hamba ingin kongsikan..
satu pengalaman yang mungkin bagi hamba..
satu petunjuk kuasa Allah..
beberapa malam ini..
hamba mempunyai masalah hati..
jiwa rasa kosong dan sayu sentiasa..
atas rasa itu..
hamba ingin ubati hati hamba dengan Tahjud..
sudah lama hamba ingin bertahjud dan sudah lama juga hamba tinggalkan ia..
astagfirullah..
disaat malam hamba ditemani airmata dan kesayuan..
hamba memohon pada Allah..
"Ya Allah..izinkan aku menemui mu pada 1/3 malam"
dengan penuh keinginan dan harapan..
dan pada kali ini..
hamba tidak kunci jam..mahupun menyuruh sahabat hamba kejutkan..
kali ini..hamba benar-benar letak pada KEYAKINAN..
yang Allah yang membangkitkan Hamba..
bukan JAM..
sebelum ini dah berkali hamba kunci jam..
untuk bangkit pada 1/3 malam..
tetapi tidak pernah terbangun..
malah tidak didengari bunyi jam itu..
pada malam itu..
hamba tidur dengan penuh
KEINGINAN untuk bermadah kasih dengan Allah..
dengan penuh
KEYAKINAN yang Allah akan membangkitkan hamba..
hati hamba benar-benar ingin ubat dari Maha Kasih
tepat jam 4.00pagi..
hamba terjaga..disebabkan seekor NYAMUK..
bukan JAM..
hamba masih lagi tidak sedar sepenuhnya..
namun..NYAMUK itu terus menggigit..
seolah-olah..cuma mengejutkan hamba pada malam itu...
lalu hamba bangun..
terlintas di hati hamba..
"Kali ini..Allah benar-benar pilih aku untuk berkasih dengannya.."
lalu aku bangun dan BERKASIH dengan PENCIPTA..
itulah sebenarnya yang perlu ada dalam diri seorang muslim..
KEINGINAN untuk melakukan perkara baik..
dan
KEYAKINAN sepenuh harapan pada Allah..
disebabkan..
inginkan bertahjud..
dan menyerahkan 100% keyakinan bahawa Allah la yang berkuasa..
mengejutkan hamba..
akhirnya melalui sang nyamuk..
ALLAH membangkitkan hamba..
sahabat..
YAKINLAH..
semuanya..
ADALAH KUASA ALLAH..
^___^
No comments:
Post a Comment