Dengan Nama Allah Yang Maha Kasih Dan Sayang
Aku Berlindung dari Syaitan serta panahan halusnya yang mematikan iman
- Dosa -
Bila disebut Dosa tiada yang terlepas darinya.
Dari Seorang Insan yang baru kenal islam hinggalah jiwa-jiwa al-akh yang hidup mati dengan islam.
satu sunnatullah alam dan jiwa sang manusia yang tidak mampu dipisahkan.
tidak mampu bagi sang manusia hatta seorang al-akh hidup tanpa berdosa.
menafikan kerja AL-GHAFUR dan AL-'AFU
dan itu perjuangan manusia dan al-akh
bukan berusaha HIDUP TANPA DOSA tapi
meMAXIMUMkan PAHALA meMINIMUMkan DOSA.
namun JIWA AL-AKH itu SENSITIF
- Murabbi Yang berdosa -
Hidup setiap minggu berhadapan dengan adik-adik binaan tarbiyah.
mengeluarkan kalam taujih yang menghidupkan dan menyucikan hati.
namun jauh sudut hati seorang murabbi pasti ada dosa yang sentiasa menghantui setiap kalam bicaranya.
Pada Saat Hatinya Mati agak lama hanya ada satu waktu ia hidup kembali.
Waktu Bila ia perlu berhadapan dengan adik binaannya.
waktu itulah hati itu hidup kembali.Namun kerana apa?
dihantui kalam.
"..bagaimana mungkin hati yang kotor dan mati mampu menghidupkan hati yang lain.."
namun setelah berhari-hari selepas itu dengan tekad agar tidak futur berdosa.
IA TETAP BERLAKU.
berulang dan ulang.
Dosa
Taubat
Dosa
Taubat
Dosa
Taubat
Hingga mengeluh dari hati seorang murabbi
"..mustahilkah Allah bagi aku..Iman ini terus diatas tidak jatuh dan buat aku kukuh dari mengulangi dosa aku?Pada saat aku cuba menghidupkan hati mutarabbi ku..tidak sengaja aku menghidupkan kembali hati namun ia sementara..mustahilkah ya Allah.."
takut.
diazab tuhan.
kerana berkata namun tidak beramal.
bukan tidak beramal namun ada waktu tersungkur dan ia kerap berlaku.
" teruknya aku ya Allah adakah benar aku murabbi dan al-akh yang baik "
namun dalam merintih kepenatan mujahadah agar tidak pernah futur dan berulang dosa ia tetap berlaku.
sampai bila.
- Kepenatan Kerna Berfikir -
Ketika mana dosa telah terjadi yang datang ialah
sesal,sedih dan penat.
bukan penat melakukan tapi hanya penat berfikir sampai bila aku akan terus futur dan bangkit berulang-ulang kali.
jika penat melakukan dosa pasti aku tidak mengulanginya namun begitulah.
sedar dan penat namun setelah itu ia berulang hingga kadang-kadang aku rasakan dunia ini sungguh memenatkan jiwa dan mustahilkan aku mampu sehebat sahabat Rasulullah.
bagaimana iman mereka teguh?
bagaimana mereka sehebat itu?
mustahil.
untuk aku seperti itu.
masih penat menentang noda dan dosa sendiri.
belum cukup beriman mungkin.
atau belum langsung beriman.
namun jiwa tetap bersedih akan apa yang berlaku terhadap diri tapi begitulah.
bila kehendak dosa itu hadir ia terus berlaku.
diulang Kepenatan Berfikir akan diri sendiri.
- Harapan Sepertinya tiada -
berkali-kali memohon ampun dan taubat akan dosa yang dilakukan.
basah pipi pun ada hingga rasa putus asa.
rasa tiada harapan untuk dosa itu ditinggalkan.
muram hingga malas berbuat apa-apa.
quran berat untuk dibuka,kaki pula melekat untuk ke masjid.
penat berfikir katanya.
hingga tubuh kaku untuk beramal menghapuskan dosa.
sepertiya tiada.
meronta-ronta jiwa dibuatnya.
namun.
"..aku al-akh.."
".. punya manusia yang sedang dibina.."
baki-baki amanah ini buat hati masih meronta-ronta ingin bangkit.
pada saat itu bukanlah hingga ibadah aku lupa.
solat seperti biasa namun tidak seindah tika iman dipuncak.
quran tidak sedalam tika hati ceria dengan cahaya.
- Kesedihan itulah Harapan -
bermula satu hari yang iman tidak cerah seperti hari itu juga.
mendung hujan ada kala lebat ada kalau tenang.
bangkit subuh tidak lambat dan tidak pula awal.
sejuk kedinginan untuk bangkit namun malaikat subuh masih menanti belum naik ke langit.
bersiap-siap seperti hari sebelumnya.rutin pelajar untuk ke kuliah.
mathurat tidak dibaca bila malas berkuasa dikala iman tidak berbunga.
300 pelajar dalam satu dewan kuliah buat mata kian layu.
ada kala memandang slide ada kala memandang kertas contengan kerana telefon pintar mati.
hari terus hujan seperti biasa.
dingin yang tenang itu buat diri makin gemar berfikir.
berfikir akan diri.
selesai kuliah paksa diri untuk berdhuha hanya kerna takut akan kalimah sendiri..
"..seorang al-akh itu..Dhuha baginya solat fardhu ke enam.."
jika mathurat tidak dibaca kerana iman tidak berbunga.
maka solat dhuha itu tidak mendhuhakan hati.
sedar akan diri yang solat tidak punya perasaan.
namun iman yang layu tidak berbunga buat diri masih mampu bersedih tanpa punya kudrat untuk melawan dan mengubahnya.
hinggalah maghrib tiba.
kuliah malam ada pada hari itu.
bersiap awal dengan kemas dan bersih.
hujan masih turun dengan tenang.
solat maghrib pada waktu itu lain sedikit perasaannya.
mungkin dingin malam.
ditambah hujan yang tenang.
kiblat aku berhadapan dengan tingkap.
pakaian dan jasad baru sahaja bersih.
salam kedua solat berakhir terus bersiap akan buku dan nota yang ingin dibawa ke kuliah.
namun sedar kuliah itu juga berada dalam dewan kuliah yang besar.
fokusnya mungkin tidak mampu dibahagi sepenuhnya.
dicapai buku lain yang tiada kaitan kuliah untuk dibaca.
Ternyata diambil buku yang nipis.
tibanya di kuliah agak awal.
bimbang hujang akan lebat jika lambat.
maka diambillah buku yang tiada kaitan itu untuk dibaca sambil menanti.
rupanya buku nipis itu adalah.
madrasah al-banna karangan yusuf al-qaradawi
nipis tapi isinya panjang.
entah kenapa rasa ingin membaca.
oh yea.
entah kenapa juga sebaris dalam dewan kuliah hanya aku sahaja duduk dibaris itu.
pada saya yang lain mengisi barisan yang lain.
ada dibelakang dan ada di depan.
dan aku ditengah sendirian.
tidak disangka apa yang tuhan cuba sampaikan.
terus aku membaca hingga guru masuk menayangkan video.
mata aku tetap lihat pada buku ini dan ada waktu juga melihat isi yang dipancarkan.
hingga di awal buku ini.
satu kalam tulisan al-qaradawi aku baca berbunyi :
Ini tidaklah bererti semua anggota Ikhwanul Muslimin berada pada tingkat keimanan yang murni seperti ini. Tetapi boleh dikatakan dengan benar bahawa Tarbiyah Ketuhanan yang bersinar itulah yang menonjol pada mereka dan menguasai mereka. Ketaatan adalah kaedah mereka sedangkan maksiat hampir tidak berlaku.
Mereka disibukkan oleh :
Cita-cita besar berbanding keinginan-keinginan kecil.
Harapan untuk hari akhirat berbanding keinginan-keinginan duniawi.
Kepentingan umum berbanding keuntungan peribadi.
Barangsiapa di antara mereka pada suatu saat tergoda oleh syaitan, maka ia segera insaf dan sedar lalu kembali ke jalan Tuhannya dengan penuh sesal lalu bertaubat.
Ada sebuah kisah di mana seorang pemuda yang masih remaja dikuasai oleh keinginannya pada saat ia lemah dan hatinya lengah, lalu terjerumuslah ke dalam perbuatan maksiat.
Kemudian ia sedar bahawa dirinya :
Telah menjadi kotor setelah sebelumnya suci.
Menyeleweng setelah sebelumnya menempuh jalan yang lurus.
Sesat setelah sebelumnya benar.
Merasakan betapa pahitnya maksiat setelah ia merasa manisnya taat.
Maka ia pun mengurung dirinya sehari suntuk di rumahnya menangisi nasibnya dan berbalik ke kiri dan ke kanan di atas katilnya yang dirasakannya sebagai bara yang menyala.
Dia merasa sedih sekali sehingga bumi yang luas dirasanya sempit. Oleh kerana itu, ia tidak berani menatap wajah orang lain dan tidak keluar dari biliknya, kerana malu kepada Tuhan dan kepada dirinya sendiri, menjauhkan diri dari kawan-kawannya, padahal tidak ada seorang pun selain kawan rapatnya yang mengetahui apa yang berlaku ke atas dirinya.
Hal itu tentunya akan berlangsung lama, sekiranya kawan rapatnya tidak mengutus surat kepadanya memberikan kepadanya harapan dengan bertaubat dan memohon ampunan Allah swt.
Kawan rapatnya menyebutkan kepadanya Hadith Rasulullah saw :
"Barangsiapa yang gembira kerana kebaikan dan sedih kerana kejahatan yang diperbuatnya, maka ia adalah seorang mukmin."
Saiyyidina Ali bin Abu Talib berkata :
“Kejahatan yang membuat engkau sedih lebih baik dari kebaikan yang membuat engkau takabur.”
Akhir sekali mari kita teliti ucapan Ibnu Atha’illah As Sakandari :
"Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat dan tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Kadang-kadang ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai (kepada kebaikan). Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah dan menyesal lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takabur dan angkuh."
sebak dan terus mengalirkan airmata pada waktu itu.
aturan Allah pada malam itu sangat indah.
menyendirinya aku dibarisan itu mungkin kerna tuhan ingin menemani hati aku seketika.
menyedarkan aku hakikat bahawa.
Kesedihan
Itulah Harapan
terus tutup seketika buku itu memandangkan itu benar-benar akhir bab awal buku itu.
airmata mengalir namun bibir tersenyum rasa seperti Allah menjawab hati aku.
kesedihan kerana kefuturan.
itulah tanda aku punya harapan.
selesai kelas terus bergegas aku ke surau tanpa banyak bicara dan kata.
tunai isyak tapi tiada yang siapa ada untuk menumpang pahala jemaah.
maka terus aku solat dengan perlahan mengharap harapan ada yang ingin masuk mengejar gandaan 27 bersama.
rakaat kedua saat Surah Al-Insan dibaca.
bunyi takbir kedengaran dari berlakang.
lega hati bila Allah benarkan diri mendapat gandaan itu.
eh?
perasaan ingin kebaikan yang lebih.
ia hadir kembali.
perasaan ingin lama dalam solat itu hadir kembali.
Allah.
selesai salam kedua.terus bangkit menuju ke bucu surau.
solat dua rakaat.
dan aku berdoa..
"..mungkin sampai bila-bila aku akan berdosa..dan penat sedih dengannya..maka permohonan aku ya Allah..usah biarkan kepenatan kesedihan ketika berdosa itu hilang..aku ingin terus bersedih dikala aku berdosa..dan ya Allah jika sampai mati hidup aku mengulangi dosa dan taubah setiap masa maka satu sahaja yang pinta..matilah aku diwaktu taubat mengambil gilirannya.."
Akhi..
masih ada harapan..
sentiasa ada..
kejayaan syaitan paling besar dan kekalahan kita paling besar..
bukan bila kita berdosa pada tuhan..
tapi bila..
putusnya harapan kita pada tuhan..
dan itu kejayaan terbesar baginya..
dan kekalah terbesar bagi kita..
Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(28:16)