Dakwah dan Ujian itu satu ikatan yang pasti..
Petikan Kata-Kata Assyahid Imam Hassan Al-Banna :
" Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia.
Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan ,
kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras
dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah. "
Ini Satu Janji Yang Pasti kerana Allah Berfirman :
“ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.Al-Ankabut 2.
Perjalanan ke Syurga bukan sekadar beramal untuk diri kamu semata-mata..
Kerana..
Kita semua adalah umat Muhammad SAW..Umat yang membawa khabar gembira dan memberi peringatan..
Sedangkan Para Anbiya' Dan Sahabat Bermandikan darah di Jalan Allah..
Semata-mata mengejar keredhaan dan Syurga Allah..
Ingat..!!
"Setiap Kamu Adalah Pemimpin..Dan Setiap kamu akan ditanya tentang Kepimpinan kamu yakni Amanah kamu"
No comments:
Post a Comment