SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Monday, October 31, 2011

S.y.a.b.a.b _Perwaris Perjuangan_


Masih Wujudkah lagi pemuda dengan iman dan taqwa setinggi pemuda ashabul kahfi..?
Masih Wujudkah lagi pemuda yang berani kerana kebenaran seperti Nabi Ibrahim A.s..?
Masih Wujudkan pemuda yang rela berkorban demi agama seperti 
Muaz bin Amru bin Al-Jamuh dan Muaz bin Afra'.
' dalam perang badar..?
Masih Wujudkah pemuda yang memperjuangkan sunnah dengan nyawanya seperti Saidina Ali Bin Abi Talib ketika Hijrah..?
Masih Wujudkah pemuda yang berkepimpinan dan hidupnya bermatlamatkan perjuangan islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh..?


Kenali Pemuda : 
Muaz bin Amru bin Al-Jamuh dan Muaz bin Afra'.
ABDUL Rahman bin Auf adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang berbangsa Quraisy. Nama sebenar beliau ialah Abdul rahman bin Auf bin al-Haris bin Zahrah. Beliau tergolong dalam golongan yang awal memeluk agama Islam.
Beliau tidak terkecuali daripada menyertai Perang Badar dan siri peperangan yang lain. Beliau juga dalah salah seorang daripada 10 10 orang yang dijamin masuk syurga. Beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masihi. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’.
Semasa Perang Badar, Abdul Rahman bin Auf bertempur dengan tentera musuh. Dalam kesibukan melawan musuh, dua orang budak Ansar datang kepadanya. Mereka ialah Muaz bin Amar bin Jamuh dan Muaz bin Afra.
Salah seorang budak Ansar itu memegang tangannya. Dia bertanya kepada Abdul Rahman, “Adakah pakcik kenal Abu Jahal?”
Kemudian Abdul Rahman menjawab, “Pakcik kenal Abu Jahal. Mengapa anak bertanya mengenai Abu Jahal kepada pakcik?”
Budak Ansar itu berkata lagi, “Abu Jahal adalah orang yang mencari dan mengeji Nabi Muhammad. Dia adalah musuh kita yang utama. Sekiranya saya dapat menangkap Abu Jahal, saya tidak mahu melepaskannya. Saya akan bunuh dia biarpun nyawa saya terancam!”
Seorang lagi budak Ansar yang berada di sebelah rakannya juga ebrsetuju dengan kata-kata kawannya itu.
Abdul Rahman bin Auf terkejut melihat semangat dua orang budak Ansar itu.
Semasa Abdul Rahman dan dua orang budak Ansar itu ebrbual-bual, tiba-tiba Abdul Rahman terlihat Abu Jahal menunggang kudanya dalam keadaan mundar-mandir. Abu Jahal yang angkuh cuba melawan tentera Islam.
Kemudian Abdul Rahman menjerit memberitahu kepada dua orang budak Ansar tadi, “Itu Abu Jahal.”
Keduadua orang budak Ansar itu berlari ke tempat Abu Jahal. Di tangan mereka terdapat pedang yang tajam. Pedang itu adalah bagi membunuh Abu Jahal.
Salah seorang daripada budak Ansar itu memotong kaki kuda Abu Jahal. Sementara seorang lagi menyerang Abu Jahal. Abu Jahal terjatuh daripada kudanya.
Abu Jahal masih belum mati. Pada masa itu Ikramah, tentera musuh turut berada di sana mengawal Abu Jahal.
Apabila Ikramah melihat Abu Jahal diapa-apakan oleh dua budak Ansar itu, Ikramah menyerang balas, lalu memotong tangan Muaz bin Amar bin Jamuh. Muaz cuba melawan dalam keadaan tangannya yang berlumuran darah.
Namun, beliau tidak berjaya kerana pergerakan badannya terbatas. Kemudian Muaz bin Afra cuba melawan Abu Jahal menggunakan pedangnya.
Melihat keadaan itu, Abdullah bin Mas’ud datang menyerang menggunakan pedangnya yang tajam. Abdullah bin Mas’ud menyerang Abu Jahal sehingga kepala Abu Jahal terputus daripada badannya. Abu Jahal tewas dan akhirnya mati terbunuh.
Kesungguhan dua orang budak Ansar itu membuatkan Abdul Rahman bin Auf berasa terharu. Berkat usaha, kerjasama dan cita-cita yang tinggi bagi mengalahkan lawannya itu akhirnya tercapai. Semangat mereka yang tinggi bagi menegakkan agama terbukti usia bukan penghalang walaupun mereka masih kecil.

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment