SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Monday, September 23, 2013

Bakpe Usrah Ambe Dop Ohsem (for Naqib)


Bismillah Moga dijauhi Syaitan dan mereka yang zalim.

Usrah..satu ungkapan yang mungkin menjadi darah daging individu tertentu..ada juga menjadikan usrah umpama ulat bulu yang menyebabkan virus gatal-gatal dan sebagainya..namun saya yakin yang membaca nukilan ini sudah tentu yang jatuh CINTA dengan kegumbiraan bulatan ini bukan..? *syok sendiri :)

namun menghadiri dan membawa usrah dua benda berbeza..umpama disuap makanan dan menyuap makanan *ntah masuk tak analogi ni..tika mana kita disuap kita merasakan ia sudah cukup indah dan sedap..tapi bila kita mula menyuap..banyak benda yang bermain di fikiran..
"eh..sedap tak ni.."
"..eh..menjadi tak makanan ni.."
dan lain-lain la..beli kita beri sesuatu sudah tentu kita nak yang terbaik..namun kadang-kadang beberapa punca kita gagal beri yang terbaik..samalah seperti membawa sebuah liqa' atau usrah..kadang-kadang ada beberapa faktor yang menyebabkan USRAH kitew dop Ohsem..
bakpo eh..?

"..jap-jap..korang buat liqa usrah bagai ni..sunnah ke..?ada dalil ke..?ke Bidaah Hasanah je..?"
gulp.. T-T

Bagi menjawab persoalan kalian berhubung "USRAH"..ambe akan citer sikek sal SEJARAH RINGKAS USRAH :
Usrah diperkenalkan oleh Imam Assyahid Hasan Al-Banna berasaskan kajiannya terhadap sirah Rasulullah dan berdalilkan ayat quran..ia diperkenalkan sejurus kejatuhan khilafah 1924..melihat situasi ummah yang tenat menyebabkan Al-Banna mencari penawar yang terbaik buat ummah dan akhirnya melihat realiti ummah kini kembali seolah-olah kembali pada zaman permulaan islam.

dan analogi ia berada dizaman permulaan islam..Al-Banna melihat jauh kedalam sirah Rasulullah..dan menemui bahawa menjadi keutamaan Rasulullah pada awal turunnya islam iaitu TARBIYAH yang berfokus yang Rasulullah adakan di Rumah Arqam bin Abi Arqam

dan berdasarkan dalil al-quran Al-Baqarah 151-157 :
..yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.. (hingga akhir ayat)

panjang lagi la sejarah dia..tapi ini adalah punca dan dalil utama lahirnya Usrah.

Back to Our Main Topic..
BAKPE USRAH AMBE DOP OHSEM.

1- Usrah di Anggap Rutin.

perkara ini sentiasanya berlaku kepada mereka yang dah lama bawak usrah..mungkin pada awalnya usrahnya OHSEM tapi lama kelamaan dia menjadi beku dan lembik dan ini antara punca faktornya..Nilai usrah itu akhirnya tenggelam kerna para naqib mengambil ia sebagai tugas rutin bukan lagi tanggungjawab dan amanah yang perlu buat semua kerana hadaf usrah adalam MEMBINA MUHARIK/DU'AT..bila mana ia dianggap rutin..ia seolah-olah hanya program ilimiah dan menyampaikan ilmu semata-mata menyebabkan terhapusnya konsep TARBIYAH sebuah usrah.


2- Sibuk dengan Dakwah AMMAH.
membawa USRAH tidaklah sehot menyampaikan CERAMAH dan TAZKIRAH apatah lagi menjadi panel forum dan sebagainya..ini menyebabkan ramai dikalangan naqib mengambil USRAH sebagai dakwah sampingan semata-mata dan tidak dijadikan sebagai KEUTAMAAN..para naqib lebih gemar menyampaik Tazkirah dan ceramah di khalayak umum..namun kita kena ingat pembinaan Fard Muslim/Individu Muslim bukan terletak pada dakwah..tapi TARBIYAH..dan ini memerlukan kita fokus kepada dakwah KHASSAH yakni USRAH itu sendiri.

3- Kesibukan dengan duniawi
ini menjadi faktor usrah kita tidak ohsem..kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan meletakkan USRAH sebagai yang kedua..tambah-tambah ikhwah/akhawat yang terlibat dalam Bisnes..same goes to naqib yang gila-gila study..dalam DAKWAH TARBIYAH tidak pernah halang semua itu..tapi kita kena jelas prinsip..
Dakwah Tarbiyah bukan num 2 dalam hidup kita..

4- Terpesona dengan KUANTITI yang ramai.
para naqib akan mudah terlena dan leka bila berhadapan dengan kuantiti yang ramai..merasakan diri sudah cukup baik kerna punya adik usrah yang ramai..buat kita syok sendiri..Tarbiyah tidak memerlukan kepada Kuantiti tapi memerlukan kepada kualiti..lihat sahaja Dakwah Tarbiyah Rasulullah..13 tahun di Mekah sebelum hijrah hanya 300 orang sahaja yang bersamanya..tapi 300 orang iniliah yang akhirnya mengalahkan 1000 tentera musyrikin..lihat pula perang hunain tentera islam paling ramai ketika itu..namun akhirnya yang ramai itulah yang berundur diri ketakutan dahulu..ce tanye diri..
adik usrah ramai tapi berapa orang je yang boleh ganti tempat aku..?

5- Merasa selesa dan senang dengan USRAH yag dibawa tanpa memikirkan kekurangan dan kelemahan.
inilah tujuan NAQIB juga memerlukan USRAH bukan sekadar membawa USRAH..dan ramai yang silap.bila mana kata Usrah Nuqaba' yang difokus hanyalah member BAHAN seterusnya kepada naqib-naqib untuk dibawa dalam usra mereka..walhal unsur utama dalam usrah NUQABA' ialah QODHOYA yakni berbincang dan muhasabah bersama yang baik dan yang kurang sepanjang gerak kerja dakwah naqib atau tahap perkembangan usrah yang dibawa mereka.

6- Kurangnya Motivasi dari Jemaah atau Ikhwah atau nuqaba' lain disekeliling.
antara nilai kenapa dakwah tarbiyah memerlukan kelompok/kumpulan/jemaah adalah sebagai pengukuh dan penguat diri setiap du'at..hidup berjemaah ini adalah berpaksikan ukhwah yamg indah..menjadi kewajipan setiap ahli dalam jemaah atau para nuqaba' untuk menjadi penguat yang lain..menjadi teman yang baik..sentiasa meningkatkan motivasi teman-teman yang lain..bukan sahaja menegur dan mengkritik gerak kerja usrah mereka sahaja.


7- Terlena dengan nostalgia masa lalu.
saya yakin kebanyakan yang bawa usrah sudah tentu pernah diusrahkan..dan menyebabkan kita sedikit-sebanyak terikut-ikut dengan usrah yang pernah kita lalui dan melakukan perkara yang sama terhadap adik usrah kita pula tanpa sebarang perubahan dan inovasi..mengikut tradisi usrah merupakan faktor usrah kita lemau..kerana suasana hari demi hari sangat berbeza..mungkin dulu kita hanya berusrah dengan al-quran dan nota-nota..namun kini kita sudah ada i-pad tablet dan sebagainya..ini memerlukan para nuqaba' sentiasa INOVASI dalam usrahnya..usah bergantung harap pada gerak usrah naqib kita buat pada kita..
BE CREATIVE :)
*point-point ini diambil dari buku Satria Hadi Lubis ( MENGHAIRAHKAN PERJALANAN HALAQAH ) dengan huraian saya sendiri.

Mungkin ini tidaklah membantu mengOHSEMkan usrah anda..
namun sebagai sedikit pengubah mindset/matlamat usrah kita..
sungguh SETIAP SESUATU ITU BERMULA DENGAN NIAT dan MATLAMAT.

Moga ia membantu kalian merangka gerak kerja dakwah yang lebih OHSEM.




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment