SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Monday, January 16, 2012

d.a.k.w.a.h _Quran n me 2 (Surah As-Syarh)

Setelah malam hamba..
dihimpit kesedihan melanda..
rasa diri mula berputus asa..
melihat reaksi sahabat..dan senior..
yang amat sukar untuk memahami hamba..

Allah memilih hamba untuk mengadu padanya..
alhamdulillah..

selesai solat subuh bersama sahabat ana Ibnu Jaafar..
ketika solat..merasakan banyak surah juz amma..
yang hamba jarang baca di dalam solat..

dan selepas solat..
terdetik dalam hati hamba..
untuk kembali panaskan bacaan-bacaan surah Juz Amma..

lalu hamba bukalah Al-Quran Terjemahan Darul Iman Berwarna Biru..

satu lagi kuasa Allah..
selepas petunjuknya sebelum ini melalu Surah Taha..

kini Surah As-Syarh pula menjadi perantaraan Allah..
dalam menghilang resah dan sedih hambanya..

Benar..
Allah MAHA PENYANYANG..

hamba mula membacakan..
maksudnya.

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu,
2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
3. yang memberatkan punggungmu.
4. dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
5. karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Terketuk hati hamba bila membaca ayat 5 hingga 6..
Allah mengulang dua kali ayat itu..
 SESUDAH KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN..

terasa dalam diri..seolah-olah kalam Allah ditujukan terus kedalam hatiku..
ALLAHUAKBAR..

betapa sayangnya Allah pada hambanya..
hamba sungguh bersyukur..diberi jawapan terus dari Allah..
melalui kalam2nya..

alhamdulillah..
terima kasih Allah..

benarlah..Al-Quran itu segalanya..



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment