SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..
Showing posts with label Hayat Si Hamba. Show all posts
Showing posts with label Hayat Si Hamba. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Cita Seorang Al-Akh

Bismillah.
Aku berlindung dari Syaian yang direjam..
serta golongan mereka yang zalim.

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah
Makin Jauh berjalan di jalan dakwah walaupun hanya bertateh sahaja sudah cukup menguji diri dan hati.Belum lagi berlari mahupun berkuda seperti para sahabat dan perwaris dakwah agung yang mana bukan sekadar luka di hati tapi luka di jasmani mereka.Terkenang satu kalam murabbi Al-Fadhil Dr Zawawi ketika mendengar sharingnya berkaitan muqadimah Fiqh Dakwah ( Mustafa Masyhur ) selesai sahaja beliau berkongsi lalu bertanya pada diri.

"..afdhal..apa enta dapat dan rasa dengan muqadimah ni..?"
"..ana rasa ustaz..yang pertama Syeikh Mustafa Masyhur sangat bersyukur dia berada dalam gerabak dakwah..tapi sepanjang jalan dia bersama gerabak dakwah itu memang ujian banyak sangat,mehnah pelbagai ramai ikhwah ditangkap,dibunuh dan sebagainya tahun bertahun..nak dibandingkan kita..sangat jauh ujian kita dengan dia.."

lalu jawapan yang menyentap dibalas beliau..
"..kita..? tak ada pun lagi ujian..duk berlawan dengan diri kita sahaja.."

hati terketuk seketika umpama dipaku beribu kali,benar kata murabbi bahawa saya masih belum bertemu ujian yang sebenar,sekadar melawan diri sendiri sahaja tapi itu pun sudah cukup menguji dan melemahkan diri...

-------------------------------------------------

antara ujian diri yang sukar untuk insan bernama Afdhal Ismail untuk berhadapan adalah bila mana melibat CITA dan CINTA.

Cita-Cita saya adalah menjadi pakar politik islam,saya sangat teruja bila berhadapan dengan ilmu politik dan pentadbiran islam atau ilmu yang berkaitan "sistem dunia" yang sekarang di JAHILIYAHkan.Politik,Ekonomi,Perundangan dan lain-lain Alhamdulillah berada di Diploma Pentadbiran Islam UNiSZA memberi saya peluang belajar kaedah ISLAMISASI sistem dunia tersebut.

Namun kini saya berhadapan dengan fasa-fasa akhir pengajian ilmu itu dan saya merasakan MASIH BELUM CUKUP.saya perlukan lagi semua itu dan ternyata tempat yang menawarkan jurusan sebegitu sangat terhad dan memerlukan saya keluar dari Terengganu yang mana menjadi "medan amal dakwah" saya yang baru bermula setahun walau sudah ditarbiyah selama 3 tahun..

Cita-cita saya memanggil manggil diri "..afdhal ini cita-citamu..!!" namun bila di pandang kebelakang melihat ladang dakwah yang diri sedang bercucuk tanam..ia masih gersang dan kering..yang ada hanyalah bekas-bekas kambusan benih yang baru ditanam dan yang menumbuh laju hanyalah rumput dan semak yang membinasakan benih-benih itu.

Allah.Allah.Allah.
malu untuk tinggal ladang itu sebegittu rupa sedangkan diri mengejar dunia.mula teruji dan teruju hari demi hari pening memikirkan ia tanpa dimasukkan lagi soal kewangan dan sebagainya hingga saya lupa pada sesuatu peringatan bahawa CITA-CITA saya adalah REZEKI..
dan REZEKI itu DARI ALLAH..bukan dari segulung IJAZAH..

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?
(Al-Mulk : 21 )

Allah.Tersedar diri walaupun ditarbiyah dan mentarbiyah hakikat insan dalam diri masih lagi tidak dapat dihilangkan.lupa dan larut dengan dunia hingga lupa pada janji-janji Allah.terasa seoalah aku sudah SYIRIK pada Allah.Astaghfirullah.
"..afdhal..ini bukan kerja dunia..ini kerja dan amanah dari Allah..kenapa masih kamu tak yakin..kau lupakah kepada ayat yang sering disebut-sebut dalam usrah daurah yang menjadi hafalan wajib buat kamu yang ditugaskan oleh murabbi mu.."

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh
(At-Taubah 112)

Ayat At-Taubah inilah yang menjadi kewajipan kepada setiap kami yang menghadiri satu daurah di kelantan ramadhan yang lepas.lupa dan lupa pada ayat ini.

dengan nama Allah.
aku akan kekal di medan ini sehingga ladang dakwah ini menumbuhkan pokok-pokok teduhan ummah..
Diploma di Unisza.
Ijazah juga akan saya minta di Unisza. *moga dapatlah

Moga Allah redha dan Moga saya dapat menjadi hamba Allah yang merasai kebenaran pada ayat ini..

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
at-thalaq : 3


bersambung..





Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, January 7, 2014

2014:Tahun Ujian

Bismillah..
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam..
dan mereka yang zalim..

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah..
pantas waktu berlalu..merasakan baru sahaja menjejak kaki ke alam kampus namun hakikat sudah diberada di tangga akhir perjuangan ilmu "sudah 3 tahun aku berjuang di medan ilmu ini" pantas.sangat pantas.

Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

mungkin ada yang merasakan saya bergumbira dengan tempoh pengajian  saya yang hampir tamat ini.
namun bagi diri sendiri,keresahan dengan kegelisahan berhadapan dengan jalan cerita selepas itu telah menenggelamkan kegembiran untuk bergraduasi..kerana saya akan berhadapan beberapa situasi pada tahun ini :

- Pada Tahun Ini Saya Akan Tamat Belajar menandakan saya perlu membayar pinjaman pengajian saya PTPTN.Saya antara golongan yang tidak bersetuju dengan PTPTN tapi atas prinsip sebagai seorang muslim sebagai peminjam sudah tentu sewajibnya kita membayar.

-  Selama ini setelah kematian arwah ayah.Yang menyara hidup saya dari awal masuk kampus setiap bulan adalah ayah saya juga.Walaupun dia dah tiada tapi dia masih menyara diri saya dengan Pencen arwah yang dibahagikan sedikit kepada saya sebagai hak anak yang masih belajar dan belum berumur 21..tapi tahun ini 2014 saya bakal cukup 21 dan tamat belajar menandakan saya tidak layak lagi untuk menerima sebarang support.

* mungkin ada yang berkata : Ibu kan ada lagi..? ibu saya tidak berkerja hanya sedikit sebanyak sahaja pendapatan hasil dia mengajar orang memasak selebihnya dari suaminya yakni ayah baru saya yang juga punya anak yang masih bersekolah untuk ditanggung..malu diri untuk menambah beban mereka sedangkan saya sudah besar dewasa.

-Saya masih punya keinginan untuk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya namun bagaimana untuk menampung pengajian saya kelak dan saya tidak mahu lagi berhutang.Sungguh sangat-sangat saya inginkan untuk menuntut ilmu lagi tapi mana ada kumpulan yang ingin  mengurniakan saya budak pengajian islam biasa yang tidak genius biasiswa mahupun tajaan.

- Penggerak Tarbiyah kebanyakan yang berkerja bersama adalah mereka yang berada di fasa terakhir pengajian termasuk saya ditambah pula senior dakwah pula ramai sudah beralih medan dan tenaga menjaga medan tarbiyah kampus sangat terhad.sudah lama sebenarnya bertekad untuk terus menjaga tarbiyah di kampus saya sendiri (UNISZA) hingga satu masa nanti saya dapat melihat bercambahnya daun sinar islam dari benih tarbiyah itu maka saya akan mula memikirkan untuk beralih medan..namun saya ingin terus menjaga tarbiyah disini..kerja saya masih terlalu banyak..
tapi..
hingga kini saya masih tidak bertemu jalan terbaik untuk mengekalkan saya di medan ini.Allah.Allah.Allah.

- Sungguh Hidup saya makin jauh makin mencabar..ditambah amanah dakwah tarbiyah yang makin jauh makin memerlukan peneguh belakang yang kuat..seorang tunggal yang dibesarkan atuk dan nenek yang makin berumur dan uzur..abang,kakak dan adik yang wujud tapi hubungan yang jauh..ditambah datangnya saya bukan dari keluarga dakwah membuatkan jiwa lemah bila berhadapan dengan sesetengah cabaran...namun hidup saya rasakan seorang diri..hanya ada ikhwah dan murabbi..
ada waktu saya kuat..ada waktu saya lemah dan bimbang futur..diri juga berhasrat untuk melangkah alam BM pada tahun ini..mencari seorang teman dakwah yang akan sentiasa dibelakang bersama mendokong..
akan tetapi ini hanyalah keperluan terakhir andai keperluan diatas saya telah selesaikan.

dan ada beberapa perkara lagi yang saya ingin capai pada tahun ini..
sepanjang masuk tahun baru ternyata perkara-perkara inilah yang meresahkan jiwa..
resah..


------------------------------------------------------------------------------------
ALLAH BERIKAN DAKU PENAWAR RESAH.

tak ceria untuk beberapa hari hinggalah satu waktu Allah kurnia saya satu penawar yang menyebakkan hati saya..seolah-olah Allah mendengar dan peduli selama ini masalah jiwa dan hati saya..

pada satu malam usrah diadakan bersama ikhwah yang lain dengan seorang naqib.
seperti biasa mentadabbur al-quran menjadi kewajipan dalam semua liqa' dan pada waktu takdir Allah,Naqib saya memilih surah Al-Maidah:11 sebagai tadabbur kali ini. *boleh rujuk terjemahan.

lalu naqib saya membuka Tafsir Ibnu Kathir untuk penjelasan ayat itu diceritakan asbabunuzul ayat itu.Ia menceritakan satu ketika Rasulullah telah dihadiri seorang badwi yang tiba-tiba mengunuskan pedang pada leher Rasulullah..lalu dia bertanya kepada Rasulullah :
"..SIAPA YANG AKAN MELINDUNGI MU.??"
"..Allah.." jawab Rasul.
ditanya lagi soalan yang sama..
"...SIAPA YANG AKAN MELINDUNGI MU..??"
"..Allah.." jawab Rasul..
ia berulang-ulang ditanya dan Rasul tetap menjawab dengan jawapan yang sama berkali-kali dan akhirnya badwi itu ditundukkan hatinya oleh Allah untuk tidak membunuh Rasul..

dikatikan pula pada diri kami oleh sang naqib waktu itu menceritakan bagaimana Allah mengajar kita sebagai hambanya dalam berhadapan dengan waktu getir sebegitu.Pada saat nyawa dihujung tanduk Allah mengajarkan kita "..INGATLAH AKU..INGATLAH AKU..INGATLAH AKU.."
naqib menambah lagi.. "..seperti ada dikalangan kita yang keresahan memikirkan masa depannya..hidupnya..tapi ingatlah ikhwah..kembalilah pada Allah.."

sebak.nanges.basah mata.pada waktu itu.
menyentuh hati saya sedalamnya.pada saat Rasul lehernya punya pedang Allah tidak menghantar malaikat untuk membantunya tapi Allah ajar untuk tetap MENGINGATINYA..
dan pada waktu itu lahirlah satu tekad dalam diri saya..


"..Allah..aku serahkan segala takdir aku kelak kepada mu..rezeki aku..jodoh aku..pekerjaan aku..segala perkara itu hanya kadang-kadang memenatkan jiwa aku..kini tekadnya aku hanya akan berusaha menjadi hamba mu yang terbaik.."

SAYA SERAH PADA ALLAH.
KENANG SAYA DALAM DOA ANDA.
:)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Saturday, November 23, 2013

Sepertinya Aku Bukan Budak Pengajian Islam

Bismillahirrahmanirahim.
Moga dijauhi Syaitan dan mereka yang zalim.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

baru sahaja berakhir Pilihan Raya Kampus Unisza.
penat lelah bersama jentera sangat berbaloi apabila kesemua calon mahasiswa seramai 5 orang buat fasa pertama ini menang di kerusi masing-masing dengan majoriti 3/4 undi siswa/siswi.
Alhamdulillah.

namun dalam kegumbiraan itu.
lahir satu perasaan dan persoalan dalam hati yang saya tidak mampu untuk memberi jawapan kepada persoalan saya sendiri.


ADAKAH SAYA INI PELAJAR PENGAJIAN ISLAM..?
kenapa persoalan sebegini timbul.

saya sebenarnya takut dan keliru.
adakah benar cara saya mengambil ilmu agama yang Allah berikan kepada.
mungkin cara benar tapi dari sudut amal kepada hasil ilmu agama yang saya keliru.
sebab saya rasa sangat terasing bersama sekumpulan minoriti berbanding majoriti pelajar FKI(fakulti pengajian islam) yang lain.

yeala.
pada saat teman fakulti pengajian islam yang lain sibuk mengejar ilmu,mengejar pengajian bersanad,mencari keberkatan dengan para syeikh dan guru,bertalaqi sana sini.
saya pula sibuk bersama golongan super minoriti pengajian islam dan bukan pengajian islam mencari jalan untuk politik kampus,berkerja untuk calon siswa,tampal poster sana sini 2-3 pagi,melalak bersama teman-teman yang tidak mahu mereka mengambil peluang terhadap mahasiswa di facebook sebagainya dan hati saya tidak meletekkan pula budaya ilmu islam kini yang bertemakan talaqi,ilmu sanad dan mendampingi ulama' sebagai keutamaan buat waktu ini yang mana majoriti teman fakulti saya amalkan..?

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini..?

Pernah sekali saya bertemu kepimpinan pelajar pengajian islam untuk bincang hala tuju pelajar pengajian islam..meminta buah fikiran mereka..meminta mereka menghantar wakil untuk dihantar bertanding Pilihan Raya Kampus namun seruan itu tiada seorang pun yang sahut.benar mereka ada pendirian mereka tapi sampai bila kita ingin berahsia dan berkerja bawah tanah padahal tenaga kita adalah majoriti.

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini...?

dari jemaah siir wa hazaa saya beralih kepada jemaah Ikram untuk meneruskan tarbiyah saya disebabkan hujah-hujah tertentu yang saya tidak dapat menerima dan pendirian bahawa 1 jemaah sahaja yang betul menyebabkan saya terus menolak dan bersama ikram.
suasana tarbiyah disitu dikuasi ikhwah non pengajian islam..mereka berkerja penuh bersemangat...merancang itu dan ini..mutabaah amal jauh lebih qawiey dari teman saya yang berpengajian islam termasuk saya..
ilmu islam mereka umpama mereka pelajar pengajian islam namun hakikat mereka hanyalah kuliah perubatan..hanyalah kuliah software..kuliah biomarine..tapi mereka buat saya kagum..
pada saat itu juga teman-teman yang pengajian islam dalam gerabak dakwah itu masih lagi sibuk meletakkan keutamaan kepada perkara lain..tidak meletakkan tarbiyah sebagai yang utama pada waktu itu..saya menentang arus dan bersama teman-teman non pengajian islam.

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini...?

pada satu detik dalam majlis cinta Rasul dengan Qasidah dan Tausiyah yang menjadi minat anak muda sekarang terutama pelajar pengajian islam di universiti saya..pada detik sebegitu pun masih lahir dalam jiwa saya.. "adakah ini yang rasul mahukan?" pada saat saya sakit belakang kerana duduk terlalu lama..saudara seislam saya sakit belakang kerana penat berlari menyelamaatkan diri dari musuh islam..pada saat saya basah pipi dengan peluh kerna kesesakan orang disini..saudara seislam saya basah pipi dengan darah akibat letupan dan tembakan..adakah ini keutamaan agama buat masa ini..

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspersikan ini..?

Allah.
mungkin anda lihat penulisan ini sepertinya meletakkan saya lain dari lain..namun hakikatnya jauh dari sudut hati saya..
saya TAKUT.
saya RESAH.
kadang-kadang mengalir airmata memikirkan..
adakah benar jalan dan cara agama yang saya pilih ini..?
kenapa saya melawan arus..?
saya tidak pernah menentang apa yang majoriti kami pengajian islam lakukan..saya tahu apa yang dilakukan majoriti sekarang adalah penting..dan saya lakukan juga..
cuma bagi saya ada yang keutamaan lain yang perlu juga saya beri keutamaan..


adakah benar kefamahan islam yang saya ekspresikan ini..?
hati saya terus keliru.
Moga Allah kurnia saya jawapan.

SEPERTINYA AKU BUKAN BUDAK PENGAJIAN ISLAM




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, September 17, 2013

Masa itu Juga MakhlukNYA



Bismillah..Moga dilindungi Dari Syaitan yang direjam..

MASA.
bila sebut mengenai MASA ramai yang sedar hakikat masa itu PANTAS..ditambah pula kita yang berada di akhir zaman ini apatah lagi merasai kePANTASan masa yang sangat cepat meninggalkan kita..
tapi..
dalam keadaan kita sedar..kita masih melengahkan penggunanaan masa kita termasuk saya juga..
NASTAGHFIRULLAH

Satu Kata-Kata Imam Al-Banna yang sangat relevan untuk kita ingati :
"..Kewajipan Yang Kita Ada Lebih Banyak Dari Masa Yang Kita Ada.."

dalam kalam al-banna punya 1001 peringatan buat kita..ini ungkapan dari seorang insan yang hidupnya sepenuhnya untuk kerja islam dan ummah..tapi masih lagi mengungkapkan kalam sedemikian..disaat dia banyak buat kerja untuk islam dan ummah masih lagi terasa BANYAK yang belum diselesaikan..
apakah kita pula kan..?

Saya pernah satu hari listkan kerja-kerja saya untuk dilakukan dalam masa sehari..
kadang-kadang kata-kata Al-Banna itu membenarkan apa yang saya alami..
apa yang ditulis dalam list hanyalah kerja-kerja biasa seperti hantar borang,servis motor,dobi baju dan kerja-kerja peribadi ladi sudah memakan separuh hari saya..belum lagi melibatkan kerja TARBIYAH DAKWAH..belum lagi melibatkan kerja sebagai seorang PELAJAR..seorang ANAK..ternyata sehari itu tidak pernah cukup..jadi wajarkan kata-kata ini muncul dari bibir kita..
"..Ahh..! boring r..tak tahu nak buat apa.."

Dalam Kitab AlWaqtu Fi Hayatil Muslim(Yusuf Al-Qaradawi) menulis satu kalam yang bagi saya cukup mengetuk hati saya..
"..disaat keseronokan..masa dirasakan berlalu begitu pantas sekali..cuma di waktu kesedihan atau kedukaan datang melanda,masa yang dilalu saat begini dirasakan terlalu lama..walhal hakikatnya sama.."

adakah benar tulisan Dr Yusuf ini..?
saya membenarkan ia..
ada pula kisah Malaikat Maut dan Nabi Nuh A.S iaitu Nabi Yang paling panjang Umurnya..
tika mana ditanya malaikat..
"..wahai nabi yang panjang umurnya..apa yang dapat kamu rasakan dengan umurmu yang panjang itu..?"
Nabi Nuh A.s menjawab..
"..Seperti sebuah rumah yang ada pintu depan dan belakang..aku dalam pintu depan dan keluar melalui pintu belakang.."

menggambarkan betapa pantasnya masa itu..
walaupun Nabi Nuh berumur 950 tahun berbanding kita 60tahun..ada banyak masakah kita..
kita banyak buat benda yang tak sepatutnya kita buat menyebabkan masa yang kita ada terbuang begitu sahaja..dan kita mula salahkan pada masa..
"...adoiiii...tak cukup masaaaaaa.." "..adoiii..awat pantas sangat.."

masa pula yang dipersalahkan..
satu hadis Rasulullah mafhumnya :
Jangalah kamu mengeji masa..kerana ia juga makhluk Allah

sebelum ini saya hanya melihat sahaja kepada Hadis ini..namun tidak pula merasa MASA ini sebahagian dari Makhluk..hinggalah satu hari..
Catatan 11/9/2013
nak berkongsi pengalaman hari ini yang bagi saya satu tanda Allah itu berkuasa..

hari ini saya ada kelas dari 10-1 dan 2-4.. pada asalnya kelas 2-4 tuh tak ada kelas..dan pagi tuh saya merancang untuk selesaikan urusan bank lepas kelas kul 1 disebabkan esok akan ke kuantan..tapi tiba-tiba ada kelas pulak..

kelas pertama habis kul 1.15..waktu itu nak hujan dan perot sangat kelaparan..nak ke bank lagi kul 4 takut tak sempat..fikir-fikir sudah mahu ponteng kelas petang tapi gagahkan hati sebab dah akhir-akhir sem..

otw habis dari kelas tuh..terfikir "..eish..sempat ke nak ke bank,nak balik rumah angkat kain jap..nak makan jap..pastu nak g kelas..solat lagi.."
terdetik waktu tuh untuk mengakhiri solat..tiba-tiba rasa bersalah pula mengakhiri satu urusan yang sepatutnya diawalkan..

maka berhentilah solat dulu..solat pun dalam keadaan gelabah..takut tak sempat nak selesaikan urusan sebelum ke kelas..solat kat surau habis kul 1.30.. "..eish tak sempat ni.." masa tuh..tawakkal je la..moga sempat..doa sikit "..allah..lapangkan waktu ku.."

maka terus ke bank yang jaraknya dalam 5-10 minit perjalanan dari kampus..sampai-sampai bank tengok jam " 1.35..eh cpt plak sampai"..amek nombor terus dia panggil...selalunya urusan bank dalam 15 minit..tapi hari ni 5 minit je..selesai urusan bank..beli nasi tepi jalan..balik rumah makan jap..angkat kain..terus ke kampus masuk kelas..tengok jam 2.05..

rasa sebak kejap..
Allah..selalunya urusan bank,balik rumah yang jauh,makan,solat memerlukan tempoh hampir sejam..tapi dengan izin Allah hanya 30 minit sahaja selesai semua ni..

# segalanya milik Allah,bawah kuasa Allah..pohonlah padanya..nescaya Alam ini patuh dan taat padanya.. 

Kini saya meyakini MASA itu milik ALLAH..andai ingin DILAPANGKAN..maka Mohonlah pada Allah..
jagalah HATI MASA..

BAGAIMANA KITA NAK JAGA MASA KITA..?
jawapan ringkas :
Sentiasa Muhasabah sejauh mana kita guna MASA yang kita ADA..

Para Alim Ulama' Salafiyah meletakkan IBADAH mereka sebagai tempat HENTI untuk muhasabah akan isi MASA yang telah mereka isikan..

: Solat lima Waktu digelar sebagai :Mizanul Yaum(Neraca Harian) :
yang mana setiap waktu solat menjadi titik muhasabah harian mereka..contoh waktu Zohor..muhasabah lah diri kita tentang apa sudah kita isi dari waktu Subuh Hingga Zohor..
: Solat Jumaat digelar Mizanul Usbu'(Neraca Mingguan) :
yang mana setiap jumaat menjadi titik muhasabah diri mingguan mereka..bila tiba waktu jumaat..diingatkan kembali apa yang dilakukan sepanjang minggu.
: Ibadah Puasa pula digelar Mizanul 'Am (Neraca Tahunan) :
menjadi bulan Ramadhan tempat menilai diri sepanjang tahun bagaimanakah sejauh dirinya kita..
: dan akhir sekali Haji sebagai Mizanul Umri (Neraca Sepanjang Hidup)
disinilah ramai manusia yang berubah 101%..kerna waktu inilah segala waktu hidup akan disesali..

dan inilah menjadi pegangan ulama' salafiyah bagi mengukuhkan penggunaan waktu mereka..yang mana wajar untuk kita contohi Insyaallah..
MUHASABAH BIAR SAMPAI BERUBAH

Assyahid Afdhal Ismail :


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, September 5, 2013

5 Minit 1 Status

Bismillah..Moga dilindungi Syaitan Yang direjam..

Manusia..
selalunya jarang sekali memikir soal "sebab" dan "punca" dalam menilai sesuatu..
yang dipandang hanyalah apa yang berlaku di hadapan mereka dan tindakan seterusnya..namun itu sudah baik bila tindakan seterusnya difikirkan.. :)

beberapa waktu ni..saya kerap kembali dikaitka sebagai pengguna facebook tegar.. "..mat status.." ..bila bertikam lidah dengan teman-teman(gurau-gurau).. "..nanti kau tulis kat facebook ek..nanti aku LIKE.."
macam-macam lagi ragam..saya dan facebook umpama unsur yang tidak dapat dipisahkan dari mulut-mulut teman saya..

:) saya tak kisah pun..dan mereka juga tidak pernah menyakitkan hati diri..tetap selesa dengan gurau sedimikian..namun seperti muqadimah diatas..tiada pernah pun orang bertanyakan pada saya..
"..kenapa kau update status 5 minit sekali.."..dalam tulisan ini saya ingin berkongsi kisah saya yang sebenarnya..bukan memohon simpati..tapi mungkin membantu untuk mengenali perangai saya.. :)

Bismillah.. Sungguh teman-teman..saya hidup bermulakan seorang ibu dan seorang ayah..dan mereka bercerai tika saya masih dalam keadaan merah+comel :p..ibu saya adalah isteri kedua kepada ayah saya..
dan ketika perceraian itu berlaku..ayah kembali kepada isteri pertamanya yang sudah punya 4 orang anak..dan ibu dinikahi lelaki dari Singapura..dan ketika itu saya diserahkan kepada atuk dan nenak untuk dijaga..ibu ayah bukan tidak sayang tetapi mereka terpaksa dalam situasi tersebut.

dan bermula detik itu sedikit sebanyak wujudlah jarak antara saya dan mereka yang memberi kesan bila diri sudah mula membesar.semakin hari semakin membesar dibawah payungan atuk dan nenek.Disebabkan saya bukan anak yang membesar dengan ibu ayah maka wujudlah satu perasaan malu untuk bermanja dan meluahkan sesuatu kepada ibu dan ayah namun dalam hati tetap sayangkan mereka tapi begitulah terasa sedikit janggal akhirnya membuatkan diri menjadi seorang pendiam seketika.

Bila melangkah dunia sekolah menengah,fikiran sedikit sebanyak makin pantas pusingannya dan makin pelbagai masalah yang menimpa..ketika itulah pelbagai persoalan lahir ..
"..kenapa aku tak dibesarkan mak ayah sendiri.." "..kenapa hidup camni.."
namun persoalan itu semuanya tersimpan di dalam hati..tiada siapa yang tahu..bila terpasang hasrat untuk berkongsi kepada atuk dan nenek..hati terdetik pula memikirkan "..aku hanyalah seorang cucu yang menumpang.."..saya satu-satunya cucu yang dibesarkan atuk dan nenek..sungguh teman-teman..bila mana semua anak atuk nenek berkumpul..sudah tentu kita terasa janggal..ditambah pula ketika itu hanya kita sahaja cucu yang ada..ditambah pula tanpa kehadiran ibu dan ayah yang punya komitmen dengan keluarga yang lebih besar..

dan ia terus tersimpan..dan tersimpan..dan tersimpan..
pelbagai masalah yang menekankan hati saya namun ia tetap lemas disitu..

1. Pernah sekali dituduh atuk nenek mencuri telefon adik tiri saya.
darah daging mana kan tak terasa bila dituduh demikian..masa itu sangatlah muda..tiada kenderaan mahupun apa-apa yang bisa membantu menghilangkan tekanan itu..penawar saya hanya satu..masuk bilik kunci dan menangis atas katil..dan ungkapan ini sahaja yang saya mampu ungkapkan saat sebegini
"..Allah..aku tak ada sapa-sapa dah yang kenal diri aku..aku hanya ada mu Allah..aku tak tahu nak luahkan pada sapa..aku hanya ada mu Allah.."

2. Pernah Gaduh dengan ibu hingga dihalau rumah.
satu waktu esok nak raya masa itu dalam umur form 2-3 mungkin..tika itu diberi tanggungjawab oleh makcik dan pakcik untuk siapkan pinggang mangkuk untuk raya..jadi petang itu berdirilah seorang diri di dapun untuk membersih pinggan mangkuk..tiba-tiba ibu ajak saya untuk temani beliau ke bazaar Ramadhan..
saya katakan pada ibu "..sabar yea mama..nak habiskan ni dulu.." ibu panggil lagi.. saya membalas "..jap mama..sikit lagi.." lalu tiba-tiba ibu marah-marah dan mengungkapkan perkataan yang kasar pada saya..
jiwa saya sangat sensitif bila diungkapkan perkataan kasar menyebabkan saya tak tahan untuk menangis..
saya baling pinggan tuh dalam sink sambil menangis dan kata pada ibu saya "..yeala..yang buruk semua anak yang ini.." saya terus masuk bilik..tiba-tiba atuk masuk ditamparnya saya.. "..kurang ajar mu dengan mak mu..itu mak mu la..keluar dari rumah ni..!!"
teman-teman..esok nak raya teman-teman..ibu saya kerana nak marah dia balik KL terus..saya dihalau rumah..larilah saya sambil menangis..dan tika itu tiada tempat lain hanya surau sekolah menjadi singgahan..berjalan kesana..nak bukak puasa..mujurlah seorang teman datang bawak makanan berbuka..
berbuka la saya seorang diri disitu dan sekali lagi saya hanya mampu ungkapkan..
"..aku hanya ada mu Allah..takdir aku hidup macam ni..tak ada sapa2 tempat untuk aku berkongsi..hanya mu ya Allah.." selepas isyak ..nenek call.. "..balik la afdhal..atuk salah faham tadi.."
lalu saya balik la ke rumah..atuk mintak maaf pada saya..dia sangka saya yang tengking ibu saya dahulu..yang sebenarnya saya ditengking ibu..saya hanya menangis sahaja..dan ibu juga ingat saya malas untuk menemaninya padahal tanggungjawab persediaan hari raya diberikan pada saya.

3. Terasa asing berada di dalam wad ayah sendiri.
sebelum ayah meninggal..berbulan-bulan dia berada di dalam wad..dijaga oleh anak-anak isteri pertamanya..
bila mana saya hadir..saya terasa sungguh asing dan sunyi..waktu saya hadir ke hospital sekitar 8.00 malam hingga 12.00malam.. ayah ada 4 orang anak bersama isteri pertamanya..manakala ibu ada 2 orang anak bersama suami barunya..manakalah saya ditakdirkan tunggal..bagaimana agak perasaannya bila menziarahi ayah sendiri dalam keadaan orang memandang kita begitu asing "..siapa ni.." "..anak pak su yang bongsu ke ni.." saudara mara ayah tidak tahu akan kewujudan saya anak bongsunya..
antara nukilan airmata saya disini boleh lihat link ini..(http://afdhal13.blogspot.com/2011/05/road- usm_31.html)
kepada siapa saya nak ceritakan penderitaan hati ini..luahan hati ini..fikiran hati ini..akhirnya ungkapan yang sama dikeluarkan "...takdir aku sebegini..aku tak tahu nak citer pada sapa Allah..orang tak kan faham..hanya dirimu yang faham aku yang Allah..hidup aku hanya aku dan kau ya Allah.."

akhirnya hingga kini saya mempunyai kesukaran untuk melontarkan idea dan meluahkan sesuatu dalam bentuk percakapan..tika mana arwah abah tenat..Allah takdirkan saya untuk berkenalan dengan blog..
mungkin sedikit penawar kepada keberatan hati menanggung simpanan penderitaan kehidupan..
disitu saya menulis,meluahkan segalanya di blog..segala cerita dan fikiran yang saya ingin berkongsi namun tidak dapat diungkapkan..saya tulis disini..
tika fasa akhir arwah abah atas dunia..saya banyak menulis pasal dia..
dengan harapan kelak dia akan baca nukilan khas saya padanya..
sungguh teman-teman,kerana jarak yang wujud antara saya dan arwah menyebabkan saya :
- Tak pernah ungkap SAYANG ABAH sepanjang dia hidup.
- Tak pernah bagi hadiah/wish awal Birthday dia.
- Sempat jadi imam sekali sahaja pada dia..itu pun tika dia sudah tenat.

saya tulis dalam blog ni..saya nak buat semua tuh..saya nak ayahanda saya faham kenapa saya begini..
tapi saya tak mampu nak ungkapkan..hanya mampu menulis..namun takdir Allah itu lebih hebat..
Dia tak sempat untuk baca semua nukilan saya padanya..Moga Allah sampaikan nukilan itu padanya di syurga. (nukilan yang sangat harap ayahanda sempat baca : http://afdhal13.blogspot.com/search/label/Uhibbuka%20Ya%20Abi..)

bila ayahanda dah tak ada..ia terus sebati dengan diri..segala FIKIRAN dan LUAHAN diri sudah tidak berfungsi di mulut..segalanya berada di jari..sebab itu 5 MINIT 1 STATUS.

:) maafkan saya andai status saya banyak membanjiri wall-wall teman..saya hanya tidak pandai menjadikan mulut sebagai alatnya..maafkan saya..

apa yang saya ceritakan ini..sekadar untuk memberitahu kepada teman-teman..
percayalah..setiap perkara yang berlaku ada sebab dan puncanya..usah ditinggalkan penilaian dari sudut sebab dan faktor dalam perkara yang berlaku dihadapan kita..


perjalanan suka duka kehidupan itu yang mempengaruhi personaliti seseorang..

begitu juga dengan saya..perjalanan kehidupan saya buat saya camni..
buat saya update status 5 minit sekali.. 














Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, February 8, 2013

Sweetnya Baitmuslim *muka merah

Indahnya Baitmuslim *muka merah.
.

Indahnya bila sudah melangkah ke alam baitulmuslim.
Hidup saya tak sunyi dah..ada makmum yang akan sentiasa bersama saya solat..
Bersama saya baca Al-Quran..jalan-jalan bersama saya dalam keadaan halal..
Saya betulkan purdah awak..awak betulkan serban saya..
Kita bercinta hingga syurga yea wak..! : )
By : Imammu yang tembam. : )

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wooooooooooooo…!!! : ) jauhnya berangan..
Bismillah..
Itulah fantasy awang nano nano nano nano nano nano dikalangan para ustaz/ustazah MUDA yang sakan sangat nak bercinta..nak bernikah..nak bersweet halal style *eh..itu saya la..
Oh kantoi..itulah diri dahulu..

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam.


Benar sahabat-sahabat sekalian akan firman Allah..

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum: 21)

SAHIH..!! memang benar BAITULMUSLIM itu adalah tempat yang sangat-sangat indah..! *macam dah lalui je.
Tetapi bila kita nak kepada kebaikan…jalan kita tidak semudah itu..bukan sekadar akad nikah..
“..aku nikahkan dikau Muhammad Afdhal Bin Ismail dengan si fulanah binti fulan dengan mas kahwin sehelai kain kapan made in india..sah..?”
Yeah..!! BAHAGIA..kita akan lalui kisah-kisah yang sweet-sweet yea sayang.. *hantuk muka ke dinding
Ayat paling best.. “CINTA KE SYURGA” ..
Bila mana disebut mengenai Syurga..tiada jalan yang mudah kesana..tiada jalan yang cepat untuk kesana..perjalanan ini PERIT..kerana Syurga itu indah.
.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut : 2 )

KITA TAKKAN KE SYURGA TANPA IMAN..DAN KITA TAKKAN ADA IMAN TANPA UJIAN..

Bila sebut UJIAN adakah ia sesuatu yang indah..?
Saya bukan nak takutkan kalian dengan UJIAN ALLAH..tapi saya nak kita semua sedar bahawa di dunia ini tidak selamanya INDAH..tambahan pula pabila kita bersama dalam PERJUANGAN ISLAM..PERJUANGAN AD-DEEN..PERJUANGAN DEMI ALLAH..
Lagi tercabar BAIT MUSLIM kita..Lagi banyak cabaran BAIT MUSLIM kita..lagi banyak rintang kita menuju CINTA TILL JANNAH..
Kerana definisi sebenar BAIT MUSLIM..
Adalah sesuatu yang lebih BESAR..bukan sekadar untuk menjaga MARUAH DIRI..bukan sekadar untuk melengkapkan IMAN..seperti mana hadis Rasulullah..

Dari Anas Bin Malik,
Rasululullah bersabda :
Barangsiapa telah menikah maka ia telah melengkapi separuh agamanya..
Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara separuhnya lagi.
(Riwayat Bukhari,Thabrani dan Al-Hakim)
Tetapi..
Sebagai salah satu binaan-binaan tangga menuju satu perubahan ummah yang bermatlamatkan Allah.
KITA NAK BINA HAMBA ALLAH YANG TAAT YANG BERTAQWA DAN BERIMAN.
NAK BINA JALAN MENUJU SYURGA.. yang seperti saya katakana sebelum ini..BUKAN INDAH SENTIASA..

 “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban.
Assyahid Imam Hassan Al-Banna

Kita bernikah..membina bait Muslim adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kita pada Allah..bukan untuk bercintan cintun semata-mata..KASIH dan SAYANG suami dan isteri itulah yang menjadi wasilah untuk capai CINTA ALLAH.
Realiti kini..kita lebih banyak dimomokkan/diSHAREkan mengenai keindahan-keindahan Baitmuslim/Rumah tangga berbanding HAKIKAT yang berlaku..
“sedangkan lidah lagi tergigit..inikah pula suami isteri..” * P.Ramlee skit boh.. :D
Persediaan kita untuk menempuhi jalan ini amat la penting sahabat-sahabat *macam saya dah kahwin plak.
Usahlah kita letakkan Baitmuslim itu SEGALANYA INDAH kerana hakikat disebaliknya punya banyak amanah dan beban.
KITA SEDANG BINA TAPAK ISLAM DI DUNIA.
BINA TANGGA MENUJU SYURGA.
Dan ia tidak sesekali MUDAH DAN INDAH..KERANA yang indah hanya bila kita berjaya capai penghujungnya..
“..Dunia ini penjara bagi orang yang beriman..”

Kita bina baitmuslim di DUNIA..sudah mesti ada ujian yang sedang menanti..
Nasihat saya kepada sahabat..

“..usah kerap membayangkan keSWEETan rumah tangga..Usah kerap SHARE dan POST di wall sosial kita akan perkara yang melibatkan cinta mahupun nikah..kerana ia hanya melarikan kita dari realiti..bukan kita sahaja..orang yang membacanya juga akan berada diaalam fantasi awan nano..seperti mana berlaku pada diri saya dahulu..”

Sekali lagi saya cakap..
BAITMUSLIM adalah TAPAK MEMBINA SEBUAH DUNIA yang ISLAM menjadi USTAZNYA.. :)
Besar tanggungjawab dan amanah..dan amanah itu bukan INDAH selagi mana belum kita laksanakan ia dengan baik..
BERSEDIA itu lebih baik dari ASYIK BERCAKAP DAN BERADA DI AWANGAN FANTASI RUMAH TANGGA INDAH AWAN NANO NANO NANO NANO.. :)

Penulisan ini agak entah pape..sebab tak ada pengisian ilmu sangat..sekadar nak meingatkan diri kita bersama..
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
By :



Yang Sedang Bersedia..
Assyahid Afdhal Ismail
(Bekas Presiden Penulis “NAK KAHWIN JE KEJA” )
Moga Allah Redha.



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, February 7, 2013

Arghhh Pipiku Tembam.!

Arghhhh…Pipiku Tembam..!

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Aku berlindungan dengan Syaitan yang direjam..

Berjalan dengan bergaya mengadap cermin..
“…arghhhhh..!! pipiku makin tembam..!!..”
Cuba mencari pose-pose yang tidak menampakkan lemak berlebihan di pipi..
*mengiring ke tepi “..arghhhh..!! perutku ke depan..!!
Hilang keyakinan nak ke kelas..huh..! hati berbisik.. “..AKU MESTI KURUSKAN BADAN..”
Dan ia bertahan selama 56minit 30saat..

Alhamdulillah..yang kalian baca diatas itu hanya intro..
Realiti saya dan anda.. *merah muka.
Bila mengadap pada cermin..yang berlemak dengan cara berlemaknya..yang bergelap dengan cara bergelapnya..yang berjerawat dengan cara berjerawatnya..
Masing-masing akan lahir keluhan di hadapan cermin..
Dengan permulaan ayat.. “..arghhhhh..!!” *ini melampau la sampai tahap ni.
Selepas 56minit 30saat saya berusaha menguruskan badan..lalu terdetik dihati saya..

UNTUK APA SEBENARNYA AKU NAK KURUS..
“..agar aku lebih yakin berjalan dihadapan muslimah solehah..dengan ketegapan jalan ku..tanpa perut mendahului ku..tanpa pipi menutup pandangan ku..” *jujur.

Fikir lagi kali kedua..UNTUK APA..??
“..bukankah yang menyejukkan mata manusia melihat kita..adalah ALLAH..bukankah yang melontarkan perasaan itu..ALLAH..bukan hati-hati manusia milik ALLAH..” *background music lagu Adamu-NajwaLatif

Diri tersenyum dan kembali menambahkan lemak pada minit ke 57..
Hakikatnya sahabat-sahabat..kesukaran untuk kita BERSYUKUR apa yang kita ADA..bila TUJUAN DAN MATLAMAT KITA selain ALLAH..

Contoh :
“..aduh..jerawat naik..malu la aku nak jumpa bidadariku..” tak pernah plak kita dengar..
“..aduh..jerawat naik..malu la aku nak solat mengadap Allah..” huh..!
Tak ada kan..?? sebab kita pun sudah tahu penilaian Allah dimana

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian.. Al-Hujuraat: 13.

Nilai balik diri kita..
“..pipi aku tembam..perut aku kedepan..tapi aku sehat je..boleh je nak solat..senang je nak ambil wudhu..boleh je nak cakap..semua boleh..”
Dah tuh..?? dah kalau segala benda yang kita nak bina taqwa kita dengan Allah sudah ada..boleh digunakan BERSYUKURLAH..!!
“..muka aku gelap la..” *muka gelap tak leh semayang ke..?

: ) hakikatnya..kita sudah cukup sempurna disisi Allah..

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian..At-Tin:4

Tapi bila Allah tidak diletakkan tempat tertinggi maka kita akan banyak persoal kenapa itu kenapa ini..
Kerana disisi mata manusia..tiada yang sempurna..!!
“..eh awak..awak..tudung titew lawa tak…” “..hurm..tak masuk la dengan baju awak..”
Hok alorh gitu pula..
“..hurm..tudung aku ni Allah suka tak..” *tutup aurat,tak terlalu menarik perhatian,simple,tak nipis.
“..alhamdulillah..” simple..

Contoh lagi::
Seorang pempuan ambik masa 39 minit 15 saat untuk siap make up ke kelas..
Tapi orang berniqab..seminit je pakai niqab..tak payah fikir nak make up..gigi tak gosok pun tak pe.. * ?-?
Jadi bila kita persoal sesuatu pada diri kita..tanya pada diri kita..
“..ADAKAH INI DEMI KEBAIKAN AKU DENGAN ALLAH..” “..ADAKAH INI DEMI KEBAIKAN URUSAN AKU DENGAN ALLAH..”
Bila kita fikir sedemikian maka dengan mudah kita BERSYUKUR..dan andai ia perlu pada perubahan..
PERUBAHAN LILLAH.. :
“..aku gemok sangat ni..nak lari pun susah..nak baca quran pun nafas pendek…kena kurus ni..mudah untuk aku ibadah..baca quran..”
INI BARU PERUBAHAN LILLAH..!! bukan nak Nampak macho dihadapan bidadari-bidadari dunia.
Kesimpulan :
Segala penilaian dan matlamat kita..jadikan..
ALLAHU GHAYATUNA…!! ^^
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Ibrahim : 7

Sentiasa la kita bersyukur apa yang ada dalam diri…

By :



Afdhal Ismail
(Presiden Budak Tembam cawangan Kota Bharu)
“ BIAR TEMBAM ASAL COMEL DISISI ALLAH “ *moto persatuan.

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V