SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Monday, October 31, 2011

S.y.a.b.a.b _Perwaris Perjuangan_


Masih Wujudkah lagi pemuda dengan iman dan taqwa setinggi pemuda ashabul kahfi..?
Masih Wujudkah lagi pemuda yang berani kerana kebenaran seperti Nabi Ibrahim A.s..?
Masih Wujudkan pemuda yang rela berkorban demi agama seperti 
Muaz bin Amru bin Al-Jamuh dan Muaz bin Afra'.
' dalam perang badar..?
Masih Wujudkah pemuda yang memperjuangkan sunnah dengan nyawanya seperti Saidina Ali Bin Abi Talib ketika Hijrah..?
Masih Wujudkah pemuda yang berkepimpinan dan hidupnya bermatlamatkan perjuangan islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh..?


Kenali Pemuda : 
Muaz bin Amru bin Al-Jamuh dan Muaz bin Afra'.
ABDUL Rahman bin Auf adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang berbangsa Quraisy. Nama sebenar beliau ialah Abdul rahman bin Auf bin al-Haris bin Zahrah. Beliau tergolong dalam golongan yang awal memeluk agama Islam.
Beliau tidak terkecuali daripada menyertai Perang Badar dan siri peperangan yang lain. Beliau juga dalah salah seorang daripada 10 10 orang yang dijamin masuk syurga. Beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masihi. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’.
Semasa Perang Badar, Abdul Rahman bin Auf bertempur dengan tentera musuh. Dalam kesibukan melawan musuh, dua orang budak Ansar datang kepadanya. Mereka ialah Muaz bin Amar bin Jamuh dan Muaz bin Afra.
Salah seorang budak Ansar itu memegang tangannya. Dia bertanya kepada Abdul Rahman, “Adakah pakcik kenal Abu Jahal?”
Kemudian Abdul Rahman menjawab, “Pakcik kenal Abu Jahal. Mengapa anak bertanya mengenai Abu Jahal kepada pakcik?”
Budak Ansar itu berkata lagi, “Abu Jahal adalah orang yang mencari dan mengeji Nabi Muhammad. Dia adalah musuh kita yang utama. Sekiranya saya dapat menangkap Abu Jahal, saya tidak mahu melepaskannya. Saya akan bunuh dia biarpun nyawa saya terancam!”
Seorang lagi budak Ansar yang berada di sebelah rakannya juga ebrsetuju dengan kata-kata kawannya itu.
Abdul Rahman bin Auf terkejut melihat semangat dua orang budak Ansar itu.
Semasa Abdul Rahman dan dua orang budak Ansar itu ebrbual-bual, tiba-tiba Abdul Rahman terlihat Abu Jahal menunggang kudanya dalam keadaan mundar-mandir. Abu Jahal yang angkuh cuba melawan tentera Islam.
Kemudian Abdul Rahman menjerit memberitahu kepada dua orang budak Ansar tadi, “Itu Abu Jahal.”
Keduadua orang budak Ansar itu berlari ke tempat Abu Jahal. Di tangan mereka terdapat pedang yang tajam. Pedang itu adalah bagi membunuh Abu Jahal.
Salah seorang daripada budak Ansar itu memotong kaki kuda Abu Jahal. Sementara seorang lagi menyerang Abu Jahal. Abu Jahal terjatuh daripada kudanya.
Abu Jahal masih belum mati. Pada masa itu Ikramah, tentera musuh turut berada di sana mengawal Abu Jahal.
Apabila Ikramah melihat Abu Jahal diapa-apakan oleh dua budak Ansar itu, Ikramah menyerang balas, lalu memotong tangan Muaz bin Amar bin Jamuh. Muaz cuba melawan dalam keadaan tangannya yang berlumuran darah.
Namun, beliau tidak berjaya kerana pergerakan badannya terbatas. Kemudian Muaz bin Afra cuba melawan Abu Jahal menggunakan pedangnya.
Melihat keadaan itu, Abdullah bin Mas’ud datang menyerang menggunakan pedangnya yang tajam. Abdullah bin Mas’ud menyerang Abu Jahal sehingga kepala Abu Jahal terputus daripada badannya. Abu Jahal tewas dan akhirnya mati terbunuh.
Kesungguhan dua orang budak Ansar itu membuatkan Abdul Rahman bin Auf berasa terharu. Berkat usaha, kerjasama dan cita-cita yang tinggi bagi mengalahkan lawannya itu akhirnya tercapai. Semangat mereka yang tinggi bagi menegakkan agama terbukti usia bukan penghalang walaupun mereka masih kecil.

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

U.m.m.a.h _JOM HEBOH_




JOM HEBOH..?sesuai ke ia dianjurkan..?

apa yang aku tengok tadi..artis2 alhamdulillah..aurat mereka jaga..
tetapi pengunjung..especially anak2 muda..masyaallah..
aku tengok pown tergugat iman..dalam 5% je anak2 muda yang berpakaian menepati syarak..ditambah plak..pasangan SUAMI ISTERI YANG SUNGGUH MUDA juga berhoney moon disana..what happend to the UMMAH..?

Semakin hari semakin parah luka iman di hati anak2 muda..
ini berlaku di serambi mekah..ntah bagaimana luka iman anak2 muda luar dari serambi mekah ni..

nak lihat masa depan negara tengok anak2 muda negara macam mana..
kalau mcm ni la anak muda kita..
MALAYSIA akan HANCUR..

dengan rambut kena air karatnya..dengan baju yang masyaallah teramat sgt ketat..
manampakkan apa yang sepatutnya tak dinampakkan..
KOPIAH or SERBAN pak imam pown boleh terbang..

apa sebenarnya anak muda kita mahukan..?hiburan..?suka ria..?
IKHTILAT@PERGAULAN..AURAT..
Virus yang parah melanda anak muda..

Apa kita mampu buat..?
Berdoa dengan penuh harapan dan keyakinan...!!

Bayangkan Manusia seramai ini berada dimasjid 5 waktu.. :)


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Dreaming_

Dreaming A.k.a Berangan
Adakah itu satu benda yang negatif..?
no..no..no..

for me..
Dreaming..
is 
the beginning
of
success
and
greatness...


Tak Salah untuk kita berangan..
tapi ingat..!!
serapkan Angan-angan itu..
dengan tindakan..!!

Macam video diatas...
saya berangan jadi Dr.Af...haha
sebagai tindakan..
saya buat video ni..
^_^
SELAMI AKAL DENGAN ILMU..SELAMI HATI DENGAN IMAN..SELAMI JIWA DENGAN ISLAM..(DR AF)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Saturday, October 29, 2011

L.i.f.e _tahniah sahabat_

Tahniah..
tanggungjawab dan amanah..
memagang panji kepimpinan dakwah...
Nur Allah..
telah diserahkan kepadanya..

satu jawatan yang amat besar...
dan berkait rapat dengan agama Allah..

Amanah yang besar..
dengan tawaran Allah yang Besar...

mungkin satu hari nanti.
kita akan putus hubungan
sebagai sahabat..

kerana ingin menjaga 
agama Allah ini..

jangan risau sahabat..
LAKUKAN..!!

Aku bangga berpisah dengan mu kerana Allah..
semoga itu menjadi bukti di akhirat kelak..
kasih dan cinta aku padamu
kerana Allah..

dan membawaku ke jalan..
kebahagiaan..

SAHABAT..
AKU BERSEDIA..
MEMBANTUMU..
DALAM MENUNAIKAN AMANAHMU..
meskipun..
HUBUNGAN KITA DIKORBANKAN..

SELAMAT BERJUANG SAHABAT..!!

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, October 28, 2011

U.m.m.a.h _Masjid_


Masjid :
Pembangunan ifrakstruktur masjid dan kewangan masjid2 di Malaysia kini berada diperingkat yang amat membanggakan..

malah kebanyakan masjid di malaysia sekarang sudah mempunyai bangunan sendiri untuk disewa bagi meningkatkan kewangan masjid..Alhamdulillah tapi..

kebanyakan masjid masih lagi tidak MESRA PEMUDA atau REMAJA..
Dalam pembangunan belia dan remaja,pihak masjid amatlah kurang memainkan peranan..

ada sesetangah Masjid sudah menubuh jawatan kuasa belia di masjid yang dibarisi pimpinan muda dalam menguruskan pembangun belia dan remaja di kawasan mukim..

andai semua masjid dapat mewujud suasana mesra pemuda dengan menubuhkan jawatankuasa demikian..insyaallah tarbiyah dikalangan pemuda setempat mungkin dapat diserap masuk ke hati2 mereka insyaallah..

pihak jabatan ugama negeri pown kadang2 tidak memainkan peranan dalam mewujudkan nilai tarbiyah di dalam jiwa anak muda..
bila dekaitkan pemuda dan jabatan agama hanya kita dengari "NAHI MUNKAR"..
Jarang sekali kita lihat jabatan-jabatan ugama negeri ber"AMAR MAKRUF" dengan pemuda..

Institusi Masjid dan Jabatan Agama Negeri amatlah pentim dalam pembangunan pelajar,belia dan remaja..
Masjid dan Jabatan Agama bukan sekadar menguruskan perkahwinan,zakat,kelas quran,ceramah..tapi ia LUAS lagi..
seperti zaman Rasulullah..
MASJID is EVERYTIM.. :)

Jom anak Muda kita ubah bersama..!!

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Cutiy2 With Buddy2_

Alhamdulillah..
baru beberapa hari bercuti di kampung..
sahabat-sahabat Alumni..
dah ajak pergi barbecue...

asal nak pergi Bukit Keluang..
tapi..
tersasar ke 
Lata Tembakah..


Walaupun Tidur di dalam khemah..
yang dipenuhi..
Tapi
Alhamdulillah..

kami still gembira.. :)



Sepanjang Berada disana..
TAKJUB,DAN TERUS TAKJUB..
Melihat keindahan ciptaan Allah..
sungguh unik dan indah...
SUBHANNALLAH..



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, October 25, 2011

L.i.f.e _Thnks Allah for This BABY_


The One And Only..
Benda yang paling aku nak..
Bermula SPM lagi..

Akhirnya..
Allah telah berikan..
الحمدلله

(^-^)
Heppi..!!

First Snap :)


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, October 23, 2011

L.i.f.e _Wanna Be..Serius Version_

Kali ini..
ini la cita-cita yang betol2 aku inginkan..
(^-^)


Vloggers 
Lebih kurang cam bloggers jugak kerja vloggers..
tapi mereka lebih kepada gambaran..
dan mengeluarkan idea mereka dalam bentuk 
video..yang bagi aku lebih mudah difahami..
dan yang diatas ni..
adalah antara vloggers yang terkenal kat Malaysia ni..
Tapi..
aku ingin jadi vloggers yang memberi dakwah..
dan tarbiyah..
dengan cara yang sugguh sempoi n fun.. :)
dan kini aku mencuba...
View My Channel n Subscribe or Share Di Utube.. :)


Pakar Motivasi
Aku ingin jadi seperti mereka..tapi penyampaian aku hanya satu..
MOTIVASI SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH
itulah yang ingin aku serapkan dalam jiwa-jiwa manusia..
andai aku seorang pakar motivasi..
kebanyakan pakar motivasi lebih kepada 
Pembelajaran,Keluargaan..
dan aku ingin lakukan kelainan itu..
andai diberi peluang..



Penulis
aku ingin menjadi seorang penulis ataupun novelis..
dengan gaya penulisan yang mampu meletakkan pembaca 
ditempat dan situasi penulisan itu..
yang mampu menghiris hati pembaca dalam mengeluarkan..
nur hidayah dihati mereka..
insyaallah.. :)
Diatas sana pasangan Novelis..
Syabab Musafir Kasih:
Berjaya meletakkan hatiku membuak2 dalam..
perjuangan tarbiyah ini..
Hilal Asyraf..
Karya perkongsian pengalamannya membuatkan aku terus berfikir..
dan berfikir.. :)
Pak Latip..
Gaya Penulisannya membuatkan aku seolah berada ditempat sebuah kisah itu..


Pemimpin
Pemimpin itu luas maknanya dan tugasnya..
aku ingin menjadi seorang pemimpin yang..
bermatlamat dan bersyariat..
seperti gabungan..
Mereka Berdua diatas..
Insyallah..
Pemimpin yang mampu mengubah Alam ini..

ayuh bersama..

(^o^)v
PEACE.!!



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Assyahid Crew_


Ni la Crew kitorang..
kebanyakan kerja diorang 
BEHIND THE SCENE orang kata..
sebab diorang SEGAN..haha..

sebab tu aku banyak pegang watak dalam video2 kitorang..huhu..
tapi tanpa mereka..
mungkin hasrat aku..
untuk memperkenalkan..
HUMOUR DAKWAH..
mungkin tak tercapai...

Thanks Guys.. :)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Saturday, October 22, 2011

V-Dakwah _Sunnah Vs Trend Trailer_

Satu Isu yang sedang melanda anak muda islam kini..
dan ia berlaku di kampusku..

Sunnah sekarang dianggap kolot..
dan 
trend2 barat dan korea menjadi gilaan..

apa yang aku cuba ketengahkan bersama crew2 dalam Vlog kali ini..
adalah mengenai dua manusia..
seorang dari baik ingin jadi lebih baik..
dan 
seorang lagi dari kurang ok ingin jadi baik..

tapi itu tidak semudah yang mereka sangka..
pelbagai ujian dan hasutan..

terpaksa mereka tempuhi..

Assyahid
dia sudah mengamalkan sunnah berkopiah..
tapi kini dia ingin cuba ke kelas dengan berjubah pula..
bagaimana agaknya reaksi orang lain..?
Adakah dia berjaya..?
(Ini juga berkait rapat dengan muslimah yang ingin mengamalkan Purdah)

Mujahid
Dia seorang yang amat rock dan gila kpop..
dan penampilannya juga dipengaruhi trend..
tetapi..
satu hari...
hatinya terbuka untuk memakai kopiah..
tapi..
hasutan mula melanda..
(Ini Juga Berkait Rapat Dengan Muslimah yang baru mula berjinak dengan Tudung Labuh@tudung)
adakah mereka berjaya..?
Insyaallah kami akan terbitkan pada
bulan Disember ini..


Hassan al-Banna pernah berkata :

" Aku hairan melihat orang-orang Barat yang bersungguh-sungguh menyebarluaskan ideologi-ideologi mereka, beserta pemikiran-pemikiran mereka. Bahkan, mereka sanggup MATI untuk itu. Cuma, aku hairan melihat umat islam yang MALU untuk menunjukkan KEISLAMAN mereka."


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Asobiyah Moden_


"AMBO ANOK KELATE..!!" "KITE ORANG GANU.!!" "AKU DARAH SELANGOR..!!"
"EDEN ANAK NOGORI..!!" "KAMI NK HABAK..KAMI KEDAH MAI..!! dll..


SEMANGAT NEGERI..
terus dipupuk dan di tanam dalam jiwa-jiwa kita..
kerana ini la melayu terus mundur dan mundur..

kenapa aku katakan sebegini..?
kerana semangat assabiyah inilah punca runtuhnya..

Empire-empire islam..

Uthmaniyah jatuh bila Semangat Bangsa Arab dibangkitkan oleh..

Lawrence of arabia..
selepas itu wujudlah negara2 islam baru..dengan semangat pentingkan bangsa ditanam..hingga lupa kita SAUDARA..!!
ini jugalah yang ditanam dalam jiwa masyarakat melayu sekarang..
pernah sekali kawan ku berkata..
"Kalau kelantan kalah ni mesti bakar hbis kerusi"


Inilah hasil bius MEDIA..terus melahirkan tanggapan negativ kepada manusia..
dan diserap semangat NEGERI..!!

HIDUP MELAYU..!! KAMI PEMBELA MELAYU..!!
Itulah yang dilaungkan pihak2 tertentu..sedangkan dek kerana kami MELAYU berfikrah lain dari mereka..kami tidak dibantu..sedangkan kami juga MELAYU..


PERJUANGAN BANGSA hanyalah membawa kepada kehancuran dan kemunduran..

Ketika Nabi Berhijrah ke Madinah..
apa yang dilakukan mula2 ialah menyatukan muhajirin dan ansar..

kerana penyatuan itu..
bermulanya KERAJAAN ISLAM TERAGUNG..!!


pernah aku dengar cerita..
disaat DAP mengusai Pulau Pinang..
GERAKAN mengucapkan tahniah kepada mereka..
dan mereka langsung tidak merasakan sebarang kegagalan..
kerana yang memerintah Pinang Masih lagi dikalangan mereka..
BANGSA CINA..

tetapi bila KITA..
Mengutuk dan terus mengutuk..pelbagai agenda lakukan demi menghancurkan agama dan bangsa sendiri...

inilah yang diinginkan oleh Kuffar..!!
terus berpecah dan berpecah.. :(

Liwat..?Video Seks..?Komunis..?Hudud..?Murtad..?
SEMUA INI DIJADI ISU UNTUK MEMECAHKAN UMAT..


Dimana AMIR of the Ummah..??
Not Amir of UMNO or PAS or PKR..

UMMAH..!!

SIAPA YANG AKAN MENGUBAH SEMUA ini..?
KITA..!!


adakah di otak anda sekarang hanya memikirkan DL..GRAD..DIP..DEGree...KAHWIn..KERJa..!!??

Sedangkan AGAMA TERUS menangis..
Sesungguhnya Era Imam Mahdi dan Dajjal akn datang tiba..
Bersediakan akal dan iman mu untuk menerima panggilan Al-Mahdi dan Menolak Nikmat Dajjal..??

Renung-renungkan sahabat..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Ilmu di Otak Atau Hati_


Renungan Bersama Buat Sang Musafir ilmu..

ilmu yang kita ada tersemat di dada..
kemana kita curahkan ia..?

ramai yang mengejar ilmu..Alhamdulillah ku syukurinya..
tapi..
Berapa berapa ramai yang mengejar keberkatan ilmu itu..?

SUNGGUH aku ingin katakan..
Amatlah sedikit sekali..mereka yang masih memikirkan hal keberkatan itu..
ingatan buat diri ini juga..

Sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk bersenang-senangan & bermegah-megahan & untuk mendahului kawan-kawan sesamamu, serta untuk mengarah muka manusia supaya merasa segan kepadamu, maka perjalanan engkau yang demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau, serta menjual akhiratmu dengan duniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan kerugian. (IMAM GHAZALI)
ingat sahabat..

ilham bila melihat sepasang muslim dan muslimat ajnabi duduk sebelah menyebelah..dan menuntut ilmu bersama..

DIMANA KEBERKATAN ..??


#Ilmu itu adalah Cahaya, nur. Dan nur Allah tidak akan ditembusi jika hati dan perbuatan masih melakukan perbuatan maksiat#.
Syair Imam Waqi'e (Guru Imam Syafie)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

D.a.k.w.a.h _KUSZA_


Kenapa KUSZA dulu begitu dikenali dan dihormati..?
Adakah kerana infrastruktur yang hebat..?atau menggunakan teknologi canggih..?


BUKAN..
IA KERANA MEREKA MENGAMALKAN ISLAM 
Dalam Setiap Sudut..
ISLAM..


Allah s.w.t tak amek peduli kalau tempat tu ada BAS 100 biji ke..kelas semua air cond ke..Pensyarah2 semua dari LUAR NEGARA ke..itu semua tidak menjadi ukuruan Allah untuk mencapai keredhaannya..apa yang Allah Mahukan..?
Amal Makruf Nahi Munkar..Buat Yang Allah suka Tinggalkan yang Allah Larang..
KUSZA dulu mengamalkan sistem yang berpandukan itu sahaja..

kerana itulah..KUSZA dulu GAH..kerana Bila Allah Redha..Kita Adalah Terbaik..

PLEASE BROTHER N SISTER..!!
ISLAM buat kita lebih maju..!!bukan undurkan kita spt diperkatakan sesetengah pihak..!! TAMADUN TERAGUNG dalam dunia sebelum ini..disaat barat masih bergelap..masih berjalan diatas semak...
TAMADUN ABBaSIYAH..sudah ada lampu jalan..malah jalanya sudah bertar atau berbatu..!! Kenapa ini berlaku..?LAKUKAN APA YANG ALLAH SURUH..DAN TINGGALKAN APA YANG ALLAH LARANG.!!

"Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami (Allah) tumpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka itu mendustakan, sebab itu Kami siksa mereka dengan sebab apa yang mereka usahakan (lakukan)" (surah" al-A'raaf ayat: 96)

Ayuh Siswa UNISZA..KEMBALIKAN ERA KUSZA.!!

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, October 21, 2011

V-Dakwah _Peristiwa Subuh_


Dari Abi Hurairah ..Sabda Nabi Muhammad S.a.w :
"Apabila salah seorang dari kamu tidur, syaitan akan mengikatnya dengan 3 ikatan seraya berkata "bagimu malam yang panjang maka tidurlah". ( ketiga-tiga ikatan tersebut menjadikan dia terlelap dalam tidurnya sepanjang malam ). Akan tetapi apabila dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, maka terpisahlah ikatan pertama. Kemudian apabila dia berwuduk , maka terlepas ikatan kedua, dan akhirnya jika dia melakukan solat (subuh), maka terlepaslah ketiga-tiga ikatan. Pada pagi itu harinya penuh bersemangat. Akan tetapi jika dia tidur sehingga subuh, maka pada pagi harinya jiwanya akan kotor dan menjadikan dirinya malas."


STOP LAGU DIBAWAH DULU.. :)
SALAM MUHASSABAH

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _adik-adik_


Akh Pimpinan di MPi..Macam mana adik2 kita sekarang..??

"Adik-adik"..
itulah yang selalu aku fikirkan ketika berGelar Pimpinan..
kerana mereka perlu dididik dari awal supaya kelak..
hati mereka KERAS untuk menerima KEMUNGKARAN..tapi..
ketika itu belum jelas dalam diri ini..
TARBIYAH sebenar-benar Tarbiyah..aku langsung tidak menjadi contoh kepada mereka...dan kini..aku dapat melihat hasil2 TARBIYAH aku dulu..
dan ia amat menghibakan hati..Semoga Allah mengampuni aku dan mengembalikan mereka dari jalan yang penuh kelalaian..

Peganglah adik-adik seeloknya..jadilah tauladan mereka yang terbaik..
tanam dalam hati..mereke tanggungjawab kita..!!
Sesat Mereka Sesatlah kita kelak diakhirat..Baiklah mereka..Baiklah kita kelak diakhirat insyaallah..

Satu Hadis yang sering diperingati dari matan pimpinan2 hingga kini..

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم؛ أَنَّهُ قَالَ : أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ. وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِ
Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. 

Renung-renunglah ..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Nyawa Mereka Tiada Nilai_

Ikhtilat tak jaga..Gatal nak couple..inilah hasilnya..!!
Adik2..selagi ada masa untuk kamu berhenti..berhentilah sebelum ia menguasai diri..nauzubillah..
Ingat muslimah..Kata2 Manis lelaki hanyalah untuk MENJERAT kamu..!!untuk mengheret kamu ke LEMBAH kehancuran.!!
Ingat Muslimin..Sungguh CELAKALAH dan CELAKALAH kamu..!!Kamu seorang PELINDUNG..!!PENDIDING mereka dari KEHANCURAN..!!bukan PEMUSNAH kehidupan mereka..!!
Sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang simpan KATA-KATA MANISNYA untuk isterinya..
Dan Sebaiki-baik wanita adalah wanita yang simpan KEMANISAN HATINYA untuk Suaminya..!!


apa yang aku khabarkan ini..berdasar apa yang aku sendiri alami..
Dan Aku merayu sangat3..TOLONGLAH BERHENTI selagi ada peluang...SELAGI IA BELUM TERLAMBAT..!!

SIMPANLAH CINTA DAN SAYANGMU Kepada yang BERHAK..!!

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.

LELAKI YANG MENCARI CINTA TANPA BERJUMPA IBUBAPA MU ADALAH LELAKI YANG HANYA BERCINTA KERANA NAFSUNYA SEMATA-MATA..!!
ini Jaminan aku dari seorang lelaki..


Jauhilah sebelum terlambat..pintu taubat dibuka seluas-luas...

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

D.a.k.w.a.h _Dipengaruhi_


yang kiri itu muslim..yang kanan itu non muslim..

aik..
Yeke..?awat yang non muslim berkurung..yang muslim pakai kemeja lengan pendek dengan hansock je..??

:) itulah umat islam akhir zaman..
WAHAN..Tidak dapat pengaruhi malah mudah dipengaruhi..


“Barangsiapa yang tasyabbuh(membanggakan atau menyerupai) dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud didalam Sunannya dan lainnya)



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, October 18, 2011

V-Dakwah _Riya'_

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: 
Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirmanEngkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.”
Hadis riwayat Imam Muslim.

Inilah yang aku takuti andai aku mengeluarkan kalam-kalam
dakwah dan peringatan..
memang ini pernah lahir di sudut hati yang hitam...
dan berdasarkan pengalaman ini la..
aku cuba mengularkan situasi ke cerita pendek..
ini lahirlah V-DAKWAH..
Insyaallah semoga menjadi Panduan dan peringatan..





Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, October 16, 2011

d.a.k.w.a.h _Ikhtilat C.T.H_


Ramai yang katakan Masalah Ikhtilat dikalangan pelajar tak dapat dah dibendung..!?


Ini Satu Statement orang yang tidak yakin dengan Agama Allah..!!
siapa cakap..??!!

Bila sang pejuang memikirkan demikian..bagaimana ia mampu terlaksana..??

First Thing is Confidence..!!
Second is Trust..!!
Third is Hope..!!
C.T.H

Bila kita ada keyakinan..insyaallah kita akan berputus asa dalam menyelesaikan masalah ini..bila sudah ada keyakinan..maka kita akan percaya..ia akan dapat dilaksanakan..percaya bahawa Allah bersama orang menyebarkan kebenaran..!!
ingat janjinya.!!!

‘Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. Bagi mereka surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun ridha terhadap-Nya. Itulah keberuntungan yang paling besar.’” 
(Al-Maidah:119)

Bila kita mula ada keyakinan dan percaya ..kita berusaha..dan akhirnya..
kita perlu berharap padaNYA..Harapan sebenar-benar harapan..!!

ALASAN DITERIMA :
Ko ni cakap punya la sedap..apa kaedah yang ko rasa terbaik..??

: ikutlah cari Nabi mentarbiyah penduduk Mekah yang Hatinya sekeras Batu..Sepanas Api...

Tapi..
Nabi Muhammad mampu mengubah hati mereka selembut kapas..Sesejuk Salji..
3 Step Yang aku simpulkan dari Kisah Sirah Nabi Muhammad yang aku pelajari dan dengari..

Bagaimana..?
1- Jadi Contoh..ROLE MODEL...
Kita sendiri sebelum memulakan langkah..perlu ada peribadi yang mampu dicontohi orang lain..kerana itu munculah kepercayaan terhadap kita..

2-BerGerak Dalam Jemaah..
Setelah baginda menarik hati-hati manusia lain..maka datanglah penyokong-penyokong dan pembantu baginda..Spt Abu Bakar dan Hamzah Asadullah..
maka terbentuklah Jemaah..

3-Sebarkanlah Dengan Penuh Kasih Sayang.
Kebanyakan Daie sekarang..mereka cuba menyebarkan kebenaran tetapi seolah hanya ingin menunjukkan kehebatan..tanpa lahirnya dalam diri mereka...
"aku tegur hang..sebab aku sayang hang..hang saudara aku..?"
"Ambo nasihat demo sbb ambo saye ko demo..!!?"

Pernah ini terungkap dalam hati kita..?
tak..? atau ya..?
Peringatan buat diri sendiri juga.

"Ajaklah menusia kepada jalan Allah dengan hikmat dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik pula, sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa tersesat dari jalannya dan Dialah Yang lebih Mengetahui orang yang mendapat petunjuk" (An-Nahl:125)

Al-Qadhi Iyaadh rah. berkata : "Allah s.w.t telah meyelubungi segala yang diucapkan oleh Nabi s.a.w. dengan rasa cinta dan mudah diterima, indah dan sedap didengar oleh telinga, oleh kerana itu tidak selalu diulang berkali-kali, sebab tiada sekalimat pun luput atau tergelincir, dan tidak pernah kekurangan dalih yang diperlukan".

