Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi
pengasih.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari Syaitan
Yang Direjam.
Dengan Nama Allah aku berlindung dari
penyakit-penyakit hati yang merosakkan amalku.
Alhamdulillah..
setelah hati mencari-cari waktu..”bilakah hati ini benar diredhai Allah untuk
menukilkan sedikit coretan perkongsian buat sahabat” kini Allah berikan. Syukur
pada Allah.
AKU PUNYA CITA-CITA dan IMPIAN. namun..BAGAIMAN AKU INGIN MENCAPAINYA. |
Bila
mana disebut mengenai CITA-CITA maka bermain difikiran kita berjuta-juta impian
dan cita-cita termasuk diri saya sebab saya pun masih muda lagi ok… :D sudah
menjadi lumrah buat jiwa berdarah muda ini mempunya pelbagai impian dan
cita-cita yang ingin mereka capai.Namun kadang-kadang impian itu tidak tercapai
dan kadang-kadang ia tercapai namun merosakkan diri nauzubillah mohon kita
semua dijauhkan.
Saya
nak berkongsi la sedikit kefahaman dan ilmu-ilmu yang saya terjumpa ditepi
jalan menuju jalan syurga yang panjang lagi sukar ini.bila mana disebut soal
PEMUDA anda,dia dan saya..serta pakcik dan makcik yang baca nukilan ini juga
layak bergelar PEMUDA andai dalam diri mereka punya cita-cita dan impian yang
beribu.
Kembali
soal BILA MANA DISEBUT PEMUDA..maka saya nak kaitkan sedikit…yeke
sedikit..silap3..nak kaitkan BANYAK dengan RUKUN PEMUDA yang Disusun Assyahid
IMAM HASSAN AL-BANNA. Yang Mana Tercatat dalam RUKUN PEMUDA itu 4 perkara :
1-Keimanan 2-Keikhlasan 3-Semangat 4-Usaha.
Dari
4 Rukun Pemuda ini saya cuba kaitkan pada CITA-CITA dan IMPIAN kita sebagai
Seorana Pemuda ISLAM. Apa kaitan 4 rukun pemuda ini dengan Cita-Cita dan Impian
seorang PEMUDA..?
Ayuh
kita bergosip sop sep.. ^^
Yang pertama ayuh kita lihat pada RUKUN pertama iaitu
KEIMANAN.kenapa KEIMANAN dengan IMPIAN itu satu ikatan..? Sabarlaa..nak habaq
mai la nih.. ;) Bila mana disebutkan KEIMANAN maka ia berkait dengan Soal
Hati.dan bila mana ia sebut SOAL HATI maka teringatlah kita pada Hadis
Rasulullah yang sangat Femes dan Ohsem dan sepatutnya menjadi tatapan Manusia
di dunia berbanding dengan GANGNAM STYLE yang merosakkan manusia.apa hadisnya.?
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia
itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota
badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah
seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan
Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Ooohh
Hadis ni..tahu..tahu..biasa dengar dah..
Namun
dengar itu tidak mencukupi andai ia tidak benar masuk kedalam hati kita.apa
kaitannya dengan IMPIAN dan CITA-CITA?
Bila mana Impian dan Cita-Cita yang
datang dari hati yang BERIMAN nescaya perjalanan menuju CITA-CITA itu dibantu
oleh ALLAH.. :) kerana Syarat untuk dibantu Allah adalah HAMBAnya itu seorang
yang BERIMAN. Berdasarkan Buku “AL-Ghuraba’ by Yusuf Al-Qardhawi” tercatat di
situ SYARAT UNTUK DIBANTU ALLAH ialah ANDA PERLU BERIMAN kerana berdasarkan
beberapa potongan ayat Al-Quran :
“Dan
Ingatlah..Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Malaikat – Sesungguhnya Aku bersama
kamu(memberi pertolongan) maka tetapkanlah hati orang orang yang BERIMAN “
Al-Anfal 12
Jap..jap..ada
lagi..
“Allah
taala menurunkan Sakinah(ketenangannya kepada Rasulnya dan Para MUKMININ”
At-Taubah
29
Satu
lagi.. :) biar anda yakin..bahawa bila mana kita BERIMAN makan Allah kurniakan
pertolongannya.
“
DIAlah yang menguatkan kamu dengan pertolongannya dengan sokongan orang-orang
yang BERIMAN” Al-Anfal 62.
(-_-)/
saya nak tanya ni..habis tuh tengok orang bukan islam ramai yang Berjaya dalam
cita-cita dan impian mereka…?
Saya
ceritakan disini adalah untuk kita jadikan IMPIAN dan CITA-CITA yang kita
kehendak itu satu perkara yang akan menjadi saham kita di akhirat CITA-CITA
yang mendekatkan kita pada SYURGA.
Mungkin
Orang bukan islam Berjaya dalam Cita-Citanya namun di akhirat mereka tidak
pasti Berjaya selagi belum beriman.dan kita sebagai muslim perlu ada PERBEZAAN
:) kerana kita ummah yang SPECIAL EDITION ^_^kerana kita ada AD-DEEN agama yang
menjadi cara HIDUP KITA..AD-DEEN inilah yang saya ingin serap dalam IMPIAN dan
CITA-CITA kita berdasarkan satu hadis .
“Bila
mana Allah turunkan nikmat dunia..dia akan berikan pada kesemua hambanya yang
dicintainya mahupun tidak..namun Bila mana Allah turukan Nikmat AGAMA..dia
hanya akan turunkan pada Hamba yang dicintainya” HR Ahmad.
AGAMA
itulah yang kita nak serap dalam kehidupan kita.Kembali kepada soal KEIMANAN
dan IMPIAN.
Kekuatan
iman itu amatlah diperlukan untuk kita melangkah mencapai IMPIAN kita kerana
disitulah punca KEKUATAN kita dan REDHAnya ALLAH.
Kerana
itulah Perjuangan Rasulullah sebelum dianugerahkan mereka DAULAH ISLAM yang
pertama iaitu MADINAH apa yang ditekankan Rasulullah bukan soal ekonomi mahupun
langkah-langkah..namun ia FOKUS kepada pembinaan IMAN dalam diri
SAHABAT-SAHABAT seterusnya IMAN itu membentuk Kehidupan mereka dan akhirnya EKONOMI
mereka kerana ALLAH.PENTADBIRAN mereka kerana ALLAH.CITA-CITA mereka kerana
ALLAH kerana itu mereka teguh dan kuat kerana apa..?
BANTUAN
ALLAH KEPADA ORANG YANG BERIMAN.
Jadi
Untuk kita mulakan langkah mencapai CITA-CITA dan IMPIAN kita..
Sama
ada Jutawan,mahunpun Doktor,Mahupun Ustaz,Mahupun Jurutera.
ASAS
UTAMA adalah KEIMANAN.
Itu
baru yang pertama.ada 3 lagi yang saya akan cuba huraikan.
Insyaallah
next Post andai ALLAH redha. ;)
Jom
Kita bina KEIMANAN kita.kerana itu ASAS KEKUATAN IMPIAN dan CITA-CITA kita.
To be continued. :)
Assyahid Afdhal Ismail
Terengganu.
0511 (17/12/2012-4Safar1434H)
No comments:
Post a Comment