIDAH SULBAH.
Yang akan menggerakkan islam bersama Rasulullah.

Politik tidak sama sekali kita boleh pisahkan.
Malah Hassan Al-Banna melarang untuk gerakan islam memisahkan aspek politik dalam prinsip jemaah.

Tapi berlandaskanlah kita pada waqi’..
Diatas saya ceritakan kepada semua..
MATLAMAT UTAMA KITA..

Kalaulah POLITIK menjadi Matlamat utama kita.
Iye benar.. ISLAM akan memerintah..
Tapi Masyarakat belum tentu akan menerima ISLAM andai jiwa mereka belum disedarkan dengan FIKRAH ISLAM.. dan itu tugas KITA.

So ingat..
Main point kita adalah DAKWAH TARBIYAH.
Satu petikan yang pernah ditanya kepada Mustafa Masyhur.
“..kenapa sudah 20 tahun lebih IM ditubuhkan..akan tetapi masih lagi tidak memerintah Mesir(waktu itu)..”
Beliau menjawab..
“..IM ditubuhkan untuk memberi kefahaman islam terhadap masyarakat..bukan untuk memerintah..namun andai kelak kami akan memerintah dengan izin Allah..maka itu tanda kami sudah bersedia untuk memerintah..”

MATLAMAT kena jelas..
POLITIK ada tapi bukan yang utama..
Jangan pandang salah pada individu yang memilih untuk bersama jemaah NGO yang tiada parti Politik..
“..enta pisahkan politik dengan agama..!!”

Astaghfirullah..
“..saya Muhammad Afdhal bin Ismail..memilih untuk meniti jalan DAKWAH DAN TARBIYAH IKRAM..tapi saya juga penyokong PAS TEGAR..!!”
Kerana matlamat saya bersama BAHTERA ini..
Adalah untuk DAKHWAH DAN TARBIYAH..

Untuk ALLAH…(Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik)
Saya agak terkilan dengan kata-kata itu..
Bila insan-insan lain memilih untuk bersama bergerak dengan jalan NGO seperti..
HALUAN,ABIM dan BAHTERAku(IKRAM)..
Seolah kami melakukan satu kesilapan yang besar..
“ENTA PISAHKAN POLITIK DENGAN ISLAM..!!”

Sedangkan kami semua ingin sama-sama membina satu dunia..
Yang ISLAM menjadi USTAZNYA.
J

Kerana ingatlah firman Allah.
..Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak AGAMA KAMI, sesungguhnya KAMI akan memimpin mereka ke JALAN-JALAN KAMI..
al-ankabut : 69

Kita perlu bersungguh memperjuangkan agama..walau dengan cara apa sekalipun..yang penting benar IKHLAS kerana Allah..Maka Allah sendiri yang yang akan memimpin kita ke JALANNYA..bukan JEMAAH..tapi ALLAH…
YAKINLAH.!
IKHLAS|KEIMANAN|HAMMASAH|AMAL

Hakikatnya..
BAHTERAku tidak pernah melupakan POLITIK..
Buktinya..??
(IKRAM DAN BERSIH)

(IKRAM DAN ISU KALIMAH ALLAH)

(IKRAM DAN PEMBEBASAN ANUAR)

Tapi IKRAM Tak ada parti politik..
Ce pakai akal dan iman yang Allah kurniakan tuh..

Kalau IKRAM ada PARTI..
PARTI IKRAM..

Bukankah ia hanya memecahkan undi ummat islam..?
Selagi mana yang ada memperjuangkan ISLAM di peringkat yang lebih..
Setiap jemaah wajib menyokong dan bersama..
Itu antara prinsip dalam Taadud Jemaah.

Seperti mana petikan Hassan Al-Banna yang tercatat dalam Karangan Mustafa Masyhur
(JALAN DAKWAH KEASLIAN DAN PENYELEWENGAN)
“..pendirian kami terhadap jemaah islam yang lain adalah Kasih sayang,kesetiaan dan kesatuan..kerana kami yakin kelak..akan terhapus segala nama jemaah dan berdiri di bawah satu panji..”

Usah mencari dalil dan hujah menjatuhkan jemaah-jemaah lain..
Setiap jemaah ada cara dan jalannya..
Carilah sebanyak mungkin titik persamaan..

Kerana ingatlah..
Setiap jalan yang kita pilih..
Di bahu jalan aka nada syaitan yang menanti..
Dan dia tidak akan menjerit-jerit..
“..ikutlah jalan ini..ini jalanku(jalan syaitan)..”
Tapi..
Dengan kata manis dusta..
“..ikutilah jalan ini..ini jalan Allah..”

Hati-hati..
Banyak jalan yang betol kita bisa pilih..
Tapi ingatlah dimana matlamat kita..

Kita sama-sama berkerja..awak,dia,mereka dan saya..
Walau kita berpisah disini..kita akan kembali bersatu disana..

^_^
IKHLAS MELALUI JALAN INI NESCAYA ALLAH AKAN MEMIMPIN KITA.

"..penyelewangan dakwah ini bukan berlaku ketika matlamat kita secara totalnya/sepenuhnya berubah..akan tetapi walau sedikit matlamat kita teralih..maka kita sudah berada dalam penyelewangan di jalan ini.."
(Mustafa Masyhur : Jalan dakwah antara keaslian dan Penyelewengan)

..Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa...
Al-An'am 153

By :
Afdhal Ismail
(Ahli IKRAM otw dan PENYOKONG PAS TEGAR)

ALLAH GHAYATUNA.


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V