SELAMAT DATANG

Segala Coretan disini..adalah coretan sang hamba yang bergelar manusia..yang tak lari dari kesilapan..andai ada coretan hamba yang tersasar tegurlah diri hamba dengan berhikmah..andai ada coretan ini yang ingin kalian kongsikan..silakan..Tiada Hak Cipta..ia milik semua..copy paste..dibenarkan.. ^^ salam ukhwah..

Wednesday, September 21, 2011

E.i.d.u.l.f.i.t.r.i _Hijab yang Sempurna_

hari isnin ini..
aku telah menetapkan kepada muslimah kelas aku..
untuk mereka semua memakai tudung labuh..

ada yang menerima dengan terbuka..
ada yang membantah dengan pelbagai alasan..

" Pakai hijab labuh mana boleh dipaksa nanti tak ikhlas "

aku tersenyum sahaja bila mendengar kata-kata itu..
dari sang sahabat..

PAKSA..
kadang-kadang suatu perkara..
ia perlu dipaksa..
andai tidak dipaksa..
sampai akhir hayat kita pun..
ia tak terlaksana..

.kalau kita tak paksa diri kita macam mana kita nk laksanakannya..
contoh ia sama cm study : kita malas nak study..tapi kita paksa diri kita sbb nak exam..sebab kita nk capai kejayaan akademi..
try kita amalkan PAKSA DIRI dalam kita mencapai kesempurnaan hidup syariat..
Copy from my Facebook..

dah lama aku memperbetulkan soal aurat mereka..
tapi..masih ada yang memekakkan hati..dan membutakan jiwa..

kadang2 terfikir ia satu perkara yang sia-sia bila berdakwah kepada sahabatku..
tapi Allah masih inginkan aku berada dijalan dakwah..

setiap hari semangatku diasah oleh senior2 yang cintakan islam seperti
kita,.

20/9
9.30PM

aku menerima satu kejutan yang amat dasyat pada malam itu..
disaat aku bersama dua sahabatku cuba meningkatkan ilmu bersama..
di cafe..

mataku terpandang..
seorang sahabat sekelasku..

yang sebelum ini..apa aku fikirkan just soal stokin mahupun tudung yang tidak..
melengkapkan syarak..

rupanya ada sahabatku..
yang berpakaian sedemikian rupa..
dengan jeans yang amat ketat..
baju yang amat singkat..

seluruh susuk tubuh kakinya..
bagaikan dibalut sahaja..

hatiku tiba-tiba sebak..
merasakan diri ini amat lemah..
diri ini seorang yang gagal..

kerana aku tak mampu..
memberi kesan terhadapnya..

walaupun aku sentiasa mengingati mereka..
rasakan usahaku tiada hasilnya..

" ingat Afdhal..Jalan Dakwah itu sukar..dan Beruntunglah mereka yang Sabar "
terlintas dihatiku..
kata-kata ini..

aku mohon ya Allah..
engkau selamatkanlah sahabat ku itu dari kegelapan jahiliah..
berikanlah cahaya islam yang dapat menembusi kegelapan itu..

aku harap..
26/9 nanti..
hari bersejarah buat aku dan sahabat..
untuk melihat kesemua sahabatku mencapai..
kesempurnaan menutup aurat...
walaupun sehari..

ameen ya Allah..

Coretan hati sang hamba..ambil yang jernih..buang yang keruh ^^_V

1 comment:

  1. "paksa dalam taat"-kaedah ulama dlm ibadat-
    bgOs2...like2..da letih tkan like...(^_^)

    ReplyDelete