SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Saturday, November 23, 2013

Sepertinya Aku Bukan Budak Pengajian Islam

Bismillahirrahmanirahim.
Moga dijauhi Syaitan dan mereka yang zalim.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

baru sahaja berakhir Pilihan Raya Kampus Unisza.
penat lelah bersama jentera sangat berbaloi apabila kesemua calon mahasiswa seramai 5 orang buat fasa pertama ini menang di kerusi masing-masing dengan majoriti 3/4 undi siswa/siswi.
Alhamdulillah.

namun dalam kegumbiraan itu.
lahir satu perasaan dan persoalan dalam hati yang saya tidak mampu untuk memberi jawapan kepada persoalan saya sendiri.


ADAKAH SAYA INI PELAJAR PENGAJIAN ISLAM..?
kenapa persoalan sebegini timbul.

saya sebenarnya takut dan keliru.
adakah benar cara saya mengambil ilmu agama yang Allah berikan kepada.
mungkin cara benar tapi dari sudut amal kepada hasil ilmu agama yang saya keliru.
sebab saya rasa sangat terasing bersama sekumpulan minoriti berbanding majoriti pelajar FKI(fakulti pengajian islam) yang lain.

yeala.
pada saat teman fakulti pengajian islam yang lain sibuk mengejar ilmu,mengejar pengajian bersanad,mencari keberkatan dengan para syeikh dan guru,bertalaqi sana sini.
saya pula sibuk bersama golongan super minoriti pengajian islam dan bukan pengajian islam mencari jalan untuk politik kampus,berkerja untuk calon siswa,tampal poster sana sini 2-3 pagi,melalak bersama teman-teman yang tidak mahu mereka mengambil peluang terhadap mahasiswa di facebook sebagainya dan hati saya tidak meletekkan pula budaya ilmu islam kini yang bertemakan talaqi,ilmu sanad dan mendampingi ulama' sebagai keutamaan buat waktu ini yang mana majoriti teman fakulti saya amalkan..?

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini..?

Pernah sekali saya bertemu kepimpinan pelajar pengajian islam untuk bincang hala tuju pelajar pengajian islam..meminta buah fikiran mereka..meminta mereka menghantar wakil untuk dihantar bertanding Pilihan Raya Kampus namun seruan itu tiada seorang pun yang sahut.benar mereka ada pendirian mereka tapi sampai bila kita ingin berahsia dan berkerja bawah tanah padahal tenaga kita adalah majoriti.

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini...?

dari jemaah siir wa hazaa saya beralih kepada jemaah Ikram untuk meneruskan tarbiyah saya disebabkan hujah-hujah tertentu yang saya tidak dapat menerima dan pendirian bahawa 1 jemaah sahaja yang betul menyebabkan saya terus menolak dan bersama ikram.
suasana tarbiyah disitu dikuasi ikhwah non pengajian islam..mereka berkerja penuh bersemangat...merancang itu dan ini..mutabaah amal jauh lebih qawiey dari teman saya yang berpengajian islam termasuk saya..
ilmu islam mereka umpama mereka pelajar pengajian islam namun hakikat mereka hanyalah kuliah perubatan..hanyalah kuliah software..kuliah biomarine..tapi mereka buat saya kagum..
pada saat itu juga teman-teman yang pengajian islam dalam gerabak dakwah itu masih lagi sibuk meletakkan keutamaan kepada perkara lain..tidak meletakkan tarbiyah sebagai yang utama pada waktu itu..saya menentang arus dan bersama teman-teman non pengajian islam.

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspresikan ini...?

pada satu detik dalam majlis cinta Rasul dengan Qasidah dan Tausiyah yang menjadi minat anak muda sekarang terutama pelajar pengajian islam di universiti saya..pada detik sebegitu pun masih lahir dalam jiwa saya.. "adakah ini yang rasul mahukan?" pada saat saya sakit belakang kerana duduk terlalu lama..saudara seislam saya sakit belakang kerana penat berlari menyelamaatkan diri dari musuh islam..pada saat saya basah pipi dengan peluh kerna kesesakan orang disini..saudara seislam saya basah pipi dengan darah akibat letupan dan tembakan..adakah ini keutamaan agama buat masa ini..

adakah benar kefahaman islam yang saya ekspersikan ini..?

Allah.
mungkin anda lihat penulisan ini sepertinya meletakkan saya lain dari lain..namun hakikatnya jauh dari sudut hati saya..
saya TAKUT.
saya RESAH.
kadang-kadang mengalir airmata memikirkan..
adakah benar jalan dan cara agama yang saya pilih ini..?
kenapa saya melawan arus..?
saya tidak pernah menentang apa yang majoriti kami pengajian islam lakukan..saya tahu apa yang dilakukan majoriti sekarang adalah penting..dan saya lakukan juga..
cuma bagi saya ada yang keutamaan lain yang perlu juga saya beri keutamaan..


adakah benar kefamahan islam yang saya ekspresikan ini..?
hati saya terus keliru.
Moga Allah kurnia saya jawapan.

SEPERTINYA AKU BUKAN BUDAK PENGAJIAN ISLAM




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

3 comments:

  1. Kembali kepada niat dan hadaf ya akh.. cari identiti diri sebenar..
    Berkempen pn jihad.. be yourself yang penting jangan langgar syariat. Carilah Allah.
    Sasuke

    ReplyDelete
  2. bawalah islam di mana2... jika berkempen untuk naikkan calon yang layak & bertujuan untuk membendung kebejatan yang sedia ada drpd melarat.... teruskan... jika tindakan awak ni mendatangkan maslahah yang banyak berbanding mafsadah, x salah... jika mafsadah lebih banyak daripada maslahah, maka tinggalkanlah....

    p/s : cuba cari buku Dr. Basri di library, tajuknya Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru.... cuba baca(kalau nak la).. just suggest you a great book... dr basri terjemah buku tu.. penulis asal sheikh yusuf al-Qaradhawi...

    ReplyDelete
  3. Jom baca.Perkara ni byk berlaku dlm klgn pljr mcm sye..
    http://yuyuizzah.blogspot.com/2013/11/cita-cita-atau-ibubapa.html

    ReplyDelete