“..ana doa
entum mati..”
Dengan Nama
Allah yang maha pengasih lagi penyanyang.
Aku berlindung
dari Syaitan yang direjam.
Al-kisah :
Sekumpulan
pemuda dan pemudi asyik mendengar penyampaian oleh seorang murabbi yang punya
pengalaman yang terlalu lama di jalan dakwah..Dengan mukanya yang comel..tak
pernah mengeringkan gusi pemuda dan pemudi tersebut..walaupun topik yang
dibincangkan adalah sesuatu yang serius..
Tiba-tiba dia
mengeluarkan kata-kata..
“..ana doa
entum mati..selepas balik daurah ni..accident..”
Satu ruang
ceramah itu senyap seketika..terkejut dengan statement tersebut..terdetik di
hati para pemuda dan pemudi.. “..celupar tol mulut ustaz ni..”
Lalu dia
melaungkan slogan para pejuang islam yang pernah dilaungkan oleh Imam
Al-Banna..
“..ALLAH GHAYATUNA..”
“..ARRASUL
QUDWATUNA..”
“..ALQURAN
DUSTURUNA..”
“..ALJIHAD
SABILUNA..”
“..ALMAWT FI
SABILILLAH..ASMA AMANINA..!!”
“..adakah
entum lupa pada slogan terakhir kita..?adakah entum takut mati..?..”
*semua membisu seketika.
Lalu disambung..
“kalau entum takut mati..jangan
bercita-cita untuk pergi jauh dalam perjuangan agama Allah..”
*sentap..
The end.(tamat al-kisah je)
Jadi itulah modal perbincangan untuk
penulisan kali ini iaitu..
“..Al-mawt..” atau nama melayunya
“..mati..”
Bila sebut “MATI” pelbagai respon yang
dapat kita lihat..
Ada yang senyap membisu *kerna
takut.
Ada yang buat sempoi ke *kerna
rasa punya waktu lama
Ada yang tersenyum dan menanti
*kerna merindukan pertemuan dengan Allah.
Manakah kita..?
Reality saya sendiri ketiga-ketiga diatas
saya merasai kerana yang mempengaruhi 3 perkara diatas adalah..
..“IMAN”..
IMAN DIMANA..? DI HATI <3
“Hati dinamakan ‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat
berubah. Hati itu bagaikan bulu (ayam) yang tergantung di atas sebuah pokok,
yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan
bahagian bawah terbalik ke atas.”
(HR Ahmad)
(HR Ahmad)
Sebagai
manusia memang hakikat kita tidak dapat lari dari kekuatan dan kelemahan ada
waktu iman kita kukuh berdiri ada waktu iman kita gugur longlai
Ada
kalanya ia naik meninggi..adakalanya ia menurun menjunam..itulah hakikat iman
makhluk bernama manusia.
Akan
tetapi memang MATI ini satu yang pasti.. “..kenapa entum takut mati..?sedangkan
ia sesuatu yang tidak dapat entum lari dan ia pasti…?apa salah ana doa entum
sedemikian..? “ *bicara murabbi kedengaran.
“..Tiap-tiap umat
mempunyai ajalnya yakni batas waktunya,maka apabila telah datang waktunya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak dapat pula
memajukannya..”
Al-A’raaf:34
Tanpa
kita sedar sebenarnya kita sudah ada penyakit wahan.
Yang
disampaikan Rasulullah menerusi hadis :
Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka
'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka
Maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'
Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"
Bila
ditanya pada diri kita .. “..adakah kita mahu syahid..??”
Dengan
semangatnya kita menjawab.. “..yea..!! kami mahu syahid..!!”
Tapi
bila mana didoakan.. “..ana doa entum mati accident..”
Kita
marah.. “..apa ni..!! celuparnya mulut..”
Itulah
sisa wabak wahan yang masih ada dalam diri kita termasuk yang menulis ini.
Namun..kita
harus sedari sejauh mana kita lari dari kematiaan kita tak akan dapat lari
walau sesaat.
“..katakanlah sekiranya
kamu berada dirumahmu,nescaya orang yang telah ditakdirkan akan mati
terbunuh..akan keluar juga ke tempat mereka terbunuh..”
Al-Imran:154
Nampak.!!
Kalau
kita yakin pada hakikat kekuasaan Allah nescaya kita akan redha untuk mati dan
kita akan berusaha untuk mati dalam keadaan husnul khotimah.
Kenapa
kita masih lagi takut pada perkara yang pasti akan datang kepada kita..?
Ini
kerana kekuatan IMAN kita yang mempengaruhinya.
Benar..saya
juga merasai apa yang saya tulis ini.
Bila
waktu saya rasa saya sangat-sangat dekat pada Allah..hadir satu perasaan..
“..kalaulah
aku mati waktu ini..aku redha..dan aku bahagia..”
Sebab
keimanan pada waktu itu meyakinkan kita pada SORGA yang INDAH.
Menyebabkan
diri tidak sabar-sabar untuk mendapatkan janji Allah..
Namun
bila waktu yang lain..rasa sangat takut untuk mati..
Kerana
merasakan diri belum bersedia..kenapa..??
Kerana
HATI ini jauh dari Allah dan menyebabkan lunturnya keyakinan kita untuk
mengadap Allah Azza Wa Jalla..
Wahan
itu adalah wabak virus yang sangat membahayakan.
Andai
ciri-ciri Wahan itu ialah “ CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI “
Kita
harus ubati dengan “ CINTAKAN AKHIRAT DAN BERSEDIA UNTUK MATI “
Menyebut
soal persediaan untuk mati..
Teringat
satu hadis Rasulullah yang semua orang tahu..
Daripada Umar R.A
katanya : pernah ditanyakan pada Rasulullah S.a.w..
“siapakah orang mukmin
yang paling cerdik?”
Baginda menjawab :
“..orang yang paling
banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya menghadapi masa
sesudahnya..mereka itulah orang-orang yang cerdik..
HR IBN MAJAH
Dalam
hadis ini..
Dua
konsep yang disatukan dalam satu nilai..
Iaitu
INGAT dan SEDIA..
Ramai
dikalangan kita memang sentiasa INGAT pada kematian..akan tetapi tidak
melakukan persediaan seolah-olah TIDAK AKAN MATI.
Contoh
“ aku nanti dah habis SPM nak sambung oversea..kerja besar..kahwin dengan doctor..pastu
buat rumah..bla bla bla..”
Tiada salahnya
dalam merancang KEHIDUPAN kerana itu satu perkara yang penting..
Yang salahnya bila
tidak merancang KEMATIAN kerana itu lebih penting..
Hidup
tidak pasti kemana..
Tapi
mati pasti menjelma..
So
yang mana lebih mudah untuk dirancang..?? sudah pasti yang PASTI.. ^_^
Pasanglah
dalam diri kita untuk Mati dengan pengakhiran yang baik..
Dan
sebaik-baik kematian adalah Mati Syahid..
Sentiasalah
Memohon pada Allah untuk dimatikan sebaiknya dan yang lebih afdhal(bukan saya)
ialah berdoa untuk bertemu syahid..dengan sebenar-benar syahid..
Yakinlah
Allah akan kurniakan kepada kita SYAHID bila kita NAK SANGAT-SANGAT pada
SYAHID..
Berdasarkan
kisah Saifullah Khalid Al-Walid :
Ketika
beliau sedang nazak diatas katil lalu berkatalah beliau..
“..sesungguhnya aku
telah menyertai lebih kurang seratus peperangan.Tidak ada suatu tempat pun
daripada badanku walaupun sekadar sejengkal melainkan padanya terdapat kesan
tetakan pedang ataupun tikaman lembing ataupun tusukan anak panah.adakah begini
aku meninggal diatas katilku tanpa peperangan seperti mana matinya seekor
unta..??tidak dapat tidurlah mata-mata(alangkah ruginya orang yang penakut..!!”
Bila sangat kecewa kerana tidak
dikurniakan syahid..namun dibacakan pada beliau hadis Nabi..
Rasulullah s.a.w.
bersabda yg bermaksud :
Nabi Muhammad bersabda: 'Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya'
Nabi Muhammad bersabda: 'Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya'
HR Muslim, Abu Daud,
Tarmizi Nasai dan Ibnu Majah.
Lalu wafatlah panglima islam yang
menghancurkan Rom dan Parsi.
Nice
ending kan..?
So
kita tak nak mati syahid..?
(Dan juga) mereka
bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan
kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai
(saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih
tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu)
bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)
terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(A-Imraan:170)
Hidup di dunia tidak seabadi
diakhirat :)
Dan sesungguhnya orang yang mati
dijalan Allah(syahid)
Sebenarnya tidak mati..
'Dan jangan sekali-kali
engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah
itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di
sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki'
(A-Imraan:169)
Kita
duk stress dengan exam..dengan cari rezeki..nak kahwin..nak jaga anak..
Diorang..??
^_^
bergumbira di Jannah Allah..
Tak
mahu kita untuk mati..?
Ayuhlah
kita bersedia..
Ingatlah..
“..MATI ITU PEMUTUS
SEGALA RESAH DUNIA DAN MENYAMBUNG KEPADA RAHMAT DAN KEBAHAGIAAN HAKIKI..”
Saya juga ingin doakan kalian
yang baca ini pun MATI..
Dengan MATI SYAHID..
Doakan saya juga.. :)
Amen..
اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ
by : Afdhal Ismail
saya nak masuk sorga sambil pegang tangan awak. :)
No comments:
Post a Comment