SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Wednesday, February 13, 2013

Mr Soleh for Mrs Solehah

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Pengasih.
Aku Berlindung dari Syaitan Yang Direjam.

Assalamualaikum dan Olla :)
terdengar bisikan hati seseorang..
"..afdhal ni..dah start nak jiwang-jiwang dah..tak habeh sal cinta and kahwni dia ni.."

Oppsss Oppss..
terlalu awal untuk andaian anda.. 
^_^ tajuk je nak hot sebenarnya..tapi dalam catatan ini..hanya nak berkongsi tadabbur quran je.. 

ohyeah..
sudah ada quran ditangan..??
opss..wudhu dulu..
ok..Quran terjemahan taw..
^_^ ok lets go..!!

AMARAN :
BILA SEBUT TADABBUR..IA LEBIH KEPADA KEFAHAMAN HASIL PENGHAYATAN INDIVIDU SENDIRI..JADI IA BOLEH DIPERTIKAIKAN..
TAPI INI TADABBUR PERIBADI SAYA..
SETUJU TERIMA..TIDAK BUANG KETEPI AJA.. :)

ayuh kita bukak surah An-Nur 26
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

waaahhhh.. *mata bersinar-sinar tengok ayat ni

dah..dah..tak payah nak poyo sangat..
:)

Bila sebut ayat ni..semua hati akan berbunga-bunga..
yang laki membayangkan gadis yang berpurdah berjalan dihadapannya..
dengan mata yang indah..

yang perempuan pula membayangkan lelaki berjanggut dikepalanya ada kopiah..
berjalan dihadapan matanya..
"..oppa..!! oppa...!! *dalam hati ..
Opppak atas hidung sekali..

maka penuh la wall-wall facebook..
gambar-gambar "Islami"..
di post..

"..Cukuplah sekadar soleh walaupun tiada rupa buat ku.."
"..ku hanya inginkan iman dan taqwa mu menjadi maharku.."
"..saya sedang menjadi solehah untuk soleh.."

Wahh..indah-indah blake..?
Ke guane..??*ustaz azhar kate.

tanpa kita sedar..
Matlamat kita pada Allah sudah lari jauh.. *mungkin
kalau tidak Alhamdulillah iman dan taqwa anda MANTAP..
tahniah..

akan tetapi bagi saya ayat ini punya makna dan maksud yang lebih dalam dari apa yang kita sering gambarkan..

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 

:) renung jap ayat ini sedalamnya..
ayat ini dimulakan dengan PEREMPUAN.. 
*..kenapakah perempuan dahulu Allah sebut..*
jap..jap..sila faham yea..ini adalah TADABBUR bukan TAFSIR.. :)
jadi Tadabbur ini lebih kepada pandangan dan rasa individu itu sendiri..

ok sambung..
kenapa perempuan dahulu..??
.sebab yang utama adalah kerana lelaki yang mencari..
peringatan ini diutamakan buat lelaki..kerana lelaki yang akan mencari..lelaki yang akan memimpin..
Allah pesan awal-awal lagi.. 
"..hang nak kat perempuan..?perempuan yang jahat untuk laki yang jahat..engat.."

Allah tak pesan..
"..lelaki yang jahat untuk perempuan jahat dahulu.."
TERLEBIH DAHULU..
tapi Allah pesan..
"..perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.."

jadi yang pertama Allah nak ingatkan adalah Mr.Soleh :)
akan tetapi realiti alam maya sekarang sudah terbalik..

kebanyakan yang duk post-post sal "..Imam dan Makmum ke Syurga bla bla.."
adalah MUSLIMAH..
yang sedikit sebanyak sebenar mengguris sedikit "..Kecantikan.." muslimah..

mungkin dalam alam maya kita tak rasa sangat apa yang kita tulis itu satu perkara..
yang bawa mudharat atau tidak..

camni la senang citer..
cuba letakkan seorang muslimah di hadapan khalayak ramai..
bagi mic satu..

suh dia citer soal IMAM dan MAKMUM..
soal Mr.Soleh dan Mrs.Solehah..
contoh duk depan tuh cakap gini..
"..saya tidak memandang rupa..saya hanya nak iman dan taqwa awak sebagai mahar.."

BAYANGKAN..
muslimah bertudung labuh ke apa ke..
duk depan ramai orang cakap..
cakap camtu..

apa respon kita tengok camtu..?
mungkin ada kata Swittnyeeee..
mungkin ada kata GEDIX..

so..Muslimah..usah banyak berbicara soal ini di khalayak realiti atau maya..
kerana KAMI yang akan mencari anda.. :)


itu yang pertama tadabbur saya tentang ayat ni yang nak dikongsikan..
yang kedua..
adalah 2 perkataan..
"JAHAT dan BAIK"

kenapa Allah fokuskan pada
KEBAIKAN dan KEJAHATAN..

Dalam dunia ini..memang sudah termaktub dua perkara yang akan menjadi pilihan utama manusia..
iaitu KEBAIKAN dan KEJAHATAN..
hasil 2 sumber ini la..
ada DOSA DAN PAHALA..
ada SYURGA dan NERAKA..

tapi dari mana SUMBER KEBAIKAN DAN KEJAHATAN ini..

Kebaikan itu hanyalah kita dapat dari Allah s.w.t..
hanya dari Allah..
dan kejahatan itu sebaliknya..kita boleh dapat dari musuh Allah s.w.t..

dalam ayat ini Allah berfirman :
"..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.."

ramai yang faham LAPISAN atas ayat ni je..
"..oooh..kira kalau aku nak dapat suami baik..aku kena jadi baik la.."
"..ooh..nak dapat isteri baik..aku kena jadi baik la.."
"..AKU TEKAD UNTUK JADI YANG SOLEH/SOLEHAH.." *semangat membuak-buak.

Rosak lagi matlamat kita.. T-T
bagi saya..ayat ini bukan nak suruh kita jadi baik untuk dapat yang baik..
tapi suruh cari SUMBER KEBAIKAN itu sendiri..
iaitu Allah S.w.t..itulah Ghayah/Matlamat kita..

Allah yang memberikan segala kebaikan..maka untuk kita dapat KEBAIKAN..
kita kena cari Allah..bukan cari jodoh.. *jangan marah

Cari Allah..untuk mendapat kebaikan..bila Allah dan kita punya ikatan yang kukuh dan kuat..
maka segala yang kita dapat adalah perkara yang baik..
syurga..pahala..dan sebagainya..
termasuklah..
ISTERI SOLEHAH/SUAMI SOLEH
antara kebaikan yang dijanjikan pada kita..

hayatilah sirah-sirah anbiya' dan para sahabat-sahabat..
 kita tidak dengar KESOLEHAN mereka kerana nak kahwin..
semua berlumba untuk syahid..semua berlumba untuk infaq..

tapi kerana KEIKHLASAN mereka..
Allah kurniakan keluarga dan keturunan yang menyejukkan hati dan mendekatkan diri mereka pada Allah..

kesimpulan :
bila kita ingin jadi baik..carilah Allah..maka Allah akan beri yang terbaik..
bukan nak yang terbaik baru cari Allah..

* sila baca kesimpulan ini 2x agar tidak salah faham.

Insyaallah..
ingatlah Hijrah kita adalah menuju Allah..

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
MOGA ALLAH REDHA.
ASIF JIDDAN.
by: Muhammad Afdhal Ismail ( Tok Kadi alam maya )


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

2 comments:

  1. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete