SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Friday, September 30, 2011

D.a.k.w.a.h _Quran n Me( Surah Taha )_

Dalam Perjalanan Dakwah..
Seorang Sahabat amatlah bernilai..
kerana dalam kita berMusafir di Jalan ini..
Banyak Liku dan Dugaan yang bakal kita tempuhi..

Andai Kita Jatuh..
sungguh sukar untuk kita bangun andai tiada PEMAUTNYA..
Andai Kita Luka..
Sungguh Sukar untuk sembuh tanpa PENGUBATNYA..

Sahabat dalam Perjuangan..
Adalah segala-galanya..
Kerana..
Kita Takkan Mampu Bergerak tanpa jemaah..

Aku sering merintih..
agar dihadirkan seorang sahabat dalam perjuangan ini..
sungguh sukar..
dan kadang-kadang berputus asa ditengah jalan..
kerana tak mampu lagi..
menerima ujian sendirian..

Ketika Aku hampir Jatuh Tenggelam..
dilautan Putus Asa..
Allah memperingati aku melalui seorang sahabat lama...
dia MengHADIAHkan aku..
Satu surah untuk aku membaca dan menghayatinya..


"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas"
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku"
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, 
"Supaya mereka faham perkataanku; 
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
"Iaitu Harun saudaraku; 
"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, 
"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
"Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
"Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami". 
"Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!"
SURAH TAHA 24-36

Sebak dihati tiba-tiba datang megenggam..
sekeping hati yang dibasahi dakwat hitam ini..
Allah Amat Dekat dengan hambanya..

Merintihlah padanya..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

No comments:

Post a Comment