SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Monday, December 17, 2012

Rukun Impian : IMAN



Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari Syaitan Yang Direjam.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari penyakit-penyakit hati yang merosakkan amalku.

            Alhamdulillah.. setelah hati mencari-cari waktu..”bilakah hati ini benar diredhai Allah untuk menukilkan sedikit coretan perkongsian buat sahabat” kini Allah berikan. Syukur pada Allah.
AKU PUNYA CITA-CITA dan IMPIAN.
namun..BAGAIMAN AKU INGIN MENCAPAINYA.


            Bila mana disebut mengenai CITA-CITA maka bermain difikiran kita berjuta-juta impian dan cita-cita termasuk diri saya sebab saya pun masih muda lagi ok… :D sudah menjadi lumrah buat jiwa berdarah muda ini mempunya pelbagai impian dan cita-cita yang ingin mereka capai.Namun kadang-kadang impian itu tidak tercapai dan kadang-kadang ia tercapai namun merosakkan diri nauzubillah mohon kita semua dijauhkan.

            Saya nak berkongsi la sedikit kefahaman dan ilmu-ilmu yang saya terjumpa ditepi jalan menuju jalan syurga yang panjang lagi sukar ini.bila mana disebut soal PEMUDA anda,dia dan saya..serta pakcik dan makcik yang baca nukilan ini juga layak bergelar PEMUDA andai dalam diri mereka punya cita-cita dan impian yang beribu.

            Kembali soal BILA MANA DISEBUT PEMUDA..maka saya nak kaitkan sedikit…yeke sedikit..silap3..nak kaitkan BANYAK dengan RUKUN PEMUDA yang Disusun Assyahid IMAM HASSAN AL-BANNA. Yang Mana Tercatat dalam RUKUN PEMUDA itu 4 perkara :

1-Keimanan      2-Keikhlasan    3-Semangat    4-Usaha.

            Dari 4 Rukun Pemuda ini saya cuba kaitkan pada CITA-CITA dan IMPIAN kita sebagai Seorana Pemuda ISLAM. Apa kaitan 4 rukun pemuda ini dengan Cita-Cita dan Impian seorang PEMUDA..?

            Ayuh kita bergosip sop sep.. ^^
Yang pertama ayuh kita lihat pada RUKUN pertama iaitu KEIMANAN.kenapa KEIMANAN dengan IMPIAN itu satu ikatan..? Sabarlaa..nak habaq mai la nih.. ;) Bila mana disebutkan KEIMANAN maka ia berkait dengan Soal Hati.dan bila mana ia sebut SOAL HATI maka teringatlah kita pada Hadis Rasulullah yang sangat Femes dan Ohsem dan sepatutnya menjadi tatapan Manusia di dunia berbanding dengan GANGNAM STYLE yang merosakkan manusia.apa hadisnya.?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Ooohh Hadis ni..tahu..tahu..biasa dengar dah..
Namun dengar itu tidak mencukupi andai ia tidak benar masuk kedalam hati kita.apa kaitannya dengan IMPIAN dan CITA-CITA?
           
            Bila mana Impian dan Cita-Cita yang datang dari hati yang BERIMAN nescaya perjalanan menuju CITA-CITA itu dibantu oleh ALLAH.. :) kerana Syarat untuk dibantu Allah adalah HAMBAnya itu seorang yang BERIMAN. Berdasarkan Buku “AL-Ghuraba’ by Yusuf Al-Qardhawi” tercatat di situ SYARAT UNTUK DIBANTU ALLAH ialah ANDA PERLU BERIMAN kerana berdasarkan beberapa potongan ayat Al-Quran :

“Dan Ingatlah..Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Malaikat – Sesungguhnya Aku bersama kamu(memberi pertolongan) maka tetapkanlah hati orang orang yang BERIMAN “ Al-Anfal 12

Jap..jap..ada lagi..

“Allah taala menurunkan Sakinah(ketenangannya kepada Rasulnya dan Para MUKMININ”
At-Taubah 29

Satu lagi.. :) biar anda yakin..bahawa bila mana kita BERIMAN makan Allah kurniakan pertolongannya.
“ DIAlah yang menguatkan kamu dengan pertolongannya dengan sokongan orang-orang yang BERIMAN” Al-Anfal 62.

(-_-)/ saya nak tanya ni..habis tuh tengok orang bukan islam ramai yang Berjaya dalam cita-cita dan impian mereka…?
Saya ceritakan disini adalah untuk kita jadikan IMPIAN dan CITA-CITA yang kita kehendak itu satu perkara yang akan menjadi saham kita di akhirat CITA-CITA yang mendekatkan kita pada SYURGA.
Mungkin Orang bukan islam Berjaya dalam Cita-Citanya namun di akhirat mereka tidak pasti Berjaya selagi belum beriman.dan kita sebagai muslim perlu ada PERBEZAAN :) kerana kita ummah yang SPECIAL EDITION ^_^kerana kita ada AD-DEEN agama yang menjadi cara HIDUP KITA..AD-DEEN inilah yang saya ingin serap dalam IMPIAN dan CITA-CITA kita berdasarkan satu hadis .

“Bila mana Allah turunkan nikmat dunia..dia akan berikan pada kesemua hambanya yang dicintainya mahupun tidak..namun Bila mana Allah turukan Nikmat AGAMA..dia hanya akan turunkan pada Hamba yang dicintainya” HR Ahmad.

AGAMA itulah yang kita nak serap dalam kehidupan kita.Kembali kepada soal KEIMANAN dan IMPIAN.
Kekuatan iman itu amatlah diperlukan untuk kita melangkah mencapai IMPIAN kita kerana disitulah punca KEKUATAN kita dan REDHAnya ALLAH.
Kerana itulah Perjuangan Rasulullah sebelum dianugerahkan mereka DAULAH ISLAM yang pertama iaitu MADINAH apa yang ditekankan Rasulullah bukan soal ekonomi mahupun langkah-langkah..namun ia FOKUS kepada pembinaan IMAN dalam diri SAHABAT-SAHABAT seterusnya IMAN itu membentuk Kehidupan mereka dan akhirnya EKONOMI mereka kerana ALLAH.PENTADBIRAN mereka kerana ALLAH.CITA-CITA mereka kerana ALLAH kerana itu mereka teguh dan kuat kerana apa..?
BANTUAN ALLAH KEPADA ORANG YANG BERIMAN.

Jadi Untuk kita mulakan langkah mencapai CITA-CITA dan IMPIAN kita..
Sama ada Jutawan,mahunpun Doktor,Mahupun Ustaz,Mahupun Jurutera.
ASAS UTAMA adalah KEIMANAN.

Itu baru yang pertama.ada 3 lagi yang saya akan cuba huraikan.
Insyaallah next Post andai ALLAH redha. ;)
Jom Kita bina KEIMANAN kita.kerana itu ASAS KEKUATAN IMPIAN dan CITA-CITA kita.

To be continued. :)
Assyahid Afdhal Ismail
Terengganu.
0511 (17/12/2012-4Safar1434H)


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment