SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Saturday, October 22, 2011

V-Dakwah _Sunnah Vs Trend Trailer_

Satu Isu yang sedang melanda anak muda islam kini..
dan ia berlaku di kampusku..

Sunnah sekarang dianggap kolot..
dan 
trend2 barat dan korea menjadi gilaan..

apa yang aku cuba ketengahkan bersama crew2 dalam Vlog kali ini..
adalah mengenai dua manusia..
seorang dari baik ingin jadi lebih baik..
dan 
seorang lagi dari kurang ok ingin jadi baik..

tapi itu tidak semudah yang mereka sangka..
pelbagai ujian dan hasutan..

terpaksa mereka tempuhi..

Assyahid
dia sudah mengamalkan sunnah berkopiah..
tapi kini dia ingin cuba ke kelas dengan berjubah pula..
bagaimana agaknya reaksi orang lain..?
Adakah dia berjaya..?
(Ini juga berkait rapat dengan muslimah yang ingin mengamalkan Purdah)

Mujahid
Dia seorang yang amat rock dan gila kpop..
dan penampilannya juga dipengaruhi trend..
tetapi..
satu hari...
hatinya terbuka untuk memakai kopiah..
tapi..
hasutan mula melanda..
(Ini Juga Berkait Rapat Dengan Muslimah yang baru mula berjinak dengan Tudung Labuh@tudung)
adakah mereka berjaya..?
Insyaallah kami akan terbitkan pada
bulan Disember ini..


Hassan al-Banna pernah berkata :

" Aku hairan melihat orang-orang Barat yang bersungguh-sungguh menyebarluaskan ideologi-ideologi mereka, beserta pemikiran-pemikiran mereka. Bahkan, mereka sanggup MATI untuk itu. Cuma, aku hairan melihat umat islam yang MALU untuk menunjukkan KEISLAMAN mereka."


Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Asobiyah Moden_


"AMBO ANOK KELATE..!!" "KITE ORANG GANU.!!" "AKU DARAH SELANGOR..!!"
"EDEN ANAK NOGORI..!!" "KAMI NK HABAK..KAMI KEDAH MAI..!! dll..


SEMANGAT NEGERI..
terus dipupuk dan di tanam dalam jiwa-jiwa kita..
kerana ini la melayu terus mundur dan mundur..

kenapa aku katakan sebegini..?
kerana semangat assabiyah inilah punca runtuhnya..

Empire-empire islam..

Uthmaniyah jatuh bila Semangat Bangsa Arab dibangkitkan oleh..

Lawrence of arabia..
selepas itu wujudlah negara2 islam baru..dengan semangat pentingkan bangsa ditanam..hingga lupa kita SAUDARA..!!
ini jugalah yang ditanam dalam jiwa masyarakat melayu sekarang..
pernah sekali kawan ku berkata..
"Kalau kelantan kalah ni mesti bakar hbis kerusi"


Inilah hasil bius MEDIA..terus melahirkan tanggapan negativ kepada manusia..
dan diserap semangat NEGERI..!!

HIDUP MELAYU..!! KAMI PEMBELA MELAYU..!!
Itulah yang dilaungkan pihak2 tertentu..sedangkan dek kerana kami MELAYU berfikrah lain dari mereka..kami tidak dibantu..sedangkan kami juga MELAYU..


PERJUANGAN BANGSA hanyalah membawa kepada kehancuran dan kemunduran..

Ketika Nabi Berhijrah ke Madinah..
apa yang dilakukan mula2 ialah menyatukan muhajirin dan ansar..

kerana penyatuan itu..
bermulanya KERAJAAN ISLAM TERAGUNG..!!


pernah aku dengar cerita..
disaat DAP mengusai Pulau Pinang..
GERAKAN mengucapkan tahniah kepada mereka..
dan mereka langsung tidak merasakan sebarang kegagalan..
kerana yang memerintah Pinang Masih lagi dikalangan mereka..
BANGSA CINA..

tetapi bila KITA..
Mengutuk dan terus mengutuk..pelbagai agenda lakukan demi menghancurkan agama dan bangsa sendiri...

inilah yang diinginkan oleh Kuffar..!!
terus berpecah dan berpecah.. :(

Liwat..?Video Seks..?Komunis..?Hudud..?Murtad..?
SEMUA INI DIJADI ISU UNTUK MEMECAHKAN UMAT..


Dimana AMIR of the Ummah..??
Not Amir of UMNO or PAS or PKR..

UMMAH..!!

SIAPA YANG AKAN MENGUBAH SEMUA ini..?
KITA..!!


adakah di otak anda sekarang hanya memikirkan DL..GRAD..DIP..DEGree...KAHWIn..KERJa..!!??

Sedangkan AGAMA TERUS menangis..
Sesungguhnya Era Imam Mahdi dan Dajjal akn datang tiba..
Bersediakan akal dan iman mu untuk menerima panggilan Al-Mahdi dan Menolak Nikmat Dajjal..??

Renung-renungkan sahabat..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Ilmu di Otak Atau Hati_


Renungan Bersama Buat Sang Musafir ilmu..

ilmu yang kita ada tersemat di dada..
kemana kita curahkan ia..?

ramai yang mengejar ilmu..Alhamdulillah ku syukurinya..
tapi..
Berapa berapa ramai yang mengejar keberkatan ilmu itu..?

SUNGGUH aku ingin katakan..
Amatlah sedikit sekali..mereka yang masih memikirkan hal keberkatan itu..
ingatan buat diri ini juga..

Sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk bersenang-senangan & bermegah-megahan & untuk mendahului kawan-kawan sesamamu, serta untuk mengarah muka manusia supaya merasa segan kepadamu, maka perjalanan engkau yang demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau, serta menjual akhiratmu dengan duniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan kerugian. (IMAM GHAZALI)
ingat sahabat..

ilham bila melihat sepasang muslim dan muslimat ajnabi duduk sebelah menyebelah..dan menuntut ilmu bersama..

DIMANA KEBERKATAN ..??


#Ilmu itu adalah Cahaya, nur. Dan nur Allah tidak akan ditembusi jika hati dan perbuatan masih melakukan perbuatan maksiat#.
Syair Imam Waqi'e (Guru Imam Syafie)

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

D.a.k.w.a.h _KUSZA_


Kenapa KUSZA dulu begitu dikenali dan dihormati..?
Adakah kerana infrastruktur yang hebat..?atau menggunakan teknologi canggih..?


BUKAN..
IA KERANA MEREKA MENGAMALKAN ISLAM 
Dalam Setiap Sudut..
ISLAM..


Allah s.w.t tak amek peduli kalau tempat tu ada BAS 100 biji ke..kelas semua air cond ke..Pensyarah2 semua dari LUAR NEGARA ke..itu semua tidak menjadi ukuruan Allah untuk mencapai keredhaannya..apa yang Allah Mahukan..?
Amal Makruf Nahi Munkar..Buat Yang Allah suka Tinggalkan yang Allah Larang..
KUSZA dulu mengamalkan sistem yang berpandukan itu sahaja..

kerana itulah..KUSZA dulu GAH..kerana Bila Allah Redha..Kita Adalah Terbaik..

PLEASE BROTHER N SISTER..!!
ISLAM buat kita lebih maju..!!bukan undurkan kita spt diperkatakan sesetengah pihak..!! TAMADUN TERAGUNG dalam dunia sebelum ini..disaat barat masih bergelap..masih berjalan diatas semak...
TAMADUN ABBaSIYAH..sudah ada lampu jalan..malah jalanya sudah bertar atau berbatu..!! Kenapa ini berlaku..?LAKUKAN APA YANG ALLAH SURUH..DAN TINGGALKAN APA YANG ALLAH LARANG.!!

"Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami (Allah) tumpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka itu mendustakan, sebab itu Kami siksa mereka dengan sebab apa yang mereka usahakan (lakukan)" (surah" al-A'raaf ayat: 96)

Ayuh Siswa UNISZA..KEMBALIKAN ERA KUSZA.!!

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, October 21, 2011

V-Dakwah _Peristiwa Subuh_


Dari Abi Hurairah ..Sabda Nabi Muhammad S.a.w :
"Apabila salah seorang dari kamu tidur, syaitan akan mengikatnya dengan 3 ikatan seraya berkata "bagimu malam yang panjang maka tidurlah". ( ketiga-tiga ikatan tersebut menjadikan dia terlelap dalam tidurnya sepanjang malam ). Akan tetapi apabila dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, maka terpisahlah ikatan pertama. Kemudian apabila dia berwuduk , maka terlepas ikatan kedua, dan akhirnya jika dia melakukan solat (subuh), maka terlepaslah ketiga-tiga ikatan. Pada pagi itu harinya penuh bersemangat. Akan tetapi jika dia tidur sehingga subuh, maka pada pagi harinya jiwanya akan kotor dan menjadikan dirinya malas."


STOP LAGU DIBAWAH DULU.. :)
SALAM MUHASSABAH

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _adik-adik_


Akh Pimpinan di MPi..Macam mana adik2 kita sekarang..??

"Adik-adik"..
itulah yang selalu aku fikirkan ketika berGelar Pimpinan..
kerana mereka perlu dididik dari awal supaya kelak..
hati mereka KERAS untuk menerima KEMUNGKARAN..tapi..
ketika itu belum jelas dalam diri ini..
TARBIYAH sebenar-benar Tarbiyah..aku langsung tidak menjadi contoh kepada mereka...dan kini..aku dapat melihat hasil2 TARBIYAH aku dulu..
dan ia amat menghibakan hati..Semoga Allah mengampuni aku dan mengembalikan mereka dari jalan yang penuh kelalaian..

Peganglah adik-adik seeloknya..jadilah tauladan mereka yang terbaik..
tanam dalam hati..mereke tanggungjawab kita..!!
Sesat Mereka Sesatlah kita kelak diakhirat..Baiklah mereka..Baiklah kita kelak diakhirat insyaallah..

Satu Hadis yang sering diperingati dari matan pimpinan2 hingga kini..

عَÙ†ِ النَّبِÙŠِّ صلى الله عليه وسلم؛ Ø£َÙ†َّÙ‡ُ Ù‚َالَ : Ø£َلاَ ÙƒُÙ„ُّÙƒُÙ…ْ رَاعٍ. ÙˆَÙƒُÙ„ُّÙƒُÙ…ْ Ù…َسْئُÙˆْÙ„ٌ عَÙ†ْ رَعِÙŠَّتِ
Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. 

Renung-renunglah ..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _Nyawa Mereka Tiada Nilai_

Ikhtilat tak jaga..Gatal nak couple..inilah hasilnya..!!
Adik2..selagi ada masa untuk kamu berhenti..berhentilah sebelum ia menguasai diri..nauzubillah..
Ingat muslimah..Kata2 Manis lelaki hanyalah untuk MENJERAT kamu..!!untuk mengheret kamu ke LEMBAH kehancuran.!!
Ingat Muslimin..Sungguh CELAKALAH dan CELAKALAH kamu..!!Kamu seorang PELINDUNG..!!PENDIDING mereka dari KEHANCURAN..!!bukan PEMUSNAH kehidupan mereka..!!
Sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang simpan KATA-KATA MANISNYA untuk isterinya..
Dan Sebaiki-baik wanita adalah wanita yang simpan KEMANISAN HATINYA untuk Suaminya..!!


apa yang aku khabarkan ini..berdasar apa yang aku sendiri alami..
Dan Aku merayu sangat3..TOLONGLAH BERHENTI selagi ada peluang...SELAGI IA BELUM TERLAMBAT..!!

SIMPANLAH CINTA DAN SAYANGMU Kepada yang BERHAK..!!

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.

LELAKI YANG MENCARI CINTA TANPA BERJUMPA IBUBAPA MU ADALAH LELAKI YANG HANYA BERCINTA KERANA NAFSUNYA SEMATA-MATA..!!
ini Jaminan aku dari seorang lelaki..


Jauhilah sebelum terlambat..pintu taubat dibuka seluas-luas...

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

D.a.k.w.a.h _Dipengaruhi_


yang kiri itu muslim..yang kanan itu non muslim..

aik..
Yeke..?awat yang non muslim berkurung..yang muslim pakai kemeja lengan pendek dengan hansock je..??

:) itulah umat islam akhir zaman..
WAHAN..Tidak dapat pengaruhi malah mudah dipengaruhi..


“Barangsiapa yang tasyabbuh(membanggakan atau menyerupai) dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud didalam Sunannya dan lainnya)



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Tuesday, October 18, 2011

V-Dakwah _Riya'_

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: 
Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirmanEngkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.”
Hadis riwayat Imam Muslim.

Inilah yang aku takuti andai aku mengeluarkan kalam-kalam
dakwah dan peringatan..
memang ini pernah lahir di sudut hati yang hitam...
dan berdasarkan pengalaman ini la..
aku cuba mengularkan situasi ke cerita pendek..
ini lahirlah V-DAKWAH..
Insyaallah semoga menjadi Panduan dan peringatan..





Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Sunday, October 16, 2011

d.a.k.w.a.h _Ikhtilat C.T.H_


Ramai yang katakan Masalah Ikhtilat dikalangan pelajar tak dapat dah dibendung..!?


Ini Satu Statement orang yang tidak yakin dengan Agama Allah..!!
siapa cakap..??!!

Bila sang pejuang memikirkan demikian..bagaimana ia mampu terlaksana..??

First Thing is Confidence..!!
Second is Trust..!!
Third is Hope..!!
C.T.H

Bila kita ada keyakinan..insyaallah kita akan berputus asa dalam menyelesaikan masalah ini..bila sudah ada keyakinan..maka kita akan percaya..ia akan dapat dilaksanakan..percaya bahawa Allah bersama orang menyebarkan kebenaran..!!
ingat janjinya.!!!

‘Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. Bagi mereka surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun ridha terhadap-Nya. Itulah keberuntungan yang paling besar.’” 
(Al-Maidah:119)

Bila kita mula ada keyakinan dan percaya ..kita berusaha..dan akhirnya..
kita perlu berharap padaNYA..Harapan sebenar-benar harapan..!!

ALASAN DITERIMA :
Ko ni cakap punya la sedap..apa kaedah yang ko rasa terbaik..??

: ikutlah cari Nabi mentarbiyah penduduk Mekah yang Hatinya sekeras Batu..Sepanas Api...

Tapi..
Nabi Muhammad mampu mengubah hati mereka selembut kapas..Sesejuk Salji..
3 Step Yang aku simpulkan dari Kisah Sirah Nabi Muhammad yang aku pelajari dan dengari..

Bagaimana..?
1- Jadi Contoh..ROLE MODEL...
Kita sendiri sebelum memulakan langkah..perlu ada peribadi yang mampu dicontohi orang lain..kerana itu munculah kepercayaan terhadap kita..

2-BerGerak Dalam Jemaah..
Setelah baginda menarik hati-hati manusia lain..maka datanglah penyokong-penyokong dan pembantu baginda..Spt Abu Bakar dan Hamzah Asadullah..
maka terbentuklah Jemaah..

3-Sebarkanlah Dengan Penuh Kasih Sayang.
Kebanyakan Daie sekarang..mereka cuba menyebarkan kebenaran tetapi seolah hanya ingin menunjukkan kehebatan..tanpa lahirnya dalam diri mereka...
"aku tegur hang..sebab aku sayang hang..hang saudara aku..?"
"Ambo nasihat demo sbb ambo saye ko demo..!!?"

Pernah ini terungkap dalam hati kita..?
tak..? atau ya..?
Peringatan buat diri sendiri juga.

"Ajaklah menusia kepada jalan Allah dengan hikmat dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik pula, sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa tersesat dari jalannya dan Dialah Yang lebih Mengetahui orang yang mendapat petunjuk" (An-Nahl:125)

Al-Qadhi Iyaadh rah. berkata : "Allah s.w.t telah meyelubungi segala yang diucapkan oleh Nabi s.a.w. dengan rasa cinta dan mudah diterima, indah dan sedap didengar oleh telinga, oleh kerana itu tidak selalu diulang berkali-kali, sebab tiada sekalimat pun luput atau tergelincir, dan tidak pernah kekurangan dalih yang diperlukan".

ALASAN DITERIMA LAGI..:
ala..kami nak study je..takkan tak leh kot..bukan buat pe pown..lagi pown orang bijak pandai kata..study dengan berlainan jantina lebih memberi kesan kepada akal..??

: BIJAK PNDaI AKAL bukan HATI..Nik Nur Madihah Pelajar cemerlang SPM..tak pernah study dengan laki..malah dia amat menjada ikhtilatnya..
INGAT SAHABAT..
Jangan mencampurkan Kebatilan dan kebenaran..nescaya kebatilan akan menguasai kita..

" Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." Surah Al Ahzab :53

JANGAN CARI ALASAN UNTUK JADI ALASAN..


Anda akan gagal dalam imtihan jika terus bermaksiat.
Kalau lulus pun, ilmu tak berkat dan tidak dapat rasa kemanisan ilmu itu.


Assyahid.AIIlham ketika melihat muslimin penuntut ilmu nur Allah..duduk makan semeja bersama muslimat..
macam mana kita nk laksanakan semua islam syariatkan andai diri kita tak mampu menjadi contoh untuk mempengaruhi manusia..malah kita dipengaruhi..
Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Friday, October 14, 2011

L.i.f.e _La Tahzan (i)_

Setiap Jumaat..12.45 PM..
Aku akan berjalan ke Masjid Untuk Menunaikan..
Solat Jumaat..

dan ketika itulah..
Kesayuan akan melanda Hati..

Ketika turun dari bilik ke masjid..
akan ku lihat..
masing bersama sahabat masing2..
berjalan menuju ke masjid..

sedangkan aku..
sentiasa menuju RumahNYA..

Bersendirian..

itulah..
perjalanan hidup setiap pagi jumaat..
terus fikir..
KENAPA..
KENAPA..
kenapa ya Allah..

Dan Pada Hari ini..
Ketika Dalam Perjalan Ke Masjid..
Melihat seorang saudara berkulit hitam sedang berjalan menuju ke masjid..
dan dia juga keseorangan..
terdetik di hati aku..
"Pergi la afdhal..tegur dia..dah lama kan ko nk cari kawan bukan dari bangsa mu"

Tapi aku melupakan hasrat ku..
dan terus ke masjid..

saat pulang dari masjid..
seperti biasa..
akan ku tunggu sampai semua manusia pulang dahulu..
barulah aku bergerak meninggalkan masjid..

dalam perjalanan..
tiba-tiba kedengaran suara dari belakang..
"Assalamualaikum brothers..!!"

"Waalaikumsalam.."
dan menghulurkan salam..
rupa-rupanya..
Saudara tadi...

"Alone.. others?"
"ouh..they are already leave.."

"My Name is Sharif"
"afdhal..from..?"

"from Ghana"

Walaupun English aku HANCUK..
aku cuba jugak..
dan bermulalah perbualan panjang sepanjang perjalanan pulang ke asrama..
terkeluar dari mulutku..
"how many others student from ur country?"
"haha(dia gelak kecil)..just me..one and only in this faculty"

"wah..u r special..!"
(Terdetik hati..kenapa aku kata begini)

"that right..eventhough..i m the only one..but its ok..its just made me really special..everyone know me"
(Hatiku terdetik Lagi)

setelah berlalu..
mengucapkan salam perpisah..
"See u again"
"Insyaallah Afdhal..Assalamualaikum"

sampai kini..
aku terus berfikir mengenai ayat Sharif tadi..
"Walaupun aku seorang..tapi ia buat aku istimewa"

Hati kecil ku berkata..
"jangan sedih la bila keseorangan..sebab ia buat kamu juga istimewa..kerana Allah sendiri yang akan menemanimu..tanpa perantaraan dari sahabatmu"

Maafkan Aku Allah..
atas kelalaian dan tiada kesyukuran terhadap mu..
mengharapkan kasih manusia..
sedang diri mu bersama...

Thanks Allah..



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

D.a.k.w.a.h _Kekufuran Nikmat dan Wahan_


Kekuasaan Allah itu tiada tandingannya..
semua ini untuk memperlihat tanda-tanda kebesaranya..
tapi manusia kini..

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

ALAM INI BUKTI KEKUASAAN DAN NiKMATNYA..

Tapi kita leka dan lupa..
lalu kufur akan nikmatnya..


Betollah Sabda kekasih Allah..
Ummat akhir zaman lebih ramai dari zamannya..tetapi seperti buih dilautan..
tidak beerti dan tidak menakutkan musuh..
kerana apa kita jadi begini.!!??
Kerana penyakit Wahan..CINTAKAN DUNIA TAKUTKAN MATI..


Add caption

Terus Lalai..dan lalai..dan lalai..



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

l.i.f.e _aku sayang korang_

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Sahabat Sri Aman
Prinsip akaun MPi
Briged Bakti MPi
Mereka Sahabatku..Dan Aku tak Malu untuk katakan..
AKU AMAT SAYANGKAN MEREKA...

Kalian Sentiasa Dalam Doaku.. :)
Terima Kasih kerana sudi mengenali diri ini..

Semoga Persahabatan Kita ini betul2 kerana Allah dan membawa diri kita kepada ketakwaan..

Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Bonus :

kenangan bersama sahabat Sri Aman -
+suka main kejar-kejar paling best "POLICE N THIEF"+
+skodeng banat kelas sebelah melalui celahan dinding kayu+
+main bola lepas tu tendang bola kena kepala banat+
+main bola lepas tu sepak sampai rumah orang..lepas tuh dia lempar bola tu balik tapi..
dalam keadaan terbelah 2+
+suka gelak kt pak guard kalau solat dengan pak guard..sbb suara dia BEST+
+pontem kelas tmbahan p jalan2 Bilion+

kenangan Bersama Sahabat Akaun -
+suka pontem kelas add math+
+tidur kat rumah aku pastu main2 kentut plak(hodoh tol perangai) :)+
+selalu mengumpat sal pempuan gedix..sebab kita anti pempuan gedix+
+bermusafir sbb semata-mata nak tengok bola+
+makan nasi lemak pagi..pastu blek semua beratur tandas umah aku sbb sakit perot+
+diorang pernah bagi nasihat dan kata-kata semangat buat aku menangis+

Kenangan Bersama Sahabat Briged-
+sehari semalam berlatih kawad+
+always bermalam di sekolah+
+mandi dalam kolah sekolah+
+suka pergi pantai sama barbecue+
+bersama-sama menuntut keadilan walaupun dibenci guru+
+kami sama2 buktikan kat sekolah..kami berhak menang..!+
+ilovethem+
+somuch+

tapi kat unisza nih..
hanya si Harirah la sahabat aku..
tak jumpa lagi sahabat cam korang..




Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

D.a.k.w.a.h _Ujian itu hakikat dakwah_


Dakwah dan Ujian itu satu ikatan yang pasti..



Petikan Kata-Kata Assyahid Imam Hassan Al-Banna :
" Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia.
Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan ,
kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras
dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah. "

Ini Satu Janji Yang Pasti kerana Allah Berfirman :

“ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.Al-Ankabut 2.

Perjalanan ke Syurga bukan sekadar beramal untuk diri kamu semata-mata..
Kerana..
Kita semua adalah umat Muhammad SAW..Umat yang membawa khabar gembira dan memberi peringatan..

Sedangkan Para Anbiya' Dan Sahabat Bermandikan darah di Jalan Allah..
Semata-mata mengejar keredhaan dan Syurga Allah..

Ingat..!!
"Setiap Kamu Adalah Pemimpin..Dan Setiap kamu akan ditanya tentang Kepimpinan kamu yakni Amanah kamu"

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

Monday, October 3, 2011

L.i.f.e _Maafkan Adik yea Abah_

Maafkan adik..

kata-kata ini pernah lahir dari hati yang disalut dakwat hitam ini..
tapi..
disekat oleh keegoan..
menyebabkan mulut tertutup untuk 
si kata-kata itu mencari jalan keluarnya..

Kali Terakhir aku melihat abah gembira..
kerana kejayaan ku..
adalah ketika UPSR..

itulah kali terakhir..
dan bermulalah saat aku disekolah menengah..

keputusan exam aku..
terus jatuh dan jatuh..
hinggakan aku menipu abah..
dengan mengatakan..
akulah yang terbaik..

walau hakikatnya..pencapaian aku amatlah sederhana..

PMRU..
aku kecewakan abah..dengan pencapaian yang amat teruk..
Abah tetap memberi lagi sokongannya terhadap aku..

PMR..
aku sekali lagi menghampakan abah..
dan kali ini abah memaksa aku untuk berpindah sekolah swasta..
tapi aku berdegil..
dan aku MENINGGIKAN SUARA disaat
arwah berbincang dengan atuk aku..
malah aku lari ke bilik..
dan menutup pintu bilik dengan KUAT..

sedikit pown aku tak fikir akan perasaannya..
sehinggakan aku tidak berhubung dengan abah selama 3 Bulan..

Bayangkan betapa hancurnya perasaan abah..
sehingga mendiamkan dirinya selama 3 bulan..

MAAFKAN ADIK ABAH..

Sehinggalah SPM..
aku tekad dalam diriku..
untuk berikan satu kejayaan kepada abah...
aku mahu lihatnya senyum kerana kejayaanku..

tapi..
pencapaian aku masih tidak dapat membuat dirinya tersenyum..
sekarang dia amat risaukan akan nasibku di IPTA..
"abah takut sangat adik tak dapat tawaran U..abah sentiasa doakan"

Insyaallah abah..adik boleh..
akhirnya..tawaran IPT..telah pun diumumkan keputusan..
bila aku membawa slip keputusan tawaran IPT 
Universiti Sultan Zainal Abidin dalam jurusan..
Pentadbiran Islam..

tiba-tiba mata mengalirkan airmata..
segera memeluk aku diatas katil wad USM itu..

"abah ingat adik tak dapat..alhamdulillah"
ketika itulah kami berbincang..
pada asalnya hatiku amatlah ingin menyambung jurusan
USULUDDIN di Kolej Universiti Insaniah..

Tapi terdetik Hatiku..
"..ikutlah kata abah kali ini.."

Lalu aku menerima keputusan abah..untuk belajar di UNiSZA..

5/6/2011
"ni hadiah dari abah..jam tangan abah..sebab dapat sambung belajar..belajar elok-elok..
nanti abah sehat..abah pergi jenguk adik"

Pertemuan Terakhir..

dengan harapan suatu hari nanti..
aku akan membawa pulang satu kejayaan..
datang memeluk abah,.dan menciumnya..
dan aku amat sangat ingin katakan..
"Ini segulung kejayaan untuk abah..terima kasih abah..adik sayang abah sangat-sangat"

6/6/2011
HARI PENDAFTARAN UNISZA..

2.15 AM..
Massage Receive..
" Abah dah tak ada.. "

Maafkan adik yea abah..
adik tak dapat nak hadiahkan kejayaan adik kat abah..
tapi adik janji abah..
adik akan buat abah gembira disana..



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

L.i.f.e _NikmatNYA_


Before Layan Video ni..
Pause kan background music..
kat bawah sekali..


Today, upon a bus,I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.When suddenly she rose to leave,I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

I stopped to buy some candy.The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.If I were late, it `d do no harm.
And as I left, 
he said to me,"I thank you, you've been so kind.You see,"
 he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

I saw a child with eyes of blue.He stood and watched the others play.
He did not know what to do.I stopped a moment and then
 I said,"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.And then I knew. 
He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine
.I have two ears the world is mine.
With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.

Bersyukurlah sahabat..
kerana kita diberi peluang oleh..
dengan nikmat kesempurnaan...
gunalah ia sebaiknya..



Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V