SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Friday, March 22, 2013

ana doa entum MATI..!!

“..ana doa entum mati..”
Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi penyanyang.
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam.

Al-kisah :
Sekumpulan pemuda dan pemudi asyik mendengar penyampaian oleh seorang murabbi yang punya pengalaman yang terlalu lama di jalan dakwah..Dengan mukanya yang comel..tak pernah mengeringkan gusi pemuda dan pemudi tersebut..walaupun topik yang dibincangkan adalah sesuatu yang serius..
Tiba-tiba dia mengeluarkan kata-kata..
“..ana doa entum mati..selepas balik daurah ni..accident..”
Satu ruang ceramah itu senyap seketika..terkejut dengan statement tersebut..terdetik di hati para pemuda dan pemudi.. “..celupar tol mulut ustaz ni..”
Lalu dia melaungkan slogan para pejuang islam yang pernah dilaungkan oleh Imam Al-Banna..
“..ALLAH GHAYATUNA..”
“..ARRASUL QUDWATUNA..”
“..ALQURAN DUSTURUNA..”
“..ALJIHAD SABILUNA..”
“..ALMAWT FI SABILILLAH..ASMA AMANINA..!!”
“..adakah entum lupa pada slogan terakhir kita..?adakah entum takut mati..?..”

*semua membisu seketika.
Lalu disambung..
“kalau entum takut mati..jangan bercita-cita untuk pergi jauh dalam perjuangan agama Allah..”

*sentap..

The end.(tamat al-kisah je)

Jadi itulah modal perbincangan untuk penulisan kali ini iaitu..
“..Al-mawt..” atau nama melayunya “..mati..”

Bila sebut “MATI” pelbagai respon yang dapat kita lihat..
Ada yang senyap membisu *kerna takut.
Ada yang buat sempoi ke *kerna rasa punya waktu lama
Ada yang tersenyum dan menanti *kerna merindukan pertemuan dengan Allah.

Manakah kita..?
Reality saya sendiri ketiga-ketiga diatas saya merasai kerana yang mempengaruhi 3 perkara diatas adalah..


..“IMAN”.. IMAN DIMANA..? DI HATI <3
“Hati dinamakan ‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati itu bagaikan bulu (ayam) yang tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.” 
(HR Ahmad)

Sebagai manusia memang hakikat kita tidak dapat lari dari kekuatan dan kelemahan ada waktu iman kita kukuh berdiri ada waktu iman kita gugur longlai
Ada kalanya ia naik meninggi..adakalanya ia menurun menjunam..itulah hakikat iman makhluk bernama manusia.

Akan tetapi memang MATI ini satu yang pasti.. “..kenapa entum takut mati..?sedangkan ia sesuatu yang tidak dapat entum lari dan ia pasti…?apa salah ana doa entum sedemikian..? “ *bicara murabbi kedengaran.

“..Tiap-tiap umat mempunyai ajalnya yakni batas waktunya,maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak dapat pula memajukannya..”
Al-A’raaf:34

Tanpa kita sedar sebenarnya kita sudah ada penyakit wahan.
Yang disampaikan Rasulullah menerusi hadis :
Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka

Maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'

Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"

Bila ditanya pada diri kita .. “..adakah kita mahu syahid..??”
Dengan semangatnya kita menjawab.. “..yea..!! kami mahu syahid..!!”

Tapi bila mana didoakan.. “..ana doa entum mati accident..”
Kita marah.. “..apa ni..!! celuparnya mulut..”

Itulah sisa wabak wahan yang masih ada dalam diri kita termasuk yang menulis ini.

Namun..kita harus sedari sejauh mana kita lari dari kematiaan kita tak akan dapat lari walau sesaat.

“..katakanlah sekiranya kamu berada dirumahmu,nescaya orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh..akan keluar juga ke tempat mereka terbunuh..”
Al-Imran:154

Nampak.!!

Kalau kita yakin pada hakikat kekuasaan Allah nescaya kita akan redha untuk mati dan kita akan berusaha untuk mati dalam keadaan husnul khotimah.

Kenapa kita masih lagi takut pada perkara yang pasti akan datang kepada kita..?
Ini kerana kekuatan IMAN kita yang mempengaruhinya.

Benar..saya juga merasai apa yang saya tulis ini.
Bila waktu saya rasa saya sangat-sangat dekat pada Allah..hadir satu perasaan..
“..kalaulah aku mati waktu ini..aku redha..dan aku bahagia..”

Sebab keimanan pada waktu itu meyakinkan kita pada SORGA yang INDAH.
Menyebabkan diri tidak sabar-sabar untuk mendapatkan janji Allah..

Namun bila waktu yang lain..rasa sangat takut untuk mati..
Kerana merasakan diri belum bersedia..kenapa..??
Kerana HATI ini jauh dari Allah dan menyebabkan lunturnya keyakinan kita untuk mengadap Allah Azza Wa Jalla..

Wahan itu adalah wabak virus yang sangat membahayakan.
Andai ciri-ciri Wahan itu ialah “ CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI “
Kita harus ubati dengan “ CINTAKAN AKHIRAT DAN BERSEDIA UNTUK MATI “

Menyebut soal persediaan untuk mati..
Teringat satu hadis Rasulullah yang semua orang tahu..

Daripada Umar R.A katanya : pernah ditanyakan pada Rasulullah S.a.w..
“siapakah orang mukmin yang paling cerdik?”
Baginda menjawab :
“..orang yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya menghadapi masa sesudahnya..mereka itulah orang-orang yang cerdik..
HR IBN MAJAH

Dalam hadis ini..
Dua konsep yang disatukan dalam satu nilai..
Iaitu INGAT dan SEDIA..

Ramai dikalangan kita memang sentiasa INGAT pada kematian..akan tetapi tidak melakukan persediaan seolah-olah TIDAK AKAN MATI.

Contoh “ aku nanti dah habis SPM nak sambung oversea..kerja besar..kahwin dengan doctor..pastu buat rumah..bla bla bla..”

Tiada salahnya dalam merancang KEHIDUPAN kerana itu satu perkara yang penting..
Yang salahnya bila tidak merancang KEMATIAN kerana itu lebih penting..

Hidup tidak pasti kemana..
Tapi mati pasti menjelma..
So yang mana lebih mudah untuk dirancang..?? sudah pasti yang PASTI.. ^_^

Pasanglah dalam diri kita untuk Mati dengan pengakhiran yang baik..
Dan sebaik-baik kematian adalah Mati Syahid..

Sentiasalah Memohon pada Allah untuk dimatikan sebaiknya dan yang lebih afdhal(bukan saya) ialah berdoa untuk bertemu syahid..dengan sebenar-benar syahid..
Yakinlah Allah akan kurniakan kepada kita SYAHID bila kita NAK SANGAT-SANGAT pada SYAHID..

Berdasarkan kisah Saifullah Khalid Al-Walid :
Ketika beliau sedang nazak diatas katil lalu berkatalah beliau..
“..sesungguhnya aku telah menyertai lebih kurang seratus peperangan.Tidak ada suatu tempat pun daripada badanku walaupun sekadar sejengkal melainkan padanya terdapat kesan tetakan pedang ataupun tikaman lembing ataupun tusukan anak panah.adakah begini aku meninggal diatas katilku tanpa peperangan seperti mana matinya seekor unta..??tidak dapat tidurlah mata-mata(alangkah ruginya orang yang penakut..!!”

Bila sangat kecewa kerana tidak dikurniakan syahid..namun dibacakan pada beliau hadis Nabi..

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud : 
Nabi Muhammad bersabda: 'Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya'
HR Muslim, Abu Daud, Tarmizi Nasai dan Ibnu Majah. 

Lalu wafatlah panglima islam yang menghancurkan Rom dan Parsi.

Nice ending kan..?
So kita tak nak mati syahid..?

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(A-Imraan:170)

Hidup di dunia tidak seabadi diakhirat :)
Dan sesungguhnya orang yang mati dijalan Allah(syahid)
Sebenarnya tidak mati..

'Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki'
(A-Imraan:169) 

Kita duk stress dengan exam..dengan cari rezeki..nak kahwin..nak jaga anak..
Diorang..??

^_^ bergumbira di Jannah Allah..
Tak mahu kita untuk mati..?
Ayuhlah kita bersedia..
Ingatlah..

“..MATI ITU PEMUTUS SEGALA RESAH DUNIA DAN MENYAMBUNG KEPADA RAHMAT DAN KEBAHAGIAAN HAKIKI..”

Saya juga ingin doakan kalian yang baca ini pun MATI..
Dengan MATI SYAHID..

Doakan saya juga.. :)
Amen..

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ
 by : Afdhal Ismail
saya nak masuk sorga sambil pegang tangan awak. :)




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment