SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Friday, December 6, 2013

kenapa NARUTO?

Bismillah..
Aku berlindung dari syaitan yang direjam dan golongan yang zalim..

"..afdhal..kenapa naruto.."
bila dilihat kepada isi blog saya dan juga facebook banyak perkara yang saya menjadi latarnya adalah dengan watak NARUTO..

siri anime yang tak habis-habis lagi sampai sekarang..
*sekarang jilid ke 657

bagi yang baru nak mengikuti siri anime ini memang dinasihatkan tak payahlah..
kerana sangat jauh untuk anda mengejar cukup tengok sinopsis je..
dan benar..
saya mengikutinya dari 3-4 tahun lepas lagi..

dari dia seorang kanak-kanak hingga kini sudah capai nak masuk dewasa..
sangat-sangat dekat sebenarnya kisah NARUTO dan AFDHAL.. :)
sinopsis ringkas :

Kisah seorang budak yang bernama Uzumaki Naruto yang kehilangan ibu dan ayah ketika kecil akibat serang raksasa musang berekor sembilan yang menyerang kampungnya dan ketika itu ayahnya seorang HOKAGE"ketua kampung daun" terpaksa korbankan dirinya dan mengurung raksasa itu dalam badan Naruto..dan menyebabkan Naruto membesar dalam keadaan ditakuti dan dibenci ramai...
namun lama kelamaan masyarakat mula menerimanya dan banyak insan-insan telah berubah kerana sikapnya dan kesungguhannya meskipun pada awalnya dia ditolak..

kini dia adalah Hero..

tak cukup anda mengenali NARUTO hanya dengan Sinopsis ringkas ini sebenarnya..hehe..
tapi tak pelah cukuplah tahu setakat itu nak tahu lebih google je..

Bismillah..
antara ciri-ciri Naruto yang sangat dekat dengan saya.. :


1- Naruto tidak dibesarkan Ibu Bapa.
dalam kisah naruto dia seorang yatim piatu dan menyebabkan dia membesar seorang diri dengan bantuan Guru kepada ayahnya Hokage ke 3..
samalah juga seperti saya..walaupun saya bukanlah yatim dari awal tapi saya tidak dibesarkan ibubapa..diambil dari kecil lagi oleh atuk..dan pembesaran seperti itu tidaklah sama dengan pembesaran oleh ibu bapa sendiri menyebabkan saya lebih suka memendam seorang diri ditambah pula tiada adik beradik disisi.dibesarkan pula bersama-sama pak cik-pak cik dan mak cik yakni anak atuk lagilah terasa asing diri kita..


2- Naruto tidak dikenali waktu kecil.
dalam kisah Naruto dia sangat asing di waktu kecil orang kenal dia hanya dengan gelaran musang berekor sembilan..tapi tidak kelihat potensinya..
samalah dengan saya dahulu tika sekolah rendah..guru-guru saya tak lah kenal saya..saya di sekolah rendah hanyalah pelajar biasa yang sungguh orang tak kenal..tidak pernah jadi apa-apa...betul pelajar biasa yang dungu *bahasa kasarnya.

3- Naruto mula menyerlah meningkat remaja.
dalam kisah Naruto bila sudah mencapai remaja dia barulah menyerlah dengan dia push diri dia kedepan lebih banyak untuk buktikan dia mampu..
saya pula begitu juga berada dizaman sekolah menengah barulah saya push diri saya kedepan dan bina kepimpinan diri dan pengaruh..untuk buktikan saya juga mampu kedepan..

4- Naruto suka cari masalah untuk tarik perhatian orang ramai.
:) memang dia suka cari gaduh cari masalah untuk orang nampak dia..saya pun begitulah waktu sekolah suka cari masalah..walaupun dah bergelar pimpinan masih lagi cari masalah..jadi pengawas pun masih lagi kena gunting rambut di hadapan orang ramai..tapi itulah yang menjadi ingatan-ingatan guru dan teman-teman disitu.

ukiran Hokage-Hokage lepas di Konoha
5- Naruto bercita-cita untuk menjadi hokage(Ketua negara Konoha)
saya juga bergitu..bercita-cita untuk memegang tampuk pemerintah MALAYSIA walaupun kadang-kadang orang gelak dan tak yakin dengan saya..tapi itulah hasrat dan impian duniawi saya untuk berada di puncak negara.


6- Naruto kehilangan Jiraiyah(gurunya) ketika baru nak berjaya menjadi ninja hebat.
Naruto ada seorang guru yang mendidiknya menjadi ninja yang hebat..saat orang lain tidak percaya padanya hanya JIRAIYA sahaja yang percaya..walaupun ada sikap-sikap guru dia yang menjengkelkan tapi sangat memberi makna kepada naruto..
samalah seperti saya..guru saya adalah arwah ayah saya..saat saya baru nak mengenalinya..baru nak bina hubungan lebih akrab anak dan ayah selepas hidup tidak bersama..besar-besar camnilah baru fikir tanggungjawab seorang anak..tapi bila melangkah alam kejayaan yang baru iaitu kampus..
ayah saya tak sempat tengok kejayaan itu..

dan banyak lagilah persamaan saya dengan naruto..
sangat-sangat memberi inspirasi kepada saya..
semangat dan persamaan inilah yang menyebabkan saya gemar menjadikan 
NARUTO sebagai gambaran penulisan saya..

dan yang paling saya menarik..
DIA BANYAK MENGUBAH ORANG LAIN DENGAN QUDWAH DAN SEMANGATNYA..
itulah juga yang saya ingin..

:) 

from Ikhwah Otak Kartun..
nampak cam tak kena je gabungan ni.. :p hehe

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

2 comments:

  1. adoi... macam-macamlah. saya pun suka tengok naruto sejak umur 10 tahun, okey. lagi lama... saya juga ada sebab tersendiri mengapa saya suka tonton anime ni... yang penting, ibrah yang kita dapat. hikmahnya. naruto bukan sekadar cerita, anime, tapi watak yang menghidupkan jiwa :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete