SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Thursday, September 26, 2013

duhai anonymous..berikan aku nasihat..

mengharapkan sedikit nasihat atau mungkin kata semangat dari kalian..
cukup mungkin meninggalkan komen sebagai anonymous di post ini..

rindu kalam nasihat dari seorang teman..
tapi ia semua sudah dimamah waktu..kewujudan kita sudah tiada bayangan...

ku mohon nasihat dan kata semangat dari kalian..
duhai anonymous

-Student-
-Du'at-
-Leader-
-Son-
-Friend-




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, September 23, 2013

Bakpe Usrah Ambe Dop Ohsem (for Naqib)


Bismillah Moga dijauhi Syaitan dan mereka yang zalim.

Usrah..satu ungkapan yang mungkin menjadi darah daging individu tertentu..ada juga menjadikan usrah umpama ulat bulu yang menyebabkan virus gatal-gatal dan sebagainya..namun saya yakin yang membaca nukilan ini sudah tentu yang jatuh CINTA dengan kegumbiraan bulatan ini bukan..? *syok sendiri :)

namun menghadiri dan membawa usrah dua benda berbeza..umpama disuap makanan dan menyuap makanan *ntah masuk tak analogi ni..tika mana kita disuap kita merasakan ia sudah cukup indah dan sedap..tapi bila kita mula menyuap..banyak benda yang bermain di fikiran..
"eh..sedap tak ni.."
"..eh..menjadi tak makanan ni.."
dan lain-lain la..beli kita beri sesuatu sudah tentu kita nak yang terbaik..namun kadang-kadang beberapa punca kita gagal beri yang terbaik..samalah seperti membawa sebuah liqa' atau usrah..kadang-kadang ada beberapa faktor yang menyebabkan USRAH kitew dop Ohsem..
bakpo eh..?

"..jap-jap..korang buat liqa usrah bagai ni..sunnah ke..?ada dalil ke..?ke Bidaah Hasanah je..?"
gulp.. T-T

Bagi menjawab persoalan kalian berhubung "USRAH"..ambe akan citer sikek sal SEJARAH RINGKAS USRAH :
Usrah diperkenalkan oleh Imam Assyahid Hasan Al-Banna berasaskan kajiannya terhadap sirah Rasulullah dan berdalilkan ayat quran..ia diperkenalkan sejurus kejatuhan khilafah 1924..melihat situasi ummah yang tenat menyebabkan Al-Banna mencari penawar yang terbaik buat ummah dan akhirnya melihat realiti ummah kini kembali seolah-olah kembali pada zaman permulaan islam.

dan analogi ia berada dizaman permulaan islam..Al-Banna melihat jauh kedalam sirah Rasulullah..dan menemui bahawa menjadi keutamaan Rasulullah pada awal turunnya islam iaitu TARBIYAH yang berfokus yang Rasulullah adakan di Rumah Arqam bin Abi Arqam

dan berdasarkan dalil al-quran Al-Baqarah 151-157 :
..yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.. (hingga akhir ayat)

panjang lagi la sejarah dia..tapi ini adalah punca dan dalil utama lahirnya Usrah.

Back to Our Main Topic..
BAKPE USRAH AMBE DOP OHSEM.

1- Usrah di Anggap Rutin.

perkara ini sentiasanya berlaku kepada mereka yang dah lama bawak usrah..mungkin pada awalnya usrahnya OHSEM tapi lama kelamaan dia menjadi beku dan lembik dan ini antara punca faktornya..Nilai usrah itu akhirnya tenggelam kerna para naqib mengambil ia sebagai tugas rutin bukan lagi tanggungjawab dan amanah yang perlu buat semua kerana hadaf usrah adalam MEMBINA MUHARIK/DU'AT..bila mana ia dianggap rutin..ia seolah-olah hanya program ilimiah dan menyampaikan ilmu semata-mata menyebabkan terhapusnya konsep TARBIYAH sebuah usrah.


2- Sibuk dengan Dakwah AMMAH.
membawa USRAH tidaklah sehot menyampaikan CERAMAH dan TAZKIRAH apatah lagi menjadi panel forum dan sebagainya..ini menyebabkan ramai dikalangan naqib mengambil USRAH sebagai dakwah sampingan semata-mata dan tidak dijadikan sebagai KEUTAMAAN..para naqib lebih gemar menyampaik Tazkirah dan ceramah di khalayak umum..namun kita kena ingat pembinaan Fard Muslim/Individu Muslim bukan terletak pada dakwah..tapi TARBIYAH..dan ini memerlukan kita fokus kepada dakwah KHASSAH yakni USRAH itu sendiri.

3- Kesibukan dengan duniawi
ini menjadi faktor usrah kita tidak ohsem..kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan meletakkan USRAH sebagai yang kedua..tambah-tambah ikhwah/akhawat yang terlibat dalam Bisnes..same goes to naqib yang gila-gila study..dalam DAKWAH TARBIYAH tidak pernah halang semua itu..tapi kita kena jelas prinsip..
Dakwah Tarbiyah bukan num 2 dalam hidup kita..

4- Terpesona dengan KUANTITI yang ramai.
para naqib akan mudah terlena dan leka bila berhadapan dengan kuantiti yang ramai..merasakan diri sudah cukup baik kerna punya adik usrah yang ramai..buat kita syok sendiri..Tarbiyah tidak memerlukan kepada Kuantiti tapi memerlukan kepada kualiti..lihat sahaja Dakwah Tarbiyah Rasulullah..13 tahun di Mekah sebelum hijrah hanya 300 orang sahaja yang bersamanya..tapi 300 orang iniliah yang akhirnya mengalahkan 1000 tentera musyrikin..lihat pula perang hunain tentera islam paling ramai ketika itu..namun akhirnya yang ramai itulah yang berundur diri ketakutan dahulu..ce tanye diri..
adik usrah ramai tapi berapa orang je yang boleh ganti tempat aku..?

5- Merasa selesa dan senang dengan USRAH yag dibawa tanpa memikirkan kekurangan dan kelemahan.
inilah tujuan NAQIB juga memerlukan USRAH bukan sekadar membawa USRAH..dan ramai yang silap.bila mana kata Usrah Nuqaba' yang difokus hanyalah member BAHAN seterusnya kepada naqib-naqib untuk dibawa dalam usra mereka..walhal unsur utama dalam usrah NUQABA' ialah QODHOYA yakni berbincang dan muhasabah bersama yang baik dan yang kurang sepanjang gerak kerja dakwah naqib atau tahap perkembangan usrah yang dibawa mereka.

6- Kurangnya Motivasi dari Jemaah atau Ikhwah atau nuqaba' lain disekeliling.
antara nilai kenapa dakwah tarbiyah memerlukan kelompok/kumpulan/jemaah adalah sebagai pengukuh dan penguat diri setiap du'at..hidup berjemaah ini adalah berpaksikan ukhwah yamg indah..menjadi kewajipan setiap ahli dalam jemaah atau para nuqaba' untuk menjadi penguat yang lain..menjadi teman yang baik..sentiasa meningkatkan motivasi teman-teman yang lain..bukan sahaja menegur dan mengkritik gerak kerja usrah mereka sahaja.


7- Terlena dengan nostalgia masa lalu.
saya yakin kebanyakan yang bawa usrah sudah tentu pernah diusrahkan..dan menyebabkan kita sedikit-sebanyak terikut-ikut dengan usrah yang pernah kita lalui dan melakukan perkara yang sama terhadap adik usrah kita pula tanpa sebarang perubahan dan inovasi..mengikut tradisi usrah merupakan faktor usrah kita lemau..kerana suasana hari demi hari sangat berbeza..mungkin dulu kita hanya berusrah dengan al-quran dan nota-nota..namun kini kita sudah ada i-pad tablet dan sebagainya..ini memerlukan para nuqaba' sentiasa INOVASI dalam usrahnya..usah bergantung harap pada gerak usrah naqib kita buat pada kita..
BE CREATIVE :)
*point-point ini diambil dari buku Satria Hadi Lubis ( MENGHAIRAHKAN PERJALANAN HALAQAH ) dengan huraian saya sendiri.

Mungkin ini tidaklah membantu mengOHSEMkan usrah anda..
namun sebagai sedikit pengubah mindset/matlamat usrah kita..
sungguh SETIAP SESUATU ITU BERMULA DENGAN NIAT dan MATLAMAT.

Moga ia membantu kalian merangka gerak kerja dakwah yang lebih OHSEM.




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, September 22, 2013

Puisi Jalan Ini Mehnah


Puisi Jalan Ini Mehnah.


Jalan ini mehnah.
hanya duka dan susah.
buat jiwa ku lemah.
buat pipi ku basah.

ku pandang langit cerah.
sampai bila ku timpa masalah.
ku panggil tuhanku Allah.
bangkitlah daku dari rebah.

namun ku sedar sudah.
ujian jalan ini adalah sunnah.
sunnah Allah yang tidak bisa berubah.
menapis jiwa yang ikhlas dan gagah.

ku kembali meniti sirah.
ku lihat Rasul dan sahabah.
hati mereka jauh lagi gundah.
jasad mereka penuh berdarah.

ku malu tak sudah.
ku sedar dukaku lebih indah.
ku sedar mereka sudah dijannah.
ku terus melangkah.

disisiku ada ikhwah.
dihadapanku ada jannah.
dipipiku tidak lagi basah.
dihatiku tidak lagi resah.

dengan izinnya ku mohon istiqamah.
dengan kuasanya ku mohon tabah.
Demi Allah dan Ummah.
akan ku kekal di Jalan Dakwah.

walau jalan dakwah ini adalah jalan mehnah.
ku mohon semangat dan doa dari mu ikhwah.



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, September 17, 2013

Masa itu Juga MakhlukNYA



Bismillah..Moga dilindungi Dari Syaitan yang direjam..

MASA.
bila sebut mengenai MASA ramai yang sedar hakikat masa itu PANTAS..ditambah pula kita yang berada di akhir zaman ini apatah lagi merasai kePANTASan masa yang sangat cepat meninggalkan kita..
tapi..
dalam keadaan kita sedar..kita masih melengahkan penggunanaan masa kita termasuk saya juga..
NASTAGHFIRULLAH

Satu Kata-Kata Imam Al-Banna yang sangat relevan untuk kita ingati :
"..Kewajipan Yang Kita Ada Lebih Banyak Dari Masa Yang Kita Ada.."

dalam kalam al-banna punya 1001 peringatan buat kita..ini ungkapan dari seorang insan yang hidupnya sepenuhnya untuk kerja islam dan ummah..tapi masih lagi mengungkapkan kalam sedemikian..disaat dia banyak buat kerja untuk islam dan ummah masih lagi terasa BANYAK yang belum diselesaikan..
apakah kita pula kan..?

Saya pernah satu hari listkan kerja-kerja saya untuk dilakukan dalam masa sehari..
kadang-kadang kata-kata Al-Banna itu membenarkan apa yang saya alami..
apa yang ditulis dalam list hanyalah kerja-kerja biasa seperti hantar borang,servis motor,dobi baju dan kerja-kerja peribadi ladi sudah memakan separuh hari saya..belum lagi melibatkan kerja TARBIYAH DAKWAH..belum lagi melibatkan kerja sebagai seorang PELAJAR..seorang ANAK..ternyata sehari itu tidak pernah cukup..jadi wajarkan kata-kata ini muncul dari bibir kita..
"..Ahh..! boring r..tak tahu nak buat apa.."

Dalam Kitab AlWaqtu Fi Hayatil Muslim(Yusuf Al-Qaradawi) menulis satu kalam yang bagi saya cukup mengetuk hati saya..
"..disaat keseronokan..masa dirasakan berlalu begitu pantas sekali..cuma di waktu kesedihan atau kedukaan datang melanda,masa yang dilalu saat begini dirasakan terlalu lama..walhal hakikatnya sama.."

adakah benar tulisan Dr Yusuf ini..?
saya membenarkan ia..
ada pula kisah Malaikat Maut dan Nabi Nuh A.S iaitu Nabi Yang paling panjang Umurnya..
tika mana ditanya malaikat..
"..wahai nabi yang panjang umurnya..apa yang dapat kamu rasakan dengan umurmu yang panjang itu..?"
Nabi Nuh A.s menjawab..
"..Seperti sebuah rumah yang ada pintu depan dan belakang..aku dalam pintu depan dan keluar melalui pintu belakang.."

menggambarkan betapa pantasnya masa itu..
walaupun Nabi Nuh berumur 950 tahun berbanding kita 60tahun..ada banyak masakah kita..
kita banyak buat benda yang tak sepatutnya kita buat menyebabkan masa yang kita ada terbuang begitu sahaja..dan kita mula salahkan pada masa..
"...adoiiii...tak cukup masaaaaaa.." "..adoiii..awat pantas sangat.."

masa pula yang dipersalahkan..
satu hadis Rasulullah mafhumnya :
Jangalah kamu mengeji masa..kerana ia juga makhluk Allah

sebelum ini saya hanya melihat sahaja kepada Hadis ini..namun tidak pula merasa MASA ini sebahagian dari Makhluk..hinggalah satu hari..
Catatan 11/9/2013
nak berkongsi pengalaman hari ini yang bagi saya satu tanda Allah itu berkuasa..

hari ini saya ada kelas dari 10-1 dan 2-4.. pada asalnya kelas 2-4 tuh tak ada kelas..dan pagi tuh saya merancang untuk selesaikan urusan bank lepas kelas kul 1 disebabkan esok akan ke kuantan..tapi tiba-tiba ada kelas pulak..

kelas pertama habis kul 1.15..waktu itu nak hujan dan perot sangat kelaparan..nak ke bank lagi kul 4 takut tak sempat..fikir-fikir sudah mahu ponteng kelas petang tapi gagahkan hati sebab dah akhir-akhir sem..

otw habis dari kelas tuh..terfikir "..eish..sempat ke nak ke bank,nak balik rumah angkat kain jap..nak makan jap..pastu nak g kelas..solat lagi.."
terdetik waktu tuh untuk mengakhiri solat..tiba-tiba rasa bersalah pula mengakhiri satu urusan yang sepatutnya diawalkan..

maka berhentilah solat dulu..solat pun dalam keadaan gelabah..takut tak sempat nak selesaikan urusan sebelum ke kelas..solat kat surau habis kul 1.30.. "..eish tak sempat ni.." masa tuh..tawakkal je la..moga sempat..doa sikit "..allah..lapangkan waktu ku.."

maka terus ke bank yang jaraknya dalam 5-10 minit perjalanan dari kampus..sampai-sampai bank tengok jam " 1.35..eh cpt plak sampai"..amek nombor terus dia panggil...selalunya urusan bank dalam 15 minit..tapi hari ni 5 minit je..selesai urusan bank..beli nasi tepi jalan..balik rumah makan jap..angkat kain..terus ke kampus masuk kelas..tengok jam 2.05..

rasa sebak kejap..
Allah..selalunya urusan bank,balik rumah yang jauh,makan,solat memerlukan tempoh hampir sejam..tapi dengan izin Allah hanya 30 minit sahaja selesai semua ni..

# segalanya milik Allah,bawah kuasa Allah..pohonlah padanya..nescaya Alam ini patuh dan taat padanya.. 

Kini saya meyakini MASA itu milik ALLAH..andai ingin DILAPANGKAN..maka Mohonlah pada Allah..
jagalah HATI MASA..

BAGAIMANA KITA NAK JAGA MASA KITA..?
jawapan ringkas :
Sentiasa Muhasabah sejauh mana kita guna MASA yang kita ADA..

Para Alim Ulama' Salafiyah meletakkan IBADAH mereka sebagai tempat HENTI untuk muhasabah akan isi MASA yang telah mereka isikan..

: Solat lima Waktu digelar sebagai :Mizanul Yaum(Neraca Harian) :
yang mana setiap waktu solat menjadi titik muhasabah harian mereka..contoh waktu Zohor..muhasabah lah diri kita tentang apa sudah kita isi dari waktu Subuh Hingga Zohor..
: Solat Jumaat digelar Mizanul Usbu'(Neraca Mingguan) :
yang mana setiap jumaat menjadi titik muhasabah diri mingguan mereka..bila tiba waktu jumaat..diingatkan kembali apa yang dilakukan sepanjang minggu.
: Ibadah Puasa pula digelar Mizanul 'Am (Neraca Tahunan) :
menjadi bulan Ramadhan tempat menilai diri sepanjang tahun bagaimanakah sejauh dirinya kita..
: dan akhir sekali Haji sebagai Mizanul Umri (Neraca Sepanjang Hidup)
disinilah ramai manusia yang berubah 101%..kerna waktu inilah segala waktu hidup akan disesali..

dan inilah menjadi pegangan ulama' salafiyah bagi mengukuhkan penggunaan waktu mereka..yang mana wajar untuk kita contohi Insyaallah..
MUHASABAH BIAR SAMPAI BERUBAH

Assyahid Afdhal Ismail :


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, September 16, 2013

Usah Beri Benih Harapan


Bismillah..
Moga dilindungi Syaitan dan Mereka Yang Zalim..


"..bang..salahkah kta memberi harapan..lepas tuh kita tinggal "dia" kerna nak berubah.."
usai selesai berusrah..disapa mutarabbi dengan persoalan sedemikian..

soal HARAPAN adalah satu perkara yang besar sebenarnya..
nilai dan artinya pada seseorang yang mendapat HARAPAN..
dalam penulisan ini lebih menekankan pada..
hubungan ADAM HAWA..

soal memberi HARAPAN itu..tidak lari dari kisah cinta ADAM HAWA..adakalanya ia DISEDARI..adakalanya ia TIDAK DISEDARI..bergantung kepada gaya hubungan masing-masing dan akhirnya RUNTUH HANCUR LULUH HATI salah seorang diantara mereka..tambah pula HARAPAN yang diberikan berumur 5-6 tahun mungkin..Allah sahaja tahu perasaan hancur itu..

saya suka memberi analogi SEBUAH PENGHARAPAN itu dengan satu analogi kisah..
moga-moga analogi ini dapat membiaskan arti USAH BERI BENIH HARAPAN..

"..ia umpama 2 orang individu..yang berkenalan..yang membina hubungan..lalu salah seorang daripada mereka menghadiahkan sebuah BENIH untuk ditanam dan dijaga..maka individu yang diberi sebuah benih itu pasti sudah akan menanamnya..pasti sudah akan menyiramnya..pasti sudah akan membajanya..pasti sudah akan menjaganya..hinggalah menjadi sebuah pohon yang besar,berbuah dan beri manfaat kepadanya..memberi kebahagiaan kepadanya..memberi teduhan kepadanya..

dan sudah tentu dia ingin berkongsi pohon itu dengan individu yang memberinya benih pohon itu sebelum ini..bila individiu itu hadir..apa yang dia buat..?
dia tebang pohon itu hingga rebah ke bumi..
dan berjalan meninggalkan tempat itu.."

dalam situasi kita..apakah mungkin perasaan individu yang diberi sebiji BENIH itu..?
HANCUR dan KECEWA mungkin..ataiu "..kesianlah kat dia.."

itulah BENIH HARAPAN..
saat kita memberi HARAPAN kepada orang lain kita merasakan perkara itu KECIL seperti sebiji benih itu tadi..namun kita tidak tahu apa yang dilakukan pada orang yang beri benih itu lakukan dengan benih itu...
hingga tiba waktunya..kita ingin mengambil balik harapan itu..yang mana kadang-kadang ia sudah menjadi POHON TEMPAT DIA BERTEDUH..

dan mengambil atau memusnah tempat TEDUHAN orang lain...adalah satu perkara yang sangat KEJAM dan ZALIM..mungkin ..
"..tapi bang..saya nak berubah..tak nak benda sebegini..nak tinggalkan dia.."

1. Pertamanya Mohon Ampun pada Allah.
2. Mohon Maaf pada dirinya.
3. Jelaskan pada dirinya kenapa kita bertindak begitu..
4.Mohon maaf pada dirinya sekali lagi.
5. Berdoa untuk dirinya hingga waktu dirinya juga tenang dan aman.
* jangan tinggal jiwa manusia penuh dengan persoalan.

itulah sebenarnya nilai BENIH HARAPAN..
kecil diawal pemberiaannya..namun besar nilai disisi mereka yang menerimanya..jadi..
Usah Beri Benih Harapan..
hingga waktu yang dijamin itu tiba.


وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا
“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar).” (QS. Ath Thuur: 48-49)

By:
Assyahid Afdhal Ismail
<3 


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, September 15, 2013

Ibrah Buat Murabbbi Beginners


Bismillah
Moga dilindungi dari Syaitan yang direjam..

Alhamdulillah setelah lebih setahun meniti jalan dakwah dan tarbiyah..
melalui proses yang pelbagai dalam membentuk fikrah dan hati yang benar-benar ISLAM..
melalui jalan yang penuh ujian dan cabaran..gugurnya teman-teman..

Allah memilih diri pula untuk membina MANUSI disaat orang lain membina diri menjadi manusia..
diberi kewajipan pada saat diri tiada lagi jawatan dan kuasa di kampus..
"..afdhal..handle DT Unisza..grab adik-adik..masuk dalam usrah..masa untuk turun ke medan amal.."
disinilah saya dipaku dengan kata-kata Albanna
"..medan khayal..tidak sama dengan medan tulis/bicara..medan bicara/tulis tidak sama dengan medan amal..dan setinggi medan amal adalah medan jihad.."

maka turunlah di medan amal..setelah lama hanya berTEORI dakwah semata-mata..
bertaaruf dengan adik-adik junior..membina ikatan hati..menyatukan diri..
semata-mata hanya untuk BERSAMA KE SYURGA..

Alhamdulillah Allah beri pinjam 10 orang pemuda pelbagai bidang sebagai amanah buat diri untuk menjernihkan diri mereka sebagai Rijal Dakwah..namun ia bukanlah semudah yang disangka..
ingin berkongsi sedikit ibrah sepanjang 4 bulan berada di Medan Amal..
ternyata sebelum ini berada di medan khayal+bicara=tidak sama dengan medan ini.

1.HADAF/OBJEKTIF adalah SEGALANYA.
urusan dakwah di medan sebegini tidaklah sama seperti yang lain kerna ia punya konsep TARBIYAH yang tidak sama dengan konsep DAKWAH.Bila mana disentuh mengenai konsep TARBIYAH maka tiada proses PEMBENTUKAN dan DIDIKAN yang memakan masa sehari mahupun dua hari..
berlainan dengan DAKWAH hanyalah sebuah SERUAN..namun DAKWAH TARBIYAH tidak dapat dipisahkan ia seiring dan bersama.

bertemu ikhwah yang lain..
"..ok afdhal..rancang gerak kerja kat Unisza.."
maka merancanglah kita..apa tindakannya..selepas itu..selepas ini apa..
sangat-sangat tidak teratur la perancangan itu..mengejar kepada modul semata-mata..
bila tiba saat pembentangan perancangan DT kepada ikhwah lain..maka murabbi diri bertanya..

"..enta buat itu ini..enta nak capai apa..apa HADAF dia..?"
erkk..nak bagi ISK* la..
"..lepas tuh.."
bawak usrah cam biasa la..
"..lepas tuh apa adik-adik dapat..?nanti habis ISK adik2 boleh bergerak cam kita tak..?"
hm..ntah la..
"..ok akhi..pape kita rancang..pertama SET HADAF dulu..baru kita tahu hala tuju perancangan kita.."

inilah yang diajar di MEDAN AMAL.
praktikal kepada hadis pertama Imam Nawawi (NIAT)..sebelum ini hidup dalam organisasi kampus buat program islam pun..tak ada fokus gila-gila sal HADAF/OBJEKTIF..hanya fokus pada PERJALAN PROGRAM je..PROGRAM berlangsung..tengok ramai orang..habis program..
setel "PROGRAM BERJAYA" tapi isi program terhadap mereka yang datang program tuh tak pernah saya fikirkan.

2.PERANCANGAN ITU UTAMA
Ketika mula-mula bawak Usrah..tiada perancangan dan persediaan..kerana kebiasaannya handle program pape...saya main cakap je..tanpa apa-apa plan..ikut keluar mulut..
maka perkara yang sama saya buat..terus ajak adik-adik untuk berusrah..akhirnya..
permulaan itu baik sahaja..tapi bila sampai tengah hala tuju usrah saya lost..ntah kemana..
melihat wajah-wajah mutarabbi juga sepertinya LOST..
maka Allah menegur saya dalam usrah saya sendiri..kata murabbi saya..
"..orang yang gagal..bukan gagal kerana apa yang dia nak itu tak menjadi..tapi gagal dia terletak pada gagalnya untuk MERANCANG.."
setelah detik itu..setiap usrah dan gerak langkah saya..
HADAF DIDAHULUKAN PERANCANGAN DIUTAMAKAN

3. JALAN DAKWAH ADALAH JALAN YANG PENUH TAPISAN
usrah saya diteruskan dengan pengajaran akan pentingnya HADAF dan PERANCANGAN..
namun dalam menjaga semua itu diri tetap berhadapan dengan masalah.. yang utama adalah respon dan penerimaan adik-adik..usrah minggu ini,adik ni datang adik itu tak datang..
usrah minggu seterusnya..adik tuh datang adik ini datang..
kadang-kadang yang kita harap untuk komit dalam usrah ni pun yang itulah yang banyak masalah..
hinggakan situasi ini menyebabkan saya takut untuk bertindak pantas gerak Dakwah Tarbiyah terhadap adik-adik..kerana takut kehilangan mereka..takut berundurnya mereka.. hingga membantut sedikit hadaf usrah saya yakni pengisian yang bertujuan mencapai target kefahaman mereka..
"..aku nak citer sal matlamat hidup ni..eish..berat sangat tak ek untuk diorang..kan bagi tajuk ni diorang tak nak datang pulakkan usrah akan datang..hm.."

mengadu kepada murabbi..
"..akhi..ana takut la nak bawak bahan-bahan dan modul kita kat mereka..tak rasa berat sangat ke..takut mereka tak nak ikut kita dah.."
murabbi saya dengan tenang menjawab..
"..afdhal..ana tahu enta dah ikatkan hati enta dengan mereka sebaiknya..masa untuk bergerak dengan pantas akh..kita dah tak ada masa..memang kita tak dapat lari dari mereka yang gugur dan lari sebagainya..zaman berzaman..SUNNATULLAH..tugas kita menyampaikan sahaja..memberi jalan kepada mereka..atas mereka tak nak atau tidak..lihat sahaja geng enta..berapa orang je yang tinggal sekarang..itu satu tapisan"
bila mendengar kalam itu..waktu yang saya ada juga sangat singkat..saya kena bergerak pantas dengan meninggalkan mereka yang tidak berminat langsung dengan jalan ini..
maka DT NO MERCY dilancarkan dalam gerak kerja saya..saya gugurkan 2-3 orang adik yang tidak kelihatan langsung minat mereka pada jalan ini..dan memasang niat dalam hati..
"..aku akan bagi yang terbaik..dan aku akan bersedia untuk kehilangan mutarabbi..aku yakin itu satu tapisan..dan aku yakin yang mana masih bersamaku adalah yang Allah pilih..tidak perlu bersedih hati andai aku sudah mencuba bersungguh-sungguh..namun tidak menjadi.."
dan kini saya redha dengan karenah adik-adik saya..yang perlu saya fikir adalah apa yang saya berikan pada mereka..atas mereka untuk berikan apa kembali pada saya dan jalan dakwah ini.
:) tak perlu sedih yea kalau adik-adik usrah kita tinggal kita..asal kita tak tinggal mereka..

4. PENILAIAN AWAL bukan YANG TERAKHIR
ketika awal-awal proses pencarian adik-adik untuk tarik bersama gerabak dakwah ini ada beberapa individu yang saya sasarkan sebagai individu yang punya peluang yang CERAH dalam jalan ini..dan beberapa individu yang saya anggap mereka yang mungkin slow-slow sahaja dijalan ini..
namun dalam proses berbulan-bulan membawa usrah mereka sedikit sebanyak lain dari apa yang diharapkan..mereka yang saya sasarkan untuk bergerak laju akhirnya hilang begitu..manakala mereka yang senyap malu-malu pula yang aktif bersama dan bersemangat..
dan ia ditegur lagi dari Allah saat usrah saya sendiri..kata murabbi..
"..Jangan ingat mereka yang membisu dan slow adalah mereka yang tiada harapan dalam jalan ini..mereka juga ada peranan besar yang kita tidak tahu..dan jangan punya harapan tinggi pada mutarabbi kita yang qawiey..kadang-kadang merekalah yang akan tinggalkan kita dahulu.."

teringat pula pada sirah nabi..ketika awal-awal dakwahnya..kebanyakan mereka adalah orang yang lemah dan hamba..namun PENILAIAN AWAL BUKAN YANG TERAKHIR.
mereka menjadi Qaedah Sulbah(Tulang Belakang) kepada dakwah ISLAM.mereka sangat gagah dan kuat iman dan semangatnya..kerana HAMBA-HAMBA inilah ISLAM sampai kepada diri kita..
ia bermula dari jiwa-jiwa yang lemah..NAMUN TARBIYAH la menguatkan diri mereka..

:)
inilah sedikit ibrah sepanjang saya berada di medan Amal dakwah ini..
moga manfaat kepada mereka yang baru berjinak-jinak di jalan dakwah..
sebagai mindset awal buat kalian..

doakan saya..
moga saya thabat serta adek-adek saya..
Moga Allah Thabatkan bersama saya..

by: Assyahid Afdhal Ismail

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, September 5, 2013

Puisi Buat Bumi Khilafah


Puisi Buat Bumi Khilafah :

Bismillah.

Ku jejak bumi Khalifah..
mengunci mata setiap arah..
menggoncang mati nafsu ammarah..
ku hirup rohnya khalifah..

ku ingat sabda nabi anaknya Abdullah..
kan hadir sebaik-baik pemerintah..
bersamanya sebaik-baik ummah..
itulah dia Fateh seorang Khalifah..

pemuda bijak lagi gagah..
jiwa dan hati penuh tarbiyah..
membuka kota penuh gah..
berkat Allah sebagai Ghayah..

namun kini ia tinggal sejarah..
menjadi kenangan buat ummah..
agar dihirup angin-angin ibrah..
pengubat jiwa yang kian lemah..

ku menanti kembalinya Khilafah..
ku menanti runtuhnya jahiliyah..
ku menanti bersatunya ummah..
ku menanti kibaran liwa' penuh gah..

kembalinya khalifah penuh rahmah.
Menyatu dunia menuju jannah.
menguasai kembali dunia acuan sunnah.
menegak kalam LAILAHAILLALLAH..!

itulah dia Khalifah.
pembenar sabda Rasulullah.

AAI | ISTANBUL | 2.00AM



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Puisi : Aman..Engkau kemana..


Puisi : Aman..Engkau kemana..

dunia ini tiada lagi suka..
dunia ini tiada lagi tawa..
tidak terukir ia di bibir manusia..
tiada apa lagi kecuali sia-sia..

aman engkau kemana..?

darah kini umpama air hujan..
turun menjadi aliran..
mengalir bersamanya kegembiraan..
mengalir bersamanya keceriaan..

aman engkau kemana..?

yang zalim terus aman..
yang kejam membunuh iman..
yang jujur terus dihumban..
yang baik tinggal kenangan..

aman engkau kemana..?

dicari dimana aman..
dicari dimana bahagia..
namun ku lupa ar-rahman..
ku lupa si DIA..

kini ku sedar dimana aman..
rupanya berada disebalik iman..
ditempat tinggi bernama syurga..
dan ku lupa dunia ini hanya Penjara..

# aman,rehat,bahagia, dan tenang..hanya ada di syurga buat hamba beriman..
dan dunia ini hanya penjara.

AAI | 15 Ogos 2013 | 8 Syawal 1434 | Kota Bharu (2226)




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

5 Minit 1 Status

Bismillah..Moga dilindungi Syaitan Yang direjam..

Manusia..
selalunya jarang sekali memikir soal "sebab" dan "punca" dalam menilai sesuatu..
yang dipandang hanyalah apa yang berlaku di hadapan mereka dan tindakan seterusnya..namun itu sudah baik bila tindakan seterusnya difikirkan.. :)

beberapa waktu ni..saya kerap kembali dikaitka sebagai pengguna facebook tegar.. "..mat status.." ..bila bertikam lidah dengan teman-teman(gurau-gurau).. "..nanti kau tulis kat facebook ek..nanti aku LIKE.."
macam-macam lagi ragam..saya dan facebook umpama unsur yang tidak dapat dipisahkan dari mulut-mulut teman saya..

:) saya tak kisah pun..dan mereka juga tidak pernah menyakitkan hati diri..tetap selesa dengan gurau sedimikian..namun seperti muqadimah diatas..tiada pernah pun orang bertanyakan pada saya..
"..kenapa kau update status 5 minit sekali.."..dalam tulisan ini saya ingin berkongsi kisah saya yang sebenarnya..bukan memohon simpati..tapi mungkin membantu untuk mengenali perangai saya.. :)

Bismillah.. Sungguh teman-teman..saya hidup bermulakan seorang ibu dan seorang ayah..dan mereka bercerai tika saya masih dalam keadaan merah+comel :p..ibu saya adalah isteri kedua kepada ayah saya..
dan ketika perceraian itu berlaku..ayah kembali kepada isteri pertamanya yang sudah punya 4 orang anak..dan ibu dinikahi lelaki dari Singapura..dan ketika itu saya diserahkan kepada atuk dan nenak untuk dijaga..ibu ayah bukan tidak sayang tetapi mereka terpaksa dalam situasi tersebut.

dan bermula detik itu sedikit sebanyak wujudlah jarak antara saya dan mereka yang memberi kesan bila diri sudah mula membesar.semakin hari semakin membesar dibawah payungan atuk dan nenek.Disebabkan saya bukan anak yang membesar dengan ibu ayah maka wujudlah satu perasaan malu untuk bermanja dan meluahkan sesuatu kepada ibu dan ayah namun dalam hati tetap sayangkan mereka tapi begitulah terasa sedikit janggal akhirnya membuatkan diri menjadi seorang pendiam seketika.

Bila melangkah dunia sekolah menengah,fikiran sedikit sebanyak makin pantas pusingannya dan makin pelbagai masalah yang menimpa..ketika itulah pelbagai persoalan lahir ..
"..kenapa aku tak dibesarkan mak ayah sendiri.." "..kenapa hidup camni.."
namun persoalan itu semuanya tersimpan di dalam hati..tiada siapa yang tahu..bila terpasang hasrat untuk berkongsi kepada atuk dan nenek..hati terdetik pula memikirkan "..aku hanyalah seorang cucu yang menumpang.."..saya satu-satunya cucu yang dibesarkan atuk dan nenek..sungguh teman-teman..bila mana semua anak atuk nenek berkumpul..sudah tentu kita terasa janggal..ditambah pula ketika itu hanya kita sahaja cucu yang ada..ditambah pula tanpa kehadiran ibu dan ayah yang punya komitmen dengan keluarga yang lebih besar..

dan ia terus tersimpan..dan tersimpan..dan tersimpan..
pelbagai masalah yang menekankan hati saya namun ia tetap lemas disitu..

1. Pernah sekali dituduh atuk nenek mencuri telefon adik tiri saya.
darah daging mana kan tak terasa bila dituduh demikian..masa itu sangatlah muda..tiada kenderaan mahupun apa-apa yang bisa membantu menghilangkan tekanan itu..penawar saya hanya satu..masuk bilik kunci dan menangis atas katil..dan ungkapan ini sahaja yang saya mampu ungkapkan saat sebegini
"..Allah..aku tak ada sapa-sapa dah yang kenal diri aku..aku hanya ada mu Allah..aku tak tahu nak luahkan pada sapa..aku hanya ada mu Allah.."

2. Pernah Gaduh dengan ibu hingga dihalau rumah.
satu waktu esok nak raya masa itu dalam umur form 2-3 mungkin..tika itu diberi tanggungjawab oleh makcik dan pakcik untuk siapkan pinggang mangkuk untuk raya..jadi petang itu berdirilah seorang diri di dapun untuk membersih pinggan mangkuk..tiba-tiba ibu ajak saya untuk temani beliau ke bazaar Ramadhan..
saya katakan pada ibu "..sabar yea mama..nak habiskan ni dulu.." ibu panggil lagi.. saya membalas "..jap mama..sikit lagi.." lalu tiba-tiba ibu marah-marah dan mengungkapkan perkataan yang kasar pada saya..
jiwa saya sangat sensitif bila diungkapkan perkataan kasar menyebabkan saya tak tahan untuk menangis..
saya baling pinggan tuh dalam sink sambil menangis dan kata pada ibu saya "..yeala..yang buruk semua anak yang ini.." saya terus masuk bilik..tiba-tiba atuk masuk ditamparnya saya.. "..kurang ajar mu dengan mak mu..itu mak mu la..keluar dari rumah ni..!!"
teman-teman..esok nak raya teman-teman..ibu saya kerana nak marah dia balik KL terus..saya dihalau rumah..larilah saya sambil menangis..dan tika itu tiada tempat lain hanya surau sekolah menjadi singgahan..berjalan kesana..nak bukak puasa..mujurlah seorang teman datang bawak makanan berbuka..
berbuka la saya seorang diri disitu dan sekali lagi saya hanya mampu ungkapkan..
"..aku hanya ada mu Allah..takdir aku hidup macam ni..tak ada sapa2 tempat untuk aku berkongsi..hanya mu ya Allah.." selepas isyak ..nenek call.. "..balik la afdhal..atuk salah faham tadi.."
lalu saya balik la ke rumah..atuk mintak maaf pada saya..dia sangka saya yang tengking ibu saya dahulu..yang sebenarnya saya ditengking ibu..saya hanya menangis sahaja..dan ibu juga ingat saya malas untuk menemaninya padahal tanggungjawab persediaan hari raya diberikan pada saya.

3. Terasa asing berada di dalam wad ayah sendiri.
sebelum ayah meninggal..berbulan-bulan dia berada di dalam wad..dijaga oleh anak-anak isteri pertamanya..
bila mana saya hadir..saya terasa sungguh asing dan sunyi..waktu saya hadir ke hospital sekitar 8.00 malam hingga 12.00malam.. ayah ada 4 orang anak bersama isteri pertamanya..manakala ibu ada 2 orang anak bersama suami barunya..manakalah saya ditakdirkan tunggal..bagaimana agak perasaannya bila menziarahi ayah sendiri dalam keadaan orang memandang kita begitu asing "..siapa ni.." "..anak pak su yang bongsu ke ni.." saudara mara ayah tidak tahu akan kewujudan saya anak bongsunya..
antara nukilan airmata saya disini boleh lihat link ini..(http://afdhal13.blogspot.com/2011/05/road- usm_31.html)
kepada siapa saya nak ceritakan penderitaan hati ini..luahan hati ini..fikiran hati ini..akhirnya ungkapan yang sama dikeluarkan "...takdir aku sebegini..aku tak tahu nak citer pada sapa Allah..orang tak kan faham..hanya dirimu yang faham aku yang Allah..hidup aku hanya aku dan kau ya Allah.."

akhirnya hingga kini saya mempunyai kesukaran untuk melontarkan idea dan meluahkan sesuatu dalam bentuk percakapan..tika mana arwah abah tenat..Allah takdirkan saya untuk berkenalan dengan blog..
mungkin sedikit penawar kepada keberatan hati menanggung simpanan penderitaan kehidupan..
disitu saya menulis,meluahkan segalanya di blog..segala cerita dan fikiran yang saya ingin berkongsi namun tidak dapat diungkapkan..saya tulis disini..
tika fasa akhir arwah abah atas dunia..saya banyak menulis pasal dia..
dengan harapan kelak dia akan baca nukilan khas saya padanya..
sungguh teman-teman,kerana jarak yang wujud antara saya dan arwah menyebabkan saya :
- Tak pernah ungkap SAYANG ABAH sepanjang dia hidup.
- Tak pernah bagi hadiah/wish awal Birthday dia.
- Sempat jadi imam sekali sahaja pada dia..itu pun tika dia sudah tenat.

saya tulis dalam blog ni..saya nak buat semua tuh..saya nak ayahanda saya faham kenapa saya begini..
tapi saya tak mampu nak ungkapkan..hanya mampu menulis..namun takdir Allah itu lebih hebat..
Dia tak sempat untuk baca semua nukilan saya padanya..Moga Allah sampaikan nukilan itu padanya di syurga. (nukilan yang sangat harap ayahanda sempat baca : http://afdhal13.blogspot.com/search/label/Uhibbuka%20Ya%20Abi..)

bila ayahanda dah tak ada..ia terus sebati dengan diri..segala FIKIRAN dan LUAHAN diri sudah tidak berfungsi di mulut..segalanya berada di jari..sebab itu 5 MINIT 1 STATUS.

:) maafkan saya andai status saya banyak membanjiri wall-wall teman..saya hanya tidak pandai menjadikan mulut sebagai alatnya..maafkan saya..

apa yang saya ceritakan ini..sekadar untuk memberitahu kepada teman-teman..
percayalah..setiap perkara yang berlaku ada sebab dan puncanya..usah ditinggalkan penilaian dari sudut sebab dan faktor dalam perkara yang berlaku dihadapan kita..


perjalanan suka duka kehidupan itu yang mempengaruhi personaliti seseorang..

begitu juga dengan saya..perjalanan kehidupan saya buat saya camni..
buat saya update status 5 minit sekali.. 














Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V