SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Thursday, June 27, 2013

Nak Buat Program.

“..akhi..apa hadaf kita..”
Bismillah..
Aku berlindung dari Syaitan yang Direjam..


Uhuk..Uhuk..!! *batuk..Berhabuk dah Blog ni..lama sangat tak bercoretan..
Sibuk nak urus sal kenduri kahwin senanya.. * eh..?

:) kembali kepada Tajuk..bermulalah satu kisah..
“..ok..kita akan raikan adik-adik baru ni..kita bawak diorang pergi main-main pantai..amacam..?”kata pemuda hensem bernama Afdhal Ismail..“..ok..tapi akhi..apa hadaf kita..” balas sahabatnya..
“..kita nak rai adik-adik la..mandi pantai ke..main bola pantai ke..?” “..yea..tapi takkan tuh hadaf utama kita buat program yang tak rasmi ni..?”

Itulah kali pertama saya dipersoal tentang HADAF atau nama Melayunya OBJEKTIF ketika meng”handle” sebuah program..sebelum ini hanya tercatat di KERTAS KERJA semata-mata untuk menepati kehendak piawaian Universiti untuk menerima KERTA KERJA itu..
Tapi itu dulu..ketika bersama organisasi rasmi kampus..tapi sekarang medan yang lebih mencabar..mengurus sebuah kumpulan yang wujud tanpa organisasi yang RASMI..tanpa akta penubuhan persatuan kampus(main bedal je nama akta)..
Dan disinilah saya belajar soal PENTINGNYA HADAF/OBJEKTIF sebuah gerak kerja Jami’e mahupun Organisasi..
Sebelum ini dari sekolah hingga jawatan akhir di kampus ini lah dialog yang sering berlaku dan mungkin berlaku pada anda yang juga mengurus ORGANISASI :

SITUASI : BUAT KERTAS KERJA.
Mr Presiden     : Ok..kita nak program KEPIMPINAN..tapi nama program biar gempak sikit cadangan..?
Mr Exco           : KEPOK
Mr Orgnsasi    : *krik krik..
Mr Presiden     : KEPOK stand for..?
Mr Exco           : KEm Pemimpin Ohsem Power.(..krik..krik..)
Mr Presiden     : wow..!! ohsem..!! ok Mr S/U buat kertas kerja sekarang..sambil kita semua ada  ni..pakai kertas kerja lama je tukar nama program tarikh tentatif dan belanjawan janji program lulus..
Mr S/U             : ok… *type.. em..nama program KEPOK..eh ni kertas kerja KURSUS KAHWIN ni.. Banyak kena edit ni Mr.Prsdn..Objektif kat sini “..memberi pendedahan kepada peserta soal suka duka Rumah tangga..” nak tukar apa..?
Mr Presiden     : ala bedal je..cam biasa la.. mengeratkan ukhwah..membina jati diri..macam tak biasa bedal..asal program lulus..dia bukan check pun.
Mr S/U             : Ok..tentatif camne..?
Mr Presiden     : copy yang lepas je..
…………………………………………………………………………………………………………

Itulah situasi kebanyakan organisasi..yang kadang-kadang hanya bermatlamatkan PROGRAM semata-mata..mungkin dengan banyaknya PROGRAM tanda sebuah organisasi untuk bergerak dengan baik..dan ia makin parah andai ORGANISASI ISLAM juga memandang PROGRAM sebagai matlamat organisasi mereka.

Ayuh kita renung sejenak hadis yang mendapat hits 1,000 000 disetiap pelusuk Malaysia..
Hadis pertama dalam hadis 40 Imam Nawawi :
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa yang kita dapat adalah apa yang menjadi hadaf/matlamat/objektif kita..
Inilah satu sebab ketidak kerberkesanan Organisasi-Organisasi Islam peringkat sekolah,kampus mahupun masyarakat. *saya juga sama ketika diberi amanah memimpin organisasi islam di kampus..

HADAF DAN PERSATUAN ISLAM
Kita dalam persatuan/organisasi ISLAM diajar untuk dibanyakkan PROGRAM..PROGRAM dan PROGRAM dan kurang dari segi pembinaan yakni TARBIYAH..
Program itu satu wasilah dakwah yang termaktub dalam susunan Manhaj Dakwah Al-Banna..namun ia bukanlah satu-satunya kaedah atau wasail Dakwah..walaubagaimanapun..permasalah utama adalah dari segi OBJEKTIF dan HADAF sebuah program itu.

Kita tidak boleh memandang HADAF/OBJEKTIF itu hanya satu catatan di KERTAS KERJA..tapi KERJA kita perlu menuju kepada HADAF yang kita bina sendiri..umpama..
“..kita ingin bermusafir..sudah semestinya kita akan tetapkan hala tuju kita..kalau tidak bermusafir tanpa hala tuju hanya akan menyesatkan perjalanan kita..”

Samalah dari sudut pengurusan persatuan rasmi ataupun tidak..HADAF itu lah yang perkara pokok yang perlu dibincangkan..bukan nama program,tentative program dan sebagainya.
Kerana bila diri kita sudah bergelar muslim..HADAF kita hanya dua :

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (51:56)

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(2:30)

Dari hadaf utama inilah kita membina hadaf-hadaf kecil untuk dijadikan matlamat kita dalam perjuangan organisasi dan persatuan kampus..
Persatuan Islam sudah mesti dan wajib menjadikan asas organisasi dan persatuan mereka berpandukan ayat ini :
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (3:110)

Jangan sesekali kita beralih dari hadaf dan matlamat ini..jadikan lah ia sebagai asas pembinaan Hadaf-hadaf kecil untuk gerak langkah anda sebagai ahli persatuan islam.

Mr Presiden     : ok..hari ni kita nak bincang buat satu program..?
Mr Exco dan S/U : hadaf dia apa..?
Mr Presiden     :  ^_^

KEKUATAN dan NILAI KEBERKESANAN KITA TERLETAK PADA NIAT,HADAF DAN MATLAMAT.
AYUH TAJDID NIAT ANDA BERPERSATUAN..TETAPKAN HADAF dan MELANGKAH.. :)
"..penyelewangan dakwah ini bukan berlaku ketika MATLAMAT kita secara totalnya/sepenuhnya berubah..akan tetapi walau sedikit matlamat kita teralih..maka kita sudah berada dalam penyelewangan di jalan ini.."
(Mustafa Masyhur : Jalan dakwah antara keaslian dan Penyelewengan)

PROGRAM ITU ALAT BUKAN MATLAMAT.
ALAT ITU DIGUNAKAN UNTUK CAPAI MATLAMAT.
NAMUN SEBELUM TENTUKAN ALAT APA YANG MESTI DIGUNAKAN PERLU ADA MATLAMAT :)

By:
Assyahid Afdhal Ismail.

(ex boyfriend Persatuan Mahasiswa Kotemporari Islam )


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment