SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Wednesday, July 18, 2012

ko masih BUDAK..!!

masa pantas berlalu..
amanah terus berat dibahu..

T-T
 bila seorang budak menjadi pemimpin..
banyak cabaran dan tomahan perlu hadapi..

"aduh..budak sem 3 bertanding jawatan tuh..boleh harap ke budak2.."
"hurm..baru setahun jagung..dah masuk pilihan raya persatuan..boleh harap ke.."

:( Allah..
bila meniti sedikit jejak...

"budak sem 3..jadi ketua persatuan besar cam ni..??memang hancur la.."

Allah.. :(
aku seorang budak..

menyebabkan diri sering kebelakang..
sedangkan aku juga berhak bersama kalian..

Hati Gusar seribu duka..

"rilex afdhal..sabarlah..biasalah tuh..itulah pemikiran yang dipupuk dalam diri kita zaman berzaman..
BUDAK tak layak memimpin..diorang tak ajak ko bersama..tak perlu bimbang..jalankan amanah mu..
ingat..siapa Saidina Ali ketika hijrah Rasulullah..?"

SEORANG BUDAK..

:) terima kasih akh..
aku seorang BUDAK..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, July 16, 2012

Sannah Helwah Ya Akhi

 
Tahun ini..adalah ulang tahun kelahiran paling istimewa..

kerana disambut..

bersama DAKWAH dan TARBIYAH..

walaupun hidup sudah 19 tahun..tapi.
belum genap setahun lagi..

diri mengenali tujuan sebenar kehidupan..
demi..
Ibadah dan Khalifah..

13.7.2012
pagi ketika itu diisi dengan Daurah bersama ikhwah..
Daurah ISK(Ini Sejarah Kita)

kali kedua hadir ISK..
untuk upgrade diri menjadi..
Daie SuperSaiya..!! ^__^

tapi kelibat naqib2 dan ikhwah usrah yang lain tidak tahu apa2 mengenai..
tarikh itu..sampai la hamba pulang selepas tamat program lepas jumaat...

pada waktu malamnya..
saat diri seorang diri di rumah..
tiba2..kereta dua biji datang menyinggah..

"Sannah Helwah Ya Akhi.."

T-T ya Allah..abang2 dan sahabat2 usrah..
kesemua hadir..
dengan 3 biji pizza dan air revive(ketika ni..naqib hamba tahu hamba demam)

sungguh terharu..belum pernah dirai sebegini..
Akhi Azizi..Naqib hamba..sepanjang setahu menganali dakwah dan tarbiyah..





Akh Azizi belajar kat unisza..dalam kos TESL.. :)
dakwah bukan untuk Ustaz ngan Ustazah je k..??
Usrah itu indah..Syukran Akhi..
ni la mastermind.. :)
Akh Fahmi..antara naqib yang ohsem..!!
tapi..
bulan 9 ni..dia dah tak de..
dia akan sambung Master kt Australia.. :(
in FoodBio..

ni Akhi yang mula tarik diri hamba ke kandang..
Ibadah yang sebenar..mula kenal dakwah..
melalui Akh Izhar.. :)
bakal membina baitulmuslim..
tapi..
akan berpisah juga dengan dia bulan 9 ni..
sambung belajar di UKM dalam bidang usuluddin..

Allah..Bertemu belum genap setahun..akan hadapi perpisahan.. :(
ketika mereka hendak pulang..

Tangan dihulur dengan satu kenangan..
yang hamba akan ingat..
sampai nafas akhir..

 Sebuah Lampu.. :)
tapi Cahaya lampu ni tak bisa lawan..
Cahaya Iman dan Islam yang diberikan oleh mereka semua..

syukran akh..
kerana mengenalkan daku..
kepada kekasih sebenar muslim..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Wednesday, July 11, 2012

Ku Ingin Guru


Ku sunyi dari seorang murabbi..
yang bisa bimbing aku..
yang bisa pimpin aku..

menunjukkan jalan buat ilmu-ilmu ku..
menujukkan jalan buat dakwah ku...

Allah..hadirkanlah seorang murabbi buat ku..
yang bisa megenggam tangan dan ilmu...
mengenal diri mu..
mengenal jalan syurga..

Allah..aku ingin seorang guru..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, July 8, 2012

The Line Is Busy..

Ku masih belum diredhai..untuk melakar kata-kata hati disini..


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, May 29, 2012

ku mohon dimudahkan..

ini peluang kedua..

setelah dulu kamu sia-siakan...

setelah dulu kamuu permainkan amanah kamu..

amanah ini peluang kamu..

ini peluang kedua kamu muhammad afdhal..


beberapa hari bersama 7 sahabat saf ikhwah..

menyusun persediaan menepis budaya-budaya jahiliyah yang akan bersiap siaga
untuk meresap..

dalam jiwa-jiwa adik-adik baru yang akan melangkah dunia yang penuh kebebasan..

Allah..permudahkan urusan kami..






Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, May 28, 2012

~akh..berhentilah Berfacebook~


~ akh ~

dengarlah nasihat ana..
sebagai seorang abang buat enta..

ana tak nak..
enta mengulangi silap ana akh..
ana tak nak orang melakukan kesilapan seperti mana..
ana sendiri melakukannya..

~hati membisu..meniti hati satu kalam~
akh..ana ada buat silap kah..?

~akh~
izinkan ana..sebagai seorang abang buat enta..

enta kurangkanlah berbicara di alam yang penuh fantasi..
dunia alam maya yang penuh hipokritis..

~kenapa akh~
kalam menjawab..

~akh..~
ana tahu akh sentiasa berbicara mengenai dakwah.mengenai tarbiyah,
mengenai perjuangan.
tapi..

~tapi apa akh~
diri bertanya bersuara...

~akh..~
tanpa kita sedari..kita sebenarnya mula berdakwah..
kerana NAFSU yang mengatakan itu dakwah..

tapi pada hakikatnya..
kita hanya berkerja untuk diri..

~tapi akh..ana tidak pernah berniat begitu~
bibir meniti bicara..

~akh...~
benar...itu yang kita rasa..
tapi tanpa kita sedar..sum'ah sedikit demi sdikit akan menyerang hati kita..
kita tidak sedar akh..
kita merasakan setiap kalam kita diterima manusia..diserapkan dalam hati mereka..
walhal mereka menerima bukan kerana kalam kita..
tapi kerana siapa kita..menerima bukan bermakna tersemat dihati
tapi kerana imej yang sentiasa ditonjolkan kita adalah seorang yang soleh..
menyebabkan diri kita menzalimi diri kita sebenarnya..

ingin ana bertanya pada akh..

~yea Akh~

~akh~
enta yakinkan setiap kata-kata yang enta catatkan di facebook..
enta mampu lakukan ia dengan penuh thabat dan istiqamah..

~tidak akh~

~akh~
berbicaralah dengan kadar semampu diri kita..
kerana bimbang kelak..Allah akan persoalkan..

"Wahai Afdhal..kenapa kamu tidak lakukan apa yang kamu perkatakan"

benar akh..kita mengajak manusia..
tapi disamping itu kita lupa soal hati..

~akh..~
jadi da'ie yang mana dia seorang biasa disisi manusia..
tapi disisi Allah..dia orang yang luar Biasa..
adakah akh rasa dakwah akh diredhai Allah..

~ana tak tahu akh~

~akh..~
seorang ulamak mengatakan..
andai dirimu ingin tahu..dakwahmu itu berdiri atas redha Allah..

ialah pabila kamu...
DIBENCI..

ini soal hati akh..
ana tahu enta buat demi dakwah..
tapi ana bimbang..
enta tersasar dari jalan redha Allah akh..

~hati membisu menahan sebak..~
(allah..siapakah aku sebenarnya disisimu..layakkah aku bergelar daie..)

~Akh~
bacalah satu nukilan disebuah blog..agar akh dapat menyelami maksud ana sebenarnya..

DIPETIK DARI BLOG
WALIDALMALIK.BLOSPOT.COM

Ramai mereka  yang dilihat biasa
tapi luarbiasa
ramai mereka yang dilihat luarbiasa
tapi mereka adalah biasa…

Uwais Al-Qarni dilihat biasa
sehingga tiada manusia bumi yang menghiraukannya
tetapi hakikatnya dia adalah luarbiasa
dia dicintai Nabi walaupun tiada menemuinya
dia adalah sebaik-baik tabieen di zamannya
tiada pujian, harta, wanita yang dapat mengugah keimanannya
Dia bagaikan sebuah gunung yang kukuh
pintu langit terbuka untuknya ketika berdoa
Allah sentiasa menghadapkan wajahNya kepadanya dengan penuh cinta…

Al-Bal'am dan Al-Basyisor adalah manusia luarbiasa
kealiman, kewarakan dan karamahnya amat disanjung
segala kalamnya dipatuhi, sang raja tunduk padanya
namun dia adalah manusia biasa di sisi Allah
yang tiada tahan dengan  pujian dan kemewahan
yang tiada tahan dengan pujukan wanita
sehingga langit menutup pintu padanya
dan Allah tiada memandang pada wajahnya
melainkan dengan penuh kemurkaan
sehingga ditutup pintu keimanan
akhir kalamnya Dia  dalam kekufuran…

Pandangan syariat berbeza dengan pandangan hakikat
Pandangan Allah berbeza dengan pandangan manusia
Rasulullah s.a.w  pernah ditegur Allah
kerana menganggap pemuka Quraisy mempunyai nilai
sehingga memalingkan wajahnya yang mulia dari Ibnu Makhtum yang buta
sedangkan di sisi Allah
pemuka Quraisy tiada nilai apa-apa di sisiNya
Ibnu Makhtum itu lebih mulia dan dicintai
lantaran sekeping hati yang mencintai Allah dan Rasul
sekeping hati yang bersih meronta mahu mencari hidayah
sehingga akhirnya Rasulullah Habibullah memahaminya
lalu ditinggalkan majlis pemuka-pemuka Quraisy yang tiada nilai
dikejarnya Ibnu Makhtum yang bernilai di sisi Allah…

Syariat dapat dilakonkan, maka Allah tiada memandangnya
ia hanya tempat nilaian manusia yang rendah nilai pandangannya
hakikat adalah kebenaran dalam qalbu
ia tempat pandangan Allah
ia tempat nilaian Allah
ia adalah diri yang akan dibongkarkan di akhirat
ia tempat pandangan para Arifbillah
mereka melihat dengan pandangan Allah
melihat tiada tertipu dengan ilmu, bicara, kitab dan pakaian sang alim
tiada tertipu dengan ketekunan ibadah para ahli abid
tiada tertipu dengan zikir, cinta, dzauk, kasyaf dan tangisan para ahli tarekah
tiada tertipu dengan dermawan para dermawan
tiada tertipu dengan sifat tawadhu, zuhud, khidmat  dan kebaikan
mereka tiada tertipu apa saja yang zahir yang dizahirkan
mereka melihat rupa di sebalik rupa itu
wajah hakikat memadamkan wajah syariat
sang Arif hanya tersenyum
melihat pelakon-pelakon dunia yang hebat lakonannya
bicaranya memuja Allah
sedangkan ia memuja nafsunya
bicaranya mencintai Nabi
sedangkan Dia mencintai dirinya
kelakuannya adalah ibadah
tetapi sebenarnya ia menyembah nafsu ketuhanan dirinya
amalannya  seperti ahli sufi
tetapi batinnya bagaikan seperti serigala yang sentiasa mengintai mangsa untuk dirobek dagingnya…

Orang biasa yang luarbiasa
mereka pemilik jiwa orang dicintai Allah
jika ditanya apakah kelebihan mereka
nescaya mereka tiada mengetahui
jika dipuji, nescaya mereka malu menerimanya
jika dalam majlis, datangnya tiada disedari, pulangnya tiada diketahui
jika ditanya ilmu, nescaya mereka hanya mengatakan kadar untuk ibadahnya
jika ditanya amal, nescaya mereka hanya menjawab sekadar yang wajib dan sedikit yang sunat
jika ditanya harta, nescaya dijawab sekadar untuk melepaskan keperluan kehidupan
namun jika ditanya pada hati
nescaya mereka mengatakan aku hanya insan yang sederhana dan daif disisi Allah
kerana mereka tiada memiliki apa-apa kelebihan yang mahu dibanggakan
namun mereka sudah berada separuh jiwa aulia
jika digilap, nescaya cahayanya memancar ke langit menembusi langit kerahsiaan…

Berhati-hati dalam kehidupan
jangan hanya terpukau pada yang zahir sahaja
indah yang zahir tak semestinya indah yang batinnya
namun…
cahaya kebenaran dan kebatilan hampir sama
disangkanya cahaya tetapi kepalsuan
disangkanya kegelapan tetapi kebenaran
banyakkan selawat pada zaman yang penuh penipuan
agar cahaya Rasul menyelinap dalam jiwamu
dengan cahaya itu engkau dipelihara
dari kepalsuan segala rupa syariat
dari segala penipuan para pelakon-pelakon dunia
sehingga dirimu bertemu
para murabbi yang benar
memimpin tanganmu menanggalkan topeng kepalsuan
menuju kepada kehidupan hakikat
sehingga engkau melihat kebatilan dirimu
banyak bermain-main ditepian pantai
tiada engkau menyelam dalam lautan
jika benar engkau menemuinya
dan engkau akan memakai pakaian hakikat
pakaian para kekasih Allah yang Haq
merekalah pewaris Nabi pembawa kebenaran
bukannya pembawa pada bayang-bayang kepalsuan…

Carilah hakikat
berhentilah bermain bayang-bayang…




Akh..terima kasih..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, May 8, 2012


~ Make Me Strong ~



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Thursday, May 3, 2012

Olla..!!

:) wajah baru..sikit je..
jemput ziarah la yea..

ada iras tak dengan hamba..??
hoho..
penat woo edit ni..


nampak tak ruang kosong sedikit kat sebelah gambar ni kt header tuh..??
teka npe ditinggalkan ruang kosong sedikt..hehe..

ce teka la..mana leh gtaw..nama lagi teka teki.. ^^




Blog Owner :

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Alhamdulillah _Adik Briged_

eish..dah belajar kat IPT pun sibuk lagi dengan kawad sekolah dia tuh..

^_^ 
cici tahu tak..Kawad Kaki..
adalah satu rutin kehidupan di sekolah dulu..
xmudah untuk ditinggalkan bila dah jadi rutin hidup ni..

Alhamdulillah..
sempat untuk menyaksikan pertandingan kawad..
walaupun..
berkesempatan untuk melihat..
Squad Briged Muslimah sahaja..

sebab Squad muslimin dah bertanding lebih awal..
sebelum hamba sempat balik..

masih mengekalkan tempat kedua.. 
^_^
atas sebab spt biasa..

dari zaman hamba lagi..
kami berhadapan masalah yang sama..
sering di anak tirikan..

tapi takpe..
dari zaman berzaman lagi..
kami dah biasa lalui kekalahan yang mungkin..
berat sebelah ni.. :)

Kenapa tak adil dan berat sebelah plak..??

^^ hanya ahli Briged je tahu..siapa kami di sekolah..





^_^
kalian..tetap terbaik di hati hamba..

SEDIA BERBAKTI



Selamanya Briged Bakti..




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Wednesday, May 2, 2012

Alhamdulillah _adik Nasyid_

mungkin..

dah hampir 2 tahun meninggalkan sekolah..

kenangan dan pengalaman..
terus tersemat dihati..

pantang diri ini terluang masa..
rasa ingin sekali berada di sekolah..
dan Alhamdulillah..

Allah bagi kesempatan buat diri..
untuk bertemu mata dengan guru-guru dan adik-adik di sekolah..

tepat pada waktu itu..
musim pertandingan..

pada hari pertama menziarahi sekolah..
sudah disapa guru...

"Afdhal..enta mintak datang yea..tolong tengok adik-adik nasyid ni.."
insyaallah ustazah..

disebabkan Ustazah hamba itu seorang muslimah..
dan seorang ibu serta isteri..
masanya agak kesuntukan untuk memberi sepenuh masa buat pengurusan
dan latihan nasyid..

Ustazah Nazriah namanya..bekas kumpulan nasyid di Mesir..
mempunya suara masyaallah..
sungguh merdu..

banyak ilmu dan lagu-lagu diperturunkan buat kami..

bermulalah saat itu..hamba cuba sedaya upaya untuk membantu ustazah..
agak bimbang diri ni rasa..
sebab..
hamba bukan pandai sangat nak ajar bab2 suara ni..
tapi alhamdulillah..

dengan bantuan-bantuan dari guru lama hamba..
"ABE PA"
dan sahabat2 otai nasyid..

kami sama-sama cuba sedaya upaya memberi yang terbaik..


setibanya waktu pertandingan bertempat di Maahad Muhammadi(L)
^__^
rezeki seperti biasa..
adik-adik dapat tempat ke -3


^__^ tapi hamba puas hati dengan mereka..
mereka dah buat yang terbaik alhamdulillah..

terharu diri dibuat mereka..
pabila..
tiba saat hamba ingin pulang ke rumah setelah selesainya pertandingan..

"abe pedo..ni ambik la satu...hadiah tanda terima kasih"

^__^''

sepanjang bergelar pelajar..
hamba hanya ada satu piala..
kini piala dah jadi dua..

HADIAH DARI MEREKA..

Terima Kasih adik-adikku..
:)

p/s:teringat kenangan bergelar ahli nasyid..sekarang dah tua..
suara pun dah tak sedap..
bersara sudah.. hoho.. ^__^ V

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Result Sem 2_

Bukan ke dah 2 bulan dapat result..??
dah lama dah dapat result ni..
tapi..
disebabkan terlalu kecewa..
hamba berdiam seketika..
orang tanya pun hamba tak jawab..

tapi..bila fikir balik..
:) ini rezeki..

biarlah walaupun rendah..
jangan gelaklah kalau tengok keputusan hamba yang jatuh menjunam..
Cici..jangan gelak..



^__^ 
dari 3.33 menjunam jatuh ke..
2.82..

banyak main nilah padahnya..
tapi papepun..
hamba still bersyukur..
insyaallah sem 3 akan cuba kembalikan prestasi..doakan yea..

Senyum dan ucaplah..
Alhamdulillah..

(ceh..dengan bangga ni post result ni..hehe)

TAHNIAH AFDHAL..LAIN KALI CUBA LAGI.. :)
CICI SUPPORT U..!!


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Saturday, April 14, 2012

D.a.k.w.a.h_Quran dan Hamba(Surah Ibrahim)_

Alhamdulillah..
dan
Assalamualaikum..
waalaikumsalam afdhal..
dah ok ek..??
kalau tak ok..
cici nak bagi ballon ni ha.. :)
^__^ alhamdulillah..
hati dah makin lega sikit sekarang..
mungkin cuti ni kosong sangat..
sebab tuh hamba jadi tak tentu arah emosi..

bila kosong..diri sunyi..
maka terfikirlah segalanya..

Yeah..!! ini baru afdhal..
baru pencinta Syahid..bukan pecinta Syahdu.. :)


Hati lega pun sebab sapaan dari seorang sahabat.. 
alhamdulillah..

kali ni nak berkongsi..
mengenai satu surah yang hamba baru saja akhiri..
SURAH IBRAHIM..

hamba nak kongsikan beberapa ayat yang menyentuh hati hamba..
dan menjadi peringatan buat diri..


Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
IBRAHIM - 3
( berapa ramai manusia sekarang yang suka menghalang manusia menuju jalan agama..?)
itulah hakikat yang berlaku sekarang dalam dunia..terutama bagi pendakwah dan pejuang agama Allah..mereka terus dihalang dan ditentang..
dihalang oleh golongan bergelar islam itu sendiri..
penguasa dengan caranya..
pelajar dengan caranya..
keluarga dengan caranya..
Allahuakbar..Moga Allah menjauh kita dari golongan demikan..
jauh dari kesesatan..


Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras
IBRAHIM - 7
(manusia kini..tidak yakin akan nikmat rezeki itu datang dari Allah..)
mereka mengejar dan mengejar..tapi langsung tidak sedar bahawa datangnya rezeki-rezeki itu kerana Allah..mereka sanggup meninggalkan solat..kerana mencari rezeki..mereka sanggup meninggalkan ilmu agama demi mencari kejayaan dalam bidang yang luas rezekinya..
Allahuakbar..

"perumpamaan orang yang ingkar kepada tuhannya..perbuatan mereka spt abu yang ditiup oleh angin keras yang kencang.mereka tidak kuasa mendatangkan manfaat sama sekali dari apa yang telah mereka usahakan di dunia.Yang Demikian itu kesesatan yang jauh"
IBRAHIM - 18
(orang yang ingkar..)
perbuatannya seolah tak ada nilai..
notim..
zero..
apa yang diusahakan tidak langsum memberi manfaat buatnya..
astaghfirullah..janganlah kita jadi hamba yang ingkar padaNYA..

"..Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya..."
IBRAHIM -22
(itulah tugas syaitan..hanya semata-mata untuk menyesatkan manusia..)
teliti kata-kata syaitan..sungguh Allah dah sampaikan kebenaran buat kita semua...


..Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya..
Ibrahim 34.


diakhir surah Ibrahim..
inilah ayat terakhir yang terkandung dalam surah ini..

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingatan dan diberi nasihat dengannya dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
IBRAHIM - 52 

Al-Quran itu benar-benar menjadi peringatan dan nasihat buat kita..
bacalah Al-Quran...
hadamlah ia hingga ke hati..
walaupun diri ini sukar untuk menghafaz ayatnya..

insyaallah.. :)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V