SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Sunday, September 15, 2013

Ibrah Buat Murabbbi Beginners


Bismillah
Moga dilindungi dari Syaitan yang direjam..

Alhamdulillah setelah lebih setahun meniti jalan dakwah dan tarbiyah..
melalui proses yang pelbagai dalam membentuk fikrah dan hati yang benar-benar ISLAM..
melalui jalan yang penuh ujian dan cabaran..gugurnya teman-teman..

Allah memilih diri pula untuk membina MANUSI disaat orang lain membina diri menjadi manusia..
diberi kewajipan pada saat diri tiada lagi jawatan dan kuasa di kampus..
"..afdhal..handle DT Unisza..grab adik-adik..masuk dalam usrah..masa untuk turun ke medan amal.."
disinilah saya dipaku dengan kata-kata Albanna
"..medan khayal..tidak sama dengan medan tulis/bicara..medan bicara/tulis tidak sama dengan medan amal..dan setinggi medan amal adalah medan jihad.."

maka turunlah di medan amal..setelah lama hanya berTEORI dakwah semata-mata..
bertaaruf dengan adik-adik junior..membina ikatan hati..menyatukan diri..
semata-mata hanya untuk BERSAMA KE SYURGA..

Alhamdulillah Allah beri pinjam 10 orang pemuda pelbagai bidang sebagai amanah buat diri untuk menjernihkan diri mereka sebagai Rijal Dakwah..namun ia bukanlah semudah yang disangka..
ingin berkongsi sedikit ibrah sepanjang 4 bulan berada di Medan Amal..
ternyata sebelum ini berada di medan khayal+bicara=tidak sama dengan medan ini.

1.HADAF/OBJEKTIF adalah SEGALANYA.
urusan dakwah di medan sebegini tidaklah sama seperti yang lain kerna ia punya konsep TARBIYAH yang tidak sama dengan konsep DAKWAH.Bila mana disentuh mengenai konsep TARBIYAH maka tiada proses PEMBENTUKAN dan DIDIKAN yang memakan masa sehari mahupun dua hari..
berlainan dengan DAKWAH hanyalah sebuah SERUAN..namun DAKWAH TARBIYAH tidak dapat dipisahkan ia seiring dan bersama.

bertemu ikhwah yang lain..
"..ok afdhal..rancang gerak kerja kat Unisza.."
maka merancanglah kita..apa tindakannya..selepas itu..selepas ini apa..
sangat-sangat tidak teratur la perancangan itu..mengejar kepada modul semata-mata..
bila tiba saat pembentangan perancangan DT kepada ikhwah lain..maka murabbi diri bertanya..

"..enta buat itu ini..enta nak capai apa..apa HADAF dia..?"
erkk..nak bagi ISK* la..
"..lepas tuh.."
bawak usrah cam biasa la..
"..lepas tuh apa adik-adik dapat..?nanti habis ISK adik2 boleh bergerak cam kita tak..?"
hm..ntah la..
"..ok akhi..pape kita rancang..pertama SET HADAF dulu..baru kita tahu hala tuju perancangan kita.."

inilah yang diajar di MEDAN AMAL.
praktikal kepada hadis pertama Imam Nawawi (NIAT)..sebelum ini hidup dalam organisasi kampus buat program islam pun..tak ada fokus gila-gila sal HADAF/OBJEKTIF..hanya fokus pada PERJALAN PROGRAM je..PROGRAM berlangsung..tengok ramai orang..habis program..
setel "PROGRAM BERJAYA" tapi isi program terhadap mereka yang datang program tuh tak pernah saya fikirkan.

2.PERANCANGAN ITU UTAMA
Ketika mula-mula bawak Usrah..tiada perancangan dan persediaan..kerana kebiasaannya handle program pape...saya main cakap je..tanpa apa-apa plan..ikut keluar mulut..
maka perkara yang sama saya buat..terus ajak adik-adik untuk berusrah..akhirnya..
permulaan itu baik sahaja..tapi bila sampai tengah hala tuju usrah saya lost..ntah kemana..
melihat wajah-wajah mutarabbi juga sepertinya LOST..
maka Allah menegur saya dalam usrah saya sendiri..kata murabbi saya..
"..orang yang gagal..bukan gagal kerana apa yang dia nak itu tak menjadi..tapi gagal dia terletak pada gagalnya untuk MERANCANG.."
setelah detik itu..setiap usrah dan gerak langkah saya..
HADAF DIDAHULUKAN PERANCANGAN DIUTAMAKAN

3. JALAN DAKWAH ADALAH JALAN YANG PENUH TAPISAN
usrah saya diteruskan dengan pengajaran akan pentingnya HADAF dan PERANCANGAN..
namun dalam menjaga semua itu diri tetap berhadapan dengan masalah.. yang utama adalah respon dan penerimaan adik-adik..usrah minggu ini,adik ni datang adik itu tak datang..
usrah minggu seterusnya..adik tuh datang adik ini datang..
kadang-kadang yang kita harap untuk komit dalam usrah ni pun yang itulah yang banyak masalah..
hinggakan situasi ini menyebabkan saya takut untuk bertindak pantas gerak Dakwah Tarbiyah terhadap adik-adik..kerana takut kehilangan mereka..takut berundurnya mereka.. hingga membantut sedikit hadaf usrah saya yakni pengisian yang bertujuan mencapai target kefahaman mereka..
"..aku nak citer sal matlamat hidup ni..eish..berat sangat tak ek untuk diorang..kan bagi tajuk ni diorang tak nak datang pulakkan usrah akan datang..hm.."

mengadu kepada murabbi..
"..akhi..ana takut la nak bawak bahan-bahan dan modul kita kat mereka..tak rasa berat sangat ke..takut mereka tak nak ikut kita dah.."
murabbi saya dengan tenang menjawab..
"..afdhal..ana tahu enta dah ikatkan hati enta dengan mereka sebaiknya..masa untuk bergerak dengan pantas akh..kita dah tak ada masa..memang kita tak dapat lari dari mereka yang gugur dan lari sebagainya..zaman berzaman..SUNNATULLAH..tugas kita menyampaikan sahaja..memberi jalan kepada mereka..atas mereka tak nak atau tidak..lihat sahaja geng enta..berapa orang je yang tinggal sekarang..itu satu tapisan"
bila mendengar kalam itu..waktu yang saya ada juga sangat singkat..saya kena bergerak pantas dengan meninggalkan mereka yang tidak berminat langsung dengan jalan ini..
maka DT NO MERCY dilancarkan dalam gerak kerja saya..saya gugurkan 2-3 orang adik yang tidak kelihatan langsung minat mereka pada jalan ini..dan memasang niat dalam hati..
"..aku akan bagi yang terbaik..dan aku akan bersedia untuk kehilangan mutarabbi..aku yakin itu satu tapisan..dan aku yakin yang mana masih bersamaku adalah yang Allah pilih..tidak perlu bersedih hati andai aku sudah mencuba bersungguh-sungguh..namun tidak menjadi.."
dan kini saya redha dengan karenah adik-adik saya..yang perlu saya fikir adalah apa yang saya berikan pada mereka..atas mereka untuk berikan apa kembali pada saya dan jalan dakwah ini.
:) tak perlu sedih yea kalau adik-adik usrah kita tinggal kita..asal kita tak tinggal mereka..

4. PENILAIAN AWAL bukan YANG TERAKHIR
ketika awal-awal proses pencarian adik-adik untuk tarik bersama gerabak dakwah ini ada beberapa individu yang saya sasarkan sebagai individu yang punya peluang yang CERAH dalam jalan ini..dan beberapa individu yang saya anggap mereka yang mungkin slow-slow sahaja dijalan ini..
namun dalam proses berbulan-bulan membawa usrah mereka sedikit sebanyak lain dari apa yang diharapkan..mereka yang saya sasarkan untuk bergerak laju akhirnya hilang begitu..manakala mereka yang senyap malu-malu pula yang aktif bersama dan bersemangat..
dan ia ditegur lagi dari Allah saat usrah saya sendiri..kata murabbi..
"..Jangan ingat mereka yang membisu dan slow adalah mereka yang tiada harapan dalam jalan ini..mereka juga ada peranan besar yang kita tidak tahu..dan jangan punya harapan tinggi pada mutarabbi kita yang qawiey..kadang-kadang merekalah yang akan tinggalkan kita dahulu.."

teringat pula pada sirah nabi..ketika awal-awal dakwahnya..kebanyakan mereka adalah orang yang lemah dan hamba..namun PENILAIAN AWAL BUKAN YANG TERAKHIR.
mereka menjadi Qaedah Sulbah(Tulang Belakang) kepada dakwah ISLAM.mereka sangat gagah dan kuat iman dan semangatnya..kerana HAMBA-HAMBA inilah ISLAM sampai kepada diri kita..
ia bermula dari jiwa-jiwa yang lemah..NAMUN TARBIYAH la menguatkan diri mereka..

:)
inilah sedikit ibrah sepanjang saya berada di medan Amal dakwah ini..
moga manfaat kepada mereka yang baru berjinak-jinak di jalan dakwah..
sebagai mindset awal buat kalian..

doakan saya..
moga saya thabat serta adek-adek saya..
Moga Allah Thabatkan bersama saya..

by: Assyahid Afdhal Ismail

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment