SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..
Showing posts with label Ummah. Show all posts
Showing posts with label Ummah. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

Sepertinya Aku Bukan Budak Pengajian Islam

Bismillahirrahmanirahim.
Moga dijauhi Syaitan dan mereka yang zalim.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

baru sahaja berakhir Pilihan Raya Kampus Unisza.
penat lelah bersama jentera sangat berbaloi apabila kesemua calon mahasiswa seramai 5 orang buat fasa pertama ini menang di kerusi masing-masing dengan majoriti 3/4 undi siswa/siswi.
Alhamdulillah.

namun dalam kegumbiraan itu.
lahir satu perasaan dan persoalan dalam hati yang saya tidak mampu untuk memberi jawapan kepada persoalan saya sendiri.


ADAKAH SAYA INI PELAJAR PENGAJIAN ISLAM..?
kenapa persoalan sebegini timbul.

saya sebenarnya takut dan keliru.
adakah benar cara saya mengambil ilmu agama yang Allah berikan kepada.
mungkin cara benar tapi dari sudut amal kepada hasil ilmu agama yang saya keliru.
sebab saya rasa sangat terasing bersama sekumpulan minoriti berbanding majoriti pelajar FKI(fakulti pengajian islam) yang lain.

yeala.
pada saat teman fakulti pengajian islam yang lain sibuk mengejar ilmu,mengejar pengajian bersanad,mencari keberkatan dengan para syeikh dan guru,bertalaqi sana sini.
saya pula sibuk bersama golongan super minoriti pengajian islam dan bukan pengajian islam mencari jalan untuk politik kampus,berkerja untuk calon siswa,tampal poster sana sini 2-3 pagi,melalak bersama teman-teman yang tidak mahu mereka mengambil peluang terhadap mahasiswa di facebook sebagainya dan hati saya tidak meletekkan pula budaya ilmu islam kini yang bertemakan talaqi,ilmu sanad dan mendampingi ulama' sebagai keutamaan buat waktu ini yang mana majoriti teman fakulti saya amalkan..?

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini..?

Pernah sekali saya bertemu kepimpinan pelajar pengajian islam untuk bincang hala tuju pelajar pengajian islam..meminta buah fikiran mereka..meminta mereka menghantar wakil untuk dihantar bertanding Pilihan Raya Kampus namun seruan itu tiada seorang pun yang sahut.benar mereka ada pendirian mereka tapi sampai bila kita ingin berahsia dan berkerja bawah tanah padahal tenaga kita adalah majoriti.

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini...?

dari jemaah siir wa hazaa saya beralih kepada jemaah Ikram untuk meneruskan tarbiyah saya disebabkan hujah-hujah tertentu yang saya tidak dapat menerima dan pendirian bahawa 1 jemaah sahaja yang betul menyebabkan saya terus menolak dan bersama ikram.
suasana tarbiyah disitu dikuasi ikhwah non pengajian islam..mereka berkerja penuh bersemangat...merancang itu dan ini..mutabaah amal jauh lebih qawiey dari teman saya yang berpengajian islam termasuk saya..
ilmu islam mereka umpama mereka pelajar pengajian islam namun hakikat mereka hanyalah kuliah perubatan..hanyalah kuliah software..kuliah biomarine..tapi mereka buat saya kagum..
pada saat itu juga teman-teman yang pengajian islam dalam gerabak dakwah itu masih lagi sibuk meletakkan keutamaan kepada perkara lain..tidak meletakkan tarbiyah sebagai yang utama pada waktu itu..saya menentang arus dan bersama teman-teman non pengajian islam.

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini...?

pada satu detik dalam majlis cinta Rasul dengan Qasidah dan Tausiyah yang menjadi minat anak muda sekarang terutama pelajar pengajian islam di universiti saya..pada detik sebegitu pun masih lahir dalam jiwa saya.. "adakah ini yang rasul mahukan?" pada saat saya sakit belakang kerana duduk terlalu lama..saudara seislam saya sakit belakang kerana penat berlari menyelamaatkan diri dari musuh islam..pada saat saya basah pipi dengan peluh kerna kesesakan orang disini..saudara seislam saya basah pipi dengan darah akibat letupan dan tembakan..adakah ini keutamaan agama buat masa ini..

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspersikan ini..?

Allah.
mungkin anda lihat penulisan ini sepertinya meletakkan saya lain dari lain..namun hakikatnya jauh dari sudut hati saya..
saya TAKUT.
saya RESAH.
kadang-kadang mengalir airmata memikirkan..
adakah benar jalan dan cara agama yang saya pilih ini..?
kenapa saya melawan arus..?
saya tidak pernah menentang apa yang majoriti kami pengajian islam lakukan..saya tahu apa yang dilakukan majoriti sekarang adalah penting..dan saya lakukan juga..
cuma bagi saya ada yang keutamaan lain yang perlu juga saya beri keutamaan..


adakah benar kefamahan islam yang saya ekspresikan ini..?
hati saya terus keliru.
Moga Allah kurnia saya jawapan.

SEPERTINYA AKU BUKAN BUDAK PENGAJIAN ISLAM




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, September 5, 2013

Puisi Buat Bumi Khilafah


Puisi Buat Bumi Khilafah :

Bismillah.

Ku jejak bumi Khalifah..
mengunci mata setiap arah..
menggoncang mati nafsu ammarah..
ku hirup rohnya khalifah..

ku ingat sabda nabi anaknya Abdullah..
kan hadir sebaik-baik pemerintah..
bersamanya sebaik-baik ummah..
itulah dia Fateh seorang Khalifah..

pemuda bijak lagi gagah..
jiwa dan hati penuh tarbiyah..
membuka kota penuh gah..
berkat Allah sebagai Ghayah..

namun kini ia tinggal sejarah..
menjadi kenangan buat ummah..
agar dihirup angin-angin ibrah..
pengubat jiwa yang kian lemah..

ku menanti kembalinya Khilafah..
ku menanti runtuhnya jahiliyah..
ku menanti bersatunya ummah..
ku menanti kibaran liwa' penuh gah..

kembalinya khalifah penuh rahmah.
Menyatu dunia menuju jannah.
menguasai kembali dunia acuan sunnah.
menegak kalam LAILAHAILLALLAH..!

itulah dia Khalifah.
pembenar sabda Rasulullah.

AAI | ISTANBUL | 2.00AM



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Puisi : Aman..Engkau kemana..


Puisi : Aman..Engkau kemana..

dunia ini tiada lagi suka..
dunia ini tiada lagi tawa..
tidak terukir ia di bibir manusia..
tiada apa lagi kecuali sia-sia..

aman engkau kemana..?

darah kini umpama air hujan..
turun menjadi aliran..
mengalir bersamanya kegembiraan..
mengalir bersamanya keceriaan..

aman engkau kemana..?

yang zalim terus aman..
yang kejam membunuh iman..
yang jujur terus dihumban..
yang baik tinggal kenangan..

aman engkau kemana..?

dicari dimana aman..
dicari dimana bahagia..
namun ku lupa ar-rahman..
ku lupa si DIA..

kini ku sedar dimana aman..
rupanya berada disebalik iman..
ditempat tinggi bernama syurga..
dan ku lupa dunia ini hanya Penjara..

# aman,rehat,bahagia, dan tenang..hanya ada di syurga buat hamba beriman..
dan dunia ini hanya penjara.

AAI | 15 Ogos 2013 | 8 Syawal 1434 | Kota Bharu (2226)




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, February 8, 2013

Sweetnya Baitmuslim *muka merah

Indahnya Baitmuslim *muka merah.
.

Indahnya bila sudah melangkah ke alam baitulmuslim.
Hidup saya tak sunyi dah..ada makmum yang akan sentiasa bersama saya solat..
Bersama saya baca Al-Quran..jalan-jalan bersama saya dalam keadaan halal..
Saya betulkan purdah awak..awak betulkan serban saya..
Kita bercinta hingga syurga yea wak..! : )
By : Imammu yang tembam. : )

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wooooooooooooo…!!! : ) jauhnya berangan..
Bismillah..
Itulah fantasy awang nano nano nano nano nano nano dikalangan para ustaz/ustazah MUDA yang sakan sangat nak bercinta..nak bernikah..nak bersweet halal style *eh..itu saya la..
Oh kantoi..itulah diri dahulu..

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam.


Benar sahabat-sahabat sekalian akan firman Allah..

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum: 21)

SAHIH..!! memang benar BAITULMUSLIM itu adalah tempat yang sangat-sangat indah..! *macam dah lalui je.
Tetapi bila kita nak kepada kebaikan…jalan kita tidak semudah itu..bukan sekadar akad nikah..
“..aku nikahkan dikau Muhammad Afdhal Bin Ismail dengan si fulanah binti fulan dengan mas kahwin sehelai kain kapan made in india..sah..?”
Yeah..!! BAHAGIA..kita akan lalui kisah-kisah yang sweet-sweet yea sayang.. *hantuk muka ke dinding
Ayat paling best.. “CINTA KE SYURGA” ..
Bila mana disebut mengenai Syurga..tiada jalan yang mudah kesana..tiada jalan yang cepat untuk kesana..perjalanan ini PERIT..kerana Syurga itu indah.
.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut : 2 )

KITA TAKKAN KE SYURGA TANPA IMAN..DAN KITA TAKKAN ADA IMAN TANPA UJIAN..

Bila sebut UJIAN adakah ia sesuatu yang indah..?
Saya bukan nak takutkan kalian dengan UJIAN ALLAH..tapi saya nak kita semua sedar bahawa di dunia ini tidak selamanya INDAH..tambahan pula pabila kita bersama dalam PERJUANGAN ISLAM..PERJUANGAN AD-DEEN..PERJUANGAN DEMI ALLAH..
Lagi tercabar BAIT MUSLIM kita..Lagi banyak cabaran BAIT MUSLIM kita..lagi banyak rintang kita menuju CINTA TILL JANNAH..
Kerana definisi sebenar BAIT MUSLIM..
Adalah sesuatu yang lebih BESAR..bukan sekadar untuk menjaga MARUAH DIRI..bukan sekadar untuk melengkapkan IMAN..seperti mana hadis Rasulullah..

Dari Anas Bin Malik,
Rasululullah bersabda :
Barangsiapa telah menikah maka ia telah melengkapi separuh agamanya..
Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara separuhnya lagi.
(Riwayat Bukhari,Thabrani dan Al-Hakim)
Tetapi..
Sebagai salah satu binaan-binaan tangga menuju satu perubahan ummah yang bermatlamatkan Allah.
KITA NAK BINA HAMBA ALLAH YANG TAAT YANG BERTAQWA DAN BERIMAN.
NAK BINA JALAN MENUJU SYURGA.. yang seperti saya katakana sebelum ini..BUKAN INDAH SENTIASA..

 “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban.
Assyahid Imam Hassan Al-Banna

Kita bernikah..membina bait Muslim adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kita pada Allah..bukan untuk bercintan cintun semata-mata..KASIH dan SAYANG suami dan isteri itulah yang menjadi wasilah untuk capai CINTA ALLAH.
Realiti kini..kita lebih banyak dimomokkan/diSHAREkan mengenai keindahan-keindahan Baitmuslim/Rumah tangga berbanding HAKIKAT yang berlaku..
“sedangkan lidah lagi tergigit..inikah pula suami isteri..” * P.Ramlee skit boh.. :D
Persediaan kita untuk menempuhi jalan ini amat la penting sahabat-sahabat *macam saya dah kahwin plak.
Usahlah kita letakkan Baitmuslim itu SEGALANYA INDAH kerana hakikat disebaliknya punya banyak amanah dan beban.
KITA SEDANG BINA TAPAK ISLAM DI DUNIA.
BINA TANGGA MENUJU SYURGA.
Dan ia tidak sesekali MUDAH DAN INDAH..KERANA yang indah hanya bila kita berjaya capai penghujungnya..
“..Dunia ini penjara bagi orang yang beriman..”

Kita bina baitmuslim di DUNIA..sudah mesti ada ujian yang sedang menanti..
Nasihat saya kepada sahabat..

“..usah kerap membayangkan keSWEETan rumah tangga..Usah kerap SHARE dan POST di wall sosial kita akan perkara yang melibatkan cinta mahupun nikah..kerana ia hanya melarikan kita dari realiti..bukan kita sahaja..orang yang membacanya juga akan berada diaalam fantasi awan nano..seperti mana berlaku pada diri saya dahulu..”

Sekali lagi saya cakap..
BAITMUSLIM adalah TAPAK MEMBINA SEBUAH DUNIA yang ISLAM menjadi USTAZNYA.. :)
Besar tanggungjawab dan amanah..dan amanah itu bukan INDAH selagi mana belum kita laksanakan ia dengan baik..
BERSEDIA itu lebih baik dari ASYIK BERCAKAP DAN BERADA DI AWANGAN FANTASI RUMAH TANGGA INDAH AWAN NANO NANO NANO NANO.. :)

Penulisan ini agak entah pape..sebab tak ada pengisian ilmu sangat..sekadar nak meingatkan diri kita bersama..
اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ÙˆَÙ„َا الضَّالِّينَ
By :



Yang Sedang Bersedia..
Assyahid Afdhal Ismail
(Bekas Presiden Penulis “NAK KAHWIN JE KEJA” )
Moga Allah Redha.



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, February 7, 2013

Arghhh Pipiku Tembam.!

Arghhhh…Pipiku Tembam..!

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Aku berlindungan dengan Syaitan yang direjam..

Berjalan dengan bergaya mengadap cermin..
“…arghhhhh..!! pipiku makin tembam..!!..”
Cuba mencari pose-pose yang tidak menampakkan lemak berlebihan di pipi..
*mengiring ke tepi “..arghhhh..!! perutku ke depan..!!
Hilang keyakinan nak ke kelas..huh..! hati berbisik.. “..AKU MESTI KURUSKAN BADAN..”
Dan ia bertahan selama 56minit 30saat..

Alhamdulillah..yang kalian baca diatas itu hanya intro..
Realiti saya dan anda.. *merah muka.
Bila mengadap pada cermin..yang berlemak dengan cara berlemaknya..yang bergelap dengan cara bergelapnya..yang berjerawat dengan cara berjerawatnya..
Masing-masing akan lahir keluhan di hadapan cermin..
Dengan permulaan ayat.. “..arghhhhh..!!” *ini melampau la sampai tahap ni.
Selepas 56minit 30saat saya berusaha menguruskan badan..lalu terdetik dihati saya..

UNTUK APA SEBENARNYA AKU NAK KURUS..
“..agar aku lebih yakin berjalan dihadapan muslimah solehah..dengan ketegapan jalan ku..tanpa perut mendahului ku..tanpa pipi menutup pandangan ku..” *jujur.

Fikir lagi kali kedua..UNTUK APA..??
“..bukankah yang menyejukkan mata manusia melihat kita..adalah ALLAH..bukankah yang melontarkan perasaan itu..ALLAH..bukan hati-hati manusia milik ALLAH..” *background music lagu Adamu-NajwaLatif

Diri tersenyum dan kembali menambahkan lemak pada minit ke 57..
Hakikatnya sahabat-sahabat..kesukaran untuk kita BERSYUKUR apa yang kita ADA..bila TUJUAN DAN MATLAMAT KITA selain ALLAH..

Contoh :
“..aduh..jerawat naik..malu la aku nak jumpa bidadariku..” tak pernah plak kita dengar..
“..aduh..jerawat naik..malu la aku nak solat mengadap Allah..” huh..!
Tak ada kan..?? sebab kita pun sudah tahu penilaian Allah dimana

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian.. Al-Hujuraat: 13.

Nilai balik diri kita..
“..pipi aku tembam..perut aku kedepan..tapi aku sehat je..boleh je nak solat..senang je nak ambil wudhu..boleh je nak cakap..semua boleh..”
Dah tuh..?? dah kalau segala benda yang kita nak bina taqwa kita dengan Allah sudah ada..boleh digunakan BERSYUKURLAH..!!
“..muka aku gelap la..” *muka gelap tak leh semayang ke..?

: ) hakikatnya..kita sudah cukup sempurna disisi Allah..

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian..At-Tin:4

Tapi bila Allah tidak diletakkan tempat tertinggi maka kita akan banyak persoal kenapa itu kenapa ini..
Kerana disisi mata manusia..tiada yang sempurna..!!
“..eh awak..awak..tudung titew lawa tak…” “..hurm..tak masuk la dengan baju awak..”
Hok alorh gitu pula..
“..hurm..tudung aku ni Allah suka tak..” *tutup aurat,tak terlalu menarik perhatian,simple,tak nipis.
“..alhamdulillah..” simple..

Contoh lagi::
Seorang pempuan ambik masa 39 minit 15 saat untuk siap make up ke kelas..
Tapi orang berniqab..seminit je pakai niqab..tak payah fikir nak make up..gigi tak gosok pun tak pe.. * ?-?
Jadi bila kita persoal sesuatu pada diri kita..tanya pada diri kita..
“..ADAKAH INI DEMI KEBAIKAN AKU DENGAN ALLAH..” “..ADAKAH INI DEMI KEBAIKAN URUSAN AKU DENGAN ALLAH..”
Bila kita fikir sedemikian maka dengan mudah kita BERSYUKUR..dan andai ia perlu pada perubahan..
PERUBAHAN LILLAH.. :
“..aku gemok sangat ni..nak lari pun susah..nak baca quran pun nafas pendek…kena kurus ni..mudah untuk aku ibadah..baca quran..”
INI BARU PERUBAHAN LILLAH..!! bukan nak Nampak macho dihadapan bidadari-bidadari dunia.
Kesimpulan :
Segala penilaian dan matlamat kita..jadikan..
ALLAHU GHAYATUNA…!! ^^
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Ibrahim : 7

Sentiasa la kita bersyukur apa yang ada dalam diri…

By :



Afdhal Ismail
(Presiden Budak Tembam cawangan Kota Bharu)
“ BIAR TEMBAM ASAL COMEL DISISI ALLAH “ *moto persatuan.

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, February 5, 2013

Ini Bahteraku


Ini Bahteraku.

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam.
AMARAN: SEGALA DIBAWAH ADALAH PENDAPAT DAN PEGANGAN PERIBADI YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN DAN DIPERSOALKAN NAMUN INI PEGANGAN PERIBADI SAYA.
ANDA TAK NAK TERIMA MEMANG TIADA MASALAH SEBAB INI SAYA PUNYA : ) HEHE.

Alhamdulillah dengan izin Allah tangan diberi kekuatan untuk mencoret sedikit bingkisan hati.
Ok dah..habis intro..teruskan kepada isu sebenar.. J tak nak ambik masa anda semua lama sangat.
Alhamdulillah setelah setahun merangkak-rangkak mencari punca air “dakwah dan tarbiyah”
Allah pertemukan saya dengan antara sumber yang ada..
Dan air “dakwah tarbiyah” inilah menemukan saya sebuah bahtera pelayaran..
Yang bernama “IKRAM”.

Ha..! bia btol..??
Enta dan betol-betol tekad ke..??
Argh..enta jangan menyesal..!?
^_^
Teruk sangat Reaksi, macam ana dah gadaikan agama kea pa.

Dengan nama Allah aku berlindung dari Syaitan yang direjam.
Pelbagai respon yang saya dapat..yang saya terpaksa hadapi..dan telan..
(hamper kesemua ikhwah akan rasa perkara ini)
Dengan gaya macho dan cool..”ana tekad untuk pilih bersama bahtera ini..fullstop..!”
Macho tak..? J
Antara persoalan yang sering dan wajib setiap ikhwah akan hadapi..
“..enta tahu tak..yang kita nak perjuangkan islam..politik tak leh dipinggirkan..tapi bahtera enta mana ada politik syeikh..!! “
^_^ bismillah.
Yea benar..memang dalam islam POLITIK tidak sama sekali boleh dipisahkan dari kehidupan.
Namun yang pertama kita sedar hakikat kelahiran sebuah JEMAAH ISLAM..
Apakah sebenarnya matlamat sebuah kelahiran Jemaah islam..

“DAKWAH dan TARBIYAH”

Bersumberkan..
Al-Quran Dan Sunnah.
Itu MATLAMAT UTAMA sebuah kelahiran jemaah islam..
DAKWAH dan TARBIYAH membawa manusia kepada syariat islam.

Set mind kita bahawa itu tujuan kita menyertai jemaah.
Jemaah mana-mana pun..
Abim,Isma,Haluan dan Pas serta bahteraku memang itulah sebenarnya yang sepatutnya kita utamakan.
Kerana itulah tunjang ummah..
Agar ummah bisa kembali kepada Ad-Deen.
Kerana tugas kita sebegai rijal dakwah :
·         Menceritakan hakikat islam dengan jelas
·         Mengajak beramal dengan islam yang syumul
·         Menjadi al-quran dan assunah rujukan utama.
·         Berjuang terus hingga syahid.

Stop…! Jelaskah kita matlamat kita..?
Alhamdulillah..
“afdha..!! tapi dengan politik kita boleh capai semua matlamat itu..”
Afdhal jawab.. “..yeah..betol..ana setuju..”
Jom kita semak sedikit sirah Rasulullah.

Rasulullah adalah Al-Amin di Mekah ketika masih muda dan keturunannya merupakan pembesar-pembesar Quraisy.
Dari atuknya,ayah saudaranya dan ramai kerabat Rasulullah seorang pembesar di Mekah.
Ketika dakwah baginda berjalan pelbagai tawaran dan hadiah ditawarkan..
Dari harta hinggalah kuasa menjadi pembesar Quraisy.
Tapi Rasulullah menolaknya.

Bukankah Rasulullah boleh guna kuasa itu untuk DAKWAH pada masyarat mekah waktu itu..?
Tapi kenapa Rasulullah menolaknya.

Kerana itu bukan jalannya pada waktu itu.
PEMBINAAN MASYARAKAT BUKAN MELALUI KUASA.
Tapi MELALUI TARBIYAH.
Ketika itu Rasulullah sedang melalui proses pembinaan
QAIDAH SULBAH.
Yang akan menggerakkan islam bersama Rasulullah.

Politik tidak sama sekali kita boleh pisahkan.
Malah Hassan Al-Banna melarang untuk gerakan islam memisahkan aspek politik dalam prinsip jemaah.

Tapi berlandaskanlah kita pada waqi’..
Diatas saya ceritakan kepada semua..
MATLAMAT UTAMA KITA..

Kalaulah POLITIK menjadi Matlamat utama kita.
Iye benar.. ISLAM akan memerintah..
Tapi Masyarakat belum tentu akan menerima ISLAM andai jiwa mereka belum disedarkan dengan FIKRAH ISLAM.. dan itu tugas KITA.

So ingat..
Main point kita adalah DAKWAH TARBIYAH.
Satu petikan yang pernah ditanya kepada Mustafa Masyhur.
“..kenapa sudah 20 tahun lebih IM ditubuhkan..akan tetapi masih lagi tidak memerintah Mesir(waktu itu)..”
Beliau menjawab..
“..IM ditubuhkan untuk memberi kefahaman islam terhadap masyarakat..bukan untuk memerintah..namun andai kelak kami akan memerintah dengan izin Allah..maka itu tanda kami sudah bersedia untuk memerintah..”

MATLAMAT kena jelas..
POLITIK ada tapi bukan yang utama..
Jangan pandang salah pada individu yang memilih untuk bersama jemaah NGO yang tiada parti Politik..
“..enta pisahkan politik dengan agama..!!”

Astaghfirullah..
“..saya Muhammad Afdhal bin Ismail..memilih untuk meniti jalan DAKWAH DAN TARBIYAH IKRAM..tapi saya juga penyokong PAS TEGAR..!!”
Kerana matlamat saya bersama BAHTERA ini..
Adalah untuk DAKHWAH DAN TARBIYAH..

Untuk ALLAH…(Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik)
Saya agak terkilan dengan kata-kata itu..
Bila insan-insan lain memilih untuk bersama bergerak dengan jalan NGO seperti..
HALUAN,ABIM dan BAHTERAku(IKRAM)..
Seolah kami melakukan satu kesilapan yang besar..
“ENTA PISAHKAN POLITIK DENGAN ISLAM..!!”

Sedangkan kami semua ingin sama-sama membina satu dunia..
Yang ISLAM menjadi USTAZNYA.
J

Kerana ingatlah firman Allah.
..Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak AGAMA KAMI, sesungguhnya KAMI akan memimpin mereka ke JALAN-JALAN KAMI..
al-ankabut : 69

Kita perlu bersungguh memperjuangkan agama..walau dengan cara apa sekalipun..yang penting benar IKHLAS kerana Allah..Maka Allah sendiri yang yang akan memimpin kita ke JALANNYA..bukan JEMAAH..tapi ALLAH…
YAKINLAH.!
IKHLAS|KEIMANAN|HAMMASAH|AMAL

Hakikatnya..
BAHTERAku tidak pernah melupakan POLITIK..
Buktinya..??
(IKRAM DAN BERSIH)

(IKRAM DAN ISU KALIMAH ALLAH)

(IKRAM DAN PEMBEBASAN ANUAR)

Tapi IKRAM Tak ada parti politik..
Ce pakai akal dan iman yang Allah kurniakan tuh..

Kalau IKRAM ada PARTI..
PARTI IKRAM..

Bukankah ia hanya memecahkan undi ummat islam..?
Selagi mana yang ada memperjuangkan ISLAM di peringkat yang lebih..
Setiap jemaah wajib menyokong dan bersama..
Itu antara prinsip dalam Taadud Jemaah.

Seperti mana petikan Hassan Al-Banna yang tercatat dalam Karangan Mustafa Masyhur
(JALAN DAKWAH KEASLIAN DAN PENYELEWENGAN)
“..pendirian kami terhadap jemaah islam yang lain adalah Kasih sayang,kesetiaan dan kesatuan..kerana kami yakin kelak..akan terhapus segala nama jemaah dan berdiri di bawah satu panji..”

Usah mencari dalil dan hujah menjatuhkan jemaah-jemaah lain..
Setiap jemaah ada cara dan jalannya..
Carilah sebanyak mungkin titik persamaan..

Kerana ingatlah..
Setiap jalan yang kita pilih..
Di bahu jalan aka nada syaitan yang menanti..
Dan dia tidak akan menjerit-jerit..
“..ikutlah jalan ini..ini jalanku(jalan syaitan)..”
Tapi..
Dengan kata manis dusta..
“..ikutilah jalan ini..ini jalan Allah..”

Hati-hati..
Banyak jalan yang betol kita bisa pilih..
Tapi ingatlah dimana matlamat kita..

Kita sama-sama berkerja..awak,dia,mereka dan saya..
Walau kita berpisah disini..kita akan kembali bersatu disana..

^_^
IKHLAS MELALUI JALAN INI NESCAYA ALLAH AKAN MEMIMPIN KITA.

"..penyelewangan dakwah ini bukan berlaku ketika matlamat kita secara totalnya/sepenuhnya berubah..akan tetapi walau sedikit matlamat kita teralih..maka kita sudah berada dalam penyelewangan di jalan ini.."
(Mustafa Masyhur : Jalan dakwah antara keaslian dan Penyelewengan)

..Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa...
Al-An'am 153

By :
Afdhal Ismail
(Ahli IKRAM otw dan PENYOKONG PAS TEGAR)

ALLAH GHAYATUNA.


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, December 24, 2012

Aku dan Palestin : Mimpi 3

Aku dan Palestin: Mimpi ke 3

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari Syaitan Yang Direjam.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari penyakit-penyakit hati yang merosakkan amalku.
Allahummasollia a’la Muhammad..

                Sekali lagi Allah kurniakan satu mimpi yang agak menggerunkan hati diri dan kali ini benar-benar mencemaskan diri..mimpi saya bermula..



“pada satu pagi..saya keluar melihat suasana diluar kawasan rumah..memandang ke langit melihat helikopter dan jet-jet memenuhi ruang angkasa..tiba-tiba satu jet telah melepaskan bom dan tepat jatuh di hadapan rumah saya..namun letupan dia tidak kuat..hati bergoncang kencang..pergi mencari ahli keluarga yang lain dan mengejutkan mereka semua..bunyi jatuhan bom dan roket masih lagi kedengaran akan tetapi tidak meletup di mana..selepas mengejutkan semua keluarga lain atuk dan nenek dan lain-lain terus pergi ke luar rumah untuk melihat sekitarnya..masih lagi penuh helikopter dan jet berlegar-legar di ruang udara..ternampak tergantungnya bendera Palestin di sebuah pokok dalam kawasan rumah saya..kerana begitu takut..saya buang bendera itu dan simpan dalam poket..
Tiba-tiba..

Ketika masih lagi saya berlindung dalam rumah..mendaratlah satu helikopter betul-betul di hadapan rumah saya membuat diri rasa amat takut..tiba-tiba keluar tentera dari helikopter dan menggeladah masuh dan mengumpulkan kami semua di kawasan ruang tamu dan mengacukan senapang yang subhanallah BESAR dan betol-betol berada di kepala kami semua..dalam hati tuh… “ya Allah aku tak nak mati” lalu tentera itu bertanya pada saya.
.”ko cakap..apa hubungan ko dengan Palestin..?” “apa ko bantukan dan salurkan pada mereka…!!”

Saya menjawab “aku tak pernah buat apa-apa untuk mereka..kami tak de apa-apa pun dengan mereka”
Lalu mereka geladah rumah kami..dan senapang itu masih lagi berada di kepala kami..
Hati amat takut..tiba-tiba entah bagaimana Allah beri saya kekuatan untuk bertindak..lalu saya tarik senapang itu dan tumbuk setiap tentera yang berada di situ..namun ada seorang yang melarikan diri ke helikopter..lalu saya kejar..bila mana saya kejar senapangnya betol mengadap diri saya dan BANG…!!

Tersedar dari mimpi itu..berfikir dan berfikir..apa mesej kali ini yang Allah ingin sampaikan..
Astaghfirullah..saya sedar sesuatu hasil dari ungkapan saya sendiri pada mimpi itu :
  •  Bila jatuh roket dihadapan saya..lalu hati bergetar ketakutan.. : ia bermakna hati saya masih lagi belum kuat..
  • Bila mana saya sanggup buang bendera Palestin kerana ingin menyelamatkan diri saya : ia bermakna saya amat MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dari ISU UMMAH.
  •  Bila mana ditanya kepada saya tentang Palestin lalu saya menjawab sedemikian : ia bermakna hati saya belum ikhlas sepenuhnya dalam perjuangan isu Palestin.. Allahuakbar..
  •  Bila mana saya tiba-tiba bangkit : Allah menggambarkan diri saya..hanya akan benar-benar sedar bila mana dalam suasana yang amat kritikal..

Allah..banyak lagi kekurangan dalam diri ini..
Saya kisahkan pada anda bukan menunjukkan kelemahan dan kekurangan saya..ini satu petanda peringatan dari Allah..dan wajib untuk saya sampaikan buat semua..agar kita benar-benar MUSLIM yang peka terhadap isu Palestin.
Dah 3 mimpi Aku dan PALESTIN : kesemuanya menunjukkan diri masih lemah.. :(
Mimpi 1 dan 2 ada saya ceritakan di Post yang lepas :

Doakan saya sahabat..
Assyahid Afdhal Ismail
1326 Terengganu
(24/12/2012-11Safar1434)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V