SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Tuesday, January 28, 2014

Cita Seorang Al-Akh

Bismillah.
Aku berlindung dari Syaian yang direjam..
serta golongan mereka yang zalim.

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah
Makin Jauh berjalan di jalan dakwah walaupun hanya bertateh sahaja sudah cukup menguji diri dan hati.Belum lagi berlari mahupun berkuda seperti para sahabat dan perwaris dakwah agung yang mana bukan sekadar luka di hati tapi luka di jasmani mereka.Terkenang satu kalam murabbi Al-Fadhil Dr Zawawi ketika mendengar sharingnya berkaitan muqadimah Fiqh Dakwah ( Mustafa Masyhur ) selesai sahaja beliau berkongsi lalu bertanya pada diri.

"..afdhal..apa enta dapat dan rasa dengan muqadimah ni..?"
"..ana rasa ustaz..yang pertama Syeikh Mustafa Masyhur sangat bersyukur dia berada dalam gerabak dakwah..tapi sepanjang jalan dia bersama gerabak dakwah itu memang ujian banyak sangat,mehnah pelbagai ramai ikhwah ditangkap,dibunuh dan sebagainya tahun bertahun..nak dibandingkan kita..sangat jauh ujian kita dengan dia.."

lalu jawapan yang menyentap dibalas beliau..
"..kita..? tak ada pun lagi ujian..duk berlawan dengan diri kita sahaja.."

hati terketuk seketika umpama dipaku beribu kali,benar kata murabbi bahawa saya masih belum bertemu ujian yang sebenar,sekadar melawan diri sendiri sahaja tapi itu pun sudah cukup menguji dan melemahkan diri...

-------------------------------------------------

antara ujian diri yang sukar untuk insan bernama Afdhal Ismail untuk berhadapan adalah bila mana melibat CITA dan CINTA.

Cita-Cita saya adalah menjadi pakar politik islam,saya sangat teruja bila berhadapan dengan ilmu politik dan pentadbiran islam atau ilmu yang berkaitan "sistem dunia" yang sekarang di JAHILIYAHkan.Politik,Ekonomi,Perundangan dan lain-lain Alhamdulillah berada di Diploma Pentadbiran Islam UNiSZA memberi saya peluang belajar kaedah ISLAMISASI sistem dunia tersebut.

Namun kini saya berhadapan dengan fasa-fasa akhir pengajian ilmu itu dan saya merasakan MASIH BELUM CUKUP.saya perlukan lagi semua itu dan ternyata tempat yang menawarkan jurusan sebegitu sangat terhad dan memerlukan saya keluar dari Terengganu yang mana menjadi "medan amal dakwah" saya yang baru bermula setahun walau sudah ditarbiyah selama 3 tahun..

Cita-cita saya memanggil manggil diri "..afdhal ini cita-citamu..!!" namun bila di pandang kebelakang melihat ladang dakwah yang diri sedang bercucuk tanam..ia masih gersang dan kering..yang ada hanyalah bekas-bekas kambusan benih yang baru ditanam dan yang menumbuh laju hanyalah rumput dan semak yang membinasakan benih-benih itu.

Allah.Allah.Allah.
malu untuk tinggal ladang itu sebegittu rupa sedangkan diri mengejar dunia.mula teruji dan teruju hari demi hari pening memikirkan ia tanpa dimasukkan lagi soal kewangan dan sebagainya hingga saya lupa pada sesuatu peringatan bahawa CITA-CITA saya adalah REZEKI..
dan REZEKI itu DARI ALLAH..bukan dari segulung IJAZAH..

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?
(Al-Mulk : 21 )

Allah.Tersedar diri walaupun ditarbiyah dan mentarbiyah hakikat insan dalam diri masih lagi tidak dapat dihilangkan.lupa dan larut dengan dunia hingga lupa pada janji-janji Allah.terasa seoalah aku sudah SYIRIK pada Allah.Astaghfirullah.
"..afdhal..ini bukan kerja dunia..ini kerja dan amanah dari Allah..kenapa masih kamu tak yakin..kau lupakah kepada ayat yang sering disebut-sebut dalam usrah daurah yang menjadi hafalan wajib buat kamu yang ditugaskan oleh murabbi mu.."

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh
(At-Taubah 112)

Ayat At-Taubah inilah yang menjadi kewajipan kepada setiap kami yang menghadiri satu daurah di kelantan ramadhan yang lepas.lupa dan lupa pada ayat ini.

dengan nama Allah.
aku akan kekal di medan ini sehingga ladang dakwah ini menumbuhkan pokok-pokok teduhan ummah..
Diploma di Unisza.
Ijazah juga akan saya minta di Unisza. *moga dapatlah

Moga Allah redha dan Moga saya dapat menjadi hamba Allah yang merasai kebenaran pada ayat ini..

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
at-thalaq : 3


bersambung..





Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment