Maafkan adik..
kata-kata ini pernah lahir dari hati yang disalut dakwat hitam ini..
tapi..
disekat oleh keegoan..
menyebabkan mulut tertutup untuk
si kata-kata itu mencari jalan keluarnya..
Kali Terakhir aku melihat abah gembira..
kerana kejayaan ku..
adalah ketika UPSR..
itulah kali terakhir..
dan bermulalah saat aku disekolah menengah..
keputusan exam aku..
terus jatuh dan jatuh..
hinggakan aku menipu abah..
dengan mengatakan..
akulah yang terbaik..
walau hakikatnya..pencapaian aku amatlah sederhana..
PMRU..
aku kecewakan abah..dengan pencapaian yang amat teruk..
Abah tetap memberi lagi sokongannya terhadap aku..
PMR..
aku sekali lagi menghampakan abah..
dan kali ini abah memaksa aku untuk berpindah sekolah swasta..
tapi aku berdegil..
dan aku MENINGGIKAN SUARA disaat
arwah berbincang dengan atuk aku..
malah aku lari ke bilik..
dan menutup pintu bilik dengan KUAT..
sedikit pown aku tak fikir akan perasaannya..
sehinggakan aku tidak berhubung dengan abah selama 3 Bulan..
Bayangkan betapa hancurnya perasaan abah..
sehingga mendiamkan dirinya selama 3 bulan..
MAAFKAN ADIK ABAH..
Sehinggalah SPM..
aku tekad dalam diriku..
untuk berikan satu kejayaan kepada abah...
aku mahu lihatnya senyum kerana kejayaanku..
tapi..
pencapaian aku masih tidak dapat membuat dirinya tersenyum..
sekarang dia amat risaukan akan nasibku di IPTA..
"abah takut sangat adik tak dapat tawaran U..abah sentiasa doakan"
Insyaallah abah..adik boleh..
akhirnya..tawaran IPT..telah pun diumumkan keputusan..
bila aku membawa slip keputusan tawaran IPT
Universiti Sultan Zainal Abidin dalam jurusan..
Pentadbiran Islam..
tiba-tiba mata mengalirkan airmata..
segera memeluk aku diatas katil wad USM itu..
"abah ingat adik tak dapat..alhamdulillah"
ketika itulah kami berbincang..
pada asalnya hatiku amatlah ingin menyambung jurusan
USULUDDIN di Kolej Universiti Insaniah..
Tapi terdetik Hatiku..
"..ikutlah kata abah kali ini.."
Lalu aku menerima keputusan abah..untuk belajar di UNiSZA..
5/6/2011
"ni hadiah dari abah..jam tangan abah..sebab dapat sambung belajar..belajar elok-elok..
nanti abah sehat..abah pergi jenguk adik"
Pertemuan Terakhir..
dengan harapan suatu hari nanti..
aku akan membawa pulang satu kejayaan..
datang memeluk abah,.dan menciumnya..
dan aku amat sangat ingin katakan..
"Ini segulung kejayaan untuk abah..terima kasih abah..adik sayang abah sangat-sangat"
6/6/2011
HARI PENDAFTARAN UNISZA..
2.15 AM..
Massage Receive..
" Abah dah tak ada.. "
Maafkan adik yea abah..
adik tak dapat nak hadiahkan kejayaan adik kat abah..
tapi adik janji abah..
adik akan buat abah gembira disana..
doa anak yang soleh akan berpanjangan di sana.. kun walidan solihan..
ReplyDelete