Indahnya
Baitmuslim *muka merah.
.
Indahnya
bila sudah melangkah ke alam baitulmuslim.
Hidup saya
tak sunyi dah..ada makmum yang akan sentiasa bersama saya solat..
Bersama saya
baca Al-Quran..jalan-jalan bersama saya dalam keadaan halal..
Saya betulkan
purdah awak..awak betulkan serban saya..
Kita bercinta
hingga syurga yea wak..! : )
By : Imammu
yang tembam. : )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wooooooooooooo…!!!
: ) jauhnya berangan..
Bismillah..
Itulah
fantasy awang nano nano nano nano nano nano dikalangan para ustaz/ustazah MUDA
yang sakan sangat nak bercinta..nak bernikah..nak bersweet halal style *eh..itu
saya la..
Oh kantoi..itulah
diri dahulu..
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Aku berlindung dari Syaitan yang direjam.
Benar sahabat-sahabat
sekalian akan firman Allah..
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum
lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.
(Ar-Rum: 21)
SAHIH..!!
memang benar BAITULMUSLIM itu adalah tempat yang sangat-sangat indah..! *macam
dah lalui je.
Tetapi bila
kita nak kepada kebaikan…jalan kita tidak semudah itu..bukan sekadar akad
nikah..
“..aku
nikahkan dikau Muhammad Afdhal Bin Ismail dengan si fulanah binti fulan dengan
mas kahwin sehelai kain kapan made in india..sah..?”
Yeah..!!
BAHAGIA..kita akan lalui kisah-kisah yang sweet-sweet yea sayang.. *hantuk muka
ke dinding
Ayat paling
best.. “CINTA KE SYURGA” ..
Bila mana
disebut mengenai Syurga..tiada jalan yang mudah kesana..tiada jalan yang cepat
untuk kesana..perjalanan ini PERIT..kerana Syurga itu indah.
.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)?
(Al-Ankabut : 2 )
KITA TAKKAN
KE SYURGA TANPA IMAN..DAN KITA TAKKAN ADA IMAN TANPA UJIAN..
Bila sebut
UJIAN adakah ia sesuatu yang indah..?
Saya bukan
nak takutkan kalian dengan UJIAN ALLAH..tapi saya nak kita semua sedar bahawa
di dunia ini tidak selamanya INDAH..tambahan pula pabila kita bersama dalam
PERJUANGAN ISLAM..PERJUANGAN AD-DEEN..PERJUANGAN DEMI ALLAH..
Lagi
tercabar BAIT MUSLIM kita..Lagi banyak cabaran BAIT MUSLIM kita..lagi banyak
rintang kita menuju CINTA TILL JANNAH..
Kerana definisi
sebenar BAIT MUSLIM..
Adalah sesuatu
yang lebih BESAR..bukan sekadar untuk menjaga MARUAH DIRI..bukan sekadar untuk
melengkapkan IMAN..seperti mana hadis Rasulullah..
Dari Anas Bin Malik,
Rasululullah bersabda :
Barangsiapa telah menikah
maka ia telah melengkapi separuh agamanya..
Dan hendaklah ia bertaqwa
kepada Allah dalam memelihara separuhnya lagi.
(Riwayat Bukhari,Thabrani
dan Al-Hakim)
Tetapi..
Sebagai salah satu binaan-binaan tangga menuju satu
perubahan ummah yang bermatlamatkan Allah.
KITA NAK BINA HAMBA ALLAH YANG TAAT YANG BERTAQWA DAN
BERIMAN.
NAK BINA JALAN MENUJU SYURGA.. yang seperti saya katakana
sebelum ini..BUKAN INDAH SENTIASA..
“Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia
diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban.
Assyahid Imam Hassan Al-Banna
Kita bernikah..membina bait Muslim
adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kita pada Allah..bukan untuk
bercintan cintun semata-mata..KASIH dan SAYANG suami dan isteri itulah yang
menjadi wasilah untuk capai CINTA ALLAH.
Realiti kini..kita lebih banyak dimomokkan/diSHAREkan
mengenai keindahan-keindahan Baitmuslim/Rumah tangga berbanding HAKIKAT yang
berlaku..
“sedangkan lidah lagi tergigit..inikah
pula suami isteri..” * P.Ramlee skit boh.. :D
Persediaan kita untuk menempuhi jalan
ini amat la penting sahabat-sahabat *macam saya dah kahwin plak.
Usahlah kita letakkan Baitmuslim itu
SEGALANYA INDAH kerana hakikat disebaliknya punya banyak amanah dan beban.
KITA SEDANG BINA TAPAK ISLAM DI DUNIA.
BINA TANGGA MENUJU SYURGA.
Dan ia tidak sesekali MUDAH DAN INDAH..KERANA
yang indah hanya bila kita berjaya capai penghujungnya..
“..Dunia ini penjara bagi orang yang beriman..”
Kita bina baitmuslim di DUNIA..sudah
mesti ada ujian yang sedang menanti..
Nasihat saya kepada sahabat..
“..usah kerap membayangkan keSWEETan
rumah tangga..Usah kerap SHARE dan POST di wall sosial kita akan perkara yang
melibatkan cinta mahupun nikah..kerana ia hanya melarikan kita dari realiti..bukan
kita sahaja..orang yang membacanya juga akan berada diaalam fantasi awan
nano..seperti mana berlaku pada diri saya dahulu..”
Sekali lagi saya cakap..
BAITMUSLIM adalah TAPAK MEMBINA SEBUAH
DUNIA yang ISLAM menjadi USTAZNYA.. :)
Besar tanggungjawab dan amanah..dan
amanah itu bukan INDAH selagi mana belum kita laksanakan ia dengan baik..
BERSEDIA itu lebih baik dari ASYIK
BERCAKAP DAN BERADA DI AWANGAN FANTASI RUMAH TANGGA INDAH AWAN NANO NANO NANO
NANO.. :)
Penulisan ini agak entah pape..sebab
tak ada pengisian ilmu sangat..sekadar nak meingatkan diri kita bersama..
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلَا الضَّالِّينَ
By :
Yang Sedang Bersedia..
Assyahid Afdhal Ismail
(Bekas Presiden Penulis “NAK KAHWIN JE
KEJA” )
Moga Allah Redha.
No comments:
Post a Comment