~ akh ~
dengarlah nasihat ana..
sebagai seorang abang buat enta..
ana tak nak..
enta mengulangi silap ana akh..
ana tak nak orang melakukan kesilapan seperti mana..
ana sendiri melakukannya..
~hati membisu..meniti hati satu kalam~
akh..ana ada buat silap kah..?
~akh~
izinkan ana..sebagai seorang abang buat enta..
enta kurangkanlah berbicara di alam yang penuh fantasi..
dunia alam maya yang penuh hipokritis..
~kenapa akh~
kalam menjawab..
~akh..~
ana tahu akh sentiasa berbicara mengenai dakwah.mengenai tarbiyah,
mengenai perjuangan.
tapi..
~tapi apa akh~
diri bertanya bersuara...
~akh..~
tanpa kita sedari..kita sebenarnya mula berdakwah..
kerana NAFSU yang mengatakan itu dakwah..
tapi pada hakikatnya..
kita hanya berkerja untuk diri..
~tapi akh..ana tidak pernah berniat begitu~
bibir meniti bicara..
~akh...~
benar...itu yang kita rasa..
tapi tanpa kita sedar..sum'ah sedikit demi sdikit akan menyerang hati kita..
kita tidak sedar akh..
kita merasakan setiap kalam kita diterima manusia..diserapkan dalam hati mereka..
walhal mereka menerima bukan kerana kalam kita..
tapi kerana siapa kita..menerima bukan bermakna tersemat dihati
tapi kerana imej yang sentiasa ditonjolkan kita adalah seorang yang soleh..
menyebabkan diri kita menzalimi diri kita sebenarnya..
ingin ana bertanya pada akh..
~yea Akh~
~akh~
enta yakinkan setiap kata-kata yang enta catatkan di facebook..
enta mampu lakukan ia dengan penuh thabat dan istiqamah..
~tidak akh~
~akh~
berbicaralah dengan kadar semampu diri kita..
kerana bimbang kelak..Allah akan persoalkan..
"Wahai Afdhal..kenapa kamu tidak lakukan apa yang kamu perkatakan"
benar akh..kita mengajak manusia..
tapi disamping itu kita lupa soal hati..
~akh..~
jadi da'ie yang mana dia seorang biasa disisi manusia..
tapi disisi Allah..dia orang yang luar Biasa..
adakah akh rasa dakwah akh diredhai Allah..
~ana tak tahu akh~
~akh..~
seorang ulamak mengatakan..
andai dirimu ingin tahu..dakwahmu itu berdiri atas redha Allah..
ialah pabila kamu...
DIBENCI..
ini soal hati akh..
ana tahu enta buat demi dakwah..
tapi ana bimbang..
enta tersasar dari jalan redha Allah akh..
~hati membisu menahan sebak..~
(allah..siapakah aku sebenarnya disisimu..layakkah aku bergelar daie..)
~Akh~
bacalah satu nukilan disebuah blog..agar akh dapat menyelami maksud ana sebenarnya..
DIPETIK DARI BLOG
WALIDALMALIK.BLOSPOT.COM
Ramai mereka yang dilihat biasa
tapi luarbiasa
ramai mereka yang dilihat luarbiasa
tapi mereka adalah biasa…
Uwais Al-Qarni dilihat biasa
sehingga tiada manusia bumi yang menghiraukannya
tetapi hakikatnya dia adalah luarbiasa
dia dicintai Nabi walaupun tiada menemuinya
dia adalah sebaik-baik tabieen di zamannya
tiada pujian, harta, wanita yang dapat mengugah keimanannya
Dia bagaikan sebuah gunung yang kukuh
pintu langit terbuka untuknya ketika berdoa
Allah sentiasa menghadapkan wajahNya kepadanya dengan penuh cinta…
Al-Bal'am dan Al-Basyisor adalah manusia luarbiasa
kealiman, kewarakan dan karamahnya amat disanjung
segala kalamnya dipatuhi, sang raja tunduk padanya
namun dia adalah manusia biasa di sisi Allah
yang tiada tahan dengan pujian dan kemewahan
yang tiada tahan dengan pujukan wanita
sehingga langit menutup pintu padanya
dan Allah tiada memandang pada wajahnya
melainkan dengan penuh kemurkaan
sehingga ditutup pintu keimanan
akhir kalamnya Dia dalam kekufuran…
Pandangan syariat berbeza dengan pandangan hakikat
Pandangan Allah berbeza dengan pandangan manusia
Rasulullah s.a.w pernah ditegur Allah
kerana menganggap pemuka Quraisy mempunyai nilai
sehingga memalingkan wajahnya yang mulia dari Ibnu Makhtum yang buta
sedangkan di sisi Allah
pemuka Quraisy tiada nilai apa-apa di sisiNya
Ibnu Makhtum itu lebih mulia dan dicintai
lantaran sekeping hati yang mencintai Allah dan Rasul
sekeping hati yang bersih meronta mahu mencari hidayah
sehingga akhirnya Rasulullah Habibullah memahaminya
lalu ditinggalkan majlis pemuka-pemuka Quraisy yang tiada nilai
dikejarnya Ibnu Makhtum yang bernilai di sisi Allah…
Syariat dapat dilakonkan, maka Allah tiada memandangnya
ia hanya tempat nilaian manusia yang rendah nilai pandangannya
hakikat adalah kebenaran dalam qalbu
ia tempat pandangan Allah
ia tempat nilaian Allah
ia adalah diri yang akan dibongkarkan di akhirat
ia tempat pandangan para Arifbillah
mereka melihat dengan pandangan Allah
melihat tiada tertipu dengan ilmu, bicara, kitab dan pakaian sang alim
tiada tertipu dengan ketekunan ibadah para ahli abid
tiada tertipu dengan zikir, cinta, dzauk, kasyaf dan tangisan para ahli tarekah
tiada tertipu dengan dermawan para dermawan
tiada tertipu dengan sifat tawadhu, zuhud, khidmat dan kebaikan
mereka tiada tertipu apa saja yang zahir yang dizahirkan
mereka melihat rupa di sebalik rupa itu
wajah hakikat memadamkan wajah syariat
sang Arif hanya tersenyum
melihat pelakon-pelakon dunia yang hebat lakonannya
bicaranya memuja Allah
sedangkan ia memuja nafsunya
bicaranya mencintai Nabi
sedangkan Dia mencintai dirinya
kelakuannya adalah ibadah
tetapi sebenarnya ia menyembah nafsu ketuhanan dirinya
amalannya seperti ahli sufi
tetapi batinnya bagaikan seperti serigala yang sentiasa mengintai mangsa untuk dirobek dagingnya…
Orang biasa yang luarbiasa
mereka pemilik jiwa orang dicintai Allah
jika ditanya apakah kelebihan mereka
nescaya mereka tiada mengetahui
jika dipuji, nescaya mereka malu menerimanya
jika dalam majlis, datangnya tiada disedari, pulangnya tiada diketahui
jika ditanya ilmu, nescaya mereka hanya mengatakan kadar untuk ibadahnya
jika ditanya amal, nescaya mereka hanya menjawab sekadar yang wajib dan sedikit yang sunat
jika ditanya harta, nescaya dijawab sekadar untuk melepaskan keperluan kehidupan
namun jika ditanya pada hati
nescaya mereka mengatakan aku hanya insan yang sederhana dan daif disisi Allah
kerana mereka tiada memiliki apa-apa kelebihan yang mahu dibanggakan
namun mereka sudah berada separuh jiwa aulia
jika digilap, nescaya cahayanya memancar ke langit menembusi langit kerahsiaan…
Berhati-hati dalam kehidupan
jangan hanya terpukau pada yang zahir sahaja
indah yang zahir tak semestinya indah yang batinnya
namun…
cahaya kebenaran dan kebatilan hampir sama
disangkanya cahaya tetapi kepalsuan
disangkanya kegelapan tetapi kebenaran
banyakkan selawat pada zaman yang penuh penipuan
agar cahaya Rasul menyelinap dalam jiwamu
dengan cahaya itu engkau dipelihara
dari kepalsuan segala rupa syariat
dari segala penipuan para pelakon-pelakon dunia
sehingga dirimu bertemu
para murabbi yang benar
memimpin tanganmu menanggalkan topeng kepalsuan
menuju kepada kehidupan hakikat
sehingga engkau melihat kebatilan dirimu
banyak bermain-main ditepian pantai
tiada engkau menyelam dalam lautan
jika benar engkau menemuinya
dan engkau akan memakai pakaian hakikat
pakaian para kekasih Allah yang Haq
merekalah pewaris Nabi pembawa kebenaran
bukannya pembawa pada bayang-bayang kepalsuan…
Carilah hakikat
berhentilah bermain bayang-bayang…
Akh..terima kasih..
subhanallah.perkongsian yg sgt bmakna.terima kasih,akh.
ReplyDelete