SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Tuesday, September 17, 2013

Masa itu Juga MakhlukNYA



Bismillah..Moga dilindungi Dari Syaitan yang direjam..

MASA.
bila sebut mengenai MASA ramai yang sedar hakikat masa itu PANTAS..ditambah pula kita yang berada di akhir zaman ini apatah lagi merasai kePANTASan masa yang sangat cepat meninggalkan kita..
tapi..
dalam keadaan kita sedar..kita masih melengahkan penggunanaan masa kita termasuk saya juga..
NASTAGHFIRULLAH

Satu Kata-Kata Imam Al-Banna yang sangat relevan untuk kita ingati :
"..Kewajipan Yang Kita Ada Lebih Banyak Dari Masa Yang Kita Ada.."

dalam kalam al-banna punya 1001 peringatan buat kita..ini ungkapan dari seorang insan yang hidupnya sepenuhnya untuk kerja islam dan ummah..tapi masih lagi mengungkapkan kalam sedemikian..disaat dia banyak buat kerja untuk islam dan ummah masih lagi terasa BANYAK yang belum diselesaikan..
apakah kita pula kan..?

Saya pernah satu hari listkan kerja-kerja saya untuk dilakukan dalam masa sehari..
kadang-kadang kata-kata Al-Banna itu membenarkan apa yang saya alami..
apa yang ditulis dalam list hanyalah kerja-kerja biasa seperti hantar borang,servis motor,dobi baju dan kerja-kerja peribadi ladi sudah memakan separuh hari saya..belum lagi melibatkan kerja TARBIYAH DAKWAH..belum lagi melibatkan kerja sebagai seorang PELAJAR..seorang ANAK..ternyata sehari itu tidak pernah cukup..jadi wajarkan kata-kata ini muncul dari bibir kita..
"..Ahh..! boring r..tak tahu nak buat apa.."

Dalam Kitab AlWaqtu Fi Hayatil Muslim(Yusuf Al-Qaradawi) menulis satu kalam yang bagi saya cukup mengetuk hati saya..
"..disaat keseronokan..masa dirasakan berlalu begitu pantas sekali..cuma di waktu kesedihan atau kedukaan datang melanda,masa yang dilalu saat begini dirasakan terlalu lama..walhal hakikatnya sama.."

adakah benar tulisan Dr Yusuf ini..?
saya membenarkan ia..
ada pula kisah Malaikat Maut dan Nabi Nuh A.S iaitu Nabi Yang paling panjang Umurnya..
tika mana ditanya malaikat..
"..wahai nabi yang panjang umurnya..apa yang dapat kamu rasakan dengan umurmu yang panjang itu..?"
Nabi Nuh A.s menjawab..
"..Seperti sebuah rumah yang ada pintu depan dan belakang..aku dalam pintu depan dan keluar melalui pintu belakang.."

menggambarkan betapa pantasnya masa itu..
walaupun Nabi Nuh berumur 950 tahun berbanding kita 60tahun..ada banyak masakah kita..
kita banyak buat benda yang tak sepatutnya kita buat menyebabkan masa yang kita ada terbuang begitu sahaja..dan kita mula salahkan pada masa..
"...adoiiii...tak cukup masaaaaaa.." "..adoiii..awat pantas sangat.."

masa pula yang dipersalahkan..
satu hadis Rasulullah mafhumnya :
Jangalah kamu mengeji masa..kerana ia juga makhluk Allah

sebelum ini saya hanya melihat sahaja kepada Hadis ini..namun tidak pula merasa MASA ini sebahagian dari Makhluk..hinggalah satu hari..
Catatan 11/9/2013
nak berkongsi pengalaman hari ini yang bagi saya satu tanda Allah itu berkuasa..

hari ini saya ada kelas dari 10-1 dan 2-4.. pada asalnya kelas 2-4 tuh tak ada kelas..dan pagi tuh saya merancang untuk selesaikan urusan bank lepas kelas kul 1 disebabkan esok akan ke kuantan..tapi tiba-tiba ada kelas pulak..

kelas pertama habis kul 1.15..waktu itu nak hujan dan perot sangat kelaparan..nak ke bank lagi kul 4 takut tak sempat..fikir-fikir sudah mahu ponteng kelas petang tapi gagahkan hati sebab dah akhir-akhir sem..

otw habis dari kelas tuh..terfikir "..eish..sempat ke nak ke bank,nak balik rumah angkat kain jap..nak makan jap..pastu nak g kelas..solat lagi.."
terdetik waktu tuh untuk mengakhiri solat..tiba-tiba rasa bersalah pula mengakhiri satu urusan yang sepatutnya diawalkan..

maka berhentilah solat dulu..solat pun dalam keadaan gelabah..takut tak sempat nak selesaikan urusan sebelum ke kelas..solat kat surau habis kul 1.30.. "..eish tak sempat ni.." masa tuh..tawakkal je la..moga sempat..doa sikit "..allah..lapangkan waktu ku.."

maka terus ke bank yang jaraknya dalam 5-10 minit perjalanan dari kampus..sampai-sampai bank tengok jam " 1.35..eh cpt plak sampai"..amek nombor terus dia panggil...selalunya urusan bank dalam 15 minit..tapi hari ni 5 minit je..selesai urusan bank..beli nasi tepi jalan..balik rumah makan jap..angkat kain..terus ke kampus masuk kelas..tengok jam 2.05..

rasa sebak kejap..
Allah..selalunya urusan bank,balik rumah yang jauh,makan,solat memerlukan tempoh hampir sejam..tapi dengan izin Allah hanya 30 minit sahaja selesai semua ni..

# segalanya milik Allah,bawah kuasa Allah..pohonlah padanya..nescaya Alam ini patuh dan taat padanya.. 

Kini saya meyakini MASA itu milik ALLAH..andai ingin DILAPANGKAN..maka Mohonlah pada Allah..
jagalah HATI MASA..

BAGAIMANA KITA NAK JAGA MASA KITA..?
jawapan ringkas :
Sentiasa Muhasabah sejauh mana kita guna MASA yang kita ADA..

Para Alim Ulama' Salafiyah meletakkan IBADAH mereka sebagai tempat HENTI untuk muhasabah akan isi MASA yang telah mereka isikan..

: Solat lima Waktu digelar sebagai :Mizanul Yaum(Neraca Harian) :
yang mana setiap waktu solat menjadi titik muhasabah harian mereka..contoh waktu Zohor..muhasabah lah diri kita tentang apa sudah kita isi dari waktu Subuh Hingga Zohor..
: Solat Jumaat digelar Mizanul Usbu'(Neraca Mingguan) :
yang mana setiap jumaat menjadi titik muhasabah diri mingguan mereka..bila tiba waktu jumaat..diingatkan kembali apa yang dilakukan sepanjang minggu.
: Ibadah Puasa pula digelar Mizanul 'Am (Neraca Tahunan) :
menjadi bulan Ramadhan tempat menilai diri sepanjang tahun bagaimanakah sejauh dirinya kita..
: dan akhir sekali Haji sebagai Mizanul Umri (Neraca Sepanjang Hidup)
disinilah ramai manusia yang berubah 101%..kerna waktu inilah segala waktu hidup akan disesali..

dan inilah menjadi pegangan ulama' salafiyah bagi mengukuhkan penggunaan waktu mereka..yang mana wajar untuk kita contohi Insyaallah..
MUHASABAH BIAR SAMPAI BERUBAH

Assyahid Afdhal Ismail :


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment