SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Tuesday, August 19, 2014

Tarbiyah? Krik Krik Krik..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kasih
Aku Berlindung dari Syaitan dan Anasirnya yang direjam

Akhi..
dengar kata ikhwah kita kena kutuk sebab pendirian politik dia berbeza?
tulah..mereka tak kenal sapa sebenarnya ikhwah kita tuh suka hati jee..bla bla bla bla..

Akhi..
tarbiyah kita macam mana?daurah dan bahan tarbiyah kita macam mana?
~krik krik krik krik


REALITI IKHWAH PADA HARI INI

Hairan sebenarnya dengan situasi pada hari ini,para ikhwah yang berpumpang pumpang tentang hak tarbiyah mereka dan takungan mereka kini dianggap sebagai orang yang BANYAK CAKAP DARI BEKERJA malah dikatakan JUMUD dan para ikhwah yang maju kedepan banyak cakap soal politik dan isu semasa adalah ikhwah YANG MAJU KEDEPAN.Tidak pernah saya menolak soal Politik dan Isu Semasa malah menjadi kewajipan seorang Al-Akh untuk Sentiasa cakna dan peka isu berkaitan namun yang menjadi permasalahan ialah bila yang asas tidak lagi menjadi FOKUS UTAMA.

umpama BANGUNAN MAKIN TINGGI PADA SAAT TAPAK KIAN REKAH apa mungkin akan berlaku kelak?
benar-benar bangunan yang tinggi pasti akan dikenali dan dilihat orang tapi yang membahayakan adalah orang yang didalam bangunan tersebut yang asasnya kian merekah.Tenaga untuk menambah ketinggian itu ramai tapi tenaga yang ingin menjaga dan memperbaiki asas itu sangatlah sikit.

Tarbiyah dilaungkan para ikhwah kini tiada beza lagi dengan Dakwah walhal konsep ini sangat berbeza namun tidak dapat terpisah.Badan Badan Ikhwah yang sepatutnya menjadi pintu Tarbiyah atau ikhwah di Indonesia memanggil badan-badan mereka adalah PERANGKAP TARBIYAH kini tidak lain tidak bukan hanya DAKWAH yang sentuh dan tinggalkan atau TOUCH AND GO seperti Contoh,Kelab Sukarelawan Palestin yang dikerahkan turun untuk mengutip tabung atau flashmob sepatutnya menjadi medan kepada Tajmik/Pengumpulan dan menyusun baik aktiviti kelab dengan unsur tarbawi atau takwin yang diadjust kearah jiwa sukarelawan Palestin agar mereka tidak hanya menjadi manusia yang hebat akan isu Palestin,Turun sana sini tapi juga akan MELAHIRKAN orang yang sebegitu juga kelak.

Namun Apa yang terjadi hari ini?
Tika isu Palestin kita cari manusia baru dan selepas isu itu kita biarkan mereka atau situasi dua ikhwah-ikhwah yang bertanggungjawab di tempat lain jugalah yang perlu turun bersama..
dialah IKHWAH IPT..dialah IKHWAH REMAJA..dan dialah IKHWAH PALESTIN dan dialah SEGALANYA namun kita tidak pernah merasakan kita KEKURANGAN TENAGA malah sentiasa rasa bangga dengan kehebatan ikhwah yang sanggup berkorban bersama dan melabel ikhwah yang tidak bersama adalah ikhwah yang FUTUR malah tidak langsung berfikir untuk berkerja menambah tenaga tapi lebih selesa menanti tenaga yang dibina orang lain.

Maka Apa Beza DAKWAH seorang IKHWAH dengan DAKWAH seorang AMMAH?
apa nilai TARBIYAH yang ada dalam seorang IKHWAH terhadap cara DAKWAH mereka?
dalam muqadimah buku MUNTALAQ karya Ahmad Arrasyid menyebut :

"..Untuk menyelesaikan masalah dunia islam hari ini sebenarnya tidak perlu kepada berpindahnya lebih ramai orang yang lalai dan menyeleweng kepada islam tetapi apa yang lebih diperlukan dari itu ialah MENYEDARKAN DENGAN CEPAT mereka yang sudahpun berpegang dengan islam,membangkitkan himmah mereka dan memperkenalkan kepada mereka Toriq Amal Dan Fiq Dakwah.."

ini adalah fokus bagi seorang al-akh.Macam mana dengan orang yang lalai dan menyeleweng takkan nak biar gitu je akhi?
tidak pernah kita meninggalkan mereka malah kita sebenarnya membantu mereka dengan menyedarkan orang yang sudah komit dengan islam akan toriq amal dan fiqh dakwah.Bila mana kita melahir MUKMIN yang HIDUP dan FAHAM maka percayalah Sekelilingnya akan di ISLAHKAN seperti mana ungkapan yang kita pernah denganr dari Al-Banna :
"..bangkitlah islam dalam diri kamu..nescaya akan bangkit islam di sekeliling kamu.."

Begitu juga Kata Syed Hawwa dalam bukan IFAQI TA'LIM
"..dimana adanya rijal dengan kefahaman dan pemikiran albanna..pasti akan hidup komuniti disitu.."

namun ia tidak berlaku sebegitu kerana TERLALU RAMAI MUSLIM KOMIT yang tidak HIDUP menyebabkan ISLAM RAHMATAN LIL ALAMIN juga tidak MENYUBUR.Dan Dalam kita menghidupkan MUSLIM YANG KOMIT itu perlunya kepada 3T dan 3T :

Tilawah Tazkiyah dan Taalim = TARBIYAH
dan
Takrif Takwin dan Tanfiz = MANHAJ DAKWAH

dan seorang AL-AKH sepatutnya menjadikan setiap amal mereka berpandukan kepada 3T ini namun sebaliknya berlaku.Al-Akh kini lebih gemar mengikut langkah Dakwah seorang AMMAH dari mengikut konsep DAKWAH seorang IKHWAN.Segala amal kini berbentuk TAKRIF tiada TAKWIN dan TANFIZ..segala amal kini berbentuk TAALIM tiada TAZKIYAH DAN TILAWAH..akhirnya..
PIRAMID DAKWAH kian MENGECIL seterusnya akan ROBOH..
akhi..dakwah sudah terlalu ramai orang buat+orang tak ikut tarbiyah pun boleh buat dakwah..
tapi orang buat TARBIYAH mana??

bila ini dibaca oleh IKHWAH mungkin ada yang akan kata..
"..ENTA JUMUD.."
walhal ini bukan soal menyempitkan TARBIYAH ini soal ASAS yang kian merekah..

saya rindu akan suasana bila mana berbincang dengan ikhwah apa yang dibincang ialah "..macam mana mad'u enta.." "..tarbiyah macam mana.." "..bahan apa dah dikuasi.." "..hadis dah hafal berapa.." "..usrah jalan ke tidak.." tapi kini..
"..politik.." "..program masyarakat.." "..sukan.." 
malah bila bersuara "..LAMA DAH TAK DAURAH KAN KITA?"
semua akan membisu diam terpaku..KRIK KRIK KRIK..

tapi bila mana "..Sapa nak Join Sukan?" "..Jom Makan.." "..Jom Kutip Tabung.."
FASTABIQUL KHAIRAT DIAMALKAN..

Kita banyak sembang dan bercita-cita besar dari menyediakan orang yang akan menggalas cita-cita yang besar itu.kita terlalu sibuk menyusun sistem yang besar dari menyediakan penggerak sistem yang ramai.Kita terlalu mengejar dikenali masyarakat daripada menyediakan individu muslim harapan masyarakat..bagaimana MARATIB AMAL untuk akan melangkah kukuh andai asas kian rapuh?

adakah kita antara AL-AKH yang bila mana SOAL TARBIYAH..
kita akan KRIK KRIK KRIK..
Allah Jauhkan kami dari Perkara Yang Tidak Awla Bagi Kami

رَبَّنَا وَٱبۡعَثۡ فِيهِمۡ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَيُزَكِّيہِمۡ‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
AlBaqarah-129


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment