SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Tuesday, February 5, 2013

Ini Bahteraku


Ini Bahteraku.

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam.
AMARAN: SEGALA DIBAWAH ADALAH PENDAPAT DAN PEGANGAN PERIBADI YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN DAN DIPERSOALKAN NAMUN INI PEGANGAN PERIBADI SAYA.
ANDA TAK NAK TERIMA MEMANG TIADA MASALAH SEBAB INI SAYA PUNYA : ) HEHE.

Alhamdulillah dengan izin Allah tangan diberi kekuatan untuk mencoret sedikit bingkisan hati.
Ok dah..habis intro..teruskan kepada isu sebenar.. J tak nak ambik masa anda semua lama sangat.
Alhamdulillah setelah setahun merangkak-rangkak mencari punca air “dakwah dan tarbiyah”
Allah pertemukan saya dengan antara sumber yang ada..
Dan air “dakwah tarbiyah” inilah menemukan saya sebuah bahtera pelayaran..
Yang bernama “IKRAM”.

Ha..! bia btol..??
Enta dan betol-betol tekad ke..??
Argh..enta jangan menyesal..!?
^_^
Teruk sangat Reaksi, macam ana dah gadaikan agama kea pa.

Dengan nama Allah aku berlindung dari Syaitan yang direjam.
Pelbagai respon yang saya dapat..yang saya terpaksa hadapi..dan telan..
(hamper kesemua ikhwah akan rasa perkara ini)
Dengan gaya macho dan cool..”ana tekad untuk pilih bersama bahtera ini..fullstop..!”
Macho tak..? J
Antara persoalan yang sering dan wajib setiap ikhwah akan hadapi..
“..enta tahu tak..yang kita nak perjuangkan islam..politik tak leh dipinggirkan..tapi bahtera enta mana ada politik syeikh..!! “
^_^ bismillah.
Yea benar..memang dalam islam POLITIK tidak sama sekali boleh dipisahkan dari kehidupan.
Namun yang pertama kita sedar hakikat kelahiran sebuah JEMAAH ISLAM..
Apakah sebenarnya matlamat sebuah kelahiran Jemaah islam..

“DAKWAH dan TARBIYAH”

Bersumberkan..
Al-Quran Dan Sunnah.
Itu MATLAMAT UTAMA sebuah kelahiran jemaah islam..
DAKWAH dan TARBIYAH membawa manusia kepada syariat islam.

Set mind kita bahawa itu tujuan kita menyertai jemaah.
Jemaah mana-mana pun..
Abim,Isma,Haluan dan Pas serta bahteraku memang itulah sebenarnya yang sepatutnya kita utamakan.
Kerana itulah tunjang ummah..
Agar ummah bisa kembali kepada Ad-Deen.
Kerana tugas kita sebegai rijal dakwah :
·         Menceritakan hakikat islam dengan jelas
·         Mengajak beramal dengan islam yang syumul
·         Menjadi al-quran dan assunah rujukan utama.
·         Berjuang terus hingga syahid.

Stop…! Jelaskah kita matlamat kita..?
Alhamdulillah..
“afdha..!! tapi dengan politik kita boleh capai semua matlamat itu..”
Afdhal jawab.. “..yeah..betol..ana setuju..”
Jom kita semak sedikit sirah Rasulullah.

Rasulullah adalah Al-Amin di Mekah ketika masih muda dan keturunannya merupakan pembesar-pembesar Quraisy.
Dari atuknya,ayah saudaranya dan ramai kerabat Rasulullah seorang pembesar di Mekah.
Ketika dakwah baginda berjalan pelbagai tawaran dan hadiah ditawarkan..
Dari harta hinggalah kuasa menjadi pembesar Quraisy.
Tapi Rasulullah menolaknya.

Bukankah Rasulullah boleh guna kuasa itu untuk DAKWAH pada masyarat mekah waktu itu..?
Tapi kenapa Rasulullah menolaknya.

Kerana itu bukan jalannya pada waktu itu.
PEMBINAAN MASYARAKAT BUKAN MELALUI KUASA.
Tapi MELALUI TARBIYAH.
Ketika itu Rasulullah sedang melalui proses pembinaan
QAIDAH SULBAH.
Yang akan menggerakkan islam bersama Rasulullah.

Politik tidak sama sekali kita boleh pisahkan.
Malah Hassan Al-Banna melarang untuk gerakan islam memisahkan aspek politik dalam prinsip jemaah.

Tapi berlandaskanlah kita pada waqi’..
Diatas saya ceritakan kepada semua..
MATLAMAT UTAMA KITA..

Kalaulah POLITIK menjadi Matlamat utama kita.
Iye benar.. ISLAM akan memerintah..
Tapi Masyarakat belum tentu akan menerima ISLAM andai jiwa mereka belum disedarkan dengan FIKRAH ISLAM.. dan itu tugas KITA.

So ingat..
Main point kita adalah DAKWAH TARBIYAH.
Satu petikan yang pernah ditanya kepada Mustafa Masyhur.
“..kenapa sudah 20 tahun lebih IM ditubuhkan..akan tetapi masih lagi tidak memerintah Mesir(waktu itu)..”
Beliau menjawab..
“..IM ditubuhkan untuk memberi kefahaman islam terhadap masyarakat..bukan untuk memerintah..namun andai kelak kami akan memerintah dengan izin Allah..maka itu tanda kami sudah bersedia untuk memerintah..”

MATLAMAT kena jelas..
POLITIK ada tapi bukan yang utama..
Jangan pandang salah pada individu yang memilih untuk bersama jemaah NGO yang tiada parti Politik..
“..enta pisahkan politik dengan agama..!!”

Astaghfirullah..
“..saya Muhammad Afdhal bin Ismail..memilih untuk meniti jalan DAKWAH DAN TARBIYAH IKRAM..tapi saya juga penyokong PAS TEGAR..!!”
Kerana matlamat saya bersama BAHTERA ini..
Adalah untuk DAKHWAH DAN TARBIYAH..

Untuk ALLAH…(Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik)
Saya agak terkilan dengan kata-kata itu..
Bila insan-insan lain memilih untuk bersama bergerak dengan jalan NGO seperti..
HALUAN,ABIM dan BAHTERAku(IKRAM)..
Seolah kami melakukan satu kesilapan yang besar..
“ENTA PISAHKAN POLITIK DENGAN ISLAM..!!”

Sedangkan kami semua ingin sama-sama membina satu dunia..
Yang ISLAM menjadi USTAZNYA.
J

Kerana ingatlah firman Allah.
..Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak AGAMA KAMI, sesungguhnya KAMI akan memimpin mereka ke JALAN-JALAN KAMI..
al-ankabut : 69

Kita perlu bersungguh memperjuangkan agama..walau dengan cara apa sekalipun..yang penting benar IKHLAS kerana Allah..Maka Allah sendiri yang yang akan memimpin kita ke JALANNYA..bukan JEMAAH..tapi ALLAH…
YAKINLAH.!
IKHLAS|KEIMANAN|HAMMASAH|AMAL

Hakikatnya..
BAHTERAku tidak pernah melupakan POLITIK..
Buktinya..??
(IKRAM DAN BERSIH)

(IKRAM DAN ISU KALIMAH ALLAH)

(IKRAM DAN PEMBEBASAN ANUAR)

Tapi IKRAM Tak ada parti politik..
Ce pakai akal dan iman yang Allah kurniakan tuh..

Kalau IKRAM ada PARTI..
PARTI IKRAM..

Bukankah ia hanya memecahkan undi ummat islam..?
Selagi mana yang ada memperjuangkan ISLAM di peringkat yang lebih..
Setiap jemaah wajib menyokong dan bersama..
Itu antara prinsip dalam Taadud Jemaah.

Seperti mana petikan Hassan Al-Banna yang tercatat dalam Karangan Mustafa Masyhur
(JALAN DAKWAH KEASLIAN DAN PENYELEWENGAN)
“..pendirian kami terhadap jemaah islam yang lain adalah Kasih sayang,kesetiaan dan kesatuan..kerana kami yakin kelak..akan terhapus segala nama jemaah dan berdiri di bawah satu panji..”

Usah mencari dalil dan hujah menjatuhkan jemaah-jemaah lain..
Setiap jemaah ada cara dan jalannya..
Carilah sebanyak mungkin titik persamaan..

Kerana ingatlah..
Setiap jalan yang kita pilih..
Di bahu jalan aka nada syaitan yang menanti..
Dan dia tidak akan menjerit-jerit..
“..ikutlah jalan ini..ini jalanku(jalan syaitan)..”
Tapi..
Dengan kata manis dusta..
“..ikutilah jalan ini..ini jalan Allah..”

Hati-hati..
Banyak jalan yang betol kita bisa pilih..
Tapi ingatlah dimana matlamat kita..

Kita sama-sama berkerja..awak,dia,mereka dan saya..
Walau kita berpisah disini..kita akan kembali bersatu disana..

^_^
IKHLAS MELALUI JALAN INI NESCAYA ALLAH AKAN MEMIMPIN KITA.

"..penyelewangan dakwah ini bukan berlaku ketika matlamat kita secara totalnya/sepenuhnya berubah..akan tetapi walau sedikit matlamat kita teralih..maka kita sudah berada dalam penyelewangan di jalan ini.."
(Mustafa Masyhur : Jalan dakwah antara keaslian dan Penyelewengan)

..Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa...
Al-An'am 153

By :
Afdhal Ismail
(Ahli IKRAM otw dan PENYOKONG PAS TEGAR)

ALLAH GHAYATUNA.


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment