SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Tuesday, May 31, 2011

r.o.a.d _USM_

USM KUBANG KERIAN
Assalamualaikum..

Tempat ini..
banyak menyedarkan aku..
dan 
tempat ini jugaklah..
aku sering mengalirkan airmata..
memikirkan ujian allah s.w.t terhadapku..
tapi..
ia mengajar aku erti ketabahan..

Bila tiba di sini..
Bermain di hatiku..
"..kenapa Allah tidak Menghadirkan seorang adik mahupun abang atau kakak untuk menemaniku dalam perjalanan berjumpa dengan ayahku..kenapa aku harus bersendirian.."

Bila dalam perjalanan ke wad..
bermain di pula di hatiku..
"..kenapa dunia ini begitu kosong bagiku.."

Bila tiba di wad memandang ke ayahku..
bermain pula di hatiku..
"..kenapa aku tidak dapat membuat apa2 untuk ayahku.."
"..kenapa Aku tidak dibesarkan oleh ayahku.."
"..Kenapa aku tak dapat menunjukkan kasih sayangku 
kepada ayahku spt mana abg dan kak2 ku.."
"..kenapa ya Allah.."

Bila keluar dari wad..
bermain pula dihatiku..
"..kenapa aku harus meninggalkan ayahku.."
"..kenapa aku tidak dapat bersama ayahku sepanjang masa spt anak2nya yang lain.."

Bila dalam Perjalanan Pulang...
"..kenapa semua ini bermain di fikiranku.."

..Aku menantikan Hikmahnya Ya Allah..
Just Allah n me..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, May 30, 2011

S.a.d _i love my abah_

tak pernah ku ungkapkan dihadapan ayahku ayat ini
'i luv u so much abah.."
:'(

Tok3..
"Assalamualaikum.."
Salam keatas ayahku yang terbaring lemah diatas katil wad..
"waalaikumsalam.."
jawab ayahku dengan suara yang lemah dan keletihan..
Bersalaman dengan ibu tiriku..
memegang tangan ayahku yang sejuk dan menciumnya..

"ambik al-quran tu dik..baca yasin kt abah kejap..abah letih"
..ok bah..

Ketika membacakan ayat suci Al-quran itu..
tiba-tiba tanganku dipegang erat oleh ayahku..

memandang kearahnya..
matanya jernih sekali memandang kearah langit..

Mengalir airmatanya..
airmataku juga mengalir disebalik kaca mata ku..
ku hapuskan ia sebelum ia jatuh ke atas kalam allah yang suci itu..

selesai membaca yasin dan berdoa..
"abah tak dapat nak hantar adik nanti masuk universiti"

tersentap hatiku..
"takpelah abah..abah rehatlah.."

Hajatku nampaknya takkan tercapai..
dari tadika hingga la sekarang..tidak pernah lagi aku menghadiri sumtim event..
with my father.. :(

-aku terbayangkan..saat aku menjejakkan kaki di kampus-
aku yang segak berkemeja dan bertali leher dan berkot..
mengambil gambar bersama ayah dan ibuku..


satu gmbar dimana ayahku mencium pipi kanan ku..
dan ibuku mencium pipi kiri ku..


tak pernah lagi merasai saat dimanjakan begitu..
bila agaknya masa itu ya allah..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, May 29, 2011

s.a.d _andai aku pergi_

Andai aku Pergi..

- jasadku ingin dimandikan dan dikafankan oleh Ahli Briged Bakti MPI..biarlah jasadku menjadi permulaan bagi mereka untuk meneruskan amalan mulia ini..

- jasadku ingin disolatkan di dataran maahad pengajian islam dan diimamkan oleh mana-mana ustaz yang mengenaliku..

- jasadku ingin bersemadi di tanah tempat ku dibesarkan..Kampung Paya Rambai..

- jasadku ingin diturun dan dipegang oleh sahabat-sahabatku..

- aku hanya mahukun satu batu nisan menjadi tanda kubur ku..tidak perlu meletakkan namaku...

- delete semua gambar-gambarku di dalam mana-mana web yang ada..terutama fb..

- delete Akaun Fb..

- tanah yang telah menjadi hak milik ku di tanah merah wakafkanlah ia..

Ya allah panjangkanlah umurku andai amalanku belum lagi cukup untuk menampung taman syurga itu..Ya Allah Pendekkanlah Umurku andai amalan ku sudah cukup untuk mencapai jannah agar dosa-dosaku tidak sempat melebihi amalan mahmudah ku..ameen..
Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, May 3, 2011

S.a.d _Allah..Sembuhkanlah Ayahku_

Menjejakkan Kaki ke hospital..
berjalan menuju ke wad..

sampai di wad..
melihat ayahku lena dibuai mimpi..

duduknya aku di kerusi sebelah katilnya..
mata tercelik..
dan terus menyebut namaku..
"adik.."

segera menghulurkan tangan
dan bersalam serta mencium tangannya..

duduk dan terus berbual dengannya..
"esok abah kena operate plak..hati abah ada nanah,maye ajat deh.."
T.T
-ok abah-

aku mengambil quran..
dan membuka halam 440..
dan membacakan surah yasin kepadanya smbil memegang ibu jari kakinya..

''....يس والقران الحكيم "
mendengar ayahku teresak-esak menangis..
Tak tertahan hatiku melihat ayahku sedemekiaan..
menitis air mataku di atas kalam allah itu..

Mengakhiri bacaan itu..
ayah aku terdiam dan rehatkan dirinya..

... 2xالله اكبر 

azan maghrib berkumandang,,
"mari sembahyang dengan abah..adik jadi tok imam"
Itulah kali pertama sepajang 18 tahun hidupku menjadi imam kepada ayahku..

selesai solat..
ayah aku kembali ke katilnya untuk berehat..
dan aku menyambung solatku dengan solat hajat..
memohon agar allah menyembuhkan ayahku..

Ya Allah Sembuhkanlah Ayahku ..
ameen..

ayahku bersama Ali Rustam
(aku bakal menjejak langkah spt ayahku menjadi seorang pemimpin yang terbaik)
insyaallah..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V