Aku dan Palestin: Mimpi ke 3
Dengan Nama Allah yang maha
pemurah lagi pengasih.
Dengan Nama Allah aku berlindung
dari Syaitan Yang Direjam.
Dengan Nama Allah aku berlindung
dari penyakit-penyakit hati yang merosakkan amalku.
Allahummasollia a’la Muhammad..
Sekali
lagi Allah kurniakan satu mimpi yang agak menggerunkan hati diri dan kali ini
benar-benar mencemaskan diri..mimpi saya bermula..
“pada satu pagi..saya keluar
melihat suasana diluar kawasan rumah..memandang ke langit melihat helikopter
dan jet-jet memenuhi ruang angkasa..tiba-tiba satu jet telah melepaskan bom dan
tepat jatuh di hadapan rumah saya..namun letupan dia tidak kuat..hati
bergoncang kencang..pergi mencari ahli keluarga yang lain dan mengejutkan
mereka semua..bunyi jatuhan bom dan roket masih lagi kedengaran akan tetapi
tidak meletup di mana..selepas mengejutkan semua keluarga lain atuk dan nenek
dan lain-lain terus pergi ke luar rumah untuk melihat sekitarnya..masih lagi
penuh helikopter dan jet berlegar-legar di ruang udara..ternampak tergantungnya
bendera Palestin di sebuah pokok dalam kawasan rumah saya..kerana begitu
takut..saya buang bendera itu dan simpan dalam poket..
Tiba-tiba..
Ketika masih lagi saya berlindung
dalam rumah..mendaratlah satu helikopter betul-betul di hadapan rumah saya
membuat diri rasa amat takut..tiba-tiba keluar tentera dari helikopter dan
menggeladah masuh dan mengumpulkan kami semua di kawasan ruang tamu dan mengacukan
senapang yang subhanallah BESAR dan betol-betol berada di kepala kami
semua..dalam hati tuh… “ya Allah aku tak nak mati” lalu tentera itu bertanya
pada saya.
.”ko cakap..apa hubungan ko dengan Palestin..?” “apa ko bantukan dan salurkan pada mereka…!!”
.”ko cakap..apa hubungan ko dengan Palestin..?” “apa ko bantukan dan salurkan pada mereka…!!”
Saya menjawab “aku tak pernah
buat apa-apa untuk mereka..kami tak de apa-apa pun dengan mereka”
Lalu mereka geladah rumah
kami..dan senapang itu masih lagi berada di kepala kami..
Hati amat takut..tiba-tiba entah
bagaimana Allah beri saya kekuatan untuk bertindak..lalu saya tarik senapang
itu dan tumbuk setiap tentera yang berada di situ..namun ada seorang yang
melarikan diri ke helikopter..lalu saya kejar..bila mana saya kejar senapangnya
betol mengadap diri saya dan BANG…!!
Tersedar dari mimpi itu..berfikir
dan berfikir..apa mesej kali ini yang Allah ingin sampaikan..
Astaghfirullah..saya sedar
sesuatu hasil dari ungkapan saya sendiri pada mimpi itu :
- Bila jatuh roket dihadapan saya..lalu hati bergetar ketakutan.. : ia bermakna hati saya masih lagi belum kuat..
- Bila mana saya sanggup buang bendera Palestin kerana ingin menyelamatkan diri saya : ia bermakna saya amat MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dari ISU UMMAH.
- Bila mana ditanya kepada saya tentang Palestin lalu saya menjawab sedemikian : ia bermakna hati saya belum ikhlas sepenuhnya dalam perjuangan isu Palestin.. Allahuakbar..
- Bila mana saya tiba-tiba bangkit : Allah menggambarkan diri saya..hanya akan benar-benar sedar bila mana dalam suasana yang amat kritikal..
Allah..banyak lagi kekurangan
dalam diri ini..
Saya kisahkan pada anda bukan
menunjukkan kelemahan dan kekurangan saya..ini satu petanda peringatan dari
Allah..dan wajib untuk saya sampaikan buat semua..agar kita benar-benar MUSLIM
yang peka terhadap isu Palestin.
Dah 3 mimpi Aku dan PALESTIN :
kesemuanya menunjukkan diri masih lemah.. :(
Mimpi 1 dan 2 ada saya ceritakan di Post yang lepas :
Doakan saya sahabat..
Assyahid Afdhal Ismail
1326 Terengganu
(24/12/2012-11Safar1434)
No comments:
Post a Comment