ALASAN DITERIMA LAGI..:
ala..kami nak study je..takkan tak leh kot..bukan buat pe pown..lagi pown orang bijak pandai kata..study dengan berlainan jantina lebih memberi kesan kepada akal..??

: BIJAK PNDaI AKAL bukan HATI..Nik Nur Madihah Pelajar cemerlang SPM..tak pernah study dengan laki..malah dia amat menjada ikhtilatnya..
INGAT SAHABAT..
Jangan mencampurkan Kebatilan dan kebenaran..nescaya kebatilan akan menguasai kita..

" Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." Surah Al Ahzab :53

JANGAN CARI ALASAN UNTUK JADI ALASAN..


Anda akan gagal dalam imtihan jika terus bermaksiat.
Kalau lulus pun, ilmu tak berkat dan tidak dapat rasa kemanisan ilmu itu.


Assyahid.AIIlham ketika melihat muslimin penuntut ilmu nur Allah..duduk makan semeja bersama muslimat..
macam mana kita nk laksanakan semua islam syariatkan andai diri kita tak mampu menjadi contoh untuk mempengaruhi manusia..malah kita dipengaruhi..
Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, October 14, 2011

L.i.f.e _La Tahzan (i)_

Setiap Jumaat..12.45 PM..
Aku akan berjalan ke Masjid Untuk Menunaikan..
Solat Jumaat..

dan ketika itulah..
Kesayuan akan melanda Hati..

Ketika turun dari bilik ke masjid..
akan ku lihat..
masing bersama sahabat masing2..
berjalan menuju ke masjid..

sedangkan aku..
sentiasa menuju RumahNYA..

Bersendirian..

itulah..
perjalanan hidup setiap pagi jumaat..
terus fikir..
KENAPA..
KENAPA..
kenapa ya Allah..

Dan Pada Hari ini..
Ketika Dalam Perjalan Ke Masjid..
Melihat seorang saudara berkulit hitam sedang berjalan menuju ke masjid..
dan dia juga keseorangan..
terdetik di hati aku..
"Pergi la afdhal..tegur dia..dah lama kan ko nk cari kawan bukan dari bangsa mu"

Tapi aku melupakan hasrat ku..
dan terus ke masjid..

saat pulang dari masjid..
seperti biasa..
akan ku tunggu sampai semua manusia pulang dahulu..
barulah aku bergerak meninggalkan masjid..

dalam perjalanan..
tiba-tiba kedengaran suara dari belakang..
"Assalamualaikum brothers..!!"

"Waalaikumsalam.."
dan menghulurkan salam..
rupa-rupanya..
Saudara tadi...

"Alone.. others?"
"ouh..they are already leave.."

"My Name is Sharif"
"afdhal..from..?"

"from Ghana"

Walaupun English aku HANCUK..
aku cuba jugak..
dan bermulalah perbualan panjang sepanjang perjalanan pulang ke asrama..
terkeluar dari mulutku..
"how many others student from ur country?"
"haha(dia gelak kecil)..just me..one and only in this faculty"

"wah..u r special..!"
(Terdetik hati..kenapa aku kata begini)

"that right..eventhough..i m the only one..but its ok..its just made me really special..everyone know me"
(Hatiku terdetik Lagi)

setelah berlalu..
mengucapkan salam perpisah..
"See u again"
"Insyaallah Afdhal..Assalamualaikum"

sampai kini..
aku terus berfikir mengenai ayat Sharif tadi..
"Walaupun aku seorang..tapi ia buat aku istimewa"

Hati kecil ku berkata..
"jangan sedih la bila keseorangan..sebab ia buat kamu juga istimewa..kerana Allah sendiri yang akan menemanimu..tanpa perantaraan dari sahabatmu"

Maafkan Aku Allah..
atas kelalaian dan tiada kesyukuran terhadap mu..
mengharapkan kasih manusia..
sedang diri mu bersama...

Thanks Allah..



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